May 10, 2016

Nampak Sangatttttt Kelam Kabut

Semalam punya entry, memang aku tulis point penting je. Haha! Punyalah nak update secara 180km/j. Kejap-kejap mata tu jeling ke anak dengan harapan dorang tidur la sejam dua. Tapi macam biasalah, semua tinggal harapan je. Huhu! Baru 10 minit aku duduk kat depan komputer, Qaiser dah memi memi. Sambil angkat tangan suruh aku dukung. Bertuah la mak kau nak dukung nak oiii. Cari pasal je kang. Huhu!

gambar trobek
 Qaiser ni kan, dia punya daya berfikir aku perasan lah. Dia terlalu cepat belajar. Selalunya kalau umur macam dia, kita tanya lah soalan. Contohnya, nak makan ke minum. Mesti akan jawab yang last tu. Tapi dia tak. Dia akan jawab apa yang dia nak. 

Kalau nak tengok kartun. Aku tanya la nak tengok Upin Ipin ke nak tengok Boboiboy. Dia terus jawab Car! Pastu aku cakap la Upin Ipin atau Boboiboy je, Car tengah tido. Hahaha! Malas aku nak bagi dia tengok kartun car, bukan best pun. Nanti dia jawab Car jugak. Dia tetap dengan pendirian dia. Hoih!

Dia cepat tiru semua benda. Haritu aku tak tau lah kenapa budak ni bersilat. Aku kat rumah ni memang pastikan dia tengok cerita-cerita yang okay. Maksudnya takde la cerita ganas-ganas, atau cerita yang ada cium-cium tu. Sebab aku tau dia cepat sangat belajar. So aku selalu bukak cerita kartun, takpun yang ngaji-ngaji, atau cerita budak-budak. Tetiba aku tengok dia bersilat lah, tetiba tu dia buat-buat nak tumbuk orang lah, ambik hanger and nak rotan aku la. Haha! Itu aku gelak dalam hati je tau. Tapi bila dia buat perangai gitu aku cam, eh budak ni belajar dari manaaaaaa?

Rupanya, masa kat rumah mertua, neneknya tengok cerita Korea yang zaman dulu-dulu main pedang tu, hahaha! Then rumah mertua selalu tengok siaran movie yang gaduh-gaduh tu. Bayangkan walaupun aku jarang-jarang hantar anak rumah mertua, dia terus belajar. Disebabkan dia terlalu cepat belajar, itulah yang buat aku risau. Risau lah dia belajar benda bukan-bukan, pepahamlah zaman sekarang ni penuh pancaroba gittew. Huhu!

Well, start dah ada dua anak ni kecik ni. Ofkos mula-mula cam kelam kabut jugak lah. Sempat la aku berwasap dengan Blogger Namee, sebab dia pun jaga dua baby kecik. Namee cakap memula je kelam kabut, nanti lama-lama mesti ok. Uihhh ayat pelembut hati betul. Hihi!

Dia bukan kelam kabut apa tau. Kelam kabut jadi bila salah sorang menangis. Qaiser menangis, pastu mesti Runako ikut. Tak boleh dengar langsung la abang dia nangis. Kalau Runako nangis, Qaiser pulak buat perangai. Dia cukup menyampah kalau adik dia nangis, hahaha! Sebab dia tau kalau adik nangis, nanti memi dia dukung and bagi susu. Kalau dia nampak aku bagi susu, dia jerit la NO NO NO! hahaha! Berebut. Pitam mak nak. Kalau tak pun, bila Runako nangis, Qaiser akan jerit lagi kuat dari suara adik dia. Aduiii pening kepala aku. Time tu lah dedua nak mami. 

Tiap-tiap malam, Qaiser nak tidur mesti aku riba kan, sebelah tangan dukung Runako, sebelah tangan tepuk Qaiser. Sakit pinggang tu jangan cita la weiii. Qaiser taknak tidur dengan Qery, kalau tidur dengan Qery kemain melalak protes. Terjerit2 memi memi. Dah tu kalau gitu camne la adik dia nak tidur. Sudahnya dedua aku kena setel. Siap aku bagitau Qery, next anak tolonglah bagi Runako besar sikit, atleast dua tahun biar putuskan susu dulu. Ya Allah, penat dia tak boleh cakap lah. Badan sakit, pinggang, tulang belakang sakit, kaki lenguh, tangan lenguh. Huhu!

