Oct 3, 2018

Team Building Seqy 2018 Ancasa Port Dickson (Part 3)

 Last entry la untuk team building. Malas hakak nak sambung-sambung lagi. Habiskan terus la senang hati iolls.. 

Lepas aktiviti obstucle, kitorang dapat satu task. Task dia kena buat persembahan dengan lagu yang diberi. Pasal task ni semua aku tak tau kena buat apa semua sebab staff semua buat masa aku tak masuk opis. Dorang cakap kalau aku tau nanti tak adil la. Aku cam watevaaaa..  Ingat aku ada masa nak prepare sesiap kat rumahhhhh.. Idokkkk ada. Hahaha. 

Dia bagi lagu korea gais suruh menari macam dalam video. Lepas tu kena pegang XXS Lotion pulak. Ikut kreativiti sendiri lah ko nak gayakan macam mana XXS Lotion tu. Aku ni dah la kayu. Aku tak pernah pun buat apa-apa persembahan menari sebab memang tak minat pun. Paling nyampah kalau ada orentasi ke, atau ada camping ke, lepas tu kena buat persembahan. Ehhh memang apa sahaja jenis persembahan aku tak suka. Hahaha!

So sementara nak main flying fox tu, kitorang ada la prektis sikit-sikit. Sebab flying fox kan ada satu je. Satu-satu kumpulan mula dulu. Kumpulan lain ada masa senggang tu, kitorang prektis la. Kumpulan aku prektis tak jadi-jadi sebab susah yakmat wei joget dia. Dah la joget susah. Lentik pulak tu. 

Ghopenya aku dapat tau, lagu tu dorang silap bagi. Joget tu benonya dorang nak bagi kat kumpulan Qery. Nak mengenakan Qery suh joget gedik and bagi joget yang paling susah. Pastu masa pas video, tersalah tulis nama kumpulan. Haa mendapat la aku joget yang astagfirullah tu. Hahaha! Jenuh kumpulan aku nak alter mana yang perlu di kurangkan lentiknya. Lepas tu aku dah la payah nak prektis kang terkejo nak nyusu anak. Memang kabut la nak nak hafal menari tu, dah la sejenis lembap. Hahahaha!

Tapi kitorang redah je. Lantak kau sana. Kalah pun kalah la, asalkan dah cuba yang terbaik. Ecehhh.. Di sini aku sertakan gambar game flying fox. Dia tak tinggi, tingkat dua je, tapi dia punya jauhhhhhhhhhhhh..












 

 Habis main flying fox, terus rehat makan tengah hari. Disebabkan kitorang ambik makanan luar (nak jimat, haha) so kitorang kena makan kat luar dari kawasan Ancasa lah. Makan kat tepi pantai nun sana. Kitorang rehat lama jugak. Sejam lebih camtu. So sempat lah nak makan, nak solat semua. Kena jumpa kat stage pukul 2.15petang. Sebab nak buat persembahan.

Sebelum persembahan kena buat hakka dulu. Lepas makan semua dah lemau, lupa dah cemana hakka kitorang, hahahaha! Aku cakap kat Mekchu, kalau boleh nak kumpulan pertama menari dulu. Kang aku kalau dah tengok group lain mula, boleh lupa step yang acah-acah hebat tu nanti. Baik aku start dulu, lepas tu malas nak fikir. Tinggal nak gelakkan orang lain je. Hahaha!

Tetiba instructor kata kumpulan aku no 1 buat persembahan. Apa lagi kemain bersorak la aku kegembiraan.

Kalau ko tanya aku cemana, aku rasa memang terabur la gais. Asal buat je tu. Salah step takpe, yang penting kompiden je. Hahaha!

Second persembahan adalah dari kumpulan Qery. Ya tohan aku tergelak tengok laki aku punya goyang pinggang. Keras kematu wei. Mujur tak patah je pinggang dia.




 
 Tapi best la sebab semua tak pressure pun, redah dan hadap je. Hahaha!

Kumpulan ke 3, adalah kumpulan kuning ataupun gold. Ini kumpuan memang dasyat weiii.. Dia start je semua terkekek-kekek gelak. Betapa dasyatnya persembahan siapa yang join je tau. Hahahaha! Siapa yang tengok video kat ig story aku, itu korang hanya nampak 50% sahaja. yang lagi 50% korang tak nampak. Kalau korang tengok, aku rasa korang pun boleh pitam. Hahahaha!



Video aku memang tak letak sini, siapa nak tengok silakan ke ig @sepetnoh

 Lepas habis persembahan, terus umum pemenang. So aku dengan Qery kena naik pentas la untuk bagi hadiah...

Debor dah ni dapat nombor berapa team aku..hahaha!

Tempat ke 3, jatuh kepadaaaaa..... Team Kuning!!!!

Fuhhh.. bertepuk tangan la aku sebab team aku tak kalah. Tidak la memalukan sangat kan. hahahaha!

Tempat kedua jatuh kepadaaaaaaaaaa....

TEAM HIJAU!!

 Masa dia sebut je team hijau. Aku dah melompat-lompat cam onggila hahahaha! Sebab dah sah sah la kumpulan aku Juara gaissss juaraaaa.. Kalah terduduk la Qery. Boleh bahan dia seminggu kerana kekalahan ni. Hahahaha!

Dan juara yang terhebat terpantas terbaik tercantik adalahhhh.. TEAM BIRUUUU


 Hahaha! Memula dapat kumpulan, terfikir mesti kalah ni satu team dengan Mekchu. Dah la Mekchu, ada KakJeng pulak tu. Semuanya lemah gemalai cam aku ni, hahahaha! Sekaliiiiii menang pulak. Memang memasing terkejut beruk la, siap kitorang tengok balik kertas markah takut dorang salah kira. Selalunya orang kalah yang cek markah kan, hahaha! Ini yang menang pulak duk cek cek.

Lepas tu kita ada Best Player. Jatuh kepadaaaa....

Kak Ina Noh

 Gilo dia tak menang, walaupun kumpulan dia kalah hahahaha! Tapi dia paling hebat gais..

Pemenang Sporting Player jatuh kepada....

Zunita Hj Morat. 

Habis basah lencun beliau jatuh masa main hayun tarzan tu. Hahahaha!

Dan pemenang Best Dress jatuh kepada....

Mekchuuuuuu!!

Memang dia datang-datang je semua dah tau dia menang, hahahaha! 

Tahniah semua, korang memang best sangat










Lepas habis Team Building, semua mintak "bos buat lagi tau aktiviti camni" amboi koranggg tak serik ke kena panjat sana sini. Hahahaha!

Next aktiviti Boling kita, semua team seqy kena datang tau. Biar haru satu tempat boling tu. 
Siapa yang nak jadi agen/ds Seqy, KLIK SINI.

Kbye =)

Oct 2, 2018

Team Building Seqy 2018 Ancasa Port Dickson (Part 2)


Lepas habis main acara sukaneka, kitorang terus ke acara obstacle. Kiranya macam larian berhalangan la. Acah-acah latihan tentera gitu. Dulu aku tak join PLKN, tak terpilih. Nasib baik la tak terpilih. Aku bukan suka nau pun benda-benda macam ni, haha! Sesekali okay la. Dah kalau PLKN tu sampai 3 bulan, murung jugak rasanya.

Yang main ni semuanya mak mak. Ko pepaham je la hahaha! Ada 7 halangan. Halangan pertama.


 

Senang kan. Lompat je kat tempat tak berpasir tu. Ini memang macam bukan halangan lah bagi aku. Hahaha! Nasib semua orang lepas..

Halangan ke dua pun senang. Panjat tiang ni je.

Mudah kannn... So semua orang tak tercedera pun masa aktiviti ni. Syukurr.. haha!

Main ni, semua team dah lepas baru kita boleh main halangan seterunsnya. So memang kena tunggu sampai semua orang lepas.

Halangan ke 3. Dah susah dah bagi aku.. Yang hayun tangan cam monyet tu. Adui tak tau la aku apa nama dia.



Ya tohannn, aku masa tengok tu langsung rasa taknak bercakap dah. Hahaha! Stress sebab jari tak kuat. Ecehh.. salahkan jari pulok. Genggaman tak berapa kuar chuolls.. Masa mengandung Yurika tu memang perasan dah tak kuat sangat nak genggam. Tapi bila instructor cakap, kawan boleh support pegang kaki, terus kembali senyuman saya. Hahaha!

Kakjeng berat woiii.. Hahahaha! Dia terjatuhhh gedebuk ke tanah. Aku nak tergelak tapi tahan je sebab rasa klako sangat.

Akhirnya beliau berjaya menghabiskan..haha!

Halangan ke 4. Merangkak pastu atas dia ada dawai tajam tu. Senang jugak yang ni sebab dawainya tinggi..

Siapa yang selalu lawan merangkak dengan anak dia, memang tak tercabar langsung lah. Eleh nak kata diri sendiri la tu, hahaha!

Halangan ke 5, pegang tali hayun macam tarzan tu. Yang ni ramai gila takmo main sebab takut jatuh. Kalau jatuh dalam woiii... Bukan cetek tu.. Instructor kata game ni wakil 2 orang mesti main. Disebabkan nak menyelamatkan kumpulan. So aku pun volunteer la buat. 

  
Lagi sorang aku tak ingat Mizan ke siapa eh yang naik ni jugak. Kumpulan kuning kesian wei. Ada sorang tu termasuk dalam air, sampai atas pinggang tau dalamnya, hahaha!

Halangan ke 6, panjat jaring ni. Mudah jugak.

 Pompuan ni bab panjat-panjat memang kikis kuku je. hahaha!

Halangan terakhir ni paling mencabar. Panjat tembok. Fuh. Yang ni aku tak buat sebab wakil dua orang panjat. Mekchu dengan Cekta yang panjat. Lagi dua orang tolong kat bawah.



 Kemain gembira mekchu dapat naik. hahahaha!


Seronok kot main panjat merangkak melompat semua ni. Sampai lupa la Yurika kat bilik. Hahaha! Dan aku bagi gambar suasana masa tengah main Obstacle ni.

Gambar berterabur sebab aku tak edit. 









































 Ramai yang lepas tu dm aku tanya macam mana nak join ni. Haaaa awak, aktiviti ni dah lepas dah. Haha!

Kalau siapa nak join, jom jadi #teamseqy. Pastu boleh join semua aktiviti yang Seqy buat. Okay. Next Flying Fox dan Persembahan. Aku up next entry lah. Nak letak video kang lama nau pulan nak buffer. Kbyeeee