Hallu everybody. Ramai orang tanya kenapa Sepet tak babywearing? Mudah tau. Nak buat kerja semua pun senang. Nak masak boleh, kalau shopping lagi mudah. Nak masuk toilet pun boleh bawak baby.
Ye opkos i know memang banyak kebaikkannya bila babywearing ni.
Jawapan kenapa aku tak babywearing adalah....
1. Aku malas.
2. Aku malas.
3. Aku malas.
4. Aku malas.
Boleh? Hahahaha!
Kerana bila kita pakai babywearing, semua benda pun kita boleh buat. Aku rasa cam, ish tak bestnyaaaaaaaaa. Kalau semua perempuan buat kerja dalam rumah, bila masa kita nak rehat? Apa guna suami? Ha gitu...
Eh Sepet. lelaki pun boleh babywearing jugak tau.
Ye, tapi tidak suamiku, kehkehkeh!
Kitorang pernah cuba pakai masa IzzQaiser 3 bulan, masa tu jalan2 shopping. Opkos la Qery kena pakai. Itulah gunanya sang suami. Tolong isteri semasa isteri nak shopping. Aku pegang kalau Izz Qaiser nak menyusu je. Muahahaha!
Qery jenis kuat berpeluh. Ko suruh dia sidaikan baju pun dia dah basah lenjun. Kalau dia tak selesa pun dia akan berpeluh. Bila aku mintak dia pakai baby carrier, habis basah baju dia. Elok2 seronok nak gi shopping, terus kena balik rumah je. Huhu!
Kenapa Sepet tak pakai? Tak baik tau. Sepet kan Emak, berkorban sikit untuk anak apa salahnya. Nanti kalau babywearing rasa anak dekat je tau dengan kita.
Maksud anak dekat dengan kita? Kat sini aku tak berapa pasti sebab aku tak babywearing pun tetap Qaiser melekat dengan aku. Huhu! Baby akan rasa nak dekat dengan kita ekceli sebab kita ni emak dia. Kita susukan dia. Kita yang jaga dia. Opkos, aku suri rumah kot, kadang2 anak perlu jugak penjagaan dari ayahnya. Dah kenapa tak boleh nak berenggang langsung pulak dengan maknya. haha!
Nanti nak hantar rumah Nenek pun susah dah kalau nak melekat dengan aku je kan. Huhu!
Anak satu boleh la dukung. Tengok nanti anak 2 3 orang, ko nak dukung semua?
Kalau anak aku 2 3 orang, pandai la aku jaga. Haaaa gitu.. Hahahaha!
Sepet tak pakai stroller ke?
Setakat ni Izz Qaiser tak nak masuk pun dalam tu. Jadi bila bawak tu buat penat je. Dah la berat. Sekali dia takmo pakai. Mungkin dia dah besar sikit, aku dah tak larat nak dukung baru paksa dia naik stroller.
Bukan lah maksudnya aku tak pakai babywrap langsung tau. Aku pakai bila aku nak pakai sahaja. Aku rasa bila pakai babywrap, aku tak boleh nak gojes sangat. Aku tak kata korang tak gojes eh. Aku cakap aku je. Nanti kang tak pepasal sentap. Hihi!
Dan aku sangat menyayangi pinggangku. Kalau kita asik angkat benda berat terlalu lama. Boleh effect lutut, tumit, dan pinggang tau. Aku bukan nak beranak sekali. Aku kalau boleh nak beranak banyak banyak banyak kali. Hihi! Simpan tenaga untuk anak yang kendian. Krik krik krikkkk..
Haritu aku ada baca kat mana entah, ayatnya 'dukungla anak tu puas-puas masa dia kecik, nanti dia dah besar, dah kawin, dia jarang balik baru nyesal masa kecik dulu tak belai, tak dukung puas-puas'
Erk? Aku belum dengar lagi masa mak bapak aku nak kawin kan anak-anak, dorang rasa nyesal sebab dulu tak dukung puas-puas. Mak bapak aku masa anak2 nak kawin dorang rasa happy kot. Lepas beban. Haha'
Nanti dah besar sikit, awak duduk dalam stroller je tau. Sekarang ni mampu lagi la nak dukung. Senang nak passing. Kalau dia nangis aku dukung, kalau dia nak susu aku dukung, kalau dia bertenang and nak tidur aku bagi Qery. Dah lenguh dedua kita balik rumah. Hahaha!
Kepada yang suka pakai babywrap, teruskan. Baguslah. Tak kata tak bagus pun. Pilihan masing-masing. Aku je yang malas. Ada lah alasan aku kalau malas nak masak. Muahahaha! Boleh bagi alasan IzzQaiser asik nak main agah-agah je. Kekeke!
Kita ni perempuan, kalau kita tunjuk kat suami kita boleh buat semua, kita ni serba boleh. Ehhhhhhh besar harapan semuanya nanti kita kena buat sendiri. Lelaki ni bukan boleh. Sebab tu banyak benda yang walaupun aku boleh buat, tapi aku tak nak buat.Sekali kita boleh buat, bila kita dah tak nak buat, nanti suami argue, eh haritu awak boleh buat sendiri, tetiba sekarang nak saya tolong pulak. Eh eh eh???
Jadi isteri, kena bijak. Bijak jangan tunjuk kat suami, simpan je untuk diri sendiri. Bijak auta jugak ye.
Mesti lelaki lain bersyukur tak dapat isteri perangai macam aku, hahahaha!