Tapi bukanlah tiap masa pun kejadian ini berlaku. Cuma setiap hari memang akan terjadilah kejadian ni, hahaha! Takpe lah Qaiser belum paham lagi, nanti lama-lama sikit mungkin dia terima dan redho je dia berkongsi memi, kekeke! Dia sayang adik dia, kalau adik tidur dia asik nak cium je. Tapi masalah dia, dia taknak berkongsi susu. Dia tak suka bila dia nak manja-manja dengan aku, tetiba adik dia nangis. Stress je muka dia. Huhu!

Setiap hari aku memang selalunya makan nasi lambat. Kalau pagi tu aku telan biskut atau roti je untuk alas perut. Susu kambing tu wajib minum. Pastu petang sikit, bila dedua dah tidur, atau Runako tengah tidur, baru aku masak. Masak lah apa je pun. Paling senang aku makan telur je. Takpun masak sup sayur, atau sup ayam, atau aku grill ikan salmon. Paling senang suruh Qery beli bungkus, hahaha! Bab makan memang tak jadi masalah pun. 

Orang kata aku steady lah apa lah pantang sorang sambil jaga anak kecik sorang-sorang. Bukan steady ke apa. Cuma aku tak boleh la berpantang kalau orang jaga. Rasa stress pulak, hahaha! Aku kalau baring je tak buat apa, memang rasa stress gila. Mak aku jaga akak-akak aku berpantang, ya ampun. Dorang macam princess ye. Duk bilik je, makan minum semua mak hantar bilik. Mengurut, bertungku, semua servis ke bilik. VVIP sangat ni, haha!

Aku pulak, masa mak aku duduk berapa hari eh. Mak aku duduk kejap sebab nak tunggu orang habis mengurut. Pagi2 buatkan aku air susu, hidang atas meja. Pastu masakkan aku lauk. Siap tanya bila aku nak makan, nanti dia nak panaskan lauk. Kalau nak minum nanti bagitau, dia buatkan air. Oihhh! Aku terus cakap, takpe mak. Nak air nanti kita buat sendiri, nak makan pun kita ambik sendiri. Hahaha! Tak boleh laaaaa aku. Selagi boleh buat sendiri, aku memang rasa nak buat sendiri. Itulah mak aku bengang je, anak last dia ni degil betul. Krikkkkkkkk

Aku tak boleh la nak baringgggggg je kerjanya. Tapi takde la aku buat kerja tak henti-henti pulak kan. Ko dah kenapa buang tebiat terlebih rajin masa pantang. Hahaha! Setakat sidai baju lipat baju tu boleh je, cuma lepas tu penat mesti kena rehat.

Tapi rasanya, so far so good lah. Kerja buat macam biasa, kalau penat rehat. Kalau stress call Qery tanya BILA NAK BALIK?? hahaha! Kalau aku dah tanya bila nak balik tu maksudnya aku dah penat gila lah tu. Tapi bila Qery balik pun bukannya boleh rehat sangat. Cuma sekurang-kurangnya Qaiser dia jaga lah. Memula tu stress gak aku, sebab dia jaga Qaiser tu dia mainnnnnn je. Budak tu dah makan ke dah minum ke semua aku kena ingatkan. Tapi dah lama-lama Qery dah pandai dah. Pagi2 kalau Sabtu Ahad tu, dia mandikan, then bagi anak makan. Tolong tu pun aku dah bersyukur dah. Tapi memang Qery kalau dia tak penat, dia akan tolong aku buat kerja rumah. Syukur selalu. Hihi!

Kesimpulannya di sini, walaupun penat tapi seronok tengok anak-anak depan mata. Kita boleh tengok perkembangan dorang sendiri. Semoga aku sentiasa bahagia bersama suami dan anak-anak. Korang pun sama okay. Kalau korang ada suami yang super caring, jangan takut beranak banyak. Walaupun cerita aku ni cam, susahnyaaaa jaga anak kecik. Well, jaga anak ni bukan kecik je susah, dah besar pun kita mak mak tetap akan susah hati. Haha! Macam mak aku, anak-anak dah besar, dah beranak pinak pun dia masih risau and susah hati. Gitulah perasaan emak-emak. 

Doa je banyak-banyak kat Allah, supaya anak-anak kita ni dilindungi dunia akhirat. Aminn. Oklah malas dah nak taip. bye!

May 9, 2016

Fuh!!

Akhirnya dapat gak mengadap laptop. Huhu!

Pagi tadi bangun, biasalah rutin harian. Kemas hall. Masak air untuk si kecik mandi. Sediakan baju, panaskan sterika untuk tuam, then mandi and siap2 kan Runako. Bagi susu pastu dia dah bertenang sikit baru boleh letak. Ya ampun, sama perangai macam abang dia masa bayi. Asik nak berdukung je. Sakit dah pinggang aku. Huhu!

Mandikan Qaiser, bagi dia susu, suap makan. Intai Runako eh budak ni tido lagi. Cecepat sidai baju. Qaiser dah leka main mainan dia. Tapi suara Qaiser memang macam petir. Kuat gila dia terjerit sorang-sorang bila tengah main bola. Aku suruh jangan bising, bukan dia paham pun. Huhu! Naik tingkat atas dengan Qaiser, suruh dia main kat bilik dia sementara tunggu aku mandi. Mandi ala kadar je seperti biasa.

Nasib baiklah dah habis mandi baru Runako bangun. Harini tetiba ayah mertua datang naik motor hantar makanan. Uihh syukur Alhamdulillah. Mak mertua masakkan sup ayam. Takyah la mak hencik masak lagi. Nasi semalam tu panaskan je.

Dodoikan Runako, layan Qaiser main and tengok Upin Ipin. Runako dah mamai terus letak dia and makan cecepat. Haha! Sekarang ni, aku asik lapar je. Mak mak menyusu je memahami konsep lapar dia tu. Dia punya selera tu bagaikan raksasa. Boleh je sumbat macam-macam. Dah la berpantang sorang-sorang. Makannnn je la keje aku. Hahaha!

Tapi takpe, berat dah kembali normal. Itupun sebab aku gigih sapu XXS Lotion dari Seqy Beauty (next entry aku cerita pasal lotion kuruih ni eh). Sehari 10 kali sapu. Haha! Nak perut flat walaupun makan banyak. Gittew.

Dah makan kemas dapur, buat air susu koko pulak. Minum lagi air masak banyak2. Pastu tidurkan Qaiser. Lepas ni nak lipat baju, then sediakan stok stokis2, mandikan Qaiser, mandikan Runako, bagi Qaiser makan n minum. Sekarang Runako dah ter ek ek ek. Ishhh tak boleh la aku nak membebel kat sini. Nanti lah update, kbye.

p/s : Harini dah hari ke 25 berpantang. Yeay sekejap je kan. Tinggal 19hari je lagi. Tup tup tup dahh habis. Pastu iolls nak jenjalan sebelum puasa.

May 2, 2016

Lahirnya Luth Runako Bin Khairi Fizairi =)

Assalamualaikum, Hallu korang!!

Excitednya nak cerita pasal nak bersalin anak kedua ni. Tapi tak tau nak mula dari mana. huhu! Ekceli, due date untuk second pregnancy ni memang jatuh pada tarikh 15.4.2016. Korang bayangkan, 2 bulan terakhir nak sampai ke tarikh tu macam-macam aku buat. Setel urusan sana sini, bukak booth, setiap minggu ada je hal yang nak kena setel. Urusan kat rumah langsung tak boleh nak buat. 

Boleh je la buat sebenarnya, tapi disebabkan balik rumah pun dah penat gila kan. Sakit pinggang la, rasa nak baring je pun. Beza sangat dengan pregnant Izz Qaiser dulu. Masa pregnant Qaiser, 4 bulan ke atas aku sihat macam tak mengandung langsung. Tak mabuk, pinggang ok, solat pun memang tak ada apa2 rasa. Rilek je bangun rukuk duduk tak mengah. Cuma masalah aku masa tu tak boleh tidur sebab rasa senak and sesak nafas. Itu je lah. 

Tapi masa anak kedua, mengahhhhh gila ye. Padahal berat tak ada lah over mana pun. Sakit pinggang rasa nak nangis dalam hati je. Mabuk sampai ke sudah, tapi tak teruk boleh kawal la. Maybe letih sebab ada anak kecik kot. Tapi tak kisahlah kan. Hihi!

