Jun 12, 2024

Lahirnya Ann Leora Binti Khairi Fizairi =)


Alhamdullilah, akhirnya mengarang juga entry untuk Leora 😃


Ann Leora ni baby PKP 😆 Dia lahir 16.8.2021. Cerita mengandungkan Leora ni memang agak dramatik sikit, bukan dramatik apa guys. PKP kan, lecehhhhhhhhh gila prosedur semua benda pun. Sepanjang mengandung, aku tak keluar kecuali ambik vaccine. Haih, cerita pasal ambil vaccine ni kan...


Aku di antara orang yang terawal ambil vaksin guys. Masa tu orang mengandung baru beberapa orang je ambik, hari ke 2 macam tu dia open, aku terus pergi. Sehari sebelum tu dah mintak advice doktor, sebab last boleh ambik vaksin kalau pregnant 36 minggu. Aku pregnant minggu yang ke 36, ngam-ngam 😆


Berani ke? Entah la. Ontheway nak cucuk vaksin, dalam kereta tu dah zikir. Bukan mudah ye awak, mengandung dan ambil keputusan nak cucuk vaksin. Dengan masa tu setiap hari orang meninggal sebab covid. Ada beberapa kes meninggal dan sakit lepas cucuk vaksin, walaupun pihak tertentu menafikan punca vaksin, tetaplah kita risau.(ni takleh komen lebih-lebih ye)


Ok, berbalik kepada cerita vaksin tu, aku memang duk cakap dalam hati, sakit Allah bagi, sihat Allah bagi. Aku serah semua kat Allah, aku ikhtiar je. Takut wei, ramai perempuan pregnant yang kena covid, berapa ramai je yang selamat. Dengan prosedur hospital yang ketat. (Masa ni kan arwah siti sarah tu baru lepas meninggal)


Ko bayangkan ye, kalau ibu kena covid. (ini takyah cerita pasal hospital mana je available, memang so complicated), lepas je bersalin, ibu n anak dipisahkan. Kita ni jenis nak menyusu badan, and bukan itu je anak kita, ada lagi 4 orang kat rumah. Sepanjang pregnant tu, memang aku tak keluar, Qery balik pun spray, terus naik mandi. Sampai aku check up pregnant pun delay. 


Nak pi check up pun risau sebab takut virus tu ada melekat kat klinik n hospital. Elok kita tak kena, tiber kena pulak. Huhu! Walaupun alhamdulillah tak ada apa. So awal dapat tau tu, cek kat klinik luar, lepas tu tak cek. Sampai lah minggu ke 28 gitu kot baru hegeh nak cek kat spital. hahahaha!

 


Doktor punya pening nak tau berapa bulan semua. Doktor kali ni doktor lain, dia tak relax sangat macam doktor sebelum. Bebel wei, aku bebel balik. Kita bayo. 😆😆😆 Dia bebel sebab aku datang dah la lambat, size baby dengan last period macam jauh beza, lepas first check up kat klinik luar tu tak bawak details scan, lepas tu hb rendah. Hahahaha. 

Pastu bagitau aku kalau hb rendah risau nanti kalau lepas bersalin, kalau berlaku pendarahan, dorang kena sedia beg darah yang banyak, sebab hb rendah. Kita ni ok doktor ok doktor. Doktor tanya "awak memang tak ada pening ke, rasa nak pitam ke. Sebab selalunya hb turun 10 pun patient mengadu nak pitam. Saya tengok awak jalan laju sangat".

 

Sempat jumpa doktor Ida berapa kali je sebelum bersalin, rasanya 3 ke 4 kali je kot.


Kita ni memang takde pening nak pitam ke apa. Alhamdulillah eh cuma penat jela. Rasanya itu normal kan. Still la doktor risau kan, ofkos dia risau, dah la masa tu dengan covid lagi, dapat patient terlebih relax 😆😆😆


So doktor kata, sebab saya tak tau due date awak sepatutnya bila, (tapi dia bagi dah la tarikh sekian sekian), katanya kalau 3 hari selepas tarikh tu tak bersalin, serah diri kita induce. Gitu la ye. So aku pun ok ok cam biasa.😆

 

Last check up. Rasanya less seminggu sebelu, bersalin.
Dengan tokin pink hahaha


Jadi, memang pregnant ke 5 ni, aku dan doktor memang tak tau due data, hahahaha! Sampai lah tarikh yang doktor bagi tu (14.8.2021), aku takde rasa apa-apa. Aku pun doa-doa la, sebab kita taknak induce. Kalau boleh biar la baby keluar sendiri. Start 15.8 (birthday Qaiser), pagi tu aku dah start sakit senggugut. Aku cakap dengan Qery, macam sakit nak bersalin, tapi baru mild. Masa tu dah pakar eh rasa contraction, hahaha!


Aku cakap kat Qery, nak sambut birthday Qaiser dulu lah, kang jadi apa-apa, atleast dah sambut birthday Qaiser, kita ni fikir kalau meninggal ke apa je la kan, sebab nak bersalin. Tiap kali bersalin pun fikir itu je. Huhu!


Tengah menahan sakit, sediakan birthday party kat rumah untuk Qaiser, dah siap tiup belon. Aku buat sorang-sorang sebab Qery handle all anaks kat tingkat atas. Aku plan nanti siap je, dorang turun terkejut la ada birthday party. Tp tu la eh, siapkan semua dengan menahan sakit contraction bukan mudah, tapi bukan tak boleh hahaha 😆😆😆


Setel semua, lepas maghrib tu, aku cakap kat Qery. Kita keluar lepas Isya la. Aku rasa mungkin beranak malam ni, atau esok paginya lah. Cam biasa nak solat dulu siap-siap kat rumah, tinggal nak beranak je. Lepas Isya tu (call Maira suruh jagakan anaks, call mak n mertua bagitau), aku bergerak ke Hospital Pantai. 

 

 

 Bukti perut besauuu 😆

ootd jap sesampai spital, tetap tokin pink
sebelum cek covid, duduk lek dulu kat tempat menunggu


And berlakulah prosedur cucuk hidung, test covid, kena tunggu dua jam sebab nak tengok ada covid ke tak. Uih masa ni berdebar la kita. Qery pun buat test, sebab dia nak teman masuk labor room kan. Sampai spital jam 9.30 malam macam tu.

 

Rupa labor room untuk yang tak pernah masuk


Cek bukaan, test covid, dalam 2 jam. Pukul 12malam macam tu, dapat masuk labor room. Alhamdulillah.. Masuk je labor room aku dah lega. Aku risau ada drama belum dapat result covid tiba-tiba aku dah nak beranak pulak. Sebab masa tu pun memang sakit contraction teruk dah. 

 

So masuk labor room, cek bukaan dah 8. Doktor masukkan drip lagi ayoyoyoyo sakit dia, hahaha! Masa tu aku dah takleh sangat rasa, nurse cakap nak injection, nak gas, semua aku nak. 😆


Gas tu kan, tekak kering, mamai. Aku sampai terlelap dalam kesakitan. Mintak pengsan jugak, doa Ya Allah bagi la pengsan sekejap, nak rehat sekejap je dari kesakitan. Time tu macam, baru paham nikmat sihat tu macam mana kan. Tiap kali bersalin gitu la eh, tapi still Alhamdullillah la zikir, apapun yang Allah bagi, terbaik untuk kita. hashtag sempat. hahaha!


Tengah sakit-sakit tu, tiber nampak doktor depan mata, eh bila masa doktor datang, haha! nampak sangat lalok teruk sedut gas tu 😆, dia suruh push push. Eh tiber kena push. Kita pun push la. Pukul 1.48pagi, lahirlah Ann Leora. Lepas Leora lahir, doktor tu ada tanya aku soalan, aku jawab, tapi aku pun tak tau aku jawab apa. hahahaha.


Tapi sempat tanya doktor, koyak banyak tak 😆😆😆


Qery seronok dapat bayi perempuan. Masa awal tau dapat baby girl, nangis beliau sebab happy sangat. Nangis depan doktor pulak tu, kita ni berhuhuhu je nengok eh, hahaha! Nak ejek beliau macam takleh eh 😆😆😆


Dah pindah masuk ward biasa, mintak nurse anak. Nurse cakap, taknak rehat ke kak. hahaha. Kita memang cenggitu ye, berebut anak dengan nurse. Orang lain buh anak kat nursery, kita nak tidur dengan baby. Sian baby, baru lahir kat dunia dah pisah dengan mak. Paham tak uolls aku ni mak macam mana, hahahaha! Betapa stressnya aku fikir kalau kena covid kena pisah dengan anak berminggu + bulan. Baru buh nersury je aku dah mintak 😆😆😆


Kalau nak buat test kat anak aku, ambik kejap je, kang bagi balik eh. haha. Aku pi toilet pun mintak nurse tunggu kejap je kat luar. so funneh. melekat je dengan Leora. Dengan semua anak begitu lepas lahir. Baby tu tidur je, tak susah jaga pun, ada baby dengan kita senang juga nak stimulate susu. 


Spital tempat aku bersalin, tiap pagi akan ada sorang nutrision datang bagitau dan tunjuk cara menyusu dengan betul semua. Dia datang ingat anak pertama kan, aku cakap la anak ke 5. dia cakap "macam tu saya keluar balik lah, tengok cara awak menyusu pun dah tahu" 😆😆😆 Kebetulan masa tu aku tengah  kemas barang, berdiri sambil menyusu. haha lawak betul rasa. 


So macam biasa jugak, aku bagitau Qery nak tidur kejap. Nanti pepetang aku mintak balik. Alhamdulillah, setakat 5 anak, urusan hospital memang mudah, aku nak balik awal pun tak ada masalah. Nurse semua baik sangat. Doktor baik. Staff nurse semua baik. layanan tip top. Kakak kesayangan kat sana (Kak Rini + Kak Rina) yang banyak sangat bantu sepanjang bersalin 5 orang.

 

 Qery dah bersedia nak bawak aku balik, macam biasa la. Aku balik hari yang sama. 😆

 


 Senang sangat jaga baby, semua bayi saya lepas lahir memang berkepit dengan saya, jadi tak ada drama airmata, tak ada kembung, kuning tak tinggi, Alhamdulillah sangat. 


 All beradik. Izz Qaiser umur 7 tahun dah ada 4 adiks, hahaha! Pastu dia cakap, dah mami. Abang rasa dah cukup adik beradik abang. 😆😆😆


Before ni memang tanya dia jugak, boleh ke mami beranak lagi, boleh tolong jaga ke. Dia ok je. Tapi masa Leora dia kata cukup. Sebab ada dua bayi, Hanz dan Leora. Maximum dah dia kena jaga tu, hahahaha! Tq abang Izz Qaiser selalu tolong mami, and tq semua anak-anak mami selalu bantu each other.


Manja dengan semua beradik, bongsu kan 😆


Ann Leora Binti Khairi Fizairi. 💕💕💕


Berpantang kali ni dengan 5 anaks. Kita siap masa berpantang drive kereta ambik n hantar anak ke sekolah, hahaha!


Badan masing-masing, masing-masing je tau kekuatan sendiri. Orang selalu tanya, Sepet memang tak koyak ke masa bersalin, koyakkkkk wak. Tapi sebab kita aktif kan, 3 ke 4 hari pertama tu dah baik. Kita bersila je, tapi takla ganas-ganas. Kita masak berdiri kat dapur semua, tapi slow slow la tak la macam orang sihat, minggu kedua aku dah sihat boleh berlari setempat. (mak kol, aku biasa cakap jangan risau mak, boleh berlari dah ni, tergelak beliau, hahaha)


Gitulah kisah saya dan bersalin dan berpantang. Kena tenang-tenang. Benda yang sangat salah dalam mindset orang sekarang.


1. Kalau pregnant kena makan untuk dua orang.

Salah, makan lah untuk diri sendiri je, budak tu dia sedut sikit je nutrisi dari mak. Takde nya kena makan sehari sampai 4 pinggan. Saya sehari makan sekali je masa pregnant. Elok anak keluar 3kg ke atas. 


2. Pregnant jangan buat kerja berat.

Bukan semua orang tak boleh buat kerja lasak. Tengok kondisi janin tu, kuat atau lemah. Ada orang kuat je. Tapi tak la sampai angkat perabut tiap hari. Dah kenapa. 😆 (tapi ada orang doktor advice untuk banyak berehat sebab janin tak kuat)

 

3.  Berpantang kena rehat je, macam tuan puteri. 

Boleh kalau ada orang layan kita macam puteri. haha! Tapi, kalau uolls tak aktif, luka pun lambat sembuh (bukan suruh berlari masa berpantang 😆), tapi bergerak lah. Ada orang takleh turun katil pun, tukang jaga tak bagi. Kannnn.... Ada orang, kena lipat baju pun rasa sedih n rasa tak special sebab tak dapat layanan bak puteri. Kita kena bergerak untuk cepat sihat dalaman. Ok sistur.


Selamat untuk semua sekali yang sedang mengandung, berpantang. Moga korang selalu happy dengan keluarga masing-masing. Muah!!


Jun 7, 2024

Lahirnya Hanz Kenzie Bin Khairi Fizairi =)


Walaupun mak update ni masa umur Hanz dah 4 tahun, mak tetap ingat Nak kejadiannya. Jangan risau, ingatan mak ni kuat, jangan tanya semalam makan apa je, itu tak ingat, hahaha!


Hanz Kenzie anak ke 4 dari 5 beradik. Insyaallah la setakat ni 5 beradik. Tak tambah dah ye sebab umur Qery dah 40 tahun. 😆 Padahal masa aku lahir, arwah abah umur 46. hahaha. Tapi memang kalau dulu kawan-kawan abah ingat, aku ni cucu dia 😆😆😆 Jadi kita taknak itu terjadi ye, tak tambah dah kecuali eksiden, kahkahkah!!


Masa bersalinkan Hanz, anak ke 4 kan dah macam tak ambik kisah sangat dah berapa minggu. Tapi still la aku mengandung cukup bulan walaupun dah kali ke 4. Due date Hanz 19 March 2020. 


18hb March, first day MCO, pukul 1 pagi macam tu, aku dah rasa sakit senggugut. Tapi kan memang hujung-hujung pregnant, kita boleh detect false contraction dengan yang contraction sebenar macam mana. Before ni macam kerap je false contraction, tapi 18 Mac tu, aku rasa macam yang sebenarlah. 


Start la cek kekerapan sakit tu. Aku gerak Qery bagitau perut aku dah sakit. Mungkin harini boleh beranak. Aku suruh dia tidur dulu, aku nak kemas-kemas beg apa yang patut. So malam tu, aku dah siap semua and cuba tidur sekejap. hahaha. Sempat eh kau nak tidur dengan contraction bagai.


Kalau korang follow aku kat instagram, memang aku macam relax sikit nak beranak tu macam nak pi mall je kan. 😆😆😆 Aku belajar dari pengalaman anak pertama guys. Aku tak sanggup nak berlama-lama sakit kat hospital. Aku bukan jenis beranak sakit terus bersalin. Aku nak tunggu bukaan tu lama. Kalau sampai spital, dia suruh kita baring, dan pasang alat-alat kat perut. Dah la tak selesa. Nak tahan sakit sambil baring, sebenarnya lagi siksa tau. 


So, better aku dah tau tahap sakit banyak mana baru pergi spital. Orang tak sama eh, tapi aku jenis macam tu. Aku boleh sambung tidur, sebab mild contraction kan. Pagi pukul 5 lebih macam tu, aku gerak Qery, mintak siap-siap. Aku budget nak tunggu Subuh dulu, solat kat rumah, lepas tu baru lega nak pi beranak ke apa.


Kalau korang ingat, masa tu aku ada helper nama Maira kan. So aku call Maira bagitau nanti tolong datang subuh, ni jagakan anak-anak kejap. Aku nak pi beranak. ahahahahaha!


Maira ni helper aku daily lah. Aku ambik dia kerja masa Yuyu setahun lebih, sekarang dah tak ada helper lah since Leora 3 bulan, Maira dah balik Indonesia sebab nak bersalin. Ok sambung cerita, Maira akan datang Isnin sampai Jumaat, dari pukul 6.30 pagi, balik pukul 3petang. Kebetulan first day MCO, patutnya dia tak boleh datang kerja kan sebab all masa tu dah start work from home, tapi aku call mintak tolong jaga kejap. Aku nak beranak 😆


So tunggu Maira datang dalam pukul 6.30 tu, aku call mak n mertua lah bagitau nak pergi spital beranak. Tolong doakan dipermudah bla bla bla bla. Sampai hospital , (semua anak bersalin kat Pantai Hospital Cheras) dalam pukul 7 lebih, aku bagitau lah nurse.


Aku : Malam tadi dah start sakit contraction. Tak tau la boleh beranak harini ke tak, nak cek bukaan. 

Nurse : Ok  boleh, Puan bagi card appointment, masuk labor room terus kita cek. 

 

Dah cek cek, bukaan 7, hahahahaha. Bijak kan kita datang timing perfect. Mampuih kalau spital gov ni kena maki eh kalau dah sakit lama baru sibuk nak datang. 😆

 

Nurse : Ok Puan, masuk terus kita pasang drip. 

Aku : Boleh tak sekejap lagi, bagi saya nak try buang air dulu.

Nurse : Puan nak buang air je kan, bukan sakit nak beranak kan. (pastu kawan dia cakap, dia pandai la beza nak beranak dengan nak buang air, anak ke 4 dah, hahaha. aku gelak je dengar)

Aku : Haah, sakit tapi bukan nak push lagi. nak buang air dulu, sakit perut. 

Nurse : Ok nanti lepas tu kita pasang drip eh.

 

Aku paling trauma, rasa contraction bila pasang drip. Sakit dia bukan sakit biashe-biashe. luar dari kebiasaannya eh 😆 Sebab setiap kali nak bersalin, tak pernah tak pasang drip. Mesti pasang jugak, aish geram betul. Jadi aku bertenang kali ni. Mak cuba.


Duk berzikir segala, aku tak kisah la Qery nak buat apa kat tepi tu. Aku fokus selawat, zikir. TIba-tiba nurse datang tengok kat mesin tu, kan dia ada bagitau skali contraction kita berapa, time dia sakit teruk kan boleh nampak kat monitor tu. So nurse boleh tau la tahap kesakitan patient dia. 

Masa nurse datang tu, aku tengah relax zikir. Nurse cakap..


Nurse : Puan ok ke, contraction bacaan 150 ni. Nampak macam ok tak ada apa-apa pun tu.

Aku : Yeke (berbalik ke belakang, sebab aku belakangkan monitor, tak selesa mengadap sana sebab jari kan kena cucuk, jadi dia selesa mengadap belah situ)


Aku tengok monitor tu memang bacaan tinggi, tapi kita kan memang tengah tahan sakit sambil zikir.  terus bersyukur walapun bacaan tinggi tapi Allah bagi rasa kuat untuk tahan sakit.


Wei masa tu,  roh ustazah masuk dalam diri aku.😆😆 Aku cakap dalam hati, terima kasih Ya Allah bagi rasa sakit nak bersalin, ada orang tak pernah rasa sakit macam ni, ada orang nak sangat rasa bersalin tapi tak dapat, terima kasih, alhamdulillah. Gitu eh tahap syukur dia, hahahaha!


Pastu sampailah bukaan 10, doktor dah datang. Kita pun push la macam biasa (macam biasa ekkk haha). Lahirlah Hanz Kenzie dalam jam 9.51 pagi. Kiranya duration menahan sakit tu dalam 2 jam la. tu pun macam nak mati jugak aku rasa 😆


Habis bersalin Hanz, aku ngantuk gila, nurse suruh alih-alih badan nak ke katil lain pun, rasa berat sungguh bontot aku. Rasa nak tutup mata tidur terus. Sampai je ward, memang aku terus tertidur. anak ke apa langsung tak ingat, hahahaha. Dah tengok la masa lepas bersalin tu, kan nurse terus letak baby kat dada mak. kita belek-belek sikit, Qery azankan, time tu lah jahit kt bawah, keluarkan uri bagai. 

 


Masa ni Qey tengah azankan anak


Aku bagitau Qery, aku ngantuk sangat, nak tidur. Balik la dulu tengok anak-anak kat rumah. Nanti takyah datang, datang kalau nak ambik aku bawak balik je. Bagi aku tidur dulu.


So aku pun tidur, dan makan banyak-banyak (makanan hospital) sebab nak cepat baik. Kita ni nak kena kuat cepat, sebab berpantang sendiri dengan jaga anak-anak yang masih kecik. Kat tekak aku sedap je makanan spital, hahaha! Xtau la masa tu memang lapar ke apa, tapi memang sedap 😆😆


Sampai lah doktor datang pukul 2 petang macam tu tanya aku ok tak semua. (doktor yang sama masa aku bersalin Luth n Yurika, so doktor tu memang dah kenal lah. Aku pun macam biasa eh, mintak balik. Hahahaha!


Gila eh Zuhana ni memang begitu. Aku bersalin pukul 9.51pagi, hari yang sama balik pukul 8pm. Itupun sebab baby kencing lambat sikit. Kita kan boleh balik lepas baby berak dan kencing. Hari yang sama aku balik. Memang macam pergi balik kerja je la eh beranak ni 😆😆😆


Sampai rumah, budak-budak dah tunggu. Maira memang takde dah la. Masa ni kan start pasal covid semua. Kita pun tak berani mintak dia duduk lama-lama. Sepanjang covid tu berapa bulan, Maira tak datang lah, kita ada baby kecik, mana berani. Maira pulak duduk beramai-ramai. Jangan cari pasal ek.


Tapi berpantang anak ke 4 ni memang terpaling best. Terpaling relax, terpaling syok, sebab Qery ada kat rumah, hahahaha! Dulu dia kerja kan, sekarang ni dia ada teman sepanjang berpantang. Nikmat Allah bagi masa bersalin no 4. Alhamdullillah. 💖

 



 Begitulah kisah bersalinkan Hanz Kenzie 💕💕💕

 

 Yurika first time ada adik. Suka dia. hehe!

 

 Masa ni Qery ada PDPR, tolong jagakan Hanz, sementara mami mandi, masak 💚

 

Nanti kita update pasal bersalinkan Leora pulak okiessssss....

Jun 6, 2024

Jodoh Aisyah (bukan nama sebenar haha)

 

Ni sembang kosong je tau, sebab teringat haritu menyembang dengan Qaiser.

 

Siapa Aisyah???


Kita gamble eh bagi nama, sebab kan ramai je nama Aisyah, hahaha! Kawan yuyu pun ramai nama Aisyah. Cerita dia begini...


Anak-anak aku ni, dorang kan sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Kalau tahap 1 (darjah 1,2,3) sekolah agama pagi, kalau tahap 2 (darjah 4,5,6) sekolah agama petang. So since Qaiser darjah 2, dia selalu cerita pasal Aisyah ni asik kacau dia kat sekolah agama. Kebetulan sangat, Aisyah dengan Qaiser ni sekolah kebangsaan pun sama. hahahaha


Tak ramai kawan sekolah agama Qaiser, yang satu sekolah kebangsaan dengan dia. Selalunya kawan sekolah agama dia, sekolah kebangsaan kat tempat lain. Korang paham kan maksud aku ni, sebab area rumah aku ni, ada banyaaaaaaaak sekolah dekat-dekat je. Memang bila dia cakap Aisyah ni satu sekolah kebangsaan jugak. aku punya gelak besar. hahahahaha. Macam jodoh tu memanggil-manggil eh 😆😆😆


Aisyah ni setahun muda dari Qaiser. Maksudnya Qaiser darjah 2, Aisyah darjah 1. Gitu.. So aku pun dengar ke la Qaiser tiap hari cakap Aisyah kacau dia. Lepas tu kawan-kawan perempuan dia bagitau kat Qaiser, Aisyah suka dia. hahahaha! Aku warning la macam biasa ek, takleh ada girlfren bla bla bla. Tapi kelakar la bila dengar dia mengadu tu. Nampak semua undercontrol lagi la. 


Bila Qaiser naik darjah 3, Runako pun naik darjah 1. Jadi, masa ni Runako pun bagitau benda yang sama kat aku, Aisyah kacau abang. Ala Aisyah tu kacau macma panggil-panggil nama Qaiser, pastu lari, pastu pandang tempat lain. Gitu je la eh. Takde la extreme bagi surat ke apa. Qaiser pun tak melayam. tapi memang satu sekolah tu tau la Aisyah ni suka Qaiser. Sampai kan kawan-kawan lelaki Qaiser tanya, Aisyah ni girlfren kau ke. 😆😆😆


So ada satu hari ni, hari yang kita datang tengok reportcard. First time la aku jumpa Aisyah. Budaknya comel je, hahaha. Cantik, manis. Tapi sebab aku ni first time tengok, memang tak ingat sangat kalau tengok sekilas. Yang aku komen cantik manis ni sebab dah banyak kali tengok. Awal tu aku tak ingat jugak sebab bila budak tu dah terlepas, baru Qaiser bagitau "tadi tu Aisyah mami". Eh manaaaaa la kita boleh ingat. Kita keturunan pakcik noh, bukan scanner. 😆


Tahun ni, Qaiser darjah 4. So dia tak jumpa Aisyah sebab berlainan sesi kan. Dia dah sekolah petang, Aisyah sekolah pagi. Tapiiiiii.........naik pulak anak aku si Yurika ni darjah 1. Maka berjumpalah Yurika dengan Aisyah. 


Ofkos Yurika pun tau pasal Aisyah suka abang dia si Qaiser, dah berapa tahun kami kat rumah ni kena dengar keluhan si Qaiser kan, hahaha. Tapi Qaiser tahun ni lega teruk eh 😆


Qaiser darjah 4 (sesi petang)

Aisyah darjah 3 (sesi pagi)

Runako darjah 2 (sesi pagi)

Yurika darjah 1 (sesi pagi)


Tahun lepas, masa Qaiser darjah 3, dia naik van. Sebab tu aku tak kenal Aisyah ni. Tahun ni, aku yang jadi makcik van, jadi tiap pagi aku akan nampak Aisyah. Dia akan tunggu Yurika kat depan pintu pagar, pegang tangan pimpin bawak masuk sekolah. Kalau balik pun, dia akan pegang tangan Yurika, tunjuk mana kereta mak dia. Jaga macam kak ipar sungguh la hahahaha. Aku dalam kereta terkekek-kekek gelak. 


Si Runako tu, bitter wei. Dia cakap apa kat aku. Aisyah tu pura-pura baik je mami. Dia kalau dengan budak perempuan, pura-pura baik. Tapi kalau dengan lelaki, suka cari gaduh.


😆😆😆


Ofkos lah, perempuan memang macam tu kan guysss. Aku malas explain kat Runako, dia kan bitter. biarlah dia dengan bitter dia kan, kahkahkah. Bagi aku, Aisyah ni budak baik. 


Nak dijadikan cerita, kami anak beranak berborak la dalam kereta. 


Mami : Qaiser, nanti besar jadi doktor lah. Kalau abang belajar pandai-pandai, boleh jadi doktor.

Qaiser : Tapi matematik abang macam lemah sikit mami. Macam mana kalau abang tak dapat jadi doktor?

Mami : Abang cuba dulu. Kalau abang rasa tak boleh jugak, abang cari isteri doktor. 


Qery dah tergelak-gelak kat sebelah. hahahahaha!


Qaiser : Ish mami ni, abang mana pandai cari-cari. Mami carikanlah untuk abang... (Ya ampun anak aku pun, dia ingat mak dia serius, hahaha. Macam esok nak kawin je suruh kita cari 😆)

Mami : Okay nanti mami carikan abang isteri seorang doktor. 

Qaiser : Ok mami (😆😆😆)

Mami : Nanti mami suruh Aisyah belajar pandai-pandai jadi doktor.

Qaiser : MAMIIIIIIIII!!!!!!!


Hahahahahahaha. Aku dengan semua orang dalam kereta ketawa bersepah. 😆


Mami : Kan ramai orang nama Aisyah bang, Aisyah Humaira, Aisya Delaila, Siti Aisyah, abang ingat Aisyah mana ni.

Qaiser : Ok mami... (bunyi pasrah)


Hahahaha. Seronok menyakat anak sendiri eh. 


Makcik doakan Aisyah dapatlah jadi doktor. 😆😆😆

Jun 5, 2024

Nak Tips berpantang sendiri ke uolls???


Ramai sangat (anggap la ribu lemon eh, hahaha) yang mintak tips untuk berpantang sendiri. Tengok Sepet macam senang je berpantang. To be honest, dia senang kalau kita bersedia. 


Sebelum aku buat next entry untuk tips berpantang sendiri ni, aku nak korang tau, bukan semuaaaa orang boleh berpantang sendiri. Bukan semua orang boleh handle emosi masa berpantang. Bukan semua orang boleh berdikari dan rasa happy. Ada orang bila dia buat sorang-sorang, dia rasa teruk, dia rasa tak ada siapa ambil berat pasal dia, tak ada siapa sayang. Lagi-lagi emosi masa berpantang. Dapat pulak baby, dengan tak ada pengalaman handle baby. Baby nangis tak tau buat apa.


So, kalau korang kategori kat atas ni, aku tak sarankan untuk berpantang sendiri lah. Sebab takut meroyan. Risau nanti stress dan trauma nak mengandung lagi. Ramai je yang bukan trauma masa mengandung dan bersalin, tapi trauma masa berpantang. So kita fikir dulu, kita ni kategori mana. 


