*Petikan dari Majalah Anis keluaran March 2015*
Trivia Zuhana Noh @ Sepet
Lahir pada 5 April 1988
Berasal dari Kuala Lumpur
Berumur 28 tahun
Anak bongsu daru sembilan adik-beradik
Pemegang diploma dari Management and Science University (MSU), Shah Alam, Selangor, dalam bidang Farmasi.
Pemilik blog sepet88.blogspot.my dan pengasas produk kecantikan Seqy Beauty.
Pernah bertugas sebagai ahli farmasi di beberapa buah hospital selama lebih kurang 4 tahun.
Suami : Khairi Fizairi B. Jalaluddin. (32 tahun)
Anak : Izz Qaiser B. Khairi Fizairi
(tambahan info : Anak : Luth Runako B. Khairi Fizairi)
Blogger SEPET Kini Pengasas Produk Kecantikan.
Paduan ilmu, pengalaman dan minat merupakan pakej terbaik buat dirinya mengasaskan produk kecantikan Seqy Beauty.
Tahun 2008 merupakan era kegemilangan blog. Rata-rata blogger yang ditemu menjengah dunia blog pada tahun tersebut. Maklum sahajalah pada ketika itu, laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter masih belum mesra.
Maka, blog dijadikan medium untuk berinteraksi dan berkongsi kisah kehidupan di kalangan sahabat-sabahat blogger. Begitu juga Sepet atau nama asalnya, Zuhana Bt Noh yang mula menitipkan tulisan di blog pada tahun tersebut ketika masih bergelar pelajar kolej.
Mungkin ramai sedia maklum, blogger di sepet88.blogspot.my berusia 28 tahun ini sebenarnya merupakan bekas ahli farmasi yang pernah bertugas di beberapa buah hospital di sekitar ibu kota.
Selain dikenali sebagai blogger, anak bongsu daripada sembilan adik beradik ini meniti kehidupan peribadinya tersendiri apabila bergelar usahawan pada usia yang masih muda.
Ilmu farmasi yang diperolehinya ketika menuntut di Management and Science University (MSU), Shah Alam, Selangor tidak lama dahulu tidak disia-siakan apabila berjaya mengasaskan produk kecantikannya sendiri, Seqy Beauty.
Diploma dalam bidang farmasi yang digenggam, pengalamannya bekerja sebagai ahli farmasi selama lebih kurang empat tahun dan ditambah pula dengan minat yang mendalam terhadap perniagaan menyemarakkan semangatnya untuk mengasaskan produk ini.
Paduan ilmu, pengalaman dan minat tersebut merupakan pakej terbaik buat dirinya mengasaskan Seqy beauty. Lebih-lebih lagi dengan sokongan suami tersayang, Khairi Fizairi B. Jalaluddin, 32, perkembangan perniagaannya makin menampakkan jalan.
Bisnes dari rumah
Menguruskan rumah tangga dan perniagaan dalam masa yang sama bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, semua itu boleh ditunaikan kerana adanya kerjasama dan sokongan dari suami. Lebih-lebih lagi, Zuhana kini lebih banyak meluangkan masa di rumah sejak mengambil keputusan berhenti kerja sebagai ahli farmasi. Keputusan ini diambil lantaran minatnya yang mendalam terhadap dunia perniagaan.
"Saya berhenti kerja tahun 2012 iaitu setahun sebelum saya mendirikan rumah tangga. Sepatutnya, saya mahu berhenti lebih awal, tetapi disebabkan ada kontrak dengan pihak hospital, saya terpaksa tunggu sehigga habis kontrak tersebut," ujarnya.
Sebelum berhenti kerja, Zuhana terlebih dahulu berbincang dengan ibu bapa dan bakal suaminya pada ketika itu berhubung keputusan yang dibuat untuk memulakan perniagaan dengan lebih serius.
Baginya, menjalankan perniagaan sendiri lebih-lebih lagi perniagaan atas talian (online) sepertinya lebih menguntungkan bukan sahaja dari segi pulangan, malah dari aspek masa dan juga kos perbelanjaan harian.
"Saya lebih banyak masa di rumah. Stok-stok produk juga saya letak di rumah. Cuma, makmal sahaja terletak di Kepong. Jika ada sesuatu urusan sahaja, barulah saya ke makmal dan selebihnya saya berada di rumah," akuinya.
Zuhana sudah membuktikan bahawa perniagaan produk kecantikan sepertinya juga mampu berjaya. Paling penting, ilmu dan kesungguhan. berkat kegigihanya, Seqy beauty kini mempunyai agen di seluruh negara.
Blog Medium Perniagaan
Mula memeriahkan dunia blog sejak tahun 2008, kini Zuhana Noh mengakui yang dirinya tidak seaktif dahulu dalam menulis atau mengemaskini blognya kerana sibuk menguruskan putera sulungnya itu. Lebih-lebih lagi, perniagaan produk kecantikannya, Seqy Beauty semakin ligat menjengah pasaran.
Usahawan muda ini dilihat menggunakan sepenuhnya medium blog tersebut untuk mempromosi dan memperkenalkan produk yang diasaskan sendiri kepada orang ramai.
Ikuti temu bual lanjut bersama Zuhana atau lebih gemar dipanggil Sepet.
Anis (A) : Apakah yang selalu dikongsi dalam blog?
Sepet (S) : Saya selalu kongsikan tentang keluarga dan perniagaan. Sekarang ini, saya agak jarang update blog kerana sibuk menguruskan anak yang masih kecil. Kalau sempat, dalam seminggu itu mungkin sekalilah. itu pun berkongsi perkara yang simple sahaja.
A : Apakah yang dititikberatkan ketika berblog?
S : Gambar atau penulisan kita mestilah tidak menimbulkan kontroversi kerana kita tidak tahu feedback daripada pengikut atau pembaca blog kita sama ada mereka suka ataupun tidak. Tulislah perkara-perkara yang baik sahaja dan yang membuatkan pembaca-pembaca blog gembira apabila membacanya. Perkara-perkara yang beremosi tidak perlulah dikongsikan.
A : Selain seorang blogger, anda juga mengusahakan perniagaan produk kecantikan secara online. Bagaimana boleh bermulanya perusahaan produk kecantikan ini?
S : saya memang minat dalam perniagaan sejak dahulu lagi. Ketika saya masih bekerja dahulu pun, saya menjalankan perniagaan sebagai part time. Selepas itu, saya mengambil keputusan behenti kerja untuk serius dalam perniagaan. Saya bermula dengan menjual pakaian secara online iaitu Seqycouture. Tetapi ia mampu betahan lebih kurang enam bulan sahaja. Selepas itu, bulan Oktober 2014 baharulah saya keluarkan produk kecantikkan BB Cream atas jenama Seqy beauty yang diasaskan sendiri oleh saya.
A : Setakat ini, bagaimana sambutan terhadap produk Seqy Beauty?
S : Mula-mula memang susah jugalah sebab perlu mencari pelanggan dan membuat orang ramai percaya dengan produk ini. Tetapi, lama kelamaan semuanya dipermudahkan.