Nov 1, 2017

Super Daddy Super Husband!

Sebenarnya aku kagum jugak la dengan Qery. Sejak aku pregnant dah hujung-hujung tu. Kiranya lagi 2 minggu nak beranak camtu la. Dia rajin gila bawak anak jalan-jalan. Bawak pergi taman mainan la. Bawak pergi playground yang indoor tu la, bawak pergi mall, pergi tengok wayang. 

Yela ofcoz anak ni kalau dengan bapak memang ikut kata sikit kan. Tapi kalau aku jadi bapak, berani tak berani gak nak bawak sebab kadang risau jugak susah control ke apa kan. Huhu! Kadang kalau keluar dengan aku sekali pun, bila tengok cara dorang ni main boleh sakit jantung mak ko. Haha! Yelah lelaki kan, ko paham la ganas dia tu. Risau dia pukul budak lain tu je. Tapi Qery dia jaga relax je, takde pulak dia sakit jiwa tengok anak dia melompat terlanggar anak orang lain ke apa. Hahaha! I is cannot okay. 

So yang tu memang aku kagum la. Bila keluar berempat and Qery kata nak main kat playground dalam shopping mall, selalunya dia jaga sorang. Aku jenjalan tempat lain. Gitu kekdahnya mami dorang ni. Hahaha!

Jap aku share gambar dorang tiga beranak bersuka ria. Tapi gambar anak-anak je la. Qery nak selfie dengan anak tu susah sikit la opkos. Huhu!

 Dalam playground, kemain seronok memasing.

 


 Qery banyak bawak pergi indoor je, seminggu tu rasanya 2 3 kali gak la dia bawak.

 masuk kedai buku belikan dorang buku.




 Bawak dorang pergi gunting rambut.


 Tengok perangai Runako tu, huhu!

 Bawak joging.

 Singgah masjid Qaiser Runako nak solat katanya. hihi!

 Bawak taman mainan.



 Pergi Melaka. Haha! 




 
 Tengok wayang.

Dasyat la bagi aku. Kalau aku mesti dah terpekik terlolong panggil dorang ni. Haha!

Tips macam mana nak jaga dorang? Aku rasa Qery pun pening sebab tiap kali dia balik dia cakap.. Huiii bebudak ni susah betul nak control. Hahaha! Tapi still dia bawak bebudak ni jenjalan la. Cuma next time kalau nak keluar jenjalan, aku cakap bawak la mak ayah sekali. Sekurangnya mak ayah pun happy dapat jenjalan dari duduk je rumah. Huhu!

Kalau nak tips jugak, nanti aku suruh dia update blog dia. Tak tau la dia masih ingat password ke tak. Hahaha!

Kbye..

******************************************************************


Oct 31, 2017

Jadual Harian Sepet

Gituuuu tajuk dia. Haha! Lepas bersalinkan Yurika, aku buat jadual harian. Actually dah lama ada jadual harian, tapi masa mengandung ya ampun tak tau la wei, semua kelaut dalam perangai aku ni. Tak suka betul la sebab tak tau kenapa mengandung Yurika ni badan tak larat, pinggang sakit sangat maybe sebab masa mengandung pun gigih dukung si Runako tu. Yela tak dilayan kesian pulak, budak tu tak sampai setahun setengah pun lagi, nak tak nak layan kerenah dua orang tu. Nanti ada adik dah tak tak boleh manja macam dulu. Huhu!

So gigih la buat semua jadual, sesuaikan dengan tiga orang anak. Lagi-lagi dalam pantang ni, memang tak menentu masa. Dapat anak yang tidur 23jam sehari syukurlah. Dapat anak yang nak nangis, nak berdukung tu haru la. Huhu! Aku memang kena buat sebab Yurika ni tak menentu. Kadang tu baik sangat, kadang tu nak manja terlebih. Bila ada jadual ni membantu jugak la. Bukan apa, bila kita kelam kabut banyak benda lupa. 

Ada jadual, kalau blur boleh tengok balik apa yang belum buat lagi. Then ada jadual ni pun mudah jugak kita nak plan apa-apa. Ini pun jadual tak lengkap. Banyak yang aku tak masukkan. Sebab masa memula buat tu ter print banyak, so guna je dulu. Habis nanti kita edit lagi. Yang ni benda basic la korang boleh ikut kalau nak kehidupan lebih teratur. Dan supaya korang tak menjadi pelupa tegar. Kekeke!


Kemain solat pun nak tulis kan, haha! Iya gais. Tulis jangan tak tulis. Zikir selawat baca Quran memang kena tulis la, sebab sejenis aku ni bila tak diingatkan, memang takkan ingat la. Atleast boleh dijadikan self reminder untuk diri sendiri. Macam sedekah tu, kadang tak ingat pun, takde duit haritu, senyum pun boleh. Nak sedekah juga tapi takde duit, pack baju lelama tshirt nak gi kerja nampak orang minta sedekah kat mrt tu bagi ke dia. Pepandai uolls lah. Huhu!