Korang boleh berpantang sendiri kalau....


1. Husband jenis membantu.


kalau suami jenis yang semua benda jenis tak reti. mintak tolong pun halah halah. Jenis asyik nak tengok handfon, tak peka, lebih baik jangan berpatang sendiri. 


2. Boleh kawal emosi (tak cengeng)


Ini diri sendiri je yang tau lah. Kita ni kalau penat nangis, stress nangis, asik tak puas hati dengan diri sendiri, pun jangan la berpantang sendiri. 


3. Kuat (mindset dan tubuh)


Hahahaha, nak kata diri sendiri kuat ke cane?? Kuat kat sini banyak sudut eh. Tapi kuat tubuh badan yang paling dominan. Mindset kuat, badan pun akan automatic kuat. Kita ni kan, tahap kekuatan Allah bagi tu tak sama, ada orang masa berpantang boleh dukung anak 10kg, ada orang masa berpantang angkat kerusi je. so kekuatan orang ni tak sama. Kalau korang rasa kuat, boleh berpantang sendiri, kalau tak, jangan. 


Cukup la 3 tu. Aku taknak la nanti bila aku bagi tips berpantang sendiri, korang nak paksa-paksa diri ikut. Sebab bukan semua orang sama. Kita ni semua tak sama.


Lahir tak sama, cara besar tak sama, pengalaman hidup tak sama, pasangan pun tak sama, anak pun tak sama. Kalau memang korang terpaksa berpantang sendiri, boleh cuba tips ni. Kalau korang memang nak berpantang sendiri, dah ready mental dan fizikal, boleh juga guna tips ni.


Aku jenis santai je berpantang. Bukan berpantang strict gila tu. Ada orang tak boleh minum air sejuk langsung. Ada orang tak boleh makan telur langsung, ada orang tak boleh makan gulai, tak boleh itu tak boleh ini. So, nanti aku share cara aku berpantang sendiri. Yang baik ambik, tak baik jangan ambik, hahaha!


Stay tune ye kawan-kawan. Entry Taman EduFlora kita tangguh dulu, sebab project tu masih berjalan lagi. Nanti siap baru aku update lagi.

EduFlora SKPJ : Part 3 (Gotong Royong 1)

 Berbalik kepada cerita Taman EduFlora, taman ni Qery nak buat untuk sekolah dia join projek kitar semula. Untuk pengetahuan, ini bukan blog rasmi sekolah Qery eh, hahaha. Udoh macam blog sekolah pulak cerita pasal taman. Aku update just untuk kenangan apa yang Qery pernah usahakan untuk sekolah dia. Sebab blog beliau pun dah macam krik krik krik kan 😆😆😆

Qery cerita kat aku, taman ni dulu dia usahakan dengan sorang ustad tahun 2022, cantik dah tamannya. Tapi masalah sekolah Qery ni, dorang tak ada tukang kebun. Jadi taman semua tak ada orang nak maintain. Tak ada orang jaga. Yang ada tukang sapu je. Tak sure eh kenapa tak ada tukang kebun, nak harapkan cikgu berkebun, aduiiii kesian juga. Lepas projek dia buat taman ni tahun 2022 tu, tahun yang sama, dia buat pulak projek surau (ni aku cerita lain eh), masa dia buat surau tu, taman ni dah tak ada orang jaga lah. Kalau tak, ada pokok cili, sayuran-sayuran, sebab ustad tu dia pandai menanam. 

Jadi tahun ni 2024, dia nak masuk projek kita semula and buat balik taman ni. So hiasan taman ni mesti ada bahan kitar semula. Qery dia dah buat angsa guna tayar, kipas plastik untuk gantung kat atas, and planning untuk buat robot guna barang terpakai. Ada lagi kot benda-benda lain aku pun tak tau sebab dia kan buat sikit-sikit. Ada masa sikit dia buat. Yang aku cerita ni, apa yang aku tau je. 

Sebelum nak letakkan bahan-bahan kitar semula ni, opkos taman kena cantik dulu. Takkan la taman buruk, pastu buh bahan kitar semula. Nanti dia tak nampak macam taman, dia nampak macam tempat pelupusan pulak kan, hahahahaha. 

Qery ajak aku tengok taman belakang. Fuhhhhhh, kita dah tarik napas tengok tumbuhan nanas tercacak dengan tak tersusun kat belakang. Aku terus membebel kat Qery, hahahaha. Siapa letak kat sini benda cacak-cacak ni, ingat cantik beno ke, dah la tak ada buahnya. 

Gais, buah nanas, dalam plastik hitam, dia letak kat taman depan sekali. Tempat laluan budak. Tak sesuai kan. Tercacak sana sini, hijau semua tak ada warna lain. Ingat cantik sangat ke letak situ, hahaha. Aku membebel la. Dah tu siapa suruh aku datang situ bagi idea kan 😆😆😆

So aku pun, observe tempatnya, aku cakap nanas buh belakang. Taman sekolah dia cantik, tapi macam tempat terbiar, tempat nyamuk. Tudia komen eh, bagai tiada hari esok, netizen pekat. hahahaha. Ok la kita skip komen-komen. Aku pun dengar la Qery cerita dia nak letak carpet baru bla bla bla. Gambar sebelum tak ada. Kalau tak kita semua boleh bebel berjemaah. 😆

Gambar sekitar gotong royong, nanas dah alihkan je ada. Nak korang gambarkan dulu keadaan taman EduFlora ni. 
 

Ni parent yang Qery ajak untuk gotong royong buat taman. Terbaik semua. Tak tau macam mana nak describe parent ni macam mana, aku personally tak pernah tengok lagi parent yang best macam ni. Bagi aku best la, sebab dorang ni always ada untuk anak-anak 💕

Nampak kan tempat yang bersimen tu, sebelum ni pokok berpasu atas dia serabut ye, dengan tak tersusun. Yela kita concern sekolah Qery memang tak ada tukang kebun. Siapa je yang nak sibuk-sibuk susun. So haritu kami alihkan nanas tu kat atas tempat bersimen. 

