Semalam aku dah share cerita ni kat adik beradik. So harini nak share cerita ni kat korang pulak. Yang baik boleh ikut, mana tau rezeki masing-masing.
Macam ni, aku sebenarnya beberapa minggu ni macam rasa bersyukur sangat. Yelah, syukurlah dengan nikmat yang Allah bagi. Macam-macam lah Allah bagi kat aku, rezeki kehidupan, mak, abah, suami, anak, keluarga, kawan-kawan yang baik. Rezeki dari segi wang ringgit, harta benda. Padahal aku ni selalu je lalai. Jadinya, rasa bersalah tu macam bertimpa-timpa kat kepala aku ni. Huhu!
So aku fikir, nak berubah la. Kalau boleh nak solat awal waktu, sekurang-kurangnya baca Quran sekali sehari. Sorry lah kalau entry ni agak ustajah-ustajah bagi korang, hahahaha! Tapi tu lah dia, aku cakap dalam hati, kalau aku tak start sekarang, then nak tunggu bila? Anak-anak makin membesar. Akhlak kita ni sedikit sebanyak mempengaruhi akhlak anak-anak jugak. Ecewah, haha!
Aku pun cakap lah dalam diri, memula nak jaga hubungan dengan Allah dulu. Aku rasa korang semua lebih baik dari aku kot. Aku je yang baru nak belajar itu ini. So kalau korang dah banyak benda tahu, lagi bagus. Aku ni memula tu liat sangat, nak solat tu tertangguh-tangguh. Haih.
Itu satu benda lah.
Then aku lately ni asik lupa nak sedekah. Qery dia selalu lah sedekah, kadang-kadang tu dia bayar makanan kat kedai mamak, then dia masukkan duit dalam tabung. Lepas tu dia selalu je bagi macam-macam kat anak murid dia yang mana yang susah-susah tu. Aku ni dari sehari sehari nak sedekah. Nak transfer online kat mana-mana orang yang susah. Dah tu pepahamlah, orang iman tak kuat, then syaitan hasut lagi. Langsung tak sedekah. Pastu rasa bersalah.
Dhuha pun aku buat ikut mana dan je. Haih kalau fikirkan perangai sendiri, dengan nikmat yang Allah bagi. memang langsung tak selari. So, aku nak berubah. Aku print list apa yang aku patut buat dalam sehari, then aku letak kat meja makan. Segan nak tunjuk list, tapi dalam list tu complete lah 30 hari. So aku tinggal nak tick tick je lah mana yang aku dah buat, mana yang belum buat. Tiap kali dah buat, aku akan tick, then baca mana yang tertinggal. So macam tu aku rasa lebih senang untuk aku.
Qery pun boleh tengok mana yang aku belum buat tu, kadang2 dia tolong buatkan jugak. Hihi! Kalau nak ingat, memang tak boleh nak ingat semua. Kita surirumah ni memang banyak kerja, kalau dah pro tak apa lah. Kalau macam aku ni, memang kena tulis sebab jenis pelupa.
Nak dijadikan cerita, bulan ni aku and Qery banyak pakai duit. Yela, raya kan dah banyak pakai duit, then nak buat open house lagi, nak buat birthday party Qaiser lagi. Gaji kitorang tak banyak. Walaupun memang lah ada syarikat sendiri, tapi gaji kami tak ambik banyak. Kira yang cukup untuk makan pakai je lah. Duit syarikat tu syarikat lah punya.
Memang acc personal aku memang ada sikit je, cukup-cukup kot nak belanja sampai hujung bulan, hahaha! Tapi disebabkan aku dah tulis kat dalam list tu setiap hari mesti sedekah walaupun sikit, then aku tutup mata lah sedekah jugak. Tak apa lah duit aku sikit pun, pepandailah aku manage makan apa nanti. Ha sedih kan bunyi. hahaha! Walaupun duit dalam bank sikit, aku masih mampu nak makan lagi, masih ada rumah nak duduk, nak selesa-selesa, nak tidur. Tapi ada orang, bukan takat tak ada duit dalam bank, rumah pun tak ada, pulak tu tak ada upaya nak bekerja. Alahai, apalah sangat kalau nak banding dengan aku ni.
So, aku bagi jugak sedekah walaupun aku pun tak ada duit sangat.
Aku selalu sedekah awal pagi, sebelum solat sunat dhuha tu. Aku sedekah dulu sesiap. Then terkejutnya aku, petang tu terus dapat RM20k, sebab stokis-stokis restock barang. Eh bersyukur sangat tau. Walaupun itu duit syarikat, tetap jugak aku happy dan bersyukur.
Kita bagi sikit je kat orang, tapi Allah ni punyalah baik, pemurah, kaya, segala-galanya lah. Dia bukan bagi 10 kali ganda, tapi 100 kali ganda.
Kesimpulannya di sini, jangan takut bersedekah kalau kita tak ada duit sangat. Sedekahlah walaupun nilainya 10sen. Kalau tak mampu sedekah banyak-banyak, nanti pegi makan, bungkus makanan untuk sesiapa kat tempat kerja korang yang korang rasa dia tu susah. Atau masa makan ada kucing datang, bagi sikit makanan tu kat kucing, pun sedekah jugak.
Ni semua aku belajar dari Felinna. Selalu stalker instagram dia.
Kejap aku paste kat sini, so korang boleh ikut sekali.
Kakfel nak share ilmu pagi ini agar boleh menyedut banyak kebaikan dan
aura positive.
Awak ada masalah kewangan? Keluarga?kawan2? Hidup tak tenteram, tak tenang. Nak
cari jalan keluar?