Aku risau sangat kalau kena induce. Time Izz Qaiser dah due date, tapi tak rasa sakit langsung, doktor cek and kata kat aku. Izz Qaiser belum turun. Kalau nak tunggu dia turun, anggaran aku kena mengandung dalam 44minggu. Oih pening kepala aku. Haha! Then kali ni, aku risau lah jugak, memang orang kata anak kedua mungkin cepat sikit beranak. Tapi risau jugak la kan. 

39w 6hari. pagi tu bangun aku rasa cam basah-basah. Tapi bermalas-malasan lagi. Qaiser dah bangun baru aku gi cek, pastu terkejut OMG ada darah. Krik krikk krikk.. Dah nak beranak ke ni? Hahaha! Tengok fon and wasap adik beradik tanya. Dorang yang cam mencemaskan aku. Aku macam... Iyeeeee ke nak beranak? Sakit sikit-sikit je ni. Macam senggugut. Sikit sangat lah. Anje-anje.

Aku tengok jam kekerapan sakit dia tu, ada lah 5 minit sekali. Tengah hari gitu aku wasap Qery bagitau. Terus Qery balik. Aku bagitau Qery nanti la baru pegi spital sebab tak sakit sangat pun. Doktor kata kalau dah tak tahan sakit tu baru gi spital. Sebab aku ada baca gak pengalaman orang, keluar darah then esoknya baru beranak. Taknak la aku duduk spital lama-lama. Boring kot. Huhu!

So haritu misi mengemas rumah. Kemas dapur, kemas depan. Siapkan barang2 nak gi spital semua. Qery asik tanya nak gi spital tak. Stress aku. Haha! Pastu bagitau dia lepas maghrib la pegi. Pastu cam fikir-fikir lagi, eh lepas Isya lah. Boleh solat dulu. Banyak nak kena doa ni, kekeke!

Aku siap dah plan, lepas Isya hantar anak rumah mertua. Then kita makan KFC dulu. Ini kalau adik beradik aku dengar KFC mesti dorang gelak sambil kembang2 hidung. Family iolls je tau, haha! So lepas makan KFC tu baru gi spital cek dah boleh beranak ke belum. Kalau spital kata boleh balik dulu, kita ambik Qaiser rumah mertua. Then sakit sangat kita gi spital balik. Camtu lah plan aku.

Sebelum keluar selfie seketui.

So Khamis,  pukul 8.40 camtu, keluar gi rumah mertua. Hantar anak, aku pesan kat mertua, kalau doktor bagi balik nanti aku ambik Izz Qaiser. Then berdesup gi KFC. Oh nikmat gila ye makan KFC. Kenyang tahap apa tak tau lah. 

Dah habis, pukul 9 lebih camtu gerak gi Hospital Pantai Cheras. Bagitau nurse nak cek dah boleh beranak ke belum. Soalan dia cam bodoh sikit kan, hahaha! 

Nurse : Kenapa datang sini, ada rasa sakit-sakit ke?
Aku : Pagi tadi keluar darah, pastu sakit macam senggugut sikit2 je setiap 5 minit.
Nurse : Hypno ke?
Aku : Tak, beranak biasa je. Tapi tak tau la dah boleh beranak ke belum. Hihi!
Nurse : Takpe2, kita cek dulu.

Masa ni pukul 9.30 malam. 

Nurse : Dah bukak 3cm
Aku : Boleh balik dulu kan.
Nurse : Tak, hahaha! Doktor suruh admit terus. Kita bagi tolong beranak cepat sikit.
Aku : Kenapaaaaa?? Hahaha!

Doktor suruh pecahkan air ketuban, then tengok sejam bukak berapa. Kalau tak ada bukaan then masuk drip.

Huwaaaa nangisssss!! Ya Allah, aku paling ngeri masuk drip. Pecah ketuban sakit boleh tahan. Tapi bila masuk drip, sakit dia sejuta kali ganda. Huhu! Then ok lah. dah pecah air ketuban, pukul 10.30 still sama 3cm. Terus senyum tengok nurse bawak drip. Huhu!