 Gambar atas ni, laluan yang cantik. Nanas tu kat tepi tu. Korang nampak tak bekas-bekas tanah atas rumput tu, ha situ lah nanas tercacak-cacak. Betul2 kat laluan budak nak lalu. Ayomapaaak 😆😆😆 Alihhhhhhhhhkan ke belakang. Sini kita nak letak meja batu, kiri dua set, kanan dua set. Korang boleh bayangkan kan. 

Pastu nanti letak carpet baru. Budak-budak boleh lepak sini main dam ular. Kan nice tu. 
 

Dulu kiri kanan ni sayuran cili, terung, bila tak jaga, habis la mati semua. (tak tau siapa buh nanas, hahaha)

Korang boleh bayang eh pokok nanas ni banyak-banyak tadi kat tepi laluan cantik. 
Dah alih buh sini, lega mata saya. Tempatnya pun sesuai. Budak tak pergi sini (semoga). Tempatnya bukan tepi laluan. 

 Parent lain ada yang cat tayar-tayar. Ada yang tukar pokok dari pasu ke pasu lain. All function teruk lah ye.
 

 


Masa ni baru selesai duk mengalihkan pokok-pokok nanas.

Yang lelaki mengecat batu bata sepanjang tepi kiri kanan dan tengah. 


Salah satu sudut taman, dorang nak buat bahagian taman herba. So sini all pokok herba. Belum betul2 susun. Gotong royong pertama ni, kami cuma nak alihkah pokok-pokok, mengecat, susun tu next pulak sebab masa terhad kan. Kami buat ni, anak-anak semua ada kat sekolah. Tak boleh lama, anak-anak lapar nak makan. Kita buat sampai tengah hari je. 3 jam macam tu je dapat. Jadik lah kan buat ramai-ramai, dapat buat banyaaaak juga.

Ini pun susun je mana boleh dulu. better la dari sebelumnya. 



Bergambar dulu sebelum ada yang nak balik, parent ada yang kerja masuk tengah hari. Terharu kan, kerja masuk petang, sempat juga datang tolong sampai tengah hari.


Bersama Kak Ros upin ipin 😆😆😆


Gambar kenangan sekitar gotong royonf. Actually ramailagi nak join, tapi hari yang sama. Ada guru kelas buat gotong royong cantikkan kelas. So ini mana yang ada. Pun dah ramai 💕


Parent siap bawak air, sandwich, karipap, kenyang betul. Tq semua bagi pihak Cikgu Qery. Biasalah eh isterinya selalu melebih-lebih dalam hal apa pun. hahahaha. Nanti kita sambung part lain. Tak sabar nak taman ni siap. 

 

Kalau ada typo tu paham-paham la ye, kita budak 80-an mata boleh auto correct sendiri kan. 😆😆😆

Jun 4, 2024

EduFlora SKPJ : Part 2 (Meja Batu)

Sambungan kisah tadi, lepas je kira-kira and pilih design semua. Biasalah ye tugas aku ni tolong belikan set meja tu. Pastu aku pun kepochi la, tanya Qery nanti nak letak kat mana. Sebab Taman Eduflora tu rancangnya nak letak 4 set meja je. Ada extra boleh la letak tempat lain. Dalam kepala iolls ni memang dah fikir la kat mana semua, tapi tula, kitonyo takde kena mengena dengan sekolah tu, hahahaha! Jadi apa-apa pun mesti la Qery nak kena berbincang dulu dengan pihak-pihak tertentu.
 
 
Tak kisah la yang tu, hari yang dinantikan. Sampai lah set meja batu ni jauh dari Kelantan.
 

Aku up balik gambar dari story. Dalam lori ni ada banyaaaaaak set meja batu. Sebab ada lagi customer lain punya kan. Anyway, tq follower yang sudi infaq untuk sekolah Qery. Walaupun korang pun tak ada kena mengena dengan sekolah Qery, terima kasih sudi merealisasikan impian seorang Cikgu Khairi Fizairi yang teringin sangat nak sekolah dia cantik.



Cantiknya uolls, aku tengok ni rasa terharu sangat. Sekolah Qaiser ada banyak meja batu ni. Lagi sekali explain eh, haha. Sebab tiap kali aku up kat story, mesti orang konfius. Jadi bagitau lagi. Qaiser dan Qery tak sama sekolah. Qaiser dia sekolah area rumah aku je. Kami memang dari awal dah bincang untuk tak nak anak-anak satu sekolah dengan Qery. Banyak lah sebabnya eh, nanti tu explain lain. Kesimpulannya, sekolah Qaiser (dan adik-adiknya) ada banyak meja batu ni. Memang function teruk set meja batu ni sebab murid2 boleh la main, atau duduk lepak. Nice view la kalau nak tengok.


Aku bukan nak banding beza sekolah itu sekolah ini. Cuma tak sangka, akhirnya sekolah Qery dapat jugak meja cantik ni macam sekolah lain. Hahahaha. Tak dinafikan setiap sekolah ada keistimiewaan sendiri. Cuma bab keceriaan tu, mungkin orang lain rasa tak penting, tapi sebenarnya pengaruh sekolah cantik ni, besar untuk anak-anak.


Dan rezeki jugak, abang lori tu cakap customer reject meja Didi ni, tak sure la kenapa. So dia tanya Qery nak tak, dia bg diskaun sikit. Qery pun tanya la pentadbir dia, sekali pentadbir dia kata ok, ada balance duit sikit untuk beli ni. Jadi lah 10 set meja batu ni. Lompat bintang eh kita. hahahaha!

 

So, 4 set meja kat Taman EduFlora (nanti aku tunjuk kat korang tamannya). 5 set meja cadangnya nak letak kat sini (gambar bawah)

 
 
Area sini.
 
 Qery dengan salah sorang pentadbir dia bincang dua orang, nak simen balik tempat ni (dah siap nanti aku up lain sebab tak sempat snap gambar lagi). 

Kat sini la nanti semuanya. Yang ni nanti dah siap aku tunjuk, buat masa sekarang belum siap, cuma dah siap simen tempat ni warna hijau, cantik sangat. Boleh la upgrade sikit-sikit. Dari tak ada kan. hahaha.

Ini bukan kisah taman EduFlora, ini kisah selingan meja batu. 😆😆😆

Sebab tiba-tiba dapat meja batu extra kan. Terus la dapat cantikkan tempat lain. Meja batu tu kan takde atap, tapi dia ada lubang kat tengah. Abang lori tu cakap, kalau nak letak payung memang cun teruk. Tiber, sorang parent ni dari kelab Sempoi Fc Jr (Kelab Bola Sepak under Qery) nak infaq semua payung kat meja batu. Alhamdulillaaaahhhhhhhhh. 💗💗💗

Moga pahala berpanjangan buat korang yang contribute untuk set meja batu. Hasilnya belum nampak lagi. So korang kena stay tuned gituhhh hahaha. 

Sambungan next part, aku tunjuk Taman EduFlora pulak.

EduFlora SKPJ : Part 1

 Kita cerita benda paling latest la, kononnya aku nak update cerita sebelum-sebelum ni. Tapi nanti cerita ni lupa pulak. Maklumlah eh, kadang otak tu belum bangun tidur. 😆 So meh la kita cerita sikit benda yang sedang terjadi.....


2 bulan lepas, Qery duk tag tag aku kat instagram pasal nak mencari dana untuk Taman EduFlora sekolah dia. Aku malas layan. hahahahaha. Eh bukan sekolah anak kitewwwwwww, kenapa awak tag tag saya puler kan. 😆😆😆


Aku bukan apa guys, kita nak meminta-minta dana ni kan segan juga. Sebab kan baru ke haritu kawan-kawan kat instagram dah infaq untuk Ramadhan (infaq murid asnaf). Jadi aku biarkan je la Qery "pandai-pandai" dia lah nak cantikkan Taman EduFlora beliau tu kan. 


Sebulan plus-plus setelah itu, aku baca story dia berbaur kesedihan 😆 Dia cakap mungkin hajat dia nak cantikkan Taman EduFlora tu akan terkubur, sebab dia nak cari dana beli meja batu tu tak dapat sambutan. 


Em, aku nak cerita macam mana eh pasal sekolah ni. Kang kalau kita cerita lebih-lebih pun tak elok sangat kan, haha. Tp untuk umum je la. Mana-mana sekolah ni banyak sangat projek, projek nak buat itu, nak buat ini, perancangan itu, perancangan ini, kebabom, tapi dana cikgu cari sendiri. 


Macam, APO..... kan. hahahahaha!


Tapi tu lah, jenis seorang Khairi Fizairi. Dia suka kalau sekolah dia cantik dan dia suka budak-budak seronok datang sekolah. Budak-budak ingat sekolah dia cantik, ada tempat nak ambik gambar, ada tempat lepak, sebab yela kan guys. Kita sekolah 6 tahun je kat situ. Kalau semua cikgu jenis yang, "bukan kerja aku nak cantikkan sekolah", kesian kat budak-budak.


So, bila tengok story Qery yang menyedihkan tu, hahahahaha. Aku pun terus la up kat instagram. Dalam hati aku, dapat satu meja batu pun Alhamdulillah. Kos satu set meja batu tu dalam RM180-RM250 macam tu. Qery dia try cari dana sebulan lebih dapat RM50. Dia sedih la, dia niat nak cantikkan sekolah, dia tak dapat apa pun korang, dia bukan jenis kejar APC pun, penat lagi ada. Kadang aku pun tak paham dengan dia, tapi aku tau dia memang jiwa pendidik. Aku rasa korang yang follow aku pun tau la kan. 


lebih kurang macam ni la meja batu yang Qery nak beli


Nak dijadikan cerita, hari yang aku up story tu kebetulan hari Jumaat. Esoknya Qery cek kat akaun dia, total orang infaq, boleh beli 5 set meja. 😲😲😲 Terkejut aku, huhu! Lepas tu ada pulak tiba-tiba sorang parent ni wasap Qery personal nak infaq 4 meja lagi. Tiba-tiba weh dapat 9 set meja batu. Tak ke gembira si Khairi Fizairi tu. Bukan untuk dia lah yang pasti, untuk sekolah. hahahahaha.


Okay, nanti sambung part 2. Nak mandikan bayi dua orang. Dari tadi ke hulu ke hilir tanya mami dah siap work ke 😆

Jun 2, 2024

First Entry Setelah Bertahun Tinggalkan Dunia Blog



Ya Allah, nak mulakan balik menulis je wak, tapi kena setting macam awal-awal blogging dulu. Dengan header instant, syukurlah apa adanya. Bab nak upload header pun aku fikir berjam-jam. Awal tu konon nak letak muka sendiri je, alahhhhhhhh...macam shy shy la tengok diri sendiri sorang-sorang kat situ (faktor usia ke faktor mengada-ngada ke, korang buat la pilihan yang mana satu, hahaha). Sudahnya aku up je la gambar keluarga dulu. Nanti la kot rajin bila nak edit (macam tak mungkin kan 😆)

 

Sebenarnya memang nak update lamaaaaaaaa dah (tolongla percaya), tapi biasalah ye kita pompuan tak pernah salah....

 

Semuanya salah...

 

1. Laptop slow

 

Cukup la eh satu dulu alasannya. Tiba macam loading pula otak saya ni 😆😆😆


Next entry la baru nak up cerita raya ke, jenjalan ke. Dia camni tau, kalau aku tak update kat blog, memang akan terkubur kisah tu. Setakat tengok balik gambar kat ig, macam tak feel eh. Moment-moment best tu terlupa dah. Ye la kan, macam dulu kita ambik gambar letak dalam album, bila belek balik kadang tak ingat pun masa ni tengah buat apa eh. Kan kan... Kalau kat blog ni atleast boleh la cerita balik, ingat n kenang yang manih manihhhhh...


Mana blogger-blogger tegar dulu, jom la start balik. Takkan baca je guysssss. 😜