Ok kakfel nak buat pertandingan mudah. Siapa buat tips ni dan selepas 3 hari
dah dapat kesan inbox kakfel utk tuntut hadiah. Ada satu grand prize bagi siapa
yg paling best story dia!
Share dengan kawan2 tips ni agar mereka juga boleh jadi kaya dalam masa 3 hari.(teknik
menjemput rezeki adalah dengan berkongsi peluang dan rezeki)
Lakukan ini TODAY!
1)Bangun pagi ni , usap muka cakap thanks Allah. Usap seluruh badan dan
bernafas dalam2 ucap thanks Allah lepas tu senyum sensorang.
2)Cukup waktu, mulakan dengan solat dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi.
(4rakaat)
3)Harini ni tanam dalam diri takmau sembang ngan kawan opis pasal org lain,
takmau baca atau tulis yg bukan2. Nak zikir dan sebut nama Allah ja. Sebut
ulang2( boleh jadi sebak tau)
3)Pergi lunch japgi ada makanan lebih bungkus bagi kucing jalanan.
4)Solat zuhur,asar,maghrib,isya di awal waktu, habis solat terus berdoa.
Bersembang mintak kat Allah agar nak kaya dunia akhirat. Minta sungguh2.
Lepastu cakap thanks berkali kali kat Allah sebab bagi kita tumpang di dunia.
5)harini tekad , kalau sapa ja minta sedekah beri, walau rm0.50sen
6)telepon mak and abah, bersembang dan tanya khabar walau 5minit.
7)Bangun pukul 3.30pagi. Buat tahajud 2 rakaat kemudian ambik masa termenung
fikir salah diri , kenapa ujian datang kat aku, mungki aku pernah buat salah.
Buang ego dan kaji sedalamnya.. Apa salah silap kita. Kalau tak jumpa, mohon
Allah tunjukan.
Ulang selama 3 hari berturut turut.
InshaAllah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya!
Siapa berani sahut cabaran ni? #tipsfelinnanadea
Ini yang aku baru buat beberapa harini. Mula sikit-sikit dulu, sebab kalau tak mula, memang tak ada lah tu sampai bebila pun, huhu!
Then kejadian yang menimpa aku semalam, terjadi jugak kat kawan aku Aizul Marcello.
ini kisah betul2 berlaku
semalam..betul2 berlaku di hadapan mata saya. selepas selesai urusan bisnes
saya, saya bergegas menuju ke masjid Sultan Abu Bakar. Masjid yang pasti saya
kunjungi setiap kali ke Johor bahru
selepas solat asar, saya masuk terus ke dalam kereta. Ketika sedang berbual2
dgn shbt saya @soulfiqri, cermin kereta saya diketuk oleh seorang hamba Allah
berbangsa Cina.
Nyonya ni meminta ihsan saya utk mendermakan sedikit wang kepadanya, sbbnya
kalau x dpt carik duit yang secukupnya, dia akan dihalau dari bilik yang
disewanya skrg. memula saya rasa, nyonya nih sama spt peminta2 sedekah yang
lain
tapi sangkaan meleset, nyonya nih betul2 perlukan duit utk membayar sewa
biliknya. Seharian keluar, dari pagi smp ke lewat petang, dgn tak makannya
lagi, dengan penat lesunya lagi, Allah, sayu benar hati saya
terus saya hulurkan sedikit wang sbg derma ikhlas utk nyonya nih. nyonya nih
pon ckp, dia dah pergi ke bnyk tokong, tapi diusir, dihalau dan diherdik oleh
penjaga tokong yang lain. dats y dia ke Masjid Sultan Abu Bakar
Sumpah, mengalir air mata saya dan sahabat saya. Seorang bangsa cina, kurus
kering, ditinggalkan suami dan anaknya, kini hidup sebatang kara.
Saya terbayangkan, jika Ibu saya di tempat nyonya nih. mmg x smp hati. bukan
duit yang menjadi ukuran, tetapi kasih sayang. nmpk di raut wajahnya, yang dia
sgt sunyi. Sempat saya offer nyonya nih utk naik kreta saya utk hantar pulang
ke rumah
Selesai urusan saya dgn nyonya ni, tiba2 saya dpt whatsapp dari seorang hamba
allah yang pinjam duit saya yang mengatakan dia da bankin baki hutang. nak kata
siket x siket, tapi cecah 5angka jugak jumlahnya.
Allah..mudahkan ? di saat saya tgh perlukan sedikit wang utk belanja2 dapur dan
utilities, Allah hadiahkan sesuatu yang indah, yang lebih dari setimpal.
pulang ke kuala lumpur dgn hati yang puas
perkongsian ni bukan laa nak menunjuk saya nih baik ke apa, tapi nawaitu saya
supaya lebih ramai yang bukak mata dgn konsep 'THE POWER OF SEDEKAH".
INSYAALLAAH.
Aizul Marcello
Insan Biasa
Korang nak tengok video aunty tu minta tolong
KLIK SINI
Aku tengok pun rasa sayu sangat.
Kesimpulan nak cerita tentang THE POWER OF SEDEKAH.
Tapi niat kita nak bantu orang adalah yang paling utama. Jangan la semata-mata nak kaya ke apa.
1. Solat awal waktu
2. Solat sunat dhuha
3. Solat sunat tahajjud
4. Sedekah.
Insyallah Allah akan permudahkan urusan kita. Selamat mencuba!
Kalau kita yang tak tolong diri kita, siapa lagi.
Peringatan ini khas untuk diri sendiri, hihi!