Feb 7, 2014

Thank You Khalid

Haaaa tetiba nama laki lain dalam blog aku ni. Sangat sesuatu. Haha! Semalam baru sweet-sweet, harini sebut nama laki mana pulak ken. Kihkihkih!

Begini ceritanya......

Kalau nak diikutkan hati dengan selera makan. Memang aku still tak ada selera. Letih setiap hari nak fikir makanan apa la yang boleh masuk tekak aku ni. Stress kalau Qery tanya nak makan apa. Kebanyakkan makanan yang aku makan, 5 minit lepas tu aku rasa nak muntah. Orang yang pernah tahan muntah je paham betapa penatnya nak tahan muntah ni.

Dulu aku kesian tengok kakak aku si Jemah tu. Setiap kali pregnant dia keluar masuk hospital. Sama penyakit macam aku ni. Tapi aku ni bernasib baikla tak seteruk dia. Lagi kesian bila semua orang cakap dia lembik, tak kuat, mengada-ngada. Hihi! Masa tu aku duduk rumah Jemah sebab praktikal kat Seremban. So aku tau la jugak sikit-sikit betapa dia suffer masa pregnant. Tak ada siapa yang nak dapat simptom teruk macam ni. Ada orang bernasib baik, ada orang masa pregnant alahan teruk. So redha je la mana-mana.

Qery cakap dengan aku. Susah la nanti nak pregnant lagi kalau teruk macam ni. Itula, harapnya bukan setiap kali pregnant la aku macam ni. Tapi mak aku setiap kali pregnant memang alahan teruk. Keluar je 9 orang anak. Tak ada masalah pun. Kihkih!

Haritu aku ada nampak kat facebook Kak Elly masak ayam masak merah. Tiba-tiba rasa eh sedapnya kalau dapat makan. Aku tak boleh masuk dapur lagi buat masa sekarang ni. Tak tau la dapur aku tu macam ada satu bau. Haritu dah buang segala yang tak makan dalam peti, cuci-cuci semua pun masih ada bau. Aku rasa bau karpet tu la. Macam tak praktikal pulak kat dapur letak karpet kan. Nanti nak kena suruh Qery alihkan. Tengok ada bau lagi ke x.

Kalau boleh aku memang nak jauhkan diri dari mana-mana kedai makan. Bau minyak dia boleh buat aku pening kepala. nak suruh mak masak pulak memang tak sanggup sebab tau keadaan mak macam mana. Nak mintak mak mertua masakkan pulak macam segan. Terus teringat Khalid.

Haaaaaa... Siapakah Khalid?????

Khalid ni adalah catering yang masak lauk masa wedding aku. Kemainnnn lagi terus ingat dia kan. Hahaha! Sebab aku teringat ayam masak merah yang dia masak masa aku kawin dulu. Sebenarnya banyak la lauk aku teringat. Macam gulai kawah pun aku terbayang-bayang je. Tapi jangan melampau sangat. Perangai behave sikit. Hihi!

Aku pun menyuarakan keinginan itu kepada suami tercinta. Ayat mesti manis. Haha! Dah la nak suruh laki orang masakkan. Nada tu kena lenggang kangkung mak eloi-eloi la kan.

S : Rasanya kan,teringin nak makan ayam masak merah macam Khalid masak haritu.
Q : Nak ke? Nanti kite tanya dia.
S : Takpe ke? Bukan la nak sekarang *padahalllll kalau boleh nak ada depan mata masa tu jugak, haha*
Q : Ok, nanti kalau dia ada masak kenduri kita tanya dia.

Phewww.. nasiblah senang. Hampir berkerut jugaklah dahi aku ni nak fikir macam mana nak cakap. Paham-paham la tahap jeles Qery ni macam mana, hahaha!

Korang ingatkan entry tunang aku dulu tu. Khalid la masak. Yang aku kemain cerita betapa puas hati. Tapi frust bila dia tak dapat nak masak masa wedding belah aku. Kebetulan adik dia kawin tarikh sama. Tapi takpe sebab wedding belah Qery Khalid masak. Sampai bertambah-tambah la orang makan. Siap puji cakap daging lembut sangat. Pastu ada yang compare antara catering belah aku dengan belah Qery, belah Qery lagi sedap. Iyela aku tau tu. Sob sob.

Entry Tunang yang korang boleh refer KLIK SINI

Tetiba teringat masa Ode nak pergi umrah. Masa tu Ode kata nak buat kenduri tahlil arwah ayah mertua plus doa selamat sebelum berangkat. Aku Mak Ayie entah la sapa lagi aku tak ingat. Pun pergi la rumah Ode, tapi makan-makan buat kat luar surau. Tempat tu lapang sikit. Yang baca doa semua orang lelaki. Kitorang yang perempuan ni duduk la kat tempat makan-makan tu. Tunggu orang lelaki keluar surau baru la beratur amik makanan.

Masa ambik lauk tu air liur dah bertakung dah, haha! Lauk kampung. Aku kan suka lauk kampung, ada sambal belacan, ada gulai kawah, ada kuih muih, ulam-ulam. Sedap la kan. Aku yang muda ni pun suka lauk kampung, apatah lagi masa tu ramai orang tua. Ish tak suka la berebut. Haha! Orang tua kan makan laju, tetiba bangun tambah lagi. Sedap sangat la kot. Aku ni berdoa kan lauk tak habis.

Nasib la tak habis, hihi! Aku pun amik la lauk-lauk, lepas tu duduk. Kak ida tanya sedap ke tak. Ofkos la sedap. Aku belum makan pun dah kecur-kecur ailio kan. Rupanyaaaa Kak Ida tempah dengan Khalid jugak, hahaha! Patutla aku rasa macam pernah rasa makan sesedap ini. Cis. Tak sangka pulak Kak Ida pun suka catering Khalid ni.

Kak Ida pun puji-puji la. Katanya susah nak cari orang yang nak masak lauk bawah 100 orang. Tapi Khalid kata boleh. Untuk 50 orang punya makan pun dia ambik jugak.

Memang pun, Khalid ni dia pun ada masak untuk jabatan-jabatan kementerian, kalau ada orang nak tempah buat majlis perpisahan ke, majlis hari jadi ke, bawah 50 orang pun dia ambik. Asalkan kau bagitau awal-awal. Tengok jadual dia full ke tak. Harga memang murah. Jujur eh cakap. Antara catering termurah dan tersedap dan tak berkira yang pernah aku jumpa. Rugi kalau korang tak cuba.

Korang boleh save terus number Khalid ni. 013-664 6300. Kalau pejabat ko nak buat makan-makan ke, area KL Selangor tak de masalah. Kantin sekolah anak ko makanan tak sedap ke, haha over tetiba Kantin sekolah anak pun nak masuk campur kan. Boleh la suggest Khafa catering ni. Khafa catering ni pun ada cover makanan kat Kantin sekolah jugak. Nama catering dia Khafa Catering bukan Khalid Catering tau. Tak tau la mungkin gabungan nama Khalid dengan isteri dia la kot kan, hehe!

Malam tadi baru makan ayam masak merah yang ku idam-idamkan. Khalid bagi pulak Kari Ayam sekali. Mintak masakkan ayam masak merah je, dengan kari ayam pun dapat. Kenyang Camelia. Hahaha! Ok tak klaka. Lepas tu Khalid siap tanya Qery lusa dia ada masak nasi ayam. Kalau mengidam nasi ayam bagitau la.  Dia masak lebih. Ya Allah, baiknye la family Khalid ni, patutla ramai orang suka order dengan dia. Selalu murah hati. Semoga murah rezeki dia dengan family. Huhu!


Dengan nasi-nasi pun dia bagi. Pe citaaaaa kan. Haha! Gambar ayam masak merah tetiba lupa nak transfer.

TQ Allah, TQ Qery, TQ Khalid. TQ tekak kerana makan tanpa rasa nak muntah. Hihi! Keep it up!

Feb 6, 2014

Sweet Moment

Dah lamaaaaaaa tak cerita pasal laki bini yang poyo ni. Hihi! Sebenarnya banyak nak cerita, tapi tula... haih...haih...haih..malas gila kau ni *kau ye bukan aku, tetiba tak nak ngaku, kekeke*

Hidup aku dengan Qery ni macam biasa. Pagi dia gi kerja. Aku pulak lepas subuh baru membuta. Aku tak boleh tidur malam. Badan tak selesa. Bila Qery dah gi sekolah *dah besar pun sekolah lagi, pfttt*, mula la mata ni terkelip kelip nak tidur.

Aku tak scan lagi baby, memang tak tau la boy atau girl. Aku rasa boy, tapi Qery nak girl. Gitu lah kejadiannya. Aku rasa-rasa je sebab aku tengok macam simptom pemarah, pastu tak suka amik gambar sendiri, suka makan daging *ada kene mengena tak, haha*, membuatkan aku rasa macam anak lelaki. Tapi Qery pepahamlah dia tu, adik beradik semua lelaki. haruslah keinginan dia nak baby girl. Tapi apa pun sebenarnya kitorang tak kisah. Ayat artis sangat, haha!

Kitorang selalu la macam berangan sendiri sebelum tidur tu. Kalau anak perempuan nanti dia bagi nama, kalau lelaki aku yang bagi. Pastu aku pun cadangkanlah nama anak perempuan. Biasalah kalau boleh lelaki ke perempuan ke aku yang nak letak nama. Aku kan tamak. Tapi kias-kias la konon2 bagi cadangan, haha! Aku suka nama simple and classic. Aku suka nama bunga-bunga. Iye aku tau mengarut orang kata tak ada makna la apa la, keke. Tapi saja je la aku suka-suka je. Macam-macam nama la aku bagi, macam Dahlia, Mawar, Anggerik. Pastu Qery buat muka toya. Dia kata aku ni entah apa-apa je. Kong ajo Qery ni.

Tetiba Qery pegang perut aku sambil cakap 'Camelia buat apa tu'. Terkedu aku seketika. OMG Camelia. Tak nak la. Nanti orang ejek unta unta. Haha! Entah tetiba aku teringat artis Camelia tu kan. Aku pun cakap la bukan Camelia la, ini baby boy. Eh eh ehhhhhh... Qery tak puas hati. Dia berjampi kat telinga aku sebut Camelia sampai tertidur. Hihi!

Ada satu hari tu, aku pesan kat Qery, sebelum dia balik rumah belikan ayam kfc. Tetiba je Qery cakap "Olololo Camelia nak makan kfc ke harini". Aku rasa nak gelak ke apa tak tau la. Hihi! Lawak sangat.

Aku kan tak tidur malam, Qery bisingla suruh betulkan tidur. Aku tak nak kena marah. Aku gunakan Camelia. "Camelia kata dia tak boleh tidur malam, mak kena la temankan anak". Pastu Qery marah jugak, haha! Tak berhasil guna nama Camelia tu. "Takdenya Camelia tuuuuu tak boleh tidur malam, bla bla bla bla". Belum habis dia membebel. Aku mencelah "Bie tidur cepat, bising betul rasanya, Camelia rimas" Mihmihmih! Malam tu makan jelingan Qery je la.

Habis cerita pasal Camelia.

Qery selalu buat kerja malam-malam sampai 3 4 pagi. Aku teman la. Kadang2 dia rimas sebab dia tak boleh nak buat kerja. Aku ni sibuk cerita itu ini. