Mar 24, 2015

Cuti-cuti Malaysia : Thistle Hotel (Mandi Pool)

Minggu lepas cerita pasal ke muzium kan, so lepas kitorang lepak muzium tu, singgah la makan asam pedas tepi jalan area hotel jugak. Aku tak boleh makan sebab tengah ulcer. Geram betul tengah bercuti best-best sekali mulut ulcer. 

Cuti kali ni ingatkan nak ke Grand Lexis, tapi sebab dah pernah pegi masa honeymoon dulu. Krik krik krikkkkk. Mintak suggestion kawan-kawan kat facebook. Dorang suggest Avillion. Ingat nak ke Avillion, sekali full. Second option ke Thistle. Ok marilah ke sini. Syukur la sebab still ada yang kosong lagi.

Sampai sana, terus landing atas katil. Solat and bersihkan badan. Kitorang tidur kejap kot. Nak mandi pool cuaca panas gila. So lepak2 kejap. Janji dengan MakPak mertua lepas Asar baru turun mandi pool.
 
 Budak kecik ni kalau bapaknya yang siapkan, terus bertukar kpop.




Dah besar dah, masa ni Qaiser dah 6 bulan. Perangai dia boleh tahan bermacam-macam. Huhu!

Lepas siap gosok baju untuk pakai malam and esok, terus siap-siap. Qery ajak keluar beli makanan dulu sebab dalam hotel makanan kan mahaiii. So prepare la beli jajan2 air semua..

Lepas tu terus ke swimming pool.
 
Pelampung beli kat sana jugak.
 

 Korang tengok je la anak aku main air ye. Hihi!



Rambut Qaiser ni tak banyak dan lambat tumbuh. Macam maknya. Hahaha! Bercinta nak tunggu panjang
 

 Pemandangan dari bawah.

 Amboi kemain bapak mertua kita ni. huhu!

 Bercinta lettew, kekekekeke!

 Haih la anak. Dah sejuk sangat la tu sampai hisap jari.

 Nasib baik masa mandi ni banyak main dengan bapaknya. Boleh la aku fefeeling single sambil usha beachboy. Auw. hahaha!

 Dah mandi, dah muntah dalam pool. Ahahahaha. Nasib baik takde orang nampak. Lantakkan sapa mandi lepas tu. Kita pura-pura tak bersalah. Adui, boleh pulak izz gi muntah dalam pool. Tu la mandi lagi tak ingat dunia.

Tukar baju pun drama. Perangai tak suka pakai baju. Bukak baju suka. Pakai baju nangis. Panggggg skali tau la. 
 
Dah berenang, dah muntah, terus lapar ye.

Budak manja dengan nenek. 

Lepas mandi kami naik hotel. Sebab lepas maghrib nak ke 3D Art Gallery yang kat Lukut PD tu.

Itu next entry pulak ye.

Mar 18, 2015

Cuti-cuti Malaysia : Port Dickson (Muzium Tentera)

Assalamualaikum semua. Walaupun cerita ni dah berlalu sebulan yang lepas. Tetap lah aku poyo nak update jugak.

Bercuti bulan lepas sebenarnya tak plan sangat pun. Macam tetiba je nak bercuti. Mungkin sebab rasa dah beratus tahun tak bercuti. Luls, jadi aku dah berzikir kat telinga Qery nak jalan-jalan nak jalan-jalan nak jalan-jalan, sambil efek muncung merajuk. Aku kalau dah muncung tu petanda kalau kau tak bawak jalan-jalan alamatnya binasalah kasut-kasut sukan dalam stor itu akan ku campak ke tong hitam. mihmihmih!

Jadi Qery cakap ok boleh, tapi suruh aku plan nak ke mana, aktiviti apa, jalan-jalan kat mana. So terpaksalah jugak aku tanya kawan-kawan cyber ku yang baik hati tersayang olololo tu. (ayatmanis)

 Tengok lah hashtag kemain lagi. Tapi memang dorang tu sweet sangat. 

Perbincangannya nak ke Port Dickson dulu, then baru ke Melaka. Kitorang ke PD hari Rabu (esoknya raya cina). Jalan memang cool and steady lah. 

Kitorang plan camni. Aku, Qery, Mak, Ayah satu kereta. Syah and Cepul satu kereta. Tapi Syah and Cepul gerak dari KL malam sebab Syah kerja. Kitorang bertolak awal pagi. Ingat sampai PD boleh la jalan-jalan dulu sebelum check-in hotel. 

Kitorang singgah RNR sarapan dulu. Aku cam biasa la, jenis tak sarapan pagi. So bagi FIL makan kenyang-kenyang, baru senang hati nak berjalan. Sementara tunggu mak and ayah gi toilet, kitorang bawak Qaiser kat taman ni.

Macam biasa jugak, makpak dia yang over excited. Lari sana sini paksa anak main menan. Padahal budak tu bukan tau apa pun, bahaha!

 Nak selpie tapi panas.

 Budak aktif ni. Dia hanya reti duduk diam kalau tidur je. Kalau tak, masyaallah.

 Lepas tu taknak orang pegang.

 Dah dah dah. Mak ayah dah sampai, nanti kita beli taman permainan ni letak kat rumah kita. #ceritadongeng

Sampai je PD, aku suggest kat dorang kita masuk muzium tentera dulu, sebab dah dekat dengan hotel. So senang la nak check-in terus. Memula nak masuk tu, tengok takde sebijik kereta pun parking. 

Dalam hati cam pelik, takut la kot-kot muzium ni tak boleh masuk ke apa. Sekali tengok abang askar sengih-sengih kat tepi cakap boleh je masuk. Tak ramai orang sebab bukan hari cuti. Yeayyyy! Senanglah i nak selpie bajet model sikit. Maklumlah, semenjak dah tua ni, makin malu nak ambik gambar kalau ada ramai orang. Kalau tak dulu aku yang paling gedik. 

 Anak beranak.

 Sombong abang askar ni, takmo senyum. #lawakhambar
Sekali kalau dia senyum, tak cukup tanah aku lari, huhu!
 
 Budak kicik garang.

 Pahlawam veteren kita. kihkihkih!


 Alamak ayah bergerak lah pulok

 Kat muzium ni, ada banyaaaaaaaaaak sangat kereta kapal jentera yang best-best. Rasa nak bawak balik satu. 

 So encik, kalau kereta kebal ni auto i nak beli patploh. #dalammimpi

 Tayar besar-besar nak gi mana.

 Bagi can la anak branak ni feeling sikit. hihi!


 Korang, itu mak mertua kita yang tersangat lah baik tau. 

 Asik nak dukung Qaiser je, terpaksa lah iolls berlenggang kangkung. kekekekeke!

 Tengah survey-survey nak beli seketul.

 Auto please. Manual i tak pandai drive. *bawakbasikalpuntaklepasadahati.......

 Kalau korang datang sini, jangan lupa lalu laluan bawah tanah dia. Seram jugak. Kami tak berani amik gambar. Takut la kangggg dot dot dot. Ada yang demam. Huhu


 Syukur sangat lah cuaca walaupun panas tak ingat. Better panas dari hujan kan.

 So kawan-kawan, ni lah jet pejuang peribadi i.

 I beli tanpa GST, bahahahaha!

Sudah-sudahlah berangan.
 
 Ayah pun nak berangan jugak lettew, hihihi!

 Masa ni mak dengan Qaiser tengah lepak kat satu kedai. Mak mertua aku ni, dia tersangatlah menjaga Izz Qaiser, memang kalau boleh tak nak bagi kena panas. Yela budak kan sensitif. Takut la cuaca macam ni kang demam sakit tekak, kan susah. So mak suruh kitorang selfie puas-puas. Dah nak balik baru dia join.

 Jadi kami pun berpura2 nak balik. Hahahahaha!

 Sengaja buat muka konon comel tu. Tau dah saham tidak akan melonjak naik. Kekekeke!

Paling menyampah bila orang selfie muka bajet comel, pastu last-last hashatag , comotnya, tak comel. Kau rasa tak apa aku rasa. hahaha!

 Ok dah dah. Jom kita check-in hotel pulak.

Tapi sebelum check-in hotel, mempersembahkan dua kesayangan kita kat belakang tu. 

Next entry bersambung...

p/s : Kesimpulannya, muzium ni kalau korang ada anak-anak kecik lagi best. Boleh bawak dorang berlari sana sini sebab sini dataran dia boleh tahan besar jugak. Makin besar langkah dorang, makin kurus uolls, hahaha! Sapa mak-mak nak diet, silakan bawak anak ke sini setiap hari, nescaya sebulan turun patratuskilo. kbye