Dugaan nak kawin aku dengan Qery sebenarnya tak banyak dan tak besar mana macam orang lain pun. Tapi aku harap apa yang aku kongsikan dengan korang ni boleh bagi pengaran, yang tak elok jangan ikut, yang elok boleh ikut. Gitu.
Qery bukan datang dari keluarga berada, sama jugak la dengan aku. Kita ni sederhana je orangnya. Bila masing-masing sedar kita bukan orang kaya. Jadinya kitorang memang decide taknak susahkan parent kedua-dua belah pihak. Kalau boleh taknak susahkan dari segi kudrat, mahupun kewangan.
Merisik hujung bulan Dec 2013, bertunang awal bulan Feb 2013, dan nikah hujung bulan 8 2013. Gap dia memang tak jauh la. Start merisik aku dengan Qery memang dah pulun kumpul duit. Sebab aku tau kalau dah start merisik, family aku memang takkan bagi bertunang lama-lama.
Memang dari merisik sampai la nikah 99.9% alhamdulillah atas usaha aku dengan Qery sendiri. Ada la sikit-sikit terpaksa susahkan orang lain. Syukur jugak Allah tu bagi rezeki, orang kata rezeki orang nak kawin. Hihi!
Duit. Aku rasa ni semua masalah orang yang nak kawin kan. Sapa-sapa yang belum kawin tu kadang2 bukan tak nak kawin, tapi tak ada duit. Betul tak. Aku dengan Qery memang tak nak buat pinjaman semata-mata nak kawin. Aku bagitau Qery insyaallah kita cuba usaha dulu. Cari rezeki masa tu memang kesihatan tolak tepi, selalu lupa makan. Kadang2 tak lupa, tapi tak sempat pun nak makan. Pagi malam bekerja.
Kebetulan pulak masa tu kereta Qery selalu rosak. Sebulan asik rosak entah berapa kali. Cermin rosak la. Enjin tak boleh start, aircond buat hal. Bersambung-sambung masalah. Kesian aku tengok Qery stress. Masa tu bulan 4, kitorang decide beli kereta baru. Haih...bayangkan bulan 4 tukar kereta baru, bulan 7 puasa, bulan 8 raya, bulan 8 tu jugak nikah. Masa tu fikir pasal duit pun dah pening kepala. Huhu! Tapi nak tak nak kita kena usaha jugak.
Bulan 5, aku dah start cari rumah sewa. Cari area dekat dengan rumah dua2 parent. Senang kalau jadi apa-apa, boleh jenguk. Alhamdulillah, dapat rumah walaupun rasa agak mahal jugak nak bayar bulan-bulan, tapi inilah rumah terbaik yang aku tengok. Aku menyewa rumah ni start bulan 6. Masa tu jugak pelan-pelan beli barang dalam rumah. Nikah bulan 8, so ada 2 bulan untuk complete kan rumah. Tak nak la dah nikah baru sibuk nak cari barang rumah. Pelan-pelan beli sofa, beli meja untuk ruang tamu, meja makan, beli tv, frame2 lekat kat dinding, pasang wallpaper, alhamdulillah semua complete sebelum nikah. Tapi beli yang murah mampu milik.
Kebetulan masa tu arwah abah sakit. Cancer paru-paru stage 4. Jalan pun dah tak larat. Asik terbaring. Mak pun tak sihat sangat, mak kan pernah operate kat dada sebab ada ketumbuhan kat jantung. So still on ubat, tak boleh penat sangat. Menambahkan lagi semangat aku untuk usaha tanpa susahkan mak dengan abah. Biarlah mak risau and jaga abah je. Aku pesan banyak kali kat mak yang aku boleh uruskan semua so jangan risau. Tapi semua mak still naluri keibuan dia meninggi. Mak bapak mana yang tak risau anak dia nak kawin. Hihi!
Aku tak ada niat pun nak buat malam berinai. Lagipun boleh cut budget. Duit boleh simpan untuk benda lain. Tapi sebab mak abah beriya2 nak buat jugak, tradisi katanya. Demi tidak menghampakan orang tua, aku buat jugak malam berinai. Masa ni last minit tambah baju, last minit cari kompang semua. Masa tu berkira-kira jugak sebab pakai duit sendiri. Haha! Memang mak kata kalau tak ada duit dia boleh bagi, tapi takpelah. Dah banyak mak keluarkan duit untuk anak-anak. Anak-anak bukan 2 3 orang, tapi 9 orang. Dah membesarkan aku, dah bagi pelajaran pun aku dah cukup bersyukur. Aku fikir walaupun aku anak bongsu, orang kata takpe, tinggal kau je pun kalau mak nak sponser, tapi takpela. Selagi ada kudrat, selagi aku mampu usaha, bagi aku usaha. Bagi aku belajar sendiri macam mana susah senang nak kawin ni.
Bila kita tak belajar susah, kita susah nak menghargai sesuatu benda. Perkahwinan ni adalah perkara yang melampau2 berharga bagi aku. Susah senang nak capai perkahwinan tu, hanya Allah je yang tau. Dengan nak raya, kena beli baju mak, baju abah, baju sendiri. Masa tu duit keluar banyak jugak, tapi kena redha dan ikhlas sebab itu untuk parent kita. Perlu ke kita berkira dengan parent, padahal masa kecik dia tak cukup makan, kerja sampai tak balik rumah nak bagi kita makan, nak bagi pelajaran, nak besarkan kita dengan sempurna. Budi mak abah memang takkan terbalas sampai habis nafas pun.
Kita kena ukur baju badan sendiri. Itu je aku nak bagitau korang. Kalau kita rasa kita mampu buat banyak tu. Kita buat je banyak tu. Aku bukan kata aku banyak duit sampai boleh melebih2 buat kenduri bermewah sana sini. Bukanlah mewah mana pun. Aku bukan buat majlis kat hotel ke apa. Masih dalam kemampuan dan besederhana. Sebenarnya aku tak nak hampakan orang tua aku. Aku tau dorang sedih risau bila aku tak nak guna duit dorang. Mak terkilan sebab tak dapat bagi aku macam apa yang dia bagi kat abang n kakak aku. Sebab tu aku tak nak kecewakan dorang. Apa yang dorang nak masa aku kawin, aku cuba realisasikan.
Syukur kitorang tak lalui saat sukar yang melampau-lampau. Syukur bisnes yang aku dengan Qery buat ni mampu menampung semua proses berkahwinan dua2 belah pihak. And sampai sekarang alhamdulillah Allah masih buka rezeki kami. Syukur tu membuat hidup aku lebih happy. Dari dulu lagi aku sangat bersyukur dengan kehidupan yang aku lalui ni. Betul orang kata, syukur boleh buat hidup seseorang bahagia, tapi orang yang bahagia tak semestinya bersyukur.
Semalam aku tengok rancangan apa entah. Tentang perkahwinan la. Adat atau syariat islam. Macam-macam topik and contoh pasangan. Ada pasangan yang buat majlis sederhana dengan apa yang dorang mampu tanpa buat pinjaman. Ada yang kahwin guna duit pinjaman . Bagi aku itu pilihan masing-masing. Mana-mana pilihan pun ada kebaikkan dia. Cuma kita kena pandai aturkan kewangan tu. Niat nak kawin pun kena betul.
Aku tau bukan semua orang bernasib baik. Bukan semua orang lahir dari golongan kaya duit bersepah2. Bukan semua orang yang mak ayah dia boleh sponser majlis. Bukan semua orang yang mampu buat pinjaman. Kehidupan kita dari saat kita lahir memang berbeza-beza. Sebab tu pengajaran kita pun berbeza-beza. Apa yang kita lihat berbeza-beza. Tapi kalau kita boleh belajar dari semua pengalaman, kita tak putus asa berusaha, insyaallah mesti akan ada bahagian kita. Lambat atau cepat je.
Sama ada Allah bagi dugaan atau tak ada dugaan, kalau jodoh kita tetap akan jadi jodoh kita. Yang belum berkahwin, bersabarlah. Banyakkan berdoa. yang dah kawin tu, pun jangan putus doa supaya rezeki tak putus. Yang memang dah ada semua, jangan lupa bersyukur. =)
Salam Jumaate
p/s : Entry sanding belah Qery insyaallah minggu depan aku up kan. Dah lama beno perap dalam draf. Kihkihkih!
Mar 28, 2014
Mar 27, 2014
Sedang bercuti
Hebat sangat rasa, bercuti pun ada entry kan. Kekeke! Ekceli entry ni aku buat malam sebelum nak bertolak. Malas nak tidur. So hadap la blog sampai ke subuh.
Kemana aku bercuti? Ecececeeeee... Dekat je pun, negara jiran. Haha! Jadilah. Nak pegi jauh-jauh tak mampu. Korang jangan berharap sangat aku buat entry tips2 melancong ke apa. Entry pegi Hong Kong and Shenzen pun aku tak up. Malas aku nak mengenangkan saat-saat cuti dengan perasaan mabuk yang teruk. Aku takut masa aku cerita tu aku mabuk balik je. Hehe!
Ekceli mula-mula nak ke cameron, tapi entah macam mana melencong ke tempat lain. Plan tak sampai seminggu. Lagipun dah Qery beriya2 sangat pun. Aku okey kan je. Sebab bukan selalu dia dapat cuti lama. Ni pun aku berkira-kira lagi berapa lama dia nak habis belajar. Dengar2 macam bulan 12 ni habis. Lepas tu 2015 convo. Syukur sangat dah nak habis. Kalau tak sabtu ahad memanjang kelas.
Tetiba Qery kata lepas convo nanti dia nak sambung lagi. OMG, kena mengalami balik ketiadaan Qery di rumah setiap Sabtu Ahad. Tapi takpe, ilmu tu tak pernah merugikan. Selagi mampu nak belajar, elok la kan. Aku support je. Setakat kelas sabtu ahad je pun. Dulu arwah abah aku kerja bawak lori, seminggu sekali balik rumah. Itu kalau seminggu, kadang berminggu2 baru balik. So kau takyah nak kecoh sangat ye, *berkata kepada diri sendiri, haha*
Dulu aku nak sambung belajar, mak berat hati sebab kena pergi Indon/India 2 tahun. Jadi terkubur je la. Lepas tu cerita2 kat Qery kalau ada rezeki nak belajar, Qery kata tak payah dah. Biar dia je yang belajar pandai-pandai. Aku duduk rumah jaga anak. Baiklahhhhhhhhh (-_-)
Sekurang2nya salah sorang yang belajar, tau apa aktiviti and program kat U. So anak kalau nak temberang pun tak boleh. Sekarang ni ramai anak temberang mak bapak bagi tau ada itu ini kat U, sebab mak ayah tak belajar tinggi, tak tau pun perjalanan hidup U, so percaya je la. Aku harap anak aku tak meEnipu la nanti, kalau menipu pun nanti aku tanya Qery betul ke ada dot dot dot kat U, cer cek cer cek. Haha! Almaklumlah mak nya tak belajar tinggi sangat. Siannnnn...
Eh tetiba cerita pasal lain takde kena mengena dengan tajuk. Aku memang camtu. Cerita2 lepas tu dah kemana-mana.
Aku ekceli jarang holiday. Masa tak kawin pun holiday dengan family je la. Itu pun setahun sekali belum tentu. Yang aku ingat masa sekolah rendah aku pernah bercuti dengan family pergi kelantan, terengganyu, langkawi, 2000 buat umrah, 2001 pergi Pulau Perhentian, 2013 pegi Pulau Pemanggil. Then ada la mandi sungai. Masa aku kerja memang aku jarang dapat join family trip. Tahun 2011 kot pergi HKDisneyland. Tahun lepas pegi lagi HK n China. Memang jarang bercuti. Tapi alhamdulillah dapat jgk bercuti.
Aku jenis tak kisah bercuti luar ke dalam negara. Yang penting happy and enjoy. Bagi aku kalau bercuti dengan orang yang kita sayang, tak kisah kat mana pun tetap best kan. Auwwww... Terpoyo sekejap.
Okeyla. Korang doakan la aku tau. Lepas tu doakan aku rajin nak update entry bercuti ni. Sukati mintak orang doa. Hihi! Byeeeeee

Bila ditimpa musibah manusia akan selalu bertanya "Kenapa Aku?"
Assalamualaikum semua, hihi! Harini nak kongsi cerita dengan korang apa yang aku dengar dari Ustaz Don. Kalau tak silap rancangan Assalamualaikum. Kalau apa yang aku cerita ni salah, mana-mana yang tengok jugak siaran tu boleh betulkan, boleh komen kat bawah. Aku dah cerita kat Qery tapi nak cerita kat korang jugak sebab cerita ni terlalu best.
Kalau kita perasan la, memang kita manusia biasa. Bila Allah turunkan dugaan atau musibah, selalunya hati kita akan terdetik 'Kenapa aku?". Walaupun lepas tu kita redha, tapi ada sesetengah antara kita yang mempersoalkan 'kenapa aku'. Ada orang yang bila Allah turunkan bala dia terima dengan redha, ada jugak orang yang tak dapat terima lepas tu timbullah persoalan 'kenapa aku'. Kadang2 memang kita tak tau kenapa kita dapat dugaan, apa sebabnya, macam mana boleh jadi macam tu, macam ni. Tapi ketahuilah semua perancangan Allah tu adalah sebaik-baik perancangan.
Kelmarin memang tertarik sangat dengan bicara Ustaz Don, kita manusia biasa sering bertanya 'kenapa aku'. Para nabi juga selalu bertanya kepada Allah 'Kenapa Aku'. Nabi juga manusia biasa cuma nabi manusia mulia yang terpilih di angkat darjatnya di sisi Allah.
Kisah Nabi Musa a.s.
Nabi Musa a.s bertanya kepada Allah swt bagaimana Allah menetapkan takdir? Kemudian Allah perintahkan Nabi Musa pergi ke sebuah perigi dan perhatikan perigi tersebut dari jauh secara sembunyi.
Tak lama lepas tu datang seorang pemburu menaiki kuda datang ke perigi untuk minun air. Kat pinggang pemburu tu ada satu uncang emas. Risau uncang tu terjatuh masa dia nak minum, dia pun letak uncang kat tepi perigi. Dah habis minum, dia terus je pergi dan lupa nak ambil balik uncang emas yang dia letak kat tepi perigi tu.
Tak lama kemudian, datang pulak pengembala kambing. Datang ke perigi sebab nak bagi kambing2nya minum. Pengembala kambing ni nampak ada uncang emas kat tepi perigi, tanpa ragu-ragu dia terus melarikan uncang emas tu.
Selepas tu, datang pulak seorang tua untuk minum. Lepas dah hilang dahaganya, dia pun berehat kat tepi perigi. Tiba-tiba pemburu *tuan punya uncang emas* kembali ke perigi nak cari uncang emas, tapi yang ada cuma orang tua tadi. Pemburu tadi terus membunuh orang tua tu sebab dia ingat orang tua tu yang curi emas dia.
Nabi Musa as. yang melihat peristiwa tersebut kembali kepada Allah dan bertanya mengapa ianya boleh berlaku. Lalu Allah menceritakan bahawa bapa si pemburu pernah meminjam wang daripada bapa si pengembala kambing. Jadi emas yang si pengembala kambing tu ambil memang sama jumlah dengan emas tersebut. Jadi sebenarnya pengembala kambing hanya pengambil haknya.
Dan pembunuhan orang tua itu adalah sebenarnya, orang tua tu suatu ketika dahulu adalah pembunuh kepada ayah pemburu tersebut. Jadi Allah mengaturkan segalanya sebagai pembalasan.
Ceritanya kat sini, aturan Allah tu memang adil, lambat dan cepat je. Kita manusia biasa. Apa yang kita lihat kat mata kasar kita tak mungkin sama dengan apa yang Allah lihat. Aturan yang kita cuba buat tak mungkin boleh sehebat Allah. Kadang2 memang kita tertanya-tanya 'Kenapa kita?'
Macam tu lah cerita Ustaz Don kelmarin yang aku ingat..
Kalau Allah tak bagitau Nabi Musa a.s mesti kita semua ingat yang pemburu tu jahat, pemgembala tu pencuri, dan kesian kat orang tua tu tak buat salah pun kena bunuh. Tapi apa yang disebalik tu peraturan yang sangat adil.
Ada yang kita pernah tengok, suami isteri datang dari keluarga baik, keturunan yang baik-baik. Tapi anak dia perompak, pencuri, hisap dadah. Jangan terlintas pun dalam hati kita nak cakap ada yang tak elok sebenarnya dalam keluarga tu. Kadang2 apa yang terjadi kat orang lain, bukan Allah nak bagi pengajaran kat orang tu je, tapi Allah nak bagi pengajaran kat semua orang.
Contoh lagi, Kenapa Allah bagi bermacam dugaan kat Nabi Muhammad s.a.w, padahal Nabi Muhammad tu hati dia suci bersih, tiada dosa. Sebab dia nak bagi pengaran kat semua orang dan pengajaran tu sampai ke kita hari ini. Antara kita sedar atau tak sedar, tu je.
Haaaaa, itula cerita yang aku cerita kan kat Qery semalam. Qery pun mula-mula dengar dia kata kesian kat orang tua tu, tapi last2 bila tau, terus tak jadi kesian. Hihi!
Okeylah.. tetiba jadi ustazah seronok jugak rasanya. Mihmihmih!
p/s : Aku takde buat postage harini dan esok. Tapi korang boleh terus wasap untuk order. Insyaallah aku akan balas cuma postage dibuat pada hari Isnin depan. =)

Mar 26, 2014
Mulut Pok Pek Pok Pek
Aku kan, sebenarnya dari kecik suka bercakap. Tapi aku suka bercakap dengan orang yang aku selesa je. Masa kecik dulu asik kena marah dengan mak, haha! Sebab cakap tak berhenti, dah la asik bercakap, cakap sorang-sorang tak nyusahkan orang lain takpe. Aku ni suka jugak bertanya. Tanya soalan yang bangang pun ada jugak sampai mak aku tak boleh nak jawab.
Masa kecik banyak gila persoalan dalam kepala otak aku ni, yang sampai sekarang orang lain tak mampu kot nak jawab. Aku tanya mak kenapa hujan kita panggil dia hujan. Siapa yang reka setiap nama-nama benda. Kenapa langsir orang panggil langsir, kenapa tak panggil benda lain. Macam mana semua orang boleh setuju nak panggil laut tu laut. Siapa orang pertama yang create bahasa melayu sampai orang boleh panggil dia bahasa melayu.
Mak aku tu stress, sampai dia marah aku jangan banyak tanya. Hahaha! Kot soalan yang dia boleh jawab memang mak akan jawab. Kalau dah sampai soalan aku yang merapu-rapu tu, jawapan dia makan cubit je la. Masa mak marah tu aku memang tak puas hati sebab aku rasa aku buat salah pun. Haritu Qery tanya mak aku, mak cerita la kecik2 aku ni memang suka tanya sampai pening kepala mak. Pftttt
Sekarang dah kawin ni, Qery pulak pening, kahkahkah! Aku ni suka excited sorang-sorang kalau baca buku cerita tau. Ye la aku memang pemalas membaca pun. Tapi kalau buku cerita, kisah para nabi ke, wali ke, atau kisah teladan ni memang aku suka sangat, sebab memang dari kecik mak suka belikan aku buku cerita. Mak kata aku je yang suka baca buku masa kecik. Kesian masa kecik je aku suka, dah besar suam-suam kuku. Hahaha! Tiap kali Andak pegi tuisyen mesti mak bagi duit kat andak suruh belikan buku cerita untuk aku. So buku cerita aku memang banyak.
Bila dah habis baca, biasanya aku akan cerita balik kat mak apa yang ada dalam buku tu. Sekarang ni aku terpaksa cerita kat Qery. Kalau tak aku rasa macam tak puas hati aku sorang je tau dalam buku tu cerita apa. Kalau Qery tak ambik perhatian memang aku rasa bengang je. Haha! Semalam dia tengan buat kerja, aku pun cerita-cerite dengan dia. Paksa dia dengar sambil buat kerja dia tu. Sikit sikit aku tanya 'paham tak kite cerita ni' 'dengar ke tak ni?' Qery kang terangguk-angguk. Hishh.. Tak dengar la tu kan sebenarnya. Angguk tu jaga hati aku je. Huhu!
Kadang2 Qery ni kata aku tak matang, macam budak kecik la apa la. Sukatiiiiiiiii je. Aku kalau ada hari yang malas nak bercakap, aku tetap bercakap dalam hati. Kadang2 tengah sidai baju, nampak kucing jalan belakang rumah pun tetiba terfikir 'macam mana la perasaan kucing tu, mesti dia bosan hari-hari kena cari makanan sendiri' Lepas tu mula la tetiba terfikir jika aku seekor kucing la apa la. Nanti Qery balik aku sibuk cerita pasal kucing yang aku tengok lalu belakang rumah tak sampai 5 saat je kucing tu jalan. Tapi cerita aku tu sampai 10 minit tak habis2. Haha!
Isnin lepas aku dengan Qery melawat Kak Ida kat rumah dia, nak tengok baby. Mak Ayie Kak Ninie, pun ada sekali. Comel sangat lupa nak ambik gambar. Lepas tu main-main dengan Mia and Hakim. Qery layan Mia color. Mia ada banyak sangat buku color2. So aku pun sibuk jugak nak kaler. Tengah aku sibuk warnakan lembu tu, Hakim pun tanya aku.
Hakim : Maksu, kenapa Maksu warna lembu tu bulat2. *aku warna bulat-bulat macam pokodot tu*
Aku : Lembu ni sakit, maksu kena warna bulat2 pakai banyak warna.
Tetiba Qery cubit aku.
Qery : Oi tak baik tipu budak-budak.
Aku : Mana ada. Hihi!
Pastu sibuk cakap aku ni geng budak-budak sebab berebut nak warna dengan Mia. Eleeeehhhh.. Cemburu la tu tak dapat warna kat buku tu. Kecoh je Qery.
Semalam Qery kata, kalau anak banyak tanya nanti dia nak salahkan aku. Sebab mulut aku pokpekpokpek.
Aku : Kita dah buat peraturan untuk anak-anak, sehari boleh tanya 10 soalan je. 3 soalan kat kita, 7 soalan kat kamu.
Qery : Hoi apahal kite terlibat. Kalau dia tanya kenapa 10 je nak jawab apa?
Aku : Nanti kita cakap kat dia, tak elok tanya banyak nanti boleh demam. Fikir soalan yang betul2 nak tanya je.
Qery : Nanti kat sekolah kalau dia kena marah dengan cikgu sebab tak tanya soalan kamu jawab eh.
Takkan laaaaaaaaaaaaaa aku nak cakap macam tu dengan anak aku. Qery ni why so seriousss?? Hahahaha!

Mar 25, 2014
Buat kad nikah dengan perasaan annoying
Ish, haritu masa sebulan baru kawin semangat nak buat kad nikah. Siap nasihat orang buat cepat-cepat, senang nanti nak pegi mana-mana kalau orang mintak kad nikah, takyah la nak bawak sijik besar bagak tu.
Aku ni duduk ceras kl, tapi masjid area kawasan rumah aku tu daftar under selangor. Aku duduk dah memang sempadan kl selangor. Sekolah aku tu kalau selangor kuala lumpur cuti, sekolah aku pun cuti. Syorga rasanya, haha!
Masa aku buat sijil tu, tak silap aku buat kat kajang kot. Area sana la. Bajet nak terus buat kad nikah. Tetiba dorang buat renovation ke atau terus tak boleh buat kad nikah kat situ ke aku pun tak ingat la. Yang penting aku tak boleh buat kat situ la. Sijil nikah je boleh, kad nikah kau kena ke Shah Alam. haih leceh gila kot.
Kalau KL senang, satu tempat je, sijil sana, kad pun sana. Lepas tu dah malas nak ke Shah Alam. Lagi-lagi sifat pemalas memang menebal dalam diri, Qery pulak membizi. Sudahnya dah 7 bulan kawin baru hegeh-hegeh pegi buat kad nikah. Kat depan Masjid Shah Alam je pun, ada menara utara. So masuk situ.
Aku memang dah siapkan gambar semua, tapi lupa nak fotostat sijil nikah. Sementara Qery gi cari mesin fotostat tu aku duduk la kat kerusi luar. Punyaaaaaaa la banyak gila kerusi kosong. Ada geng pakcik2 ni boleh duduk sebelah aku. Aku bukan la nak kata tak boleh duduk sebelah aku. Tapi jaga la sikit adab pun, situ kan area masuk kena tutup aurat. JAIS kan. Plus banyak kerusi lain. Eh dia siap duduk sebelah aku, lepas tu tangan letak kat belakang kerusi aku. Boleh??
Pakcik okey... Pakcik ramai-ramai pastu cerita bukan bukan. Aku ni taknak la ketara sangat terus bangun kan. Bila dia dah start letak lengan kat belakang aku amik telefon bangun and call Qery. Eh sakit hati la. Bukan apa, kalau darurat takde tempat duduk tu boleh terima akal. Ni tempat tu ada kosong berlambak2 kot. Pastu aku bangun dorang tengok2 aku. Eh aku smack down tau la. Harap2 nanti Qery dah tua jangan la perangai macam tu.
Dalam tu semua orang nak buat kad nikah, ambik kad nikah, semua pakai kopiah songkok bagai kot. Jaga la perilaku tu. Tempat ni bukan kedai kopi kau nak cerita bukan-bukan. Nasib baik la kebetulan aku call Qery dah setel fotostat. Ish susah nak terima tau perangai orang macam tu pulak kat tempat yang tak kena. Huhu!
Tapi sekejap je pun buat kad nikah. Cuma kad dia dapat sebulan lagi. Katanya dah habis. Kalau tak boleh dapat dalam tempoh 5 hari je. Ha itu sajalah ketidakpuasan hati aku harini. Hihi! Kbyebye
*****************************************************
Aku
memang hantu cili tau. Dari dulu lagi suka pedas. Boleh mkn nasi kicap
dgn cili je. Korang pernah dgr sambal_hitam_pahang tak. Aku baru jugak
dgr n dah rasa. Memang sedap pedas n ada rasa masam2 buah belimbing
buluh tu. Bahan utama dia mmg cili bawang ikan bilis n belimbing. Mcm
sambal belimbing dah. Haha. Makan dgn nasi putih mmg bertambah la. Harga
pun murah. 100g rm6. 200g rm10. Postage rm6 ke rm9 ikut berat. Sapa2
duduk area putrajaya puchong bangi serdang boleh cod tau. Tp minimum 3
bekas la. Korang contact je nurul 0199676637. Nak makan dgn roti pun
boleh. sambal_hitam_pahang sambal_hitam_pahang sambal_hitam_pahang
Ig : Sambal_hitam_pahang
Contact : 019-9676637
email nadiera.enterprise@yahoo.c om
Nak berholiday
Plan secara tiba-tiba. Sebenarnya aku nak pergi area Malaysia je. Tetiba entah macam mana pergi ke tempat lain pulak. Hihi!
Barang apa pun tak packing lagi. Esok la baru siapkan. Orang yang paling happy ofkos la Qery. Dia tu pantang berjalan memang happy memanjang. Over excited pun ada. Lepas tu aku jugak la yang kena siapkan semua. Pftttt
Dari pagi tadi order berderu-deru masuk. Handfon ni full pagi tadi, sekarang tengah hari dah tinggal 25%. Aku pulak banyak urusan harini nak setel. Kelam kabut. Ini pun update sekejap sementara tunggu turn. Oh tabita available tak kisah la apa jenis set pun. If korang nak terus bank in pun boleh takde masalah. Barang-barang lain pun ada je stok. Kalau korang dah tau harga and nak cepat pos korang boleh terus je bank in and wasap gambar resit. Kalau aku reply lambat jangan risau tau. Sebab aku nak save bateri ni. Tapi tetapla aku pos jugak harini.
Sapa-sapa yang nak aku pos barang dalam minggu ni, pembayaran last esok pukul 5 petang. Lepas dari tu aku terpaksa pos Isnin depan. Jadi sapa nak cepat-cepat bagitau yeah. =)
Cerita pasal holiday, sebenarnya aku still trauma. Bukan sebab kes pesawat hilang tu. Tapi sebab haritu aku pergi China badan aku tak okey, memang rasa nak pengsan pun ada. Bengang gila bila tak dapat nak rehat. Paham2 la pegi dengan agen kan berjalan pagi ke malam. Kalau sihat aku tak kisah, tapi masa tu nak bangun pun tak larat. Paksa-paksa kan diri sampai aku rasa trauma sangat nak berjalan ramai-ramai ni.
So kali ni takde agen. Pegi dengan Kak Azlin, aku dah tanya siap-siap boleh rest tak kalau penat. Katanya boleh je takde masalah sebab kita pegi sendiri-sendiri. Buat masa sekarang ni aku memang okey, tapi mana la tau kan tetiba tak okey ke. Benda ni nasib-nasib.
Harap-harap badan aku okey la nanti, takde la rasa bersalah menyusahkan orang ke apa. Huhu!
Eh okey la, nanti update lain. Byeeeeeeeee
p/s : last pos rabu, last payment untuk pos rabu adalah jam 5 petang. Next postage hari Isnin depan.
012-2678134 (sepet)

Terjawab sudah kehilangan pesawat MH370
Sejujurnya, sejak hilang pesawat, dari hari pertama sampailah semalam. Aku kerap tengok berita kat AstroAwani501. Walaupun tak kenal siapa-siapa pun dalam pesawat tu, tetap rasa sedih, risau. Tak dapat bayangkan perasaan keluarga mangsa.
Yang aku tak dapat terima, bila ada orang yang tak bertanggungjawab tunjuk pandai buat spekulasi sendiri. Buat cerita itu ini, burukkan pilot, burukkan co-pilot, tiba-tiba macam dia tau sangat apa yang terjadi. lagi geram bila ada orang yang kurang bijak sibuk nak share cerita yang dah tau tak sahih. Tambah lagi orang yang memang tak bijak terus komen tanpa berfikir. Rasa macam.. Ya Allah, sedarkanlah dorang ni semua.
Aku harap keturunan aku biarlah tak pandai, tapi jangan buat benda-benda bodoh. Biar tak pandai tapi jangan biadap. Benda ni perkara serius. Jangan senang-senang nak mainkan perasaan orang. Jangan suka-suka buat andaian padahal kenal pun tidak.
Semalam bila PM kita umumkan apa yang terjadi, rasa sebak sangat. Bila tengok rakaman ahli keluarga mangsa tu rasa alahai.. Tak sanggup rasanya kalau jadi kat diri sendiri. Tapi apa-apa pun tetap rasa bersyukur sebab persoalan selama ni dah terjawab kemana hilangnya pesawat MH370. Cuma macam mana boleh berlaku tu memang akan makan masa untuk teliti satu-satu, kena ada jawapan yang betul-betul sahih, baru boleh diberitahu umum.
Bukan semua masalah negara rakyat perlu tau. Kadang2 aku tak paham dengan manusia yang tak paham ni. Masalah negara adalah rahsia negara. Kenapa dan mengapa kita lambat tau, jangan persoalkan. Ofkos mana-mana kerajaan akan buat yang terbaik untuk negara sendiri.
Aku bagi contoh terdekat apa maksud bukan semua masalah boleh diberitahu tu ye. Boleh diaplikasi kat keluarga. Bukan semua masalah emak ayah kita boleh tau. Kadang2 emak ayah akan cover segala masalah. Contoh kau nak pegi sekolah luar negara. Selama ni kau ingat mak ayah sentiasa ada duit untuk kau. Tapi yang kau tak tau selama mak ayah membesarkan kau, kadang2 dia ada pinjam duit family lain. So kali ni dia tak dapat nak bagi ko pegi luar negara sebab besar perbelanjaan. Mak ayah akan create alasan lain supaya korang boleh terima. Mungkin mak ayah akan bagitau universiti tempatan lebih bagus. Atau bagitau universiti luar negara kurang bagus, susah nak dapatkan makanan halal and so on.
Hal keluarga pun terkadang banyak rahsia. Inikan pulak negara. Semua benda berlaku mesti bersebab. Fikir secara positif. Jangan la kaitkan pasal pesawat ni dengan politik negara. Tak ada kena mengena langsung kot. Aku tengok sekarang ni sikit-sikit politik, paling tak tahan kalau boleh dalam dunia ni apa yang silap, semua salah kerajaan. Bencana alam yang datang dari Allah swt pun seboleh2 nak salahkan kerajaan. Tak percaya Qada' Qadar dah kot. Jangan la sebab politik kita yang beragama Islam ni berpecah belah bertikam lidah. Not good not good.
Marah betul rasanya ni. Hihi!
Al-Fatihah untuk mereka yang beragama Islam. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa.
Sesungguhnya dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.
Mar 24, 2014
Rindu pulak dahhhhh
Semalam tengok gambar kat fon, tengok la gambar yang lama-lama sebelum kawin. Ekceli gambar selfie tak banyak sangat sebab kat rumah muka agak ngeri jugak. Huhu! Tapi gambar bisnes la banyak, gambar tengah buat kerja, gambar rak, gambar barang baru sampai tengah bersepah, gambar sendiri tu memang ada, tapi macam tengah tunggu Qery datang ambik barang nak pos, atau tengah berangan depan cermin konon2 jadi artis yang tersangat popular dalam dunia, kalah la Christina Aguilera, tapi gambar tu tak boleh nak di share atas faktor2 terlalu cantik, kekeke!
Ish, rindu sangat dengan bilik aku dulu tu, walaupun bersepah. Aku rasa dalam sebulan tu ada la 3 4 hari je yang kemas. Selebihnya memang sepah gila, haha! Ini faktor malas ye, bukan lah faktor barang takde tempat simpan ke apa. Tapi aku suka je, orang kata mana-mana tempat, bilik sendiri tetap selesa. Kakak-kakak aku dulu pun suka lepak bilik tu walaupun sepah sebab ada aircond. Dorang terpaksa jugak hadap sepah tu. Kihkih! Sekarang bilik tu Ayie take over.
Marilah tengok gambar lama-lama
Sekarang ni aku jarang lepak kat bilik, sebab aku dengan Qery tidur kat depan TV hari-hari. Kitorang beli sofa yang bentuk L tu, yang muat untuk 2 orang. Sofa lama sedekah kat orang. Tidur la kat ruang tamu. Bilik tingkat atas, malas nak naik, lagipun panas sikit tingkat atas. Qery je la rajin naik sebab bilik air dia kat atas. Bilik air aku kat bawah. Aku naik kalau nak susun baju je. Tak kuasa nak naik dengan keadaaan sekarang ni. Itupun kadang2 aku malas naik, kalau nak baju nanti aku cakap lembut-lembut anje-anje dengan Qery tolong bawakkan baju aku turun. Mihmihmih!
Orang mengandung ni mengada dia lebih sikit la orang kata. Jadi aku terpaksa la ikut apa yang orang kata tu. Muahahaha! Kaki terkena besen, lebam sikit pun aduhhhhh dia lebih. Drama okey kat rumah. Toilet bawah tu sempit sebab Qery letak 2 tong air. Ruang nak mandi tu sempit je. Kadang2 nak amik wuduk kan kita nak cuci kaki tu angkat kaki sikit kan, pun kena belok belok supaya aku dapat berdiri dengan seimbang. Tu yang asik terkena tong air, buat-buat nangis dalam bilik air sreeettt sreet bunyi hingus, Qery stress je bila aku bagitau nangis sebab kaki kena tong, hahaha! So funny
Seronok sebenarnya buat-buat mengada ni, time ni je la boleh over pun. Kang lepas bersalin agaknya kalau nangis betul2 pun jangan harap akan dilayan. Kekekeke! Tapi Qery dari dulu kalau aku mengada2 pun dia layan jugak, sebab dia pun mengada. Lagi over dari aku okey. Dia main bola kulit dia calar sebab kawan dia tersepak kaki dia. Balik tu tunjuk kat aku bagitau sakit siap muka cebek-cebek. Esoknya aku terlanggar la tempat calar tu, dia punyaaaaaaaa aduhhhhhh tu macam apeeeee je. Siap tuduh aku calarkan kaki dia. Pastu cakap calar yang kawan dia buat tu dah hilang, calar yang ada tu aku buat. Merajuk dengan aku lepas tu mintak baju baru. Kongajo gila. Hahaha!
Eh dah la, ekceli aku lupa harini nak update. Lupa hari Isnin sebab minggu ni Qery cuti sekolah. So dia ada je la kat rumah, pagi tadi je keluar sebab nak training budak bola. Pastu kelam kabut nak update ni, aku kalau tak update sehari nanti naik lemau, mula lah malas nak update tu sampai berhari-hari. Jadinya baiklah aku update je walaupun dah pukul berapa. Bye =)
p/s : Sapa nak order barang,postage minggu ni smapai Rabu je tau, sebab Khamis aku holiday sampai Ahad. =)
*****************************************************************
Sambil Bilis Berapi Waghis Delicious ni aku rasa agak popular jugak la, sebab aku tengok kat Ig ramai je order bilis berapi ni. Orang yang pemalas macam aku patut ada stok berbekas-bekas. Haha! Ada dua tahap, kalau tak suka pedas boleh order regular, kalau suka pedas order yang extra hot. Harga pun berbaloi, 120gm Rm10 je. Pick up point kat area TM Bangsar/Rasah Jaya, Seremban. Budak asrama pun memang patut beli, agak2 boring makan lauk dewan makan, boleh la makan bilis berapi. Yang nak travel pun patut beli. Sapa-sapa je la patut beli sebab Waghih Delicious ni guna ikan bilis yang good quality dan memang sedap sangat.
Singgah
Fb : Waghihdelicious
Ig : Waghih_delicious
Contact : 019-3567068
Email : waghih_delicious@yahoo.com
Mar 22, 2014
Aktiviti malam
Semalam aku tak boleh tidur, bukan semalam je la. Ekceli tiap-tiap malam pun sekarang ni susah nak tidur. Pinggang dah start sakit tak selesa. Ke kiri senak, ke kanan senak. Aku pelik jugak apa benda la over sangat aku ni. Perut bukan besar sangat pun. Kalau dah penat sangat baru tertidur, itupun terjaga terjaga nak buang air. Aku tak merungut tau, saja je cite cite kat korang. Aku rasa benda ni normal untuk orang pregnant. Macam badan extra panas dari biasa, senang mengah, loya-loya. Just take it easy *sedapkan hati*
Sebelum ni aku tak pernah la google pasal ibu mengandung, apatah lagi nak baca buku, beli buku, apa-apa je la. Aku jumpa doktor untuk first check-up pun tepat 16 minggu baru terhegeh-hegeh nak pegi, baru la nak scan ke apa. Selalunya untuk first baby biasanya kita akan cari info sana sini, cari makanan yang sesuai, dah start tengok buku nama anak. Which is bagus sangat berbanding orang macam aku ni. Jangan ikut perangai aku ye.
Aku pemalas membaca, tapi aku suka dengar orang cerita. Selalu aku suruh mak cerita, awal pregant macam mana, elok makan apa, apa yang tak elok buat semua. Plus aku ramai kakak-kakak, pun dorang ada cerita pengalaman masing-masing. Tu yang aku macam selamber rilex-rilex. Sebenarnya aku takut jugak check up lambat, takut kena marah dengan doktor, tapi doktor tu rilex je cakap takpe. Mak pun cakap dia 5 bulan baru pegi klinik cek. Tapi mak tu boleh terima lagi la sebab anak ramai, aku ni anak pertama, entah apa yang bizi aku tak tau la. Kekeke!
Bila tak dapat tidur ni, dan mempunyai kesedaran sebagai emak, haha! Aku pun google la pasal ibu mengandung. Baca macam-macam info, baru la nak start excited. Pejam celik tau tau lagi separuh tempoh nak bersalin. Kalau masa mabuk teruk tu, rasa lambat sangat masa berlalu. Rasa nak nangis je sebab badan lembik, terpaksa menyusahkan Qery, baring je keje aku. Nasib baik la sekarang dah better walaupun ada hari yang rasa teruk, tapi takde la hari-hari. Boleh terima lagi la. Hihi!
Bila tengok gambar ni, aku punya perut besar dia dalam gambar macam16-18wks. Tak over ke depan lagi. Tapi orang kata start 5 bulan akan cepat membesar. Tapi lepas makan memang keras gila rasa penuh melampau-lampau.
Setakat ni belum rasa baby tendang ke apa, entah la aku pun tak tau rasa dia sebenarnya macam mana, haha! Sebab kadang2 memang akan rasa perut macam lain, tapi tak tau la angin bergeledak dalam perut ke apa. Baby boy atau girl pun tak tau lagi. Qery la lawak, dia kata kalau perempuan nak camelia, tapi kalau lelaki letak kamal je, hahaha!
Aku tak kisah, asalkan sempurna dan sihat tubuh badan. Mak mak selalu macam tu je kan, tak kisah la apa pun jantinanya, berserah je. Anak tu kan rezeki. Dah pukul 3.20 pagi ni. Malas pulak aku nak menaip. Nak tengok kartun jap. Byebye!

Mar 21, 2014
Result SPM, nak jadi apaaaa korang ni?
Tahun ni aku ada 2 orang anak buah yang dapat resutl SPM. Ajoi dengan Angah. Aku tak tau pun berapa result dorang, hihi! Aku tak suka tanya sebab dulu aku pun tak suka orang tanya-tanya aku. Tak kisah la aku pandai ke tak pandai ke, aku tetap tak suka orang tanya. Begitu..
Aku ada 2 orang sepupu yang agak pandai. Sebenarnya lagi pandai dari aku la. Sekarang ni sorang doktor, sorang lagi kalau tak silap ahli kimia ke apa, haha, terserlah kebodohan aku kan! Kebanyakkan keputusan dorang straight A's, agak menyampah jugak bila makcik pakcik sibuk tanya aku berapa A, masa tu mestila kita fikir dorang nak bandingkan dengan anak dorang kan. Tak kisah la apa motif pun, still aku tak suka orang tanya-tanya resutl aku berapa semua, kecuali la family sendiri tanya lain cerita.
Begitulah perangai aku, kalau aku tak suka satu benda, aku takkan buat benda tu kat orang lain. Walaupun orang lain tak kisah ke apa.
Semalam tengok ramai jugak la yang up status pasal SPM. Ada happy, ada okey je, ada yang kecewa. Tak kisah la apa perasaan korang, benda dah terjadi. Jangan nak ambik pusing sangat. Yang penting lepas ni korang tau apa korang nak buat apa. Mesti kena ada perancangan hidup. Yang lepas tu ambik iktibar. Tak semestinya berjaya sekarang akan kekal berjaya, tak semestinya gagal sekarang akan gagal selamanya. Semua atas usaha masing-masing.
Aku sekolah tak pandai sangat, tapi tak la lembap sangat. Sedang-sedang gitu. Ceaaaaaa cover diri sendiri kekdahnye, hehe! Serius aku bukan budak genius. Jarang pergi library pun, apatah lagi gemar membaca. Aku tak suka membaca, tapi aku suka subject yang ada formula. Membaca agak boring la bagi aku. Macam mendatar je peginya. Hihi! Tapi kalau bab formula dia macam magic sikit, ikut je formula tu, tetiba dapat jawapan yang sama walaupun tak ikut formula. Macam eh eh terkejut, aku suka.
Walaupun aku suka, tak semestinya aku pandai... Permainannya begitu ye, haha! Masih mengekalkan kelembapan walau apa pun terjadi. So resutl aku tak kisah la SPM mahupun selepas SPM tetaplah biasa je. Dah memang aku pun malas ulangkaji, semua baca last minit, janganlah nak berangan nak dapat result yang kedebabom. Apa yang kita capai, itulah diri kita sebenarnya. Tak yah macam nak frust menonggeng sangat. Terima je.
Masa aku habis SPM, dapat result bulan 3, sama la macam korang. Bulan 6 kalau tak silap baru dapat tawaran nak masuk IPTA sebab kemasukkan bulan 7. Aku apply online kalau tak silap. IPTA aku apply, politeknik pun aku apply. Masuk bulan April, aku dah macam cacing kepanasan. Aku jenis tak reti duduk rumah tak buat apa-apa. Lepas ambik result, abah suruh aku berehenti kerja, so aku memang takde buat apa, aku lari pegi rumah Andak kat Seremban.
Aku bagitau Andak aku nak try apply swasta. Aku dah tak boleh bla kebosanan. Aku nak sambung belajar. Cepat aku masuk, cepat la aku habis. Boleh tak fikir macam tu, haha! So pegi opis Andak, dia bagi surat khabar, suruh aku cari kat ruangan kolej-kolej kot mana yang aku berkenan. So aku nampak MSU. Terus call MSU, dorang tanya result aku. Terus dorang hantar surat tawaran ke rumah. So kemasukkan lagi 2 minggu iaitu bulan Mei.
Sedang orang menunggu-nunggu tawaran IPTA, aku dah selamat masuk kolej MSU. Jenis orang tak boleh tunggu. Masa tu mak bayar RM500 untuk yuran kemasukkan. Yang lain PTPTN akan uruskan. Aku nak jadi cikgu, course yang ada TESL je. Dorang belek-belek result aku, dorang kata sesuai ambik bidang Pharmacy. Benda aku paling tak suka la aku dapat. Memandangkan mak dengan Andak buat muka setuju je aku amik Pharmacy, so pasrah le kite. *boleh jadikan alasan belajar tak pandai sangat sebab tak minat course, kenn...hahaha*
Masuk bulan Jun, mak kata aku dapat surat tawaran IPTA kat UPM course Mekanikal. Termenung aku sekejap. Tapi sekejap je la, hihi! Aku fikir mak dah bayar RM500. Walaupun korang rasa RM500 tu sikit, bagi aku tak kisah la berapa pun mak aku keluarkan, aku tak patut sia-siakan. Begitu sekali. Macam good good je, hahaha!
Nak tak nak aku kena teruskan. Mak tau kot aku macam down sikit, dia pun bagi kata-kata semangat. katanya tawaran pertama tu petunjuk Allah nak bagi, yang pertama selalunya betul. Yang datang lepas tu sebenarnya semua dugaan. Tak kisah apa yang datang, ambik yang pertama.
Kata-kata mak tu, sampai sekarang aku aplikasikan dalam kehidupan. Bila dah habis belajar, aku hantar banyak resume. Banyak jugak yang dapat. Tapi aku ambik siapa yang tawarkan aku dulu.
Aku masuk kolej awal kan, so aku habis awal dari IPTA, sebab tu masa aku dengan kawan-kawan senang dapat kerja, kitorang tak ada saingan dari IPTA, sebab dorang tak keluar lagi, kihkihkih! IPTA habis bulan 6. Graduation ofkos la hujung tahun. Aku habis belajar bulan 2, graduation bulan 3. Kawan2 aku apply kerja semua dapat, kebetulan masa tu banyak hospital kekurangan pekerja. Rezeki kitorang belajar awal.
Ini cerita aku. Macam mana aku lalui SPM yang tak seberapa. Macam mana orang yang tak pandai still boleh survive dalam zaman ramai gila orang genius. Tapi aku tetap tak paham kenapa freshy sekarang ni, dah tau sekarang ni zaman banyak persaingan, zaman orang bijak bistari, zaman susah nak cari kerja, still ada masa nak berehat, masih tak ada kesedaran nak tolong mak ayah. Kenapa eh?
So kepada semua yang ambik result SPM semalam. Rancang lah hidup baik-baik. Plan kena ada banyak. Kalau plan A tak tercapai, mesti ada plan B.
Contoh kalau korang dah apply IPTA tapi tak dapat, ada gap 3/6 bulan untuk intake ke dua, fikir dulu nak buat apa. Walaupun benda tak jadi lagi, still kena ada perancangan. Kalau tak dapat IPTA, fikir masak-masak sama ada nak ke swasta atau tak. Nak kerja dulu ke apa. Bincang dengan mak ayah. Bagitau apa plan korang, mana tau mak ayah korang ada perancangan lagi bagus. Atleast mak ayah tau korang dah rancang apa. So takde la tetiba je korang bagitau nak buat itu ini.
Aku dulu tak bincang dengan mak abah pun, sebab dorang pun jenis tak kisah. Haha! Asalkan aku tak buat benda tak elok dah cukup buat dorang.
Buat adik-adik kat luar sana, dalam hidup ni kita akan belajar banyak benda. Peribadi kita tak akan ada dalam result exam. Peribadi tu kita yang bentuk sama ada nak jadi baik atau kurang baik. Result yang baik tak semesti ada peribadi yang baik, result kurang baik tak semesti peribadi korang kurang baik. Tak kisah mana-mana korang pergi, apa je result korang, peribadi, sifat kemanusian, akhlak mesti jaga.
Kebanyakkan contoh tak baik kita boleh nampak kat facebook, ayat-ayat yang negatif tu datang dari orang yang ada didikan, ada pelajaran. Sebab apa dorang jadi macam tu, sebab dorang tak jaga. Dorang tak ada kesedaran lagi.
Adik-adik jangan jadi macam tu ye. Jadilah contoh yang baik, tunjuk contoh tu kat kakak-kakak abang-abang, adik-adik, kawan-kawan, saudara mara semua. Tak dapat jadi pandai sangat pun takpe, tapi jadilah orang yang menghormati dan dihormati.
Ecewah, tetiba khutbah Jumaat sangat kan, haha!

Mar 20, 2014
21 hari arwah abah pergi
Lebih kurang 10 hari lepas arwah abah pergi, mak balik kampung sebab nak tengok opah. Opah pun sakit tak boleh bangun. Penyakit hati opah tu mungkin dah teruk jugak sebab kata mak hospital pun dah tak nak ambik opah. So opah memang kena baring kat rumah je la.
Opah tak tau pun abah meninggal. Sebab Cik Intan tak nak opah terkejut. Biar mak yang bagitau nanti. So bila mak sampai sana, opah terus tanya mana Noh. Mak pun explain abah dah takde, dah meninggal. Menangis-nangisla marah kenapa tak bagitau sebab abah tu menantu kesayangan dia. Ini mak la cerita dengan aku, sebab aku tak balik kampung.
Mak kata dia balik kampung mungkin 2 3 hari, so aku takde la call ke apa. Tetiba hari ke 3 mak call.
Aku : Hello mak rindu kita ke?
Mak : Rindu la
Aku : Mak dah kat mana? Dah balik rumah ke kat kampung?
Mak : Kat kampung lagi, takde sorang pun call mak, selalu kalau mak balik kampung dulu hari-hari abah call mak.
Pftttttttt. Perasaan bersalah tu macam tertikam jantung aku sekejap. Huhu!
Terus aku teringat, abah aku ni memang manja sangat dengan mak. Kalau mak balik kampung subuh sampai kampung pukul 10 pagi macam tu, petang abah call, malam abah call. Kejap-kejap abah call. Aku dengar la sebab abah tu suara dia kuat. Nanti kang tetiba abah masuk bilik aku cerita 'Mak kau kat kampung makan kat restoren ikan bakar' kang kejap lagi masuk bagitau 'Mak kau harini jalan-jalan dengan Cik Intan'
Walaupun dah tua tetap dia tak lupa isteri dia, call tanya khabar, asik nak rindu je. Bila balik rumah abah terpanggil-panggil mak, bukan nak cakap apa pun. Saja je panggil. Itula kadang2 bila abah balik, mak dengar je motor abah terus mak menyorok. Lepas tu kang abah tercarik-carik. Bila jumpa mak nyorok belakang pintu bilik, dua-dua gelak. Motif sangat bermanja depan aku. Haha!
Abah dia manja dengan semua orang, Dengan aku pun suka je manja-manja. Tapi dia manja yang jenis mintak barang, haha! Aku tengah buat keja tetiba dia masuk tunjuk beg kerja dia dah tak cantik la, dah koyak la. Dulu kan aku jual beg. Nanti dia pilih la mana dia nak. Pastu nanti bagi hint kasut dah koyak la, belt dah nak tercabut la, baju dah takde la, seluar dah sempit la.
Bila dengar rasa nak gelak je, sebab cara abah cakap tu memang nak suruh beli pun. Hihi! Abah suka la mintak kat aku, sebab aku dulu kan hari-hari keluar. Bila mintak esoknya dah dapat. Siap kalau request malam, tanya esok boleh dapat tak. Kekeke!
Bila raya je, memang dah kerja aku membeli seluar abah. Memang dah tau la pinggang berapa inci, pastu nak potong berapa panjang. Tapi tiap kali beli kena tanya abah sebab takut dah gemok ke apa kan. Ada satu hari rasa luluh sangat hati aku ni. Masa berat abah turun, aku teman pegi hospital. Abah kena baring angkat baju sebab doktor nak cek. Aku tengok seluar dia dah longgar, itupun dia pakai belt, still nampak seluar tu berlipat-lipat. Balik tu terus suruh abah ukur pinggang berapa, aku belikan dia seluar baru.
Ekceli aku memang ada buat entry pasal abah. Tapi aku tak nak publish lagi. Walaupun abah pergi tak sempat nak tengok baby pertama aku, tapi dah cukup alhamdulillah abah tau aku mengandung. Pun bersyukur abah sempat jadi wali aku.
Itu sahaja ye. Bye bye =)
Mar 19, 2014
Berlagak tak hengat
Minggu lepas aku saja la tengok handfon Qery, walaupun dah kawin kan, handfon laki kena cek. Aku ni cek la sapa mesej, bukak email dia, tengok wasap dengan sapa. Aku memang macam tu ye, kat facebook pun aku cek kat mesej segala. Aku ni jeles kurang sikit, bila kurang tu la kena jaga-jaga. Ada orang yang dia bizi kadang2 tak ambil kisah sangat benda-benda macam ni. Lebih baik mencegah dari merawat ken.. So laki sendiri, sendiri jaga ye. Haha!
Bila aku cek handfon dia, kemain slow gilaaaaaaaa rasa nak campak handfon tu ke dinding. Ini slow tahap goreng ayam pun boleh hangus la. Macam mana la Qery boleh bertahan dengan keadaan macam tu. Bila aku tanya dia nape tak beli fon baru, dia mula la buat muka sedih kata bulan ni kena bayar roadtax, insuran kereta, dengan roadtax motor semua.
Alololoooo, aku tak boleh dengar kisah sedih ni. Takpe la. Biar aku je belikan. Lagipun dulu sepatutnya masa kawin aku bagi dia hantaran telefon, tapi masa tu Qery kata tak nak telefon, dia nak set bola. Set bola lagi win dari handphone, boleh? Haha!
Jadi kelmarin ke kedai uncle la kita. Qery dah biasa deal dengan uncle tu, uncle memang baik gila kot. Bagi free screen protector la, free cover la, lepas tu handfon pun dia bagi harga murah dari pasaran, trade in handfon lama pun uncle akan amik harga yang okey jugak. Itu yang Qery suka pegi sana.
Dulu Qery pakai Samsung S3. Aku tanya la kot dia nak Iphone ke. Sebab Iphone pun best kan. Tapi Qery tak nak, cintakan samsung sangat. Lantak la tak kisah la asalkan tolong la beli yang baru, susah aku nak cek handfon ko. Haha! Last-last dia pilih Samsung Note 3.
Itu pun terkonfius nak pilih warna merah gold ke hitam gold. Aku cakap la hitam gold nampak classic, tapi Qery suka warna merah. Bila uncle pun kata hitam gold memang nampak exclusive, cecepat dia setuju nak hitam gold. Cepat terpengaruh sungguh. Hehe! Dah la pilih warna hitam gold. Lepas tu uncle bagi free cover, dia pilih cover Hello Kitty warna merah. Pftttt.. Sudahnya nampak jugak handfon tu warna merah gold. Haha!
Qery ada dua handfon tau. Handfon satu lagu yang jenis adik beradik Nokia 3310 tu. Tapi kecik la, cuma function dia sama dengan Nokia 3310. Jenis yang boleh mesej sambil tutup mata tu kan. Dia kalau mesej kawan2 suka pakai fon tu, senang takyah pandang fon pun boleh taip. Tapi handfon tu pun dah ala-ala nak hidup pun malu. Kalau aku call baru helo helo dia dah ter off. Memang nazak sangat. So kita beli la yang baru. Tengok harga baru RM78. Murah gila kan handfon tu sekarang. Dulu zaman aku handfon Nokia 3310 tu pun dah seribu lebih, sekarang jual bawah seratus. Ketidakadilan sungguh. Huhu!
Kejadiannya kelmarin, dapat lah Qery dua handfon baru. Suka tak terhingga. Asik la ter sweet-sweet dengan aku, sengih sorang-sorang, sampai pukul 3 4 pagi tak boleh tidur. Fon tu kan kena cas 8 jam. Dia kang 30 minit jenguk fon, aku marah baring balik, nanti buat-buat pegi toilet padahal nak tengok fon, kena marah baru baring balik. Over sungguh. Huhu.
Itu takpe lagi, semalam lagi membahan aku. Aku cek la ig semua, lepas tu dia buat tanya-tanya aku pakai Note 3 ke, aku cakap la tak, aku punya Note 2 je. Dia punya ayat 'Pakai Note 2 jeeeeeee?? Tak pakai Note 3 ke?' Aku bertabah je la dengan perangai laki sendiri. Dah la aku belikan, dia punya bahan tu memang menguji sungguh. Huhu! Semalam dia letak fon atas meja. Lepas tu dia baring kat sofa. Aku perli-perli la tanya tak belek handfon ke sebelum tidur, tak rindu ke kat handfon letak jauh-jauh. Ko tau jawapan dia. 'Takpe, handfon tu, kite tenung lama-lama, dia macam ada magnet, nanti terus sampai kat tangan kita, biasalah Note 3 je boleh macam tu'
Pengaruh kartun sangat laki aku ni. Malas nak layan.
Main masak-masak bila ada air je.
Musim tak ada air ni macam terfikir-fikir nak masak ke tak. Sebabnya paham-paham la masak kena guna banyak jugak air. Tapi kalau beli luar pun macam takut tak bersih. Kadang2 macam bahan dalam peti ais banyak, macam sayur kalau tak masak cepat layu, sia-sia je beli pun ke tong sampah perginya.
Jadi tengok la mood Qery macam mana. Kalau ada air dah komfem-komfem kena masak. Kalau takde air, sekali Qery call kata lapar pun, terpaksa jugak la masak walaupun kena ulang alik dari tong air mengangkut ke sinki. *sambil lap air mata*
Qery pulak sekarang ni dah jarang makan kat kantin. Dia makan la jugak kalau lapar sangat. Aku ni kalau masak untuk diri sendiri memang cincai. Masak nasi, makan dengan kicap goreng telur pun boleh. Tapi aku belum tahap tu la, haha! Paling sedih pun aku masak bubur nasi pastu campak la apa yang patut.
Kalau my lovely husband *mata ke atas* dah telepon awal-awal kata lapar, memang biadap sangat masak goreng telur je, kecuali kadang2 dia request nak makan nasi, goreng ayam dengan nuget je. Itu aku buatla, kang tak buat derhaka pulak. Kuikuikui!
Semalam masak udang sambal, banyak kot udang aku masukkan, aku sempat makan 2 ketul je. Yang lain aku tengok tetiba dah takde. Laju gila okey mamat ni makan. Nasib la ada sayur, aku makan la sayur dengan sambal udang yang dah takde udang tu. Hahaha! Tetiba rasa macam sedap gila okey aku masak. Pftttt
Harini ingatkan nak buat sambal sotong atau masak lemak sotong, tengok ada air ke tak. Takde air tak kuasa ye. Aku masak ikan sardin je senang. Jangan banyak songeh *berkata kepada diri sendiri*
Yang tu aku masak ikan selar goreng sambal. Aku pun tak tau. Ini semua lauk hentam sajalah. Ikan tu kecik-kecik je. Tapi paling win adalah cencalok. Qery tak makan, aku je sorang-sorang feeling orang Melaka.. Huhu!
Eh korang perasan tak yang ada kartun dorang lukis-lukis ada 3 orang tanya sorang ni, orang mana, kalau dia jawab orang Kelantan, nanti 3 orang tu bahan la 'hok oloh mu, kecek kelate mu, budu budu' camtu kan. Kalau orang Negeri Sembilan nanti 3 orang tu bahan 'Apa kono eh jang, ke jolobak ke jelobu, eden eden' Gitu kan. Semua negeri ada la bahan membahan masing-masing. Sampai turn orang Selangor je, 3 orang ni jawab 'ohhh' Itu je, haha! Lawak gila takde benda nak bahan.
Eh korang paham tak, ke aku je yang sorang-sorang gelak. Haha! Lantak lah.
Ini makan sorang-sorang. Goreng ikan bilis dengan goreng telur. Aku bukan pencinta carrot tau. Tapi itu je ulam yang boleh bertahan lama dalam peti ais. Dan carrot baik untuk mata, so makan banyak-banyak dan berdoa anak tak rabun. Hihi!
Ini pun makan sorang. Campak cendawan, kentang, tomato, carrot. Dah kenyang sambung tidur. kekeke!
Ayam goreng sambal konon2 masak lebih sebab tau esok takde air, bajet esok panaskan je, takyah masak lagi. Sudahnya tak makan pun sebab aku dengan Qery jenis dua-dua tak makan lauk semalam. Haha!
Sambal ikan bilis
Telur dadar berlapikkan nugget yang penuh kasih sayang.
Bendi rebus. Hari sebelum tu aku masak bendi goreng. Esoknya Qery request nak makan bendi rebus. Dia suka makan macam tu je. Aku dapat makan satu je. Yang lain Qery laju-laju makan. Sobss
Ada banyak yang tak ambik gambar. Kalau hari yang malampau lapar, takde masa nak amik gambar, cepat-cepat duduk, cedok nasi, telan terus masuk perut. Kalau lambat sikit boleh mendatang amarah. Huhu!
Itu saja laporan kali ini. Bye bye
Mar 18, 2014
Nak tengok perut pleaseeeeeeeee
Perut aku tak besar mana pun lagi sebenarnya. kengkadang nak amik gambar saja la aku kasi gemok gemok kembongkan supaya nampak cam mabeles. Haha! Ada la tanya-tanya aku ni dah berapa bulan. Baru 5 bulan ye. Next week ada check up baru confirmkan balik berapa bulan dah, haha!
Oh aku decide refer doctor tersayang, Doktor Tan Ee Ping. Haih punyalaaaaaa aku berdoa aku dapat cari balik doktor ni dan punyalah berharap dia ada kat area KL Cheras Ampang, sebab masa aku resign dari Pantai Ampang, Doctor Tan pun pindah tempat lain. Nasib ada kawan-kawan yang kerja dengan Doctor Tan, contact kawan2 tanya, syukur doktor ada kat Pantai Cheras. Dekat dengan rumah mak aku. Hihi!
Bukan apa, aku suka doc Tan sebab dia memang baik sangat. Dan ramai gila patient nak dia, dulu masa aku kerja, sehari patient dia boleh cecah 30+, itu belum yang kira dalam ward. Dia pun sampai pening sebab terlalu ramai patient, sampai dia terpaksa naikkan harga pun still customer nak stick dengan dia.
Jadi aku kalau boleh memang nak beranak sangat dengan dia, haha!
Sebenarnya kalau aku pakai baju besar, macam jubah ke, tak nampak pun macam mengandung, nampak macam buncit yang gemok tu.
Semalam aku timbang, berat aku dah naik 49.1kg, terus tersenyum bahagia sebab akhirnya aku berjaya gemok seperti dulu. Haha!
Korang rasa-rasa la, berat aku boleh naik sampai berapa kg. Aku target paling gemok 65kg. Kita tengok nanti ye. Siapa yang nak tengok aku gemok tu berdoalah banyak. Haha! Bye bye
Zaman Kegemilanganlah Sangat Padahal Poyo
Semalam tengah syok-syok aku belek handphone kengkonon bizi benau padahal sign in facebook. Kihkihkih! Sekali tengok kawan aku tag gambar lama zaman kolej.
Terus tergelak sorang-sorang bila tengok muka sendiri. Banyak lagi gambar kolej yang ngeri-ngeri. Ini semester berapa tak ingat, mungkin la 3 4 macam tu kot. Masa ni tudung pun tak sampai 10, sebab masa kolej aku tak pakai tudung lagi, pegi kelas je pakai, lepas tu terbang mana tudung aku. Tak sedor diri lagi masa ni. Mihmih!
Setiap semester pun sebenarnya susah gila subject. Dah la susah, dapat pulak student pemalas macam aku ni, memang kesayangan lecturer sangat la kan. *tak percaya pun tak pe, hihi*
Tapi alhamdulillah, aku percaya satu benda. Kalau kita jujur dengan segala apa yang kita buat. Walaupun tak berapa pandai, mesti jalan tu mudah. Jangan meniru masa exam, biarla lembap kepala otak, buat assignment pun takat IQ sendiri je walaupun masa hantar nipis yang hamat. Result tak bagus pun redha sebab tau kemampuan sendiri. Itulah yang aku percaya, kita jujur kat diri sendiri, nak cari kerja pun mudah je jalan dia.
Bak kata pepatah sendiri, Biar lembap belajar, tapi jangan buat benda bodoh. Ha gitu. haha!
Bukan la kata baik sangat, pernah je la tiru masa kuiz tapi pun kadang2 pun lecturer paham dia sendiri bagi bincang asalkan bukan bukak buku. Pernah la masa buat experimen pergi meja sebelah tengok lepas tu dia letak apa, letak banyak mana semua. Tapi benda tu semua orang buat. Haha! Tapi berpada-pada la jangan sampai assignment upah orang, exam bawak nota masuk, kedatangan suruh kawan sign, yang tu aku tak berani la. Mungkin kite lepas sampai kita graduate. Tapi perjalanan lepas tu panjang lagi, kita tak tau balasan apa yang menanti. Gitu. Hahaha!
Anak-anak sekalian, jujurla dengan diri sendiri ye. *tetiba sangat*
So lepas berpulun membebalkan kepala otak di MSU, habis praktikal kat KPJ Seremban, belum graduate lagi aku dah dapat kerja (loccum) kat KPJ Ampang Puteri.
Lepas graduate, apply pulak kerja kat KPJ Selangor.
Setahun jugak kot aku kat KPJ Selangor tak pakai tudung, haha! 5.4.2010 baru pakai itupun pakai masa gi kerja, tapi masa ni dah pelan-pelan berubah sikit la.
Okey ini dah pakai tudung. kalau korang perasan semua orang ada pen kat tangan, haha! kerja kitorang ni tak habis-habis kena sign prescription. terasa artis pun ada kadang2. Pfttt
Lepas resign kat KPJ Selangor, aku masuk Pantai Ampang.
Kat Pantai Ampang ni memang banyak gila aku belajar. Dulu masa kerja kat KPJ pun banyak, tapi sebab kat KPJ, staff farmasi berpuluh. So bila senior bagitau something contoh ubat ni function n guna macam mana, masa tu je la ingat. Lepas tu kalau tak ingat ramai lagi staff senior yang kau boleh tanya.
Lain pulak kat Pantai Ampang, staff ciput gila. tak sampai 10 kot. Ko kena cepat alert. Bila oncall ko jaga farmasi sorang-sorang. Sebab tu bila senior ajar ko kena terus lekat kat kepala otak, nanti senang bila jaga sorang apa-apa jadi boleh buat keputusan sendiri. Begitu.
Buat magnesium sulphate (MgSO4)
Konon2 susah la sangat. Padahal buat kek lagi susah. hahaha!
Motif gembira masa ni?
Buat ward check pun best, sebab boleh jalan-jalan pergi ward. Kalau pergi ward check pakai baju biasa je, tapi yang ni aku beriye pakai baju macam ni sebab kena buat ward check kat OT.
Bila dah resign kan. Rasaaaaa rindu gila kat tempat kerja, rindu kat kawan-kawan susah senang bersama. Kawan yang bila kita buat salah dia cover, bila kita susah dia tolong, bila kita kena isi borang kesalahan dia bagi kata-kata semangat. Tapi walau serindu mana pun, bila aku punya bos mintak kerja balik, sorry naik lori la kan, haha! Tak sanggup dah aku melalui waktu-waktu asik kena bambu je.
Gambar kawan-kawan kesayangan, masa aku nak hantar kad kawin. Boleh tak dorang ni cakap kat aku 'eh Hana duduk rumah pun kurus' Pftt. Mesti dorang sangat berharap bila aku duduk rumah aku akan menjadi gemok supaya dorang boleh bahan aku. Hahaha!
Sekarang ni kan, bila jiran-jiran sedara mara tanya kerja apa, selalunya aku jawab 'tak kerja'. Sebab aku malas nak jawab buat online bisnes, kang panjang meleret-leret soalan dia. Haha! Aku tak kuasa nak jawab. Tapi kalau jawab tak keje pulak, mesti dalam hati dorang 'buang masa belajar, habiskan duit mak bapak, tapi tak kerja' Gitu. Tapi aku jenis orang tak pedulik kau nak kata apa pun. Yang penting aku dan kau bahagia. Hihi!
Inilah kerjaya aku sebelum menjadi suri rumah. Aku pun pernah rasa keluar rumah jam 6 pagi, pernah merasa balik kerja pukul 12 malam. Pernah merasa pukul 1 2 3 pagi kena pergi hospital. Pernah kerja sambil demam, pernah kerja balik lambat lepas tu mak abah call marah sebab ingat aku dating, hahaha! Semua tu pengalaman kan.
Mana-mana fresh graduate tu, cepat-cepatla cari kerja. Tak payah nak ada istilah berehat dulu ke apa. Ilmu ni tak berkembang kalau korang banyak berehat. Rezeki pun tak datang kalau kita tak usaha. Gagal temuduga sekali tu tak bermakna la korang tak layak bekerja kat mana-mana. Masa aku dah nak habis belajar kan, berlumba-lumba dengan kawan-kawan nak kerja. Nak cari duit sendiri. Mujur jugak dapat kawan2 yang positif. Cer aku berkawan dengan orang yang pengaruh aku suruh rilex dulu. Komfem aku tak kerja sampai sekarang, rilex tak sudah habiskan duit mak bapak. Haha!
Kehmahinnnnnn membebel di pagi hari. Kuikuikui!
******************************************************************
Tau-tauuuuu je Ig anggerik_shoppe ni aku tengah survey barang-barang baby. Boleh tahan murah jugak tengok harga rocker fisher dia, haritu abang aku survey kat kedai harga RM400++. tapi kat anggerik_shoppe ni jual less than Rm200. Banyak jugak beza. Baju-baju pun murah, ada botol susu, bean bag yang sesuai untuk umur budak dari bayi sampai 4 tahun, ada spalsh pool lagi. Sapa nak survey harga, nak beli, rasanya macam boleh bayar ansur-ansur jugak kot, cer lah korang contact terus 017-7646004.
Ig : Anggerik_shoppe
Fb : Anggerik_Shoppe
Contact number : 017-764 6004
Kalau tak silap semua barang ready stok. So takyah tunggu. Hihi!
Mar 17, 2014
Perempuan Cantik
Aku selalu cakap aku cantik kat blog sendiri kan, haha. Perasan gila pompuan ni. Sebenarnya aku bergurau je tau. Hakikatnya sendiri tau tahap tu macam mana. Aku rasa semua orang patut rasa sedar diri, dan tau tahap cantik kita macam mana. Ni aku kata muka tau, bukan perangai atau hati ke yang cantik. Kita specific kat muka sendiri la. Yang mana aku tau seikhlas hati sendiri, aku tak cantik pun.
Mata aku sepet, kelopak mata tak sama, kiri lain kanan lain. bulu mata aku pendek. Hidung aku tak mancung, kalau aku gemok lagi terserlah kembang hidung aku tu. Bibir aku pun biasa je la. Gigi pun tak tersusun. Bentuk muka bulat. Cuba korang tak pernah tengok muka aku, lepas tu try lukis ikut point yang aku cakap ni, mesti jadi apa entah muka aku. Ada lagu PRamlee yang buat aku terasa, 'dalam rumah ada jembalang, mata sepet hidungnya kembang'. Memang feeling jembalang terus kan, haha! Ada certain part yang nampak okey, ada certain bila tak kena dengan posisi memang nampak pelik. So aku pun sedar diri sebenarnya aku tak cantik, cuma selalu aku memang nak sedapkan hati sendiri, aku akan cakap aku cantik.
Qery pulak kat mata aku dia agak hensem. Tak tau la kot aku je nampak dia hensem, haha! Puji laki sendiri pun orang nyampah kan. Lantakkan. Kihkih! Macam Qery, aku tengok dia punya mata ke dalam, hidung mancung, bibir nipis, bentuk muka panjang, tengok dari atas bawah kiri kanan pun tetap hensem, dia buat rambut pacak, leper, kembang semua pun kena je dengan muka dia. Kadang2 bila dia buat kerja aku perhati je muka dia, lepas tu macam terfikir apasal la Qery ni boleh kawin dengan aku. Hahaha!
Bila aku tanya dia, dia kata dia pun tak tau kenapa dia suka. Kongajo sangat. Huhu! Baru-baru ni la aku macam nak sangat tau kenapa la dia pilih aku, macam mana la dia suka kat aku kan. Tak logik sangat pun ada. Sebab kita kenal sebagai kawan, pernah gaduh pernah maki, pernah lepak ramai-ramai, takde pun masa tu nak suka ke apa.
S : Kalau kita tau kita kawin dengan kamu, masa form 2 kita dah ngorat kamu.
Q : Taknak la, form 2 kamu ada hingus lagi. Pakai beg tali satu rambut ikat separuh, eiiii ngeri.
S : Habis tu kenapa kamu suka kita?
Q : Entahla *dia malas nak layan aku*
S : Kamu ni, reka je la cerita kalau malas nak jawab pun.
Q : Hihi, kamu ni macam budak-budak je suruh reka cerita.
Fioneeeee...tak kisah la kan, reka je la cerita bagi hati aku sedap, bagi aku takyah tertanya-tanya lagi kenapa dan sejak bila dia suka kan. Selalunya aku akan bagi Qery pilihan jawapan kalau dia tak boleh jawab.
'Kamu suka sebab kita terlalu cantik ke, terlalu comel, atau terlalu baik?'
Walaupun Qery angguk laju-laju semua pilihan jawapan, tetaplah aku tak percaya, hahaha!
Ada satu hari, kitorang berhenti kat Petronas. Aku nak beli air. So Qery tunggu aku dalam kereta je. Lepas beli tu aku pun jalan la sambil tengok Qery dari luar, tetiba nampak dari luar dia tergelak sorang-sorang. Aku pun dalam hati macam apakebenda la mamat ni tetiba gelak. Qery memang suka gelakkan aku, kadang2 aku jalan sorang-sorang, dia tengok aku jalan sambil muka kerut-kerut pun dia boleh gelak. Tak paham betul. Masuk-masuk kereta aku pun tanya la.
S : Kenapa kamu gelak?
Q : Tadi masa kamu beli air, ada sorang perempuan ni dia tengah bayar duit minyak, dia pakai seksi, nampak dari belakang lawa, kita pun tunggu la dia toleh, kita kan rabun, bila perempuan tu lalu dekat kereta kita ni baru nampak dia tak cantik pun, orang yang tak cantik suka pakai seksi kan. Hihi!
S : Itu pun nak gelak ke??
Q : Lepas tu kita cakap dalam hati, lepas ni perempuan yang keluar dari pintu tu mesti cantik, sekali nampak ada sorang perempuan, eh cantik jugak dia ni, sekali makin dekat dengan kereta tengok-tengok isteri sendiri. Itu yang kite gelak tu. haha!
S : Eiii, isteri sendiri pun tak kenal. *padahal berbunga-bunga hati*
Q : Allah tu nak tunjuk, jangan pandang orang lain, isteri sendiri yang terpaling cantik dalam dunia.
Pfttttt... kadang2 memang konfius, bila kita tau kita memang tak cantik, dan bila suami puji sebab nak jaga hati kita, walaupun hakikatnya masing-massing tau, tetaplah rasa best sangat, hahaha!

perempuan fefeeling ittew |
Dah open iklan kat Ig, Fb dengan Hujung Entry
Ada banyaaaaaak sangat benda nak cerita dengan korang, sejak tak update hari-hari secara berbulan-bulan ni perasaan dia adalah best gila. Terasa-rasa kalau tutup blog pun macam okey, tapi bila fikir alahai sayangnya dah 7 tahun usia blog ni, ku gagahkan jua walaupun entry sampah sekalipun. Huhu!
Sekarang ni isu hilangnya pesawat MH370 tu betul-betul buat aku rasa sedih. Macam bersambung-sambung sedih lepas arwah abah meninggal. Dengan ramai 'orang gila' kat facebook yang meroyan merapu share benda yang tak betul, up status kait bencana Allah dengan politik, rasa memang nak bagi penampo kokedai. Huhu! Haih, biarlah mereke dengan kebodohan mereka, aku pulak yang panas bila orang lain bodoh dah kenapa kan.
Rumah aku ni tak tau la rasanya dah sebulan kot kejap ada air kejap takde air. Tapi tak stress sangat sebab tinggal berdua, plus aku suri rumah. Kalau rumah ada air, pagi-pagi tu aku dah start basuh baju, boleh penuhkan tong air tingkat atas dengan bawah, masak air, penuhkan botol dalam peti ais. Bila tak ada air sehari dua boleh bertahan lagi. Syukur setakat ni air tu kalau takde pun sehari dua je, takde sampai putus berminggu-minggu.
Kesian betul aku kalau ada yang family satu rumah ada ramai orang, ada pulak baby kecik, lepas tu jenis bekerja balik lambat. Mesti kelam kabut balik kerja nak buat semua, nak tadah air, nak basuh itu ini, nak masak, nak basuh baju. Sabar ye korang. Kalau nak difikirkan, kita ni dah kira beruntung jugak, ada paip kat rumah, kalau ada air boleh tunggu, kalau lori air datang boleh tadah. Mak aku masa mula-mula sampai KL zaman 60-an , rasanya orang dulu-dulu je merasa kesusahan ni, siapa nak air jalan la kaki pegi tangki air, baling paip sedut lepas tu air keluar masuk dalam tong, angkut la berat-berat, jauh rumah kau jauh la kau berjalan. Dulu mana ada kereta. Biasalah orang zaman kita ni kurang rasa susah, bila Allah tarik nikmat sikit je kita meroyan.
Pulak tu sekarang jerebu teruk sangat kat Selangor KL kan, bertabahlah semua, jaga kesihatan. Masa aku pergi China kan, banyak pengetahuan aku dapat. Orang kita sekarang ni kejar kekayaan. Masuk bisnes itu ini, siapa yang tak minat bisnes pun ada yang start apply part time, kerja pagi malam. Seperti yang kita tau, orang China ni rajin bekerja, kita punya rajin pun aku rasa tak boleh nak kalahkan dorang punya rajin. Kita ni punyalah nak kaya sampai nak pegi klinik pun tertangguh-tangguh. Kaya kejar dulu, badan sakit nanti-nanti boleh tunggu. Itu orang kita, aku dulu pun macam tu jugak. *sendiri terasa kan, haha*
Orang China dorang amalkan makan makanan berkhasiat, kesihatan yang terpaling penting dalam hidup dorang dari segala-galanya. Sebab tu kita perasan ramai orang kat negara China usia dia panjang, dorang bagitau, kalau badan sihat barulah boleh cari rezeki, bila badan sihat baru kepentingan yang lain akan datang macam kebahagian, wang dan lain-lain. Tapi kalau duit banyak tapi badan tak sihat, semua kepentingan akan hilang sikit demi sikit. Lain betul dengan apa yang kita amalkan. Hihi!
Eh lupa nak bagitau kat blog, sebenarnya aku dah open iklan untuk update kat IG, FB dan hujung entry, kalau korang tak tau hujung entry tu kejap lagi korang tau sebab kejap lagi aku up 1 iklan, haha!
Motif sangat nak bagitau befday tu kan, hihi! Sekarang masih harga promo dan siapa yang buat pembayaran awal ada kelebihan boleh pilih tarikh. Sebab aku amik satu tarikh satu iklan je. Dan tolong Whats App sahaja ye, kerasa kalau korang email ke apa, proses tu lembab. Aku la lembab sebenarnya. Jadinya, baiklah korang Whats App je. Kalau takde Whats App tu, silalah pinjam fon kawan2 yang ada WhatsApp. Kekekeke!
Kenapa aku tak bagi korang iklankan produk. Produk macam sabun mandi , barangan spa ke, boleh lagi. Maksud aku, produk supplement, produk kecantikkan, sebab selalunya barang-barang macam tu kalau nak iklan aku kena try test dulu, tak fair tetiba kalau aku cakap produk berkesan padahal tak pernah cuba pun kan. Dan MLM pun aku tak buat ye, i know ramai yang buat bisnes MLM atas pendirian masing-masing, tapi atas pendirian aku, aku tak nak iklankan any bisnes yang berbentuk MLM. Kita respect masing-masing punya pendapat ye, jangan gaduh-gaduh. Hihi! Selain dari itu, dibolehkan kalau nak iklan. WhatsApp je, kalau boleh terus bagi detail barang apa korang nak iklan tu, sebab aku takut tersama barang dengan orang lain. Harga pulak aku bagitau terus eh. Takyah suruh aku PM PM harga, RM50 per publish (termasuk ig, fb dan hujung entry). Ini harga promo.
Pasal produk yang aku jual pun, aku ada update kat entry atas sekali, barang apa yang available beserta harga terkini. Semua barang ada free gifts, so korang tak payah tanya ada free gifts ke tak tau. Hihi! Dan tak boleh pilih2 free gift, redha je la apa aku nak bagi tu. Kekeke!
Itu jela setakat pagi ni, nanti aku membebel lagi yeah.
*********************************************************************
Ok yang aku nak iklankan kali ni adalah service ala-ala surprise kan pasangan mu gittew. Ain_lovesurpirse ni buat service macam kalau korang nak buat party, romantic dinner, birthday, surpirse untuk honeymoon, anniversary. Contoh kalau laki//bini//mak/ayah/anak merajuk ke kan, ko nak hantar bunga ke, pun Ain boleh buatkan. Sukaaaaaa... Sebab aku dah lama cari service macam ni, akhirnya kawan aku sendiri ada buat. Haha! So korang-korang kalau rasa nanti-nanti nak buat kejutan untuk pasangan korang, sila save number Ain terus, senang nanti takyah cari-cari lagi.
Ig : Ain_lovesurpirse
Contact Number : 012-6426265
Booking tarikh-tarikh yang korang nak cepat, bagitau je tema macam mana, Ain cakap sekarang dia akan bagi harga terbaik harga promosi untuk customer dia. Insyaallah dorang akan cuba buat yang terbaik. =)

Subscribe to:
Posts (Atom)