Jun 4, 2024

EduFlora SKPJ : Part 1

 Kita cerita benda paling latest la, kononnya aku nak update cerita sebelum-sebelum ni. Tapi nanti cerita ni lupa pulak. Maklumlah eh, kadang otak tu belum bangun tidur. πŸ˜† So meh la kita cerita sikit benda yang sedang terjadi.....


2 bulan lepas, Qery duk tag tag aku kat instagram pasal nak mencari dana untuk Taman EduFlora sekolah dia. Aku malas layan. hahahahaha. Eh bukan sekolah anak kitewwwwwww, kenapa awak tag tag saya puler kan. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†


Aku bukan apa guys, kita nak meminta-minta dana ni kan segan juga. Sebab kan baru ke haritu kawan-kawan kat instagram dah infaq untuk Ramadhan (infaq murid asnaf). Jadi aku biarkan je la Qery "pandai-pandai" dia lah nak cantikkan Taman EduFlora beliau tu kan. 


Sebulan plus-plus setelah itu, aku baca story dia berbaur kesedihan πŸ˜† Dia cakap mungkin hajat dia nak cantikkan Taman EduFlora tu akan terkubur, sebab dia nak cari dana beli meja batu tu tak dapat sambutan. 


Em, aku nak cerita macam mana eh pasal sekolah ni. Kang kalau kita cerita lebih-lebih pun tak elok sangat kan, haha. Tp untuk umum je la. Mana-mana sekolah ni banyak sangat projek, projek nak buat itu, nak buat ini, perancangan itu, perancangan ini, kebabom, tapi dana cikgu cari sendiri. 


Macam, APO..... kan. hahahahaha!


Tapi tu lah, jenis seorang Khairi Fizairi. Dia suka kalau sekolah dia cantik dan dia suka budak-budak seronok datang sekolah. Budak-budak ingat sekolah dia cantik, ada tempat nak ambik gambar, ada tempat lepak, sebab yela kan guys. Kita sekolah 6 tahun je kat situ. Kalau semua cikgu jenis yang, "bukan kerja aku nak cantikkan sekolah", kesian kat budak-budak.


So, bila tengok story Qery yang menyedihkan tu, hahahahaha. Aku pun terus la up kat instagram. Dalam hati aku, dapat satu meja batu pun Alhamdulillah. Kos satu set meja batu tu dalam RM180-RM250 macam tu. Qery dia try cari dana sebulan lebih dapat RM50. Dia sedih la, dia niat nak cantikkan sekolah, dia tak dapat apa pun korang, dia bukan jenis kejar APC pun, penat lagi ada. Kadang aku pun tak paham dengan dia, tapi aku tau dia memang jiwa pendidik. Aku rasa korang yang follow aku pun tau la kan. 


lebih kurang macam ni la meja batu yang Qery nak beli


Nak dijadikan cerita, hari yang aku up story tu kebetulan hari Jumaat. Esoknya Qery cek kat akaun dia, total orang infaq, boleh beli 5 set meja. 😲😲😲 Terkejut aku, huhu! Lepas tu ada pulak tiba-tiba sorang parent ni wasap Qery personal nak infaq 4 meja lagi. Tiba-tiba weh dapat 9 set meja batu. Tak ke gembira si Khairi Fizairi tu. Bukan untuk dia lah yang pasti, untuk sekolah. hahahahaha.


Okay, nanti sambung part 2. Nak mandikan bayi dua orang. Dari tadi ke hulu ke hilir tanya mami dah siap work ke πŸ˜†

No comments: