Jul 31, 2012

Whitesoot pilihan Sepet =)

Aku ada beberapa list shopping online baju yang aku suka, contohnya kalau nak beli baju jalan-jalan nak beli kat mana, nak beli baju casual kat mana, nak beli baju untuk kerja kat mana. Sebab selalunya beli kat shopping mall adalah malas. Malas nak belek, malas nak try, malas nak beratur panjang nak bayar. Korang tau kan aku suka sangat dengan baju-baju dari Whitesoot.

Semalam aku tengok baju-baju dari Whitesoot =) Perasaan menyampah sebab baju Whitesoot ni memang kena je dengan selera aku. Semua baju cantik! Erghhh! Tertekan.. Mula-mula sekali tengok top dia..


Nak buat baju raya ke 3 pun boleh je kan. Hehe! Aku selalunya, baju raya hari pertama dengan kedua je baju kurung. Lepas tu semua baju omputih. Kelas kau jah...hehe! Korang jangan beli ni eh, kalau aku tengok SOLD kejap lagi, sentap tak nak update sebulan. Kuikui! *macam la korang kisah sangatkan..lalala~~*

Biru dia cantik sangat. Geram aku..ada jugak warna putih, tapi sebab jarang jadi usha biru lebih sikit.. Tapi macam baju biru dah ada banyak jugak. Jadi kite tengok gambar bawah ni pulak.
Yang ni pun cantikkan? Semua aku tengok stok yang lengan panjang, senang tak payah pakai inner, lagipun takde la berbelang tangan aku ni. Almaklumlah, nak kekal putih seperti britney *mata ke atas*


Lembut je warna dia pokodot pokodot..tapi sekarang ni Qery suruh aku cari baju warna pink menyala-nyala tu. Sebab dia ada baju warna pink macam kat bawah ni.


Nak pakai sama-sama la tu kan. Heeee, poyo nak sama-sama. Geli aku tapi aku suka je. Hiks! Lepas tu tengok pulak dress dia. Aku suka pakai dress sebab boleh cover peha besar. Hehe!

Banyak lagi baju untuk TOP korang klik kat SINI


Pakai dengan cardigan pun cantik. yang ni pun ada dua warna, warna pink cair dia pun menawan. Hadeh...Kenapa semua cantik-cantik?


Adui, baju ni memang aku suka gila, dah la baru beli kasut lebih kurang warna ni jugak. Sakit hati la banyak betul baju cantik-cantik. Korang sekali lagi jangan beli yang ni. Awas eh... *jeling sikit*


Maxi dress dia pun aku suka. Rasa nak satu. Sebab aku jarang ada maxi dress. Tak pernah ada la sebenarnya, bukan jarang, kahkahkah!

Untuk maxi dress boleh KLIK SINI

Okey, kalau sapa-sapa yang sukakan baju casual dan bergaya. boleh ke Whitesoot, kualiti baju dia memang takkan menghampakan korang. Aku ada koleksi baju dari Whitesoot ni 5 pasang dah. Semuanya Tip Top!

Gi beli baju kat Whitesoot untuk pakai raya ke 3 dan seterusnya seperti aku. Hikhik!

Berhati-hati memilih makanan tambahan untuk melangsingkan badan

Tajuk macam dah cerita macam-macam kan. Sumber dari Sini --> Noorizamshah

*********************************************************************

KUALA LUMPUR – Orang ramai terutama wanita yang gemar mengambil sejenis produk melangsingkan badan berasaskan buah acai beri, diminta menghentikan amalan itu kerana ia disahkan mengandungi bahan kimia beracun yang membahayakan kesihatan.
Hasil analisis Jabatan Kesihatan ke atas produk yang sudah setahun berada di pasaran itu mendapati ia tidak selamat dijadikan makanan kesihatan.
Menurut Timbalan Pengarah Farmasi (Penguat Kuasa), Jabatan Kesihatan Selangor, Jaafar Lassa, pihaknya mengenal pasti terdapat campuran bahan kimia beracun `Sibutramine Hydrochloride’ dalam produk kesihatan menggunakan buah yang kaya dengan bahan antioksida itu.
“Bahan kimia itu sebenarnya boleh diambil atas arahan dan pengawasan doktor, namun pengambilan tanpa dos yang sesuai dan dibenarkan boleh meninggalkan kesan sampingan dan menyebabkan kematian.
“Bagi produk keluaran syarikat ini, kita tidak tahu berapa dos `Sibutramine Hydrochloride’ telah dicampurkan. Pelanggan mungkin dapat melangsingkan badan selepas menggunakannya tetapi tanpa disedari kesihatan mereka terjejas akibat kesan sampingan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai serbuan di pejabat pengeluar produk berkenaan di Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri Puchong dekat sini hari ini.
Serbuan pada pukul 10 pagi itu disertai 11 pegawai penguat kuasa farmasi dari Jabatan Kesihatan Selangor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan (KMM) termasuk Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid Wan Ibrahim.
Sebanyak 120,000 kotak produk kesihatan bernilai RM375,000 dirampas dalam serbuan tersebut, manakala Jakim turut mengesahkan syarikat berkenaan menggunakan logo halal keluaran swasta yang kini sudah tidak dibenarkan.
Menurut Jaafar, selain pejabat pengeluar di Bandar Puteri Puchong, beberapa pejabat pengedar dan rawatan produk berkenaan di seluruh negara termasuk di Seri Kembangan dan USJ Subang Jaya, turut diserbu secara serentak hari ini.
“Serbuan dilakukan setelah seorang pelanggan membuat aduan bahawa dia berasa tidak selesa apabila mengambil produk tersebut dan hasil analisis yang dijalankan terhadap produk itu kemudian mendapati ia mengandungi `Sibutramine Hydrochloride’.
“Pengambilan bahan kimia ini jika tanpa mengikut dos yang dibenarkan boleh mengakibatkan kemurungan, psikosis atau halusinasi; risiko tekanan darah tinggi; sakit jantung dan kepala serta mempercepatkan denyutan jantung,” ujarnya.
Beliau berkata, kesan sampingan lain ialah pengguna mengalami keseronokan melampau, perubahan selera makan, kegagalan buah pinggang, pedih ulu hati, sembelit dan susah tidur.
Katanya, setakat ini, sudah ada seorang wanita berusia 33 tahun dari Kampung Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah, dilaporkan maut akibat mengambil produk kesihatan mengandungi bahan kimia beracun ini untuk melangsingkan badan.

*******************************************************************************

Biasanya macam tu la. Dah ada orang maut baru barangan akan di selidik semula. Hehe!

Sapa-sapa yang dah pernah amik acai beri ni tolong tengok brand dia okey, sebab bukan semua brand yang mengandungi acai beri tu kena rampas. Tolong la korang, kalau nak cantik cek dulu semua, jangan main makan je. Cek ada kelulusan dari KKM ke tak.

Tengok macam Reductil dulu, kemain lagi makan. memang kurus la. Tapi tup tup tup kena banned, sebab side effect dia kat jantung, memang kebanyakkan ubat kurus akan effect kat jantung, jantung akan jadi laju, so kita akan letih, peluh akan keluar, bila peluh keluar bla bla bla bla. So aku sarankan, kalau korang nak kurus tu boleh, jumpa pakar. Jangan main redah je beli kat orang yang pandai cakap mulut je.

Orang nak jual brand dia kompom cite yang baik-baik je. yang side effect dia? Ketahuilah, tak ada benda dalam dunia ni tak ada side effect. Sedangkan panadol yang korang makan sebijik tu pun ada side effect. Contoh la kan, buah oren, kalau ko makan vitamin C, memang bagus. Buah oren kat enak disukai ramai. Tapi kalau over dose? Kau dah la makan vitamin C sehari 2 biji. Lepas tu jiran bagi lagi buah oren, manis pulak tu. Ko pun makan 5 6 ketul. Korang sendiri tau kana apa jadi. Baca SINI

Jangan push badan korang, jangan terkejut kan badan tu. Nak diet sila lah berdiet pelan-pelan. Nak raya aku tau semua orang nak kurus. Kalau kurus sihat takpe, jangan nanti kurus lepas tu sakit masuk spital raya kat sana je.

Setakat ni kat spital lama aku ada la jual Adipex, but you know, Adipex pun ada kesan sampingan, iaitu dia menggangu emosi korang, karang kang ko moody, lepas tu terlebih happy, dia buat kau rasa haus, lepas haus ko akan minum banyak air. Kat situ la dia psycho untuk buat ko kenyang. Begitu. Aku nak cite panjang takut korang tak paham, aku tak pandai cite sangat.

Kalau nak TIP KURUS tanpa sebarang supplement atau ubat, sila klik sana, sebab aku dah pernah up entry ni. Itupun kalau korang nak buat la. Kihkih!

Biarla berisi sikit, asalkan sihat. Kalau laki bising ko gemuk, suruh dia teman ko diet. Suruh dia bagi semangat teman jogging petang-petang. atau kalau dia malas, suruh dia belikan CD je petang2 boleh joget poco-poco. Hehe! Biasalah kalau berisi sikit tu. Kurus sangat kalau dah seksa badan tu tak payah la k.

Selalunya kebanyakkan orang nak kurus ni sebab nak tayang body je. Aku selalu tengok kat sebelum selepas tu, sebelum bukan main tutup semua, selepas pulak dah macam hape je. Hehe! Lantakkan... Niat korang nak kurus tu kena baik okey. Kalau baik insyaallah dipermudahkan. Ewah..hahaha! Kla bye!

Dapat baju baru terus pakai

Kalau macam ni tak sempat raya lah. Habis semua pakai dulu. Hehehe! Aku amik ni kat post laju courier, entah pe ke nama dia. Dah dua kali kena amik kat sini. Besar jugak tempat ni. Qery selalu la datang sini sebab dia nak amik stok jersi dia.

So ini la baru dari FemmeFashion2 u =)

 Kalau tak silap Rm34 kot, lebih kurang la. Qery pelik aku pilih warna orange. Okey nampak gemok gila, Biarkan...

 Qery kata aku dah gemok. Dia cakap pipi dah ada isi. Aku sentap lalu terus ajak timbang kat jusco. Sekali timbang sama je 47. Kahkahkah! Hangin Qery, lepas tu Qery pulak timbang dah turun sekilo. Jadi 79kg. Wah,bannga gila dia, borak-borak dengan aku sambil hidung kembang kempis, terus berbuka makan banyak gila. Naik la 2kg kot lepas tu. Huhu!

Lepas tu mengadu baju tak muat, seluar dah haus. Baju k-Pop tak muat dah. Tak de sapa nak hadiahkan dia baju. Euw! Gemok!

Si gemok yang saya sayang itew. Mesej kawan dia sampai tak layan aku. Sobs... Mentang2 dah turun sekilo. Nak try market lettew

Kalau korang nak beli baju murah-murah dan K-Pop dan korea, hehe, boleh usha-usha baju kat FemmeFashion2u okey =)

Jangan lupa beili beg kat SINI, Kbye!

Jul 30, 2012

Aku cuma suka apa yang aku suka

Hehehe! Orang macam aku ni sebenarnya tak bagus. Betul tak tipu. Sebab aku ni macam leceh sikit. So kat sini perangai buruk aku sepanjang ramadhan tahun. 

1. Aku tak suka orang yang jenis paksa-paksa. 

Contohnya kan, kalau aku tak nak ikut dia. Lepas tu paksa-paksa aku jugak. Pujuk la apa la. Aku tak suka. Kadang-kadang memang aku ikut, tapi aku tak suka la. Aku tak suka buat benda yang aku tak suka. Sebab tu bila lama-lama aku macam malas nak berkawan. Aku rasa Ceera pun jenis macam ni. Jemah pun..ke semua family Noh macam ni..hehe! Sampai takde kawan, kawan dengan adik beradik je. Boringgg....

2. Tak suka buat benda yang aku tak suka.

Macam lebih kurang kan. Hehe! Aku boleh buat, tapi aku tak suka. Macam tu. Macam dulu aku blaja farmasi, aku boleh belajar, tapi aku tak suka. Aku kerja farmasi, aku tak suka, tapi aku boleh buat. Konsep dia macam tu la.

3. Tak suka bila Qery tak nak dengar cakap aku

Hahaha! Okey ni selalu terjadi. Contohnya, aku tak nak tengok wayang, tapi dia paksa jugak tengok. Dah la aku tak suka. Sepanjang tengok wayang aku tidur. Lantak kau di situ. Lepas tu Qery bukan ada perasaan serba salah ke apa. Lagi dia tepuk-tepuk badan aku suruh tido. Asalkan dia dapat tengok wayang dia puas hati. Kuang aja.

4. Suka bila takde ikatan.

Maksudnya, hehe! Ikatan perkahwinan ke, atau ikatan pekerjaan ke, aku tak suka. Okey fine. Perkahwinan tu over sangat kan. Tapi memandangkan sekarang ni nak buat kerja apa pun susah. jadi aku rasa nak kawin. Susah okey, satu lagi kesian kat Qery tiap kali nak collect barang kena datang rumah aku. Tiap kali aku nak buat kerja kena datang rumah aku. Aku dah la suka pinjam laptop dia. Kahkahkah! Sebarang benda-benda yang ada berikat ni aku tak suka. Aku suka bebas buat apa yang aku nak. Aku tak suka pergi kerja pukul 9 balik pukul 5. Tak suke

5. Cepat bosan. 

Semua benda yang aku buat, lebih-lebih lagi benda yang aku tak suka, aku cepat bosan. Tak kisah la buat apa pun, bercinta pun kadang-kadang bosan. Aku banyak kali bgtau Qery aku dah bosan bercinta. Hahaha! Lepas tu dia ajak kawin tak nak pula. Kenapakah? Kalau kawin pun kena bercinta jugak kan..Hoih! Aku tak suka buat benda yang sama hari-hari. Macam tu la. Kalau first year okey, second year buat benda sama. Aduh...pening kepala.

Perangai-perangai di atas membuat muka aku cepat berkedut. Lalu terus membeli mask


Garang tak?
 

Esoknya terus rasa muka bersewi sewi

Qery tau perangai aku ni, semalam dia cakap kat aku

'Kamu ni kan, kite tengok jenis tak suka benda yang ada komitmen kan. Kamu suka kamu buat, kamu tak suka pun kamu buat, tapi mulut membebel, nanti dah kawin bla bla bla bla bla'

*nangis kena mawah*

Comel tak aku cakap mawah mawah bersewi sewi, lalalalala~~

Berbuka Bersama Cinta

Nak muntah, haha! Sebenarnya Qery je yang puasa. Jadi haritu ikutkan saja dia nak makan apa. Aku malas nak gi jalan jauh sebab payah nak cari tempat makan. Pukul 4 dah kena tempah. Pukul 5 mesti dah ramai. So kitorang pergi leisuremall je. Senang sebab situ ramai cina, ada la melayu. Tapi cina lagi ramai. Kebetulan hari Jumaat kat luar ada pasar malam cina. Jadi takde la sesak sangat dalam mall tu. 

Qery nak sushi, layankan je. Sushi Boy ni sebenarnya dah lama tutup sebab tempat dorang ada buat renovation. Dah la kat situ je sedap. Aku dengan Qery selalu beli situ je. Murah pulak. ada sepuluh items dalam tu harga dia RM6 je. Murahkan. Lepas tu bila dia bukak balik, kelam kabut gi beli. Qery la kelam kabut, belum sampai mall lagi dia dah jampi kat telinga aku nak sushi nak sushi. Aduyai

 Mintak tolong tauke amikkan gambar. Hehe!

Qery ni kan suka makan ayam. Ko bagi je la ayam apa pun, mesti dia suka. Haritu dia tengok lengan aku.. dia kata lengan aku nampak macam ayam KFC. Kuang aja..

 Jadi dia nak makan kat Kenny, aku tak suka sangat. Tapi memandangkan dia dah parah sangat. Kite ikutkan je la. Sentap kan aku jugak yang susah. Sapa nak pos barang? Kuikuikui!

 Tudung - Pretty Chase (shawl sebenarnya) 

Side dish aku punye pun bagi kat dia..


 

Muka orang happy side dish ada banyak, hahaha!

Okey tu je la setakat ni. Oh sapa-sapa yang order beg since hari Jumaat petang, maybe aku tak dapat pos harini, maybe la. Kalau dapat alhamdulillah. Dapat tak dapat aku bgtau malam. Kalau tak dapat pos harini esok eh. Sorry sebab masalah rumah tangga. Hahaha! Tade la. Sebab kertas mahjong tak tau mana letak ni, aku ada lagi satu gulung yang ada 50 helai kertas, baru beli kot, tak tau mana letak sebab haritu letak kat hall, lepas tu mana pergi? Kena cari. Kalau tak jumpa kena suruh Qery beli lain, Qery pulak meeting. Erghhh! 

Esok pun boleh kan kan kan...hehe! K la bye!

Mengeteh bersama perempuan gedik

Hari Sabtu lepas puny cerita. Kakak-kakak aku nak gi cari baju kurung. Dulu aku kan manusia paling malas nak join, sebab Ahad tu je la masa nak rehat, atau pun nak buat pape. So memang malas gila nak pergi. Sekarang ni dah rilex sikit so boleh la nak join-join. Semua buat muka terkejut aku nak join. Hampeh betul.

Akak dengan Kak Ida kata nak gi Carrefour Wangsa Maju je, depan Wangsa Walk tu. So ke sinun la kite...
Baju memang banyak gila, tapi sebab dah pukul berapa, banyak kedai dah tutup. Kitorang jalan pun cepat-cepat, tak tau la kenapa jalan cepat sangat. hasilnya baju kurung takde, kasut aje


Semua pakat nak beli warna merah, aku taknak warna merah sebab aku dah ada kasut warna merah. Jadi amik warna hijau. Yang dorang ni kemain lagi wassap-wassap cakap yang hijau untuk anak dara...Malas nak layan..huhu! Padahal sebab Qery ada kasut jalan warna hijau..kehkehkeh!
 
Tapi warna merah tu semua saiz lain-lain la. Jemah 41. Ngeri. Kaki panjang sangat. So tak de la tertukar ke apa kan.

Lepas tu kitorang lepak kat NZ, kedai mamak yang popular tu. Mula-mula, kitorang order satu air, Kak Ida je order dua air. Semua pakat gelak nak kata Kak Ida kuat minum air la apa kan...


5 orang je, tapi ada 6 cawan. satu lagi Kak Ida punye, lepas tu tengah lepak-lepak kitorang order lagi satu cawan. Tadi mengata Kak Ida, lepas tu apa pun tak boleh...


Korang boleh kira la kalau tak caye..hehe! 

Lepas tu order pulak roti tissue

Jemah hangin je dengan aku, sebab dia duduk bertentangan dengan aku, dia pulak kena snap gambar, tiap kali aku nak nyelit. Hahaha! Dia nak crop pun tak boleh..

 Inilah muka-muka budak mengeteh pada hari tu 

Tapi bagus betul mamak NZ ni, servis cepat n cekap. Tak tunggu lama. Good =)

Jul 27, 2012

Juadah berbuka Puasa ke 6

Dah ke 6 kan, rasa cepat sangat ni. Apa pun tak prepare lagi untuk raya. Habislah aku... Semalam tolong mak aku masak. Tolong je eh.....pelis la aku masak. Selalu mak aku tanya..

'Na buat sambal belacan'
'Na masak gulai ni'
'Na masak itu masa ini'

Aku senang je, aku jawab

'Tak tau' a.k.a pemalas, hahaha!

Mak aku bengang je dengan anak dia ni. Semua pun cakap tak tau. Padahal pemalas kan. Tapi kuang aja la aku tak tolong mak masak. Kalau setakat simple-simple boleh la. Kalau kau suruh aku masak susah-susah seperti buat kek ke, maaf lah. Beli je tak payah susah-susah. Hehe! So semalam kami membuat.....

 Sambal untuk kerabu, lepas tu ada jugak buat sambal belacan, tapi tak snap gambar sebab malas.

 Bahan-bahan untuk kerabu..

 Bahan-bahan masak sayur

 Aku malas betul kalau masak gulai lemak ni, masak dia senang je. Tapi sebab kena kacau setiap masa. Kalau tak kacau nanti dia akan berbiji-biji. Tak sedap. Kalau 30 minit baru masak, 30 minit la ko kena kacau. Nak buat kerja lain tak boleh. Lenguh tangan i.

 Gulai rebung perut. 

 Sayur sama macam haritu je. hehe!

 Kerabu

 Ikan bakar beli

Ayam percik eh? Entah la...hahaha! Parah kan aku ni..semua pun tak tau. Tau makan je.

Banyak lagi tak snap, sebab aku dah cop-cop tempat duduk. Ada yang jauh dari aku, kang kalau aku bangun ateh curi tempat duduk aku tu. Tempat duduk aku tu memang ngam-ngam depan tv. So semua orang nak duk situ. Hehe!

Air, kuih semua tak snap.

Harini berbuka dengan Qery. Mesti Qery nak makan KFC, heee, boring betul.

Babe Stanza

Ok aku tau korang SEMUA tau pasal STANZA STYLISKA yang popular tu.
Aku je tak tau sangat sebab aku slow dan memang siput sikit.
Alah yang jual baju-baju untuk orang big size tu,
yang baju dia cantik-cantik tu.
Ada skirts, suits, lingerie, accessories semua untuk Plus size punye lah.
 designer dia yang popular tu, Syena.
Sapa yang rasa-rasa dia dalam fasa Big Size boleh ke SINI

Tapi bukan itu yang aku nak cite sekarang. 
Sebab memandangkan aku tak berapa nak big,
family aku pun tak berapa nak big, 
orang sekeliling aku pun tak berapa nak big.
Pulak tu dapat tau yang Stanza Styliska ni ada new design  
which is ada design baju untuk orang-orang small size (aku la tu, haha). 
Jadi aku teruja sangat!


Dont worry, designer dia orang yang sama.
Memandangkan Babe Stanza ni baru lagi,
jadi mintak korang like and share gambar-gambar dalam Babe Stanza okeyh

Cer kite tengok sikit baju-baju yang ada dalam Babe Stanza, eh korang jangan sebut beb stanza tau, dia actually baby baby, hokey??? Baby Stanza, cuma Ejaan dia Babe Stanza. Sapa yang small size kita feeling baby baby sekejap lah. =P


Homei kannn..... Aku suka la baju kain lycra ni, Nampak sangat gojes. Lepas tu nampak exclusive macam artis pulak dah rasa..  Tapi inner beli sendiri lah. Ini long dress sahaja. Ada banyak lagi warna lain. Gegirl nowadays kan suka warna yang happening macam ni. Dah tak main dah warna-warna selamat seperti warna hitam. Kuikuikui!

you see you see , memang cantik sangat. Lepas tu harga dia berpatutan. Kalau tak silap aku RM55 je okey. Kerana Babe Stanza ni still new, so korang masuk terus Like tau. sebab apa korang kena like? Sebab dorang mungkin akan ada new design yang gojes gojes, sebab kalau korang tak like, so korang takkan tau if Babe Stanza ni ada new design atau tak.

Kalau korang tak percaya yang Babe Stanza ni akan ada banyak collection, boleh refer Stanza Styliska sebab owner yang sama. hehe!


Babe Stanza pun ada jual short dress kalau korang agak-agak nak pakai dengan legging pun boleh aje.. Yang ni harga dia RM45

Beberapa lagi collection dari Babe Stanza.





Disebabkan mereka ada kilang sendiri. So korang jangan kuatir dan ragu-ragu. Babe Stanza hanya jual ready stock sahaja. Jadi korang jangan lepaskan peluang, dapatkan beberapa helai baju dari Babe Stanza sementara stok masih ada..

Untuk yang body dia lebih kurang aku, atau yang pakai saiz S , M @ L, boleh Like Fanpage Babe Stanza SEKARANG -- KLIK SINI

Kalau korang big size, tapi anak korang small size, pun kena Like jugak okey. hehe!

Informasi : Semua collection ni produced by Stanza sendiri ye, lepas tu Stanza ni berdaftar secara sah dengan MYPO.

Jul 26, 2012

Terjebak dan terpengaruh dengan dot dot dot

Tajuk macam saspen sangat. Tapi tade la saspen mana. Saja la tu poyo di bulan Ramadhan. Qery kan pernah cerita pasal Jerawat dia yang banyak gila dulu tu kan, macam mana dia merawat bagai. Ini last entry dia part jerawat tu. Memang tiap-tiap kali sabun dia habis, kesini la jawabnya.


Yang tak klakanye, aku pun order skali sabun tu. Kuikuikui! Terus dia bajet aku jadikan dia idola..Pui! Aku saja je nak beli, nak try kan. Aku kan gedik, orang nak aku pun nak. Lagipun sabun dia murah. RM16 je, sabun pulak besar gila. Jadi aku pun beli la sekali.


Dalam felisa pun ada jual tudung. Sementara tunggu kakak tu potong 3 sabun si Qery, kitorang pun bergedik2 kat dalam ni. Aku ada beli deadorant tau. Selalu aku beli niveayang whitening punya. Aku tak kisah stick ok liquid pun okey, memandangkan liquid ada promotion. Jadi beli saja lah.


Lepas tu Qery cakap,

Q : Pakai la yang spray atau stick, yang tu nanti baju kuning-kuning sebab dia basah
S : Kamu pakai pakai baju dulu baru pakai deadorant ke?
Q : Haah la.
S : Pakai deadorant dulu, baru pakai baju. Yang ni cepat je kering.
Q : Yeke?
S : Kamu pakai apa?
Q : Yang spray ni *******
S : Patut la ketiak kamu hitam. iyek!

Haha! Sukati je cakap ketiak orang hitam. Tapi nivea whitening ni memang ketiak putih sentiasa. Tapi aku tak tau la korang. Kan ada orang ketiak dia gelap sikit kan. Dia putih, tetiba ketiak gelap. Apakah? Begitula..Boleh la cuba Nivea Whitening pulak eh. Tapi pakai deadorant dulu baru pakai baju. Pahe???

Tapi kalau kulit ko memang gelap sikit, pakai nivea ni takde la tetiba ketiak je putih kan. Haha! Yang tu aku tak tau la. Atleast jadi macam warna kulit yang normal la kot. Masa lepak dengan kawan-kawan dalam bilik, dorang selalu usha ketiak aku (cite pasal ketiak pulak dah, pengoto, haha). Sebab dorang pelik kenapa ketiak tak hitam. 

Nivea okey, Nivea Whitening

(ini bukan sponser pos, harap maklum, kihkihkih)

Penghujung entry, cerita pasal ketiak di bulan yang mulia ini. *mata ke atas*

Okey bye!

Juada Berbuka Puasa ke 5

Semalam masak aje, cewah macam la aku yang masak. Malas nak cite panjang-panjang.

Sayur campur

Sambal belimbing

Timun

Air Tembikai

Ikan masin

Tepung Pelita dengan tak tau nama. hehe!

Mak masak ni, tak tau nama

Ikan stim kot. Dap Dap Dap

Makan 4 beranak macam ni la. 5 minit sebelum berbuka pinggan masing-masing dah penuh. Baik emak, baik anak. Samaaa aje. Berebut. Hehe!


Harini tak tau la nak masak apa, pening kepala aku mak aku, hehe!