Masa ni aku duk selawat je lah. Tak tau nak buat muka camne dah. Teringat masa Izz dulu, lamanya nak keluarkan dia. Korang bayangkan aku admit Khamis pukul 7 pagi, beranak kan dia hari Jumaat pukul 2 pagi. Lamaaaaa sakitnya. So kali ni aku terus tanya nurse agak2 bila aku boleh beranak.

Aku : Nurse, agak2 pukul berapa saya beranak. 

Haha! Soalan orang dah sakit memang berbaur bengong dan tidak berpelajaran sikit.

Nurse : Saya tak tau, tapi rasanya esok boleh beranak.
Aku : Erm agak2 tu pukul berapa. Saya nak bersedia berapa jam nak kena tahan sakit ni, huhu!
Nurse : Rasanya pukul 5 pagi kot.

Qery bizi berwasap bagitau semua orang aku dah masuk labour room.
Tarik nafas dalam2. Hoih lamanya 5 pagi, hahaha! Sekarang baru 10.30. 6 jam lebih. Ok takpe. Tarik nafas panjang2. Sekali Dr Tan Ee Ping masuk bilik aku. Oh lupa bagitau. First pregnant aku beranak dengan Doktor Tan, untuk second sepatutnya dengan Doktor Tan jugak, tapi  Doktor Tan tak dapat sambut sebab dia baru lepas operation kaki. Aku beranak dengan Doktor Suriati. Kebetulan Doktor Tan datang spital, then dia singgah jenguk iolls.

Dr Tan : This time u nampak kuat sikit.
Aku : Yeke Doktor. Belum sakit yang teruk tu kot.
Dr Tan : Eh takla, i perasan kali ni u relax sikit. 

Kembang hidung aku, haha! Then borak2 sikit. dapatlah melupakan sikit sakit aku tu. Dah sejam nurse cek lagi, dah bukak 5cm. Ok senyum. Hihi!

Lepas tu sakit dia bertambah tambah tambah tambah. Terbaik sangat, haha! sejam bukak 2cm. Sampailah pukul 1.30 pagi. Doktor tak suruh push. Tapi dia kata kalau rasa nak berak tu teran je. Qery kata aku teran 3 kali je terus keluar. Eh tak kose la aku nak kira berapa kali teran. Sakit gila kot masa tu, hahaha!

Alhamdulillah, memang tepat 40w bersalinkan Luth Runako. Hari Jumaat sama macam Izz Qaiser dulu. Tarikh pun lebih kurang je. 

Izz Qaiser 15.8.2014 (Jumaat 2.18pagi), 3.2kg, 51cm
Luth Runako 15.4.2016 (Jumaat 1.30pagi), 3.3kg, 52cm
 
 Syukur sangat lah tak beranak pukul 5 pagi. Kekeke! Lepas beranak terus tidur. Mengantuk dia tak boleh tunggu dah. Suruh Qery balik jaga Izz Qaiser. Qaiser dia tetiap malam akan bangun mintak aku susu. Then dia nak berkepit celah ketiak. Tu yang aku risau tu. Qery balik rumah mak dia, dia cakap memang Qaiser malam tu tak boleh tidur, dia terjaga cari mami daddy. Hihi!

Aku tak tau la malam tu terjaga berapa kali, sebab bunyi air aircond menitik2. Dah tak ada feeling takut kot kot ada hantu dah. Aku mengantuk gila, kalau ada hantu pun lantak kau sana, aku nak tido, hahaha! Subuh camtu bangun sebab nurse nak cek and hantar baby untuk menyusu. 

Aku tak ingat pukul berapa, tapi sarapan sampai lambat. Dalam pukul 9 macam tu aku gi bilik air sorang-sorang. Disebabkan penat sangat, aku nak keluar bilik air nak berjalan ke katil, terus rasa dunia berpusing. Rasa nak pitam. Dah tak nampak apa dah gelap gelita. Nasib baiklah aku sempat capai katil. Terus duduk tutup mata rapat-rapat. Sekurang-kurangnya kalau pengsan pun tak de la aku jatuh kat lantai kan. Hehe!

Lama gak, tarik nafas dalam-dalam. Nasib baik lah tak ada apa. Terus wasap Qery suruh datang awal sikit. Tapi takde awal pun, dekat pukul 11 gak baru dia datang. Huhu! So sementara menunggu, sempatla aku selfie dengan baby.




Bukak-bukak fon, ramainya yang wish. Terharu sangat. Huhu! Ramai yang teka aku beranak anak perempuan. Sebab masa pregnant asik nak make up je. Haha! Ada yang kata muka berseri-seri lah. Bukan ye. Masa 14 minggu memang dah tau baby boy. Tapi disebabkan first pregnancy aku cam selekeh gila, so kali ni taknak selekeh dah. Nak cecantik je. Memang akan tepek BB Cream, Skincare. lipstick. Eh orang mengandung pun boleh cantik2 tau. Nak dengan taknak je la. Ngandung anak lelaki pun boleh je feeling berseri2 gitu. haha!

Tengah rehat-rehat, dengar suara mak mertua dengan suara Izz Qaiser. Haaaa sampai dah. Terus belek cucu kedua. Hihi!

Mak mertua aku pun memula tu fikir anak perempuan. Sebab dia tengok kali ni aku pregnant cam lain dari yang first. Tak mabuk teruk, then nak cantik-cantik je. Sampai perut aku dah besar dalam 6 ke 7 bulan pun dia cam eh yeke anak lelaki. Hahaha! Takpe lah, nanti anak Syah and Fieya kita doa dorang dapat anak perempuan pulak. =P

Tengah hari tu doktor datang, aku terus request nak balik petang tu jugak. Hahaha!

Doktor : Awak tak nak rehat dulu ke. Balik la Sabtu
Aku : Ala doktor, boring la sini. Kalau balik harini tak boleh ke?
Doktor : Boleh, tapi jangan la balik tengah hari, petang-petang sikit. Awak baru je beranak ni.
Aku : Petang pun boleh.
Doktor : Ok macam tu, kena tunggu baby berak dengan kencing. Pastu kita process discharge awak ye.

Berbunga hati iolls, hahaha! Family mertua pun terkejut kenapa aku nak balik awal sangat. Ya ampun, bosan kot. Rehat kat rumah je lah. Tapi bila fikir-fikir balik, Jumaat pagi beranak, Jumaat petang balik. Hahaha! kau dah kenapa kelam kabut sangat nak balik rumah. huhu!

Ekceli aku kesian kat Izz, masa dia datang tengok aku kat spital. Dia nak duduk celah aku je. Asik memi memi memi memi. Haha! Dia panggil aku memi tau. Sebut dia may mee. Haa gitu. Jadi, takpelah. Rehat kat rumah, senang hati aku tengok dedua anak depan mata. 


Dah sampai rumah, Sabtu tu semua adik beradik aku datang. 
 







Ramai kata ikut muka Qery, sebijik cam abang Izz dia. Aku tengok memang nampak muka Izz, tapi takde la sebijik. Entah la aku memang fail bab tengok ikut muka sapa ni, haha! yang penting tak ikut muka aku 100%. 50% pun tak, hahaha! Biadap sangat tau, mami ngandung 9 bulan awak semua lek lek ikut muka daddy. 

Isnin ke spital, cek kuning baby.


 Alhamdulillah, anak-anak aku memang tak ada masalah kuning yang teruk. Kuning tu ada la, tapi doktor kata sikit je. Boleh monitor dari rumah cam biasa. Tak ada tips ye, maybe sebab jenis darah aku dengan Qery serasi kot. 

 Sayang sangat kat adik.

 Dedua nak tidur dengan mami.






Dua dah anak ku, baru dua je. Hihi! Qery kata nak ramai boleh buat team bola. Cenggitu kena beranak anak lelaki semua ke apa ni, hahaha! Aku tak kisah pun dapat anak lelaki semua. Tapi masih berdoa semoga lepas ni Allah bagi anak perempuan pulak. Biar Qery tauuuuu susah senang nak besarkan anak perempuan ni. Aku dulu membesar pun degil dia no 1. Mak aku borak dengan Qery personal. Dia kata aku ni anak yang paling degil dalam adik beradik, kahkahkah! Lepas tu malu tak bertempat, degil lain macam.

Krikk krikkkkk

Anak-anak mami takmo degil okay. biar mami je yang degil. Hihi!

Nanti aku share pengalaman macam mana menjaga dua orang bayi ni ok. Byeeee.
Tq baca . Muah!