Mandi tu memang kena tulis lah. Maknya ni kadang tak sempat mandi tukar baju je. Kahkahkah! Sarapan pun kena ingatkan. Kalau tak selalu lupa je. Minum pun sama. Jenis yang pemalas nak ke dapur makan. Kau rasaaaaaaaa boleh ingat ke nak sarapan. perut pun takde bagi signal lapar ke apa. Helok je dia dendiam situ. Tapi sebab menyusu badan ni, gigih jugak la minum pun.

Basuh baju semua tulis, kadang memang tak jenguk mesin basuh sebab kelam kabut. Ha ni aku taip ni Yurika tengan menangis kemain lagi. Dukung dia jap..

Tak tau la berapa lama masa nak siapkan satu entry. Dari pagi tadi ni menaip, pukul 2 petang belum habis lagi, hahaha! Ok kita sambung, kena tulis gais apa yang kita buat. Kang laki balik dia tengok ohhh dah basuh baju, oh dah lipat baju, oh dah kemas rumah, ohhhh dah itu dah ini. Kalau laki kau balik tanya 'apaaa je awak buat harini', kau lemparkan kertas ni ke muka dia. Haha! Jangan kongajo sangat. Bagi la elok-elok. Sambil bagi dia minum nescafe, pastu tick tanda (/) kat column  ''bagi suami minum nescafe'' depan muka dia. gigih tak. Hahaha!

Rutin harian macam pakai set skincare semua tu untuk aku, memang kena tulis la. Sebab kadang tu pagi kelam kabut, petang baru sempat pakai skincare. 

Yang update blog facebook instagram bagai tu memang kena tulis. Kalau tak tulis tu, memang tak update la aku. 

Aktiviti harian tu, contoh korang plan apa haritu, atau ada benda tetiba korang kena buat haritu. Boleh la tulis. Memang membantu sangat. 

Banyak sangat yang aku tak masukkan lagi. Aku buat column sendiri kat belakang kertas, contoh macam ''baca buku untuk anak'', ''ajar ABC'', and etc. Nanti aku tunggu kertas print ni habis, buat yang baru. Yang lengkap aku tunjuk lagi sekali kat korang. Boleh tiru, takyah mintak izin , tampo kang. Hahaha!

Buatlah jadual ikut kesesuain hidup korang. Malam ni termenung jap depan komputer. List dulu kat kertas apa yang korang buat setiap hari, benda basic and benda yang korang nak improve kan. Contoh macam aku, yang selawat baca Quran tu, aku mengaku la aku tak buat everyday sebelum ni. Bila ingat baru buat. Tapi sebab nak improve nak berubah #konon. Keke! So aku tulis lah. Kalau korang tengok aku punya ni, dalam hati korang ehhh ni aku buat setiap hari. Then korang boleh la tambah memana yang korang jarangggg buat tu. 

Macam bila suami balik takde buat air pun (itu aku la) haha. Tapi nak jadi isteri solehah katanya, nak buat la. So buat la column ''buat air untuk suami'' dengan pesanan bawah tu semoga suami saiyang, hahaha!

Okay lah. Korang nampak tak banyak lagi aku tak tick tu. Baik aku buat kerja lain pulak. Semoga bermanfaat untuk korang semua. Byeeee

****************************************************************

Oct 12, 2017

Lahirnya Aisy Yurika Binti Khairi Fizairi =)

Tanggal 2 Oktober 2017, genaplah 40 minggu aku mengandung anak ke-tiga.

Anak pertama - 40 minggu 5 hari (induce)
Anak kedua - genap 40 minggu
Anak ketiga - genap 40 minggu

Dimanakah faktanya beranak rapat anak cepat keluar? Dimana uolss...dimanaaaa...hahahaha!

Actually fakta ni boleh pakai la kat certain orang, tapi maybe bukan family aku. Sebab mak aku 9 orang anaknya, semua lahir cukup bulan atau terlebih bulan. Jadi harapan untuk aku mengandung kurang dari 40 minggu tu mungkin ada tapi tipis. Hahaha! Bersifat keturunan mungkin. Doktor pun cakap macam tu. Tak kisahlah asalkan anak sihat syukur selalu, ye tak. Huhu!

 Beranak Luth Runako la paling berat sekali. Capai 60 kilo. Haha! Paling ringan masa ngandung Aisy Yurika, nak bersalin tu berat baru 56kilo. Walaupun nampak macam Pregnant ke tiga beso je dalam gambar, hakikatnyaaaaa aku pun tak tau lah. Haha! Aku pun rasa besar perut, tapi bila timbang, eh eh paling ringan pulok. Lantak sana.

Pengalaman mengandung Izz Qaiser, Pengamalan mengandung Luth Runako korang boleh klik kat nama dorang tu, kot la nak baca, kekeke!

Malam Isnin tu, memang tak boleh tidur. Tak boleh tidur bukan sebab sakit contraction ke apa. Tapi sebab sakit kaki. Bila jalan sikit rasa urat kat peha tu tarik lain macam. Huhu! Sebelum ni pun memang dah sakit camtu tapi tak kerap. Sehari mungkin 2 3 kali. Tapi malam tu aku langkah 10 tapak je sakit, jalan lagi 10 tapak sakit. Pelik gak tapi cam redho je lah.

Lepas subuh baru dapat tidur kejap. Bangun pukul 8.30 sebab Qaiser dengan Runako memang bangun waktu camtu.

Bagi dorang minum susu, kemas rumah sikit-sikit. Bagi tengok kartun dulu, macam biasa pukul 10 baru mandikan dorang. Haha! Then pukul 11 lebih, erm agaknya lebih kurang 11.30 la kot. Aku perasan macam sakit senggugut. Kerap gak 5 minit sekali.

Pengalaman nak beranak Runako pun senggugut gak, tapi ada keluar darah sekali. Yang ni takde darah apa cuma senggugut je. Cumanya senggugut ni rasanya kuat dari Runako dulu.. Okay lah lek lek lagi.

Bagi bebudak main basikal kat luar dulu. Dalam hati tu, kalau beranak kejap lagi, atleast dah hiburkan hati anak-anak untuk harini. Haha! Sementara tengk dorang main tu, tahan la sakit senggugut. Then wasap Qery, bagitau dia rasa sakit macam Runako dulu.

Tapi takyah balik lagi, sebab aku nak tengok betul ke sakit tiap 5 minit, kalau dah sejam sama jugak baru suruh dia balik. Huhu!

Tengok jam pukul 12.30, suruh Qery balik. Sebab kali ni sakit dia kuat sikit. Tapi still la boleh tahan. Macam skala 1 ke 10, masa Runako skala 1, masa Yurika skala 4 gitu la. Qery sampai rumah sebelum pukul 2. Suruh dia hantar anak rumah mertua dulu. Then kami bersiap-siap keluar rumah terus.

Sempat ambik gambar, nak buat kenang-kenangan sebelum beranak. Konfiden je aku nak beranak haritu gak kan. haha!

Keluar rumah jam 2.30 petang. Aku cakap jom gi makan dulu kat Tesco. Kalau beranak ada la tenaga nak push. Sampai Tesco lebih kurang pukul 3 lebih. Order claypot, makan sambil tahan sakit. Haha! Qery pergi repair tali jam dia. Kena tunggu lebih kurang 30 minit. Masa tu dekat pukul 4 kot. Aku cakap kat dia, tak boleh tunggu la 30 minit. Jom la pergi hospital terus. Sempat la aku beli roti buat bekalan. Pengalaman sangat kat spital dapat makanan lambat lepas beranak. Lapar dia tak boleh bla kot. Tu yang siap sedia dah roti.

Yang si Qery pulak beriya cakap aku tak bersalin kot harini. Sabo je lah. Macam lah dia yang tau rasa sakit tu macam mana kan. Aku cakap kalau beranak harini bagi aku sejuta. Hahaha! Terus dia cakap bersalin harini. Kekeke!

Sampai spital jam 4.30. Aku naik ward, sementara tu Qery cari parking. Aku cakap nak cek bukaan je. Sakit dari jam 11.30, tapi kalau belum bukak ke atau perasaan aku yang over ke, haha! Yelah kan, kadang tu risau la kot perasaan aku je. Nurse cek, dia kata............ dah 6cm ni puan.

OMG gelak tutup mulut je lah yang aku mampu. Sekurangnya dah 6cm. Nak kena tunggu lagi 4cm boleh beranak dah. Hihi! Pukul 4.50 nurse pecahkan air ketuban, masukkan drip untuk cepatkan bukaan. Aduhaiiii contraction dia terbaik okay, hahaha! Aku tak tengok la jam pukul berapa, tapi terasa lamaaaa woiii. Bila nak 10cm ni. Qery cakap aku dah berpeluh-peluh dah.


Aku cakap kat nurse, boleh tak nak ambik ubat tahan sakit, nurse cakap boleh tapi sebelum tu dia cek dulu berapa dah bukaan. Kalau ada peningkatan tak perlu ambik ubat. Okaylah... Nurse cakap dah 7cm. Sedut gas je lah.

Satu je aku tak suka sedut gas ni, haus gila kot. Tekak kering cam tak minum 10 hari. Tapi gagah jugak la sedut sebab dah sakit kan. Hahaha!

Aku rasa sebenarnya dah bukak 10cm, tapi nurse suruh tunggu jap doktor tengah pakaai baju, haha! Sabor je lah. Tapi aku suka nurse yang jaga aku malam tu. Dia tak bagi aku push sebab nak suruh aku simpan tenaga. Nanti sekali push je terus keluar. Gitulah.

Jam 6.38pm, doktor sampai je, terus push and terus keluar anaknya. Dengarlah suara nyaring Aisy Yurika. Anak-anak sebelum ni keluar nangis sikit je. Runako langsung tak dengar suara. Haha! Yang Yurika ni kemain lagi suaranya. Dasar gegirl ke apa ni. huhu!


Pengalaman paling sekejap kat labour room. Kiranya start dari pecah ketuban and masukkan drip tu, tak sampai lah dua jam menahan kesakitan yang amat tu. Kalau sakit contraction dari jam 11.30 tu boleh tahan lagi. Still consider anje-anje la. huhu!

Syukur sangat tak lama. Qery pulak kata yang kali ni beranak aku nampak rilex sangat. Padahal dia tak tau aku tahan sakit bagai nak gila.Dia buat lawak pun aku rasa nak maki je. Hahaha! Masa nak push tu, aku pegang tangan Qery, selama ni aku tak pernah pegang pun tangan dia masa nak beranak. Hanya memegang besi besi katil je. Hahaha!

Kali ni aku pegang la tangan dia. Masa push tu tak tau la apa jadi kan. Dia kata tangan dia sakit gila aku genggam rasa nak tercabut. kekeke! Nasiblah....

Lepas beranak tu kena tolak masuk ward. Aku ambik pakej (3 hari 2 malam), so Rabu tengah hari tu boleh keluar. Tapi aku ni jenis yang tak suka duk spital. Selasa tu bagitau Qery nak balik. Macam-macam alasan la aku bagi. Susah nak mandi la, boring la, apa la. Haha! Petang tu lepas mak mak datang melawat, lebih kurang 5.30pm balik lah kami.

 
 Gambar ni korang komen terus kurus la apa lah kan. Haha! Eiii ada la buncit tu sikit. Aku pegang perut lepas bersalin, OMG scary sebab ada satu tempat tu benjol keras nau. Nurse cakap biasa kak, rahim tengah bengkak lagi tu. Maklumlah, Lahirkan Qaiser dengan Runako pukul 2 pagi. Lepas lahirkan dorang memang terus tido. Esoknya bangun rahim dah kurang bengkak, so tak perasan la perut bengkak ke apa. Ini lahirkan Yurika petang, mata tak ngantuk lagi, duk belek perut semua. Tu terkejut pegang perut keras semacam. Nasib nurse kata biasa. Kalau tak cuak gak tu. Kekeke!

Sampai je rumah, bebudak ni terkejut la ada ahli baru. Yang Runako nampak tak berapa nak happy memula tu, sebab aku asik pegang Yurika, haha! Selama ni dia berkepit atas perut aku kan. Pastu dia gi tolaknya Yurika suh tepi, dia nak duk atas riba aku. Jeles kemain. Haha! Tapi lelama okay, sebab suruh dia main sekali dengan Yurika, suruh sayang, suruh hug. Qaiser memang paham dah. Dia cam budak besar, dia tau tu baby girl dalam perut mami dah keluar. Huhu!

Sekarang ni bila Yurika nangis, kelam kabut dorang lari panggil mami. Suh bagi susu. Hahaha!

 Aku berurut 3 hari je. Then upload la gambar ni kat ig and fb.

 
 Pantang hari ke 7 (last day urut). Sebelum ni aku tak pernah pun buh pilis camni. Kakak yang urut tu yang letak macam ni. Tapi besttttttt woiiiii. Dia punya berangin tu, ringan kepala. Then bila dah kering pun dia jatuh seketul seketul. Dah kering tu aku terus cuci la. tapi memang lega sangat banding letak pilis asal ado. Korang boleh cuba tau. Huhu!


Pantang hari ke 5, check-up baby. Masa check-out spital. Doktor cakap Yurika telinga kanan dia tak lepas ujian. So masa check-up kuning kat spital, pergi bilik radioligist, cek lagi sekali telinga dia. Nurse cakap biasanya baby yang tak dengar tu sebab masih ada cecair dalam telinga. So bila cek balik radioligist kata okay takde masalah. Dedua dengar alhamdulillah. Sempat la dia nasihat aku, kalau anak dah setahun lebih tak boleh cakap beberapa patah perkataan, bawak jumpa doktor, jangan tunggu 2 3 tahun baru jumpa doktor. 

Terus teringat Runako. Nasib baik dah mula bercakap. Takde la risau nau.. Kita tunggu turn Yurika je la camtu. Huhu!

Aisy Yurika Binti Khairi Fizairi
Berat 3.4kg
Panjang 53cm

Moga jadi anak yang solehah sayang. I love you =)

Jul 19, 2017

Tabahlah Seorang Emak dan Ayah

 

Harini nak bebel cerita pasal anak aku yang dua orang tu. Qaiser dengan Runako. Biasalah kan budak yang nak membesar, ada masa urut dada, ada masa tu rasa nak gelak tengok dorang.

Awal dulu mengandung Runako, masa Qaiser baru 11 bulan. Memang nak cecepat mengandung lagi sebab nak bagi Qaiser ada kawan. Baru 4 ke 5 bulan si Qaiser tu aku dah beli UPT, hahaha! Mengandung ketiga ni masa Runako 8 bulan. Pun nak bagi dorang berkawan gak. Lagi ramai kawan dalam rumah ni lagi bagus kan. Biar riuh sikit.

Aku kalau keluar rumah nak masukkan anak dalam kereta je pun, rasanya semua jiran aku tau kot. Hahaha! Sebab suara kami je terjerit-jerit panggil sorang-sorang. Bebudak ni kuat nyakat wei. Dah tau nak masuk kereta, dorang lari dalam pagar suruh aku kejo. Dah keluar pagar jalan terkedek-kedek nak masuk kereta. Cuaca dah la terik pastu sengaja jalan lambat-lambat. Memang aku bebel je la. Jiran aku mengata apa lantak sana, hahaha! 


Kalau bergaduh dua orang tu, sama tinggi suaranyaaaaaaaa. Dedua taknak kalah. Aku tengok dari tepi gelak dalam hati sambil kembang-kembang hidung je. Qaiser ni garang tau. Ngikut aku ke Qery ke tak tau lah. Hahaha! Yela siapa lagi dia nak ikut kalau bukan makpaknya kan. Contoh depan mata je katakan. 


Selalu kalau nak marah sangat ke apa ke, tarik napas panjang-panjang. Nak suruh orang lain sabar tu senang kan, nak suruh diri sendiri ni sabar kesusahan dia menggigil je kerongkong nak amukan. Hahaha! Kang anak nampak contoh tak baik risau dia tiru pulak. Budak umur tu memang suka tiru orang. So dalam fasa ni memang aku dengan Qery dah ubah la sesikit. Kadang tu geram sangat cubit jugak. Sampai gak la hanger kat pampers dorang, hahaha!


Runako belum pandai cakap lagi. Ada la beberapa patah perkataan yang dia boleh cakap tapi tak banyak la. Macam Atok, duduk, sejuk, susu, paham, mama, papa. Tapi dia dah boleh paham arahan dah. Kalau suruh ambik remote control, ambik barang-barang kebanyakkannya ada yang dia tau, ada yang dia main teka-teka je la. 

Qaiser pulak memang dah paham banyak dah. Yela bulan lapan ni genap 3 tahun. Dah boleh faham semua yang aku cakap. Qaiser ni aku tak tau la dia ni sejenis cepat faham ke apa, tapi boleh nampak la dia ni senang jugak nak di ajar. Tapi auta dia pun banyak gak la kan. Kuat menyakat mak bapak jugak tau. 

Kalau aku tengah marah-marah ke apa, nanti dia cakap kat Qery, "daddy nanti kita tengok wayang bawak daddy, ako dengan qaiser je. Mami tinggal" sambil jeling-jeling kat aku. Eh eh ehhhhh.. Mami lagi suka kena tinggal, pergi la korang tengok wayang sana. Huhu!

Ahad lepas kot, dah pukul 8.30malam. Teringat susu dorang dah nak habis. Ajak la Qery gi Tesco Cheras. Tingkat bawah kan ada mainan yang scan pakai card tu. Selalu memang bawak dorang main situ. Qaiser pun memang tau dah tiap kali nak main je dia ajak gi Tesco. Haritu bawak taman mainan yang kat padang tu, baru 5 minit dah hujan. Masuk kereta Qaiser cakap, "kita pergi tesco la daddy, tesco tak kena hujan". Amboiiii sangat dia tu. Haha! 

So berbalik kepada aku nak beli susu tu. Kan dah lewat. So aku pesan la kat Qaiser. 

Mami : Qaiser, kita nak pergi Tesco nak beli susu je.
Qaiser : Okay
Mami : Kita tak main mainan pun, Qaiser teman mami beli barang je. Paham?
Qaiser : Paham mami.
Mami : Qaiser tak boleh nangis-nangis mintak nak main kat bawah tu. Paham tak?
Qaiser : Paham mami.
Mami : Kita beli barang, lepas tu kita balik. Kita tak singgah main. Paham kan.
Qaiser : Paham mami.

Lepas tu Qery pun nyampuk.

Daddy : Qaiser, mami pesan apa tadi?
Qaiser : Tak tau la Cikgu Daddy.

OMG ko raasaaaaaaaaaaaa...

Penat aku bebel berulang kali tau.. Sepanjang perjalanan tu lah rasanya, haha! Kemain dia cakap paham sambil ngeluh-ngeluh kononnya dah paham sangat la tu. Sekali dia cakap tak tauuu muka selamber tersengih-sengih jeling aku.

Tapi akhirnya dia paham la. Hahaha! Nasib baik. Kalau tak drama gak la dalam kereta masa balik tu.

Okbye, nak sambung buat kerja. 

*************************************
 
Testimoni Seqybeauty....
Kawan saya ni bukan senang nak percaya produk2 tempatan..... Kalau X dipaksa pakai mesti dia x akan dapat kulit yg macam sekarang ni...
5 bulan..... 5 bulan dia istiqamah dengan Seqybeauty.... Nahhhhhhh hasilnya!!! Terus nampak muda 10 tahun kan.
Uools kalau dia boleh uools mesti boleh. Tapi kena sabar tau. Seqybeauty mmg slow tapi hasilnya pasti membanggakan.
Boleh wasap kak wawa nak dapatkan produk Seqybeauty ni 0137375734

Jul 18, 2017

Kisah Check-Up



Semalam pergi check up. Ok actually aku dah dua bulan tak jumpa doktor. Last jumpa bulan May sebelum puasa lagi. Masa tu doktor ada cakap kat aku nanti bulan puasa ada satu check-up, bukan buat kat klinik tapi kena pergi hosital untuk scan baby. Scan tu aku tak ingat nama apa, tapi macam fungsi dia untuk detect kalau baby kita sihat atau tak la. 

Nak dijadikan cerita, dah nama pun bulan puasa kan. Lemau la aku. Haha! Takde la sibuk fikir bila appointment, otak aku asik fikir nak berbuka makan apa je lah. Dasar sangat kan. 

Pastu, kebetulan lagi orang bank dari cimb asik kol je suruh ambik insurance lah apa lah. So aku malas la nak angkat tepon kalau ada nombor-nombor yang tak dikenali. Rupanya yang kol berkali-kali selepas tu nurse kat spital rupanya. Hahaha! Tapi bila tarikh dah terlepas so aku pun biarkan je la.

Tunggu je la appointment masa raya. Dah raya pun aku lupa ada appointment. Patutnya 7haribulan, tapi langsung tak ingat. Klinik pulak tak bagi aku card, so aku memang bergantung harap untuk dorang call remind je la. Pastu agaknya dorang ada kol, aku pulak tak perasan ke apa kan. Huhu!

Pastu kebetulan lalu klinik, terus masuk mintak set date lain untuk appointment. Takut la kena carut dengan nurse sebab dah dua bulan kot tak jumpa doktor. Huhu!

So semalam, adik jaga kaunter tu tanya kenapa akak tak datang check up kat hospital. Berhuhuhu je la aku. Aku pun cerita la kisahnyaaaaaaaaa. Aku budget baru 29 minggu, malas nak kira berapa minggu sebab kali ni pregnant doktor kata adjust dari size baby la apa la kan. So lantak sana la dah berapa minggu pun. Yang penting baby sihat je dah cukup dah.

Masuk bilik doktor, dia cek katanya dah 31minggu. Lols.. Cek ukur lilit kepala macam biasa, size badan size peha. Doktor kata baby kecik dari abang-abangnya. Dulu Runako masa aku 33 minggu berat baby dah 2.5kg camtu kot. Mengandung sekarang 31w berat baby baru 1.3kg. Tapi doktor cakap takpe masih normal lagi.

Masalahnya, aku yang rasa mengah sangat ni kenapa laaaaa. Hahaha! Kalau naik tangga tu, tak boleh mandi terus. Kena duduk bertenang kat katil jap ambik napas. Over sangat kan. Macamkan esok nak beranak mengahnya tu. Ke sebab aku kurang aktif. Ke sebab beranak dekat-dekat. Ke sebab melayan kerenah dua anak kecik. Ke sebab semua skali. Haha!

Baru mengandung tiga orang dah mengah camni. Aku plan dengan Qery beranak je selagi mampu. Konon umur dah 35 boleh la stop rehat. Siap beriya la aku buat kiraan berapa boleh keluar lagi baby kalau umur 35. Haha! Kawin 4 tahun Insyaallah ada rezeki 3 anak. Ada lagi 6 tahun tu nak sampai ke umur 35. Takkan la 7 orang anak aku. Ish mampu ke nak meneran ni. haha!

Tapi bila dah ada ketiga ni, nanti aku nak mintak opinion doktor lah. Boleh sambung cam biasa ke (haha) atau suggest tunggu dua tahun dulu ke. Sebabnya aku risau la sekarang ni macam-macam berita pasal orang mengandung, orang berpantang. Seriau baca. Tapi tu lah kan, kena bebetul jaga kesihatan la sekarang. Makan benda berkhasiat selalu. Kena ambik la jugak kot supplement macam air gamat ke (wekkk) atau pati ayam ke (wekk) atau minyak kelapa dara ke, atau habbatus sauda ke. 

Kadang aku ni cakap je, beli bukan main lagi. Yang nak makan tu laaa tak ingat la, malas la. Perangai apa tak tau la. Lepas ni kena makan jugak la. Kali ni pregnant aku makan calcium okay. Pencapaian terbaik la buat masa sekarang. Haha! Nantilah beli obimin ke apa. 

Qery semalam bising cakap aku tak cukup khasiat tu sebab baby kecik. Eh kecik beso kecik beso je aku nengok dia. Nasib la suami kannnn...

Eh okay lah. Banyak sangat bebel pun mengah ni. (hahaha over penipuannya) Bye bye

May 24, 2017

Reward Seqy (Part 1) Percutian Istanbul, Turkey.

Seronoknya bila edit gambar-gambar bercuti ni. Terkenang-kenang kenangan pergi sana. Hihi! Macam-macam benda jadi tapi semua benda pun best la. Ok maybe ada yang tak tau. Aku pergi Istanbul ni sebenarnya  berpakejkan umrah sekali. Ikut travel dengan Andalusia yang mana bila aku compare dengan travel agen yang lain, jauh lebih murahhhhh. Huhu!

Pakej Umrah + Istanbul Bursa ni bilik berdua lebih kurang RM8K macam tu lah. Istanbul Madinah Mekah semua sekali dalam dua minggu macam tu. Not bad sebab kawan aku ikut travel agen yang agak popular jugak tapi buat umrah sahaja, dan tak dapat pun hotel hilton, still tak berapa nak dekat jugak lah hotel, pun dah 10k. Then kiranya aku rasa heloklah sesapa nak ikut Andalusia boleh la cuba-cuba.

Percutian ni jugak ekceli reward untuk stokis Seqy, tapi aku ikut sekali dah alang-alang tu. Kita tunggu stokis update kat blog beliau pulak. Huhu!

Pengalaman ni ikut nasib. Ada orang bernasib baik, ada orang tak bernasib baik. Mana-mana travel agen pun macam tu. Alhamdulillah perjalanan kami memang seperti yang dirancang dan dipermudahkan. Ahli dalam group pun semua baik yang teramat baik sangat.

Tarikh berangkat ke Turkey tak silap aku 12haribulan. Tapi pukul 11.45malam macam tu. Sampai Turkey memang dah 13hb. Perjalanan ke Istanbul pulak memakan masa 10 jam. Tapiiiiiii disebabkan haritu mungkin cuaca tak berapa bagus. Sepanjang kitorang berada kat Istanbul, hujan renyaiiiiiii sejukkkkk beku. Hahaha! Jadi perjalanan dalam kapal terbang je dah 12jam.

Macam mana nak bertabah dengan anak-anak dalam kapal terbang. Hahaha! KLIK SINI.

Anak-anak behave, cuma kematu punggung Runako nak duduk atas riba je.

Family Qery hantar pergi KLIA. Family aku ada gak, tapi tak bergambar sebab terlalu ramai, haha! Sorang ke sana ke sini, anak memasing ada yang kecik. So dorang pun berlari mengejar anak. Maybe ada kot gambar tapi malas nak cari. Gambar ni semua ambil dalam instagram Qery je. Huhu!

Sampai airport kat sana. Terus pakaikan sweater. Sejuk sampai tulang weiii. Aku ni memang tak boleh sejuk. Panas boleh tahan, sanggup lagi ketiak basah. Haha! Tapi aku memang tak boleh hidup sesejuk ni. Rasa macam masuk peti ais atas.

 
Korang jangan tanya nama tempat sebab sememangnya aku tak ingat, haha! Mana yang Qery tulis kat insta dia then aku tulis lah. Mana tak tulis tu korang takyah la nak tau nama tempat tu. Hahaha! Nanti kumpul duit boleh pergi sendiri. Kami kat Isntanbul ni lebih kurang 4 hari.

 
Hari pertama sampai, hujannnnnnnnn renyai. Aku kesian tengok Runako pipi dah merah-merah. Haha! Sejenis mak kau jugak ni tak boleh sejuk. Izz Qaiser relax je dia. Sejuk pun happy. Tak paham tak paham. Huhu!

Paling mencabar bila nak ambik wuduk, dan masjid tu tak ada air suam. OMG kau rasaaaaaaaa... Air dia sejuk kot, lagi sejuk dari air yang kau keluarkan dalam peti ais tu. Kau order tea o ais bungkus ikat tepi, macam tu lah sejuk dia. Pulak tu dengan cuaca memang dah sejuk. Adudududu gigil-gigil pipi aku menahan kesejukan.

Qery cakap, orang tempatan sana siap bagi dia semangat masa ambik wuduk. "Kamon brader kamon..." Hahaha!

Then kitorang melawat Masjid Hijau.





Tak nampak hijau kan. Hahaha! Yang hijau tu kat dalam dia.



Tapi pun hijau manja-manja. Sejuk mata memandang. Bukan Hijau Seqy Beauty tau. Huhu!

Dah solat sunat, jalan-jalan kat area masjid, ada jual macam-macam. Tapi aku tak membeli sangat pun sebab memang taknak shopping. Dengan keadaan bawak anak-anak ni toksah la berangan nak shopping. Kang nak angkut beg pun bercinta.

 
Orang sana memang suka sangat la melayan Qaiser dengan Runako. Ala bebudak kan. Macam kita suka layan bebudak, camtu la. Huhu!

 

 
Untunglaaaa Runako. Pakcik-pakcik satu group dengan aku tu semua tetiba teringin nak jadi baby balik. Sesuatu sangat, hahaha!

 Then melawat Masjid Besar, Bursa
Amboi laki sapa selfie ni

Kat sana, orang ingat aku kawin dengan mamat Istanbul. Sebab muka Qery kan ala-ala mamak sikit. Ops, hahaha!

Qaiser suka sangat dia.


 

 

 

Esoknya kami beli makanan tradisional Turkey kat Munira, Bursa 
 
(stokis yang menang reward tu Ceera *pakai sweater hitam* dan Kakjeng *sweater putih*, Seqy sponsor dorang buat umrah dan ziarah Istanbul, yang lain-lain bayar sendirian berhad. hihi)

Dorang punya kuih manis-manisssssssss. Coklat dia tak tau tahap kencing manis aku rasa. Siapa ada kencing manis memang tak boleh makan. Rasa pun tak boleh ye. Huhu! Aku beli gak sikit, itu pun kuih yang tak pepelik la. Beli coklat dia yang paling popular.

 

 

 
Runako memang behave sangat. Baik gilaa tak tau nak cakap camne lah. Tak buat perangai, maybe menahan kesejukan kot. Huhu!

 

 

 
Luka kat dahi Runako tu, hari pertama kat Isntabul dah dapat, haha! Terjatuh kena kat bucu katil. Nasib tak benjol ke apa. Nasib jugak bawak Sakura Mask. Terus sapu.

 
Naik pulak cruise. Waktu sejuk macam ni, rasa tak boleh nafas. Aku kalau boleh taknak langsung naik kat atas ni. Nak duduk bawah je berbumbung. Nak duduk diam-diam sampai habis masa. Tapi Qery paksa gak naik, bergambar. Terketor-ketor tangan aku. Tak boleh keluar poket langsung. Haha!

 
Qaiser cam takde perasaan je dia. Huhu!

Runako tak berani bawak dia naik, so duduk bawah dengan mami je.

Esoknya kitorang tengok jaket.

Tak ambik pulak gambar kat dalam mall tu. Snap pic kat luar je, keluar cecepat sebab memang tak mampu nak beli sweater dorang, hahaha!

Harga sweater dorang tu ribu riban. Tak layak lah untuk aku ni ha. Haha! Setakat pergi melancong luar negara berapa hari je, toksah lah nak berangan memiliknya. Tapi ada gak dalam group aku yang beli, tu tak tau kaya tahap duit tak tau nak buat apa kot. Hahaha!
 


 

Aktiviti kat sini banyak santai. Best lah untuk aku yang bawak anak ni. Tak terkejar sangat. Lepas tu dorang tak bawak melawat sampai lewat malam. Last melawat mesti pukul 5. Then sampai hotel pukul 6 camtu dah boleh rehat santai dalam bilik hotel. Siapa yang nak jenjalan area hotel, lepak ke tu terpulang lah. So takde la rasa penat sangat.

 
So far memang syok la kalau travel macam ni.



 

Yang paling menarik, kat Isntabul ni ada laluan keretapi kat jalan raya. Dan dan dan, laluan tu bas pun boleh follow dari belakang. Kereta tak boleh la. Terkejut gak memula eh kenapa bas ikut belakang train ni. Huhu!

Qaiser semua train dia panggil Thomas and Friends.

Pehal anak aku ni.

Kat sana sejuk, jadi bebudak minum banyaaaaak.




Aku tak paham kenapa Qery ni. Ituje la posing yang dia boleh fikir kot. Huhu!
Nak senyum tak reti, buat gitu je la.



Habis hari ketiga. Hari ke empat, kitorang pepagi lepas sarapan tu dah siap-siap nak ke airport dah. Nak terbang ke Madinahhhh...

p/s : Tips pergi Istanbul, aku tak rasa korang suka makanan dia. Hahaha! Makan boleh telan, tapi nak termimpi-mimpi sampai nak kena repeat tu tak la. Jadinya, silakan bawak makanan dari Malaysia. Dorang makanan ruji adalah olive oil, (kesihatan sangat), then cheese. Cheese tu bukan cheese biasa kita makan kat pizza hut ke apa eh. Cheese dorang ni, tak tau lah nak cakap, pergi sana lah rasa. Haha! Sayur pun kalau dorang rebus, memang rebus lembik habis. Rebus air je. Bawak lah maggy ke, ikan bilis ke, kalau nak bawak periuk masak nasi pun silakan lah. Sebab nasi kat sana pun dia macam ada tambah apa tak tau. Jaranglah dorang hidangkan kau dengan nasi plain putih. Selalunya mesti akan ada campur nasi kaler lain sakali. Bolehhhh makan. Kalau kau sejenis telan apa sahaja then okay lah. Tapi jangan berlagak sangat ye. Bawakkkk lah apa-apa makanan. Kalau melancong seminggu, tapi tau kat mana makanan sedap takpe, tapi kalau ikut rombongan, selalu orang sana opkos nak perkenalkan makanan dorang. Kita makan je. Cuma kalau tak kena tekak ada la stanby apa-apa makanan lain. Gitu.

Sambung next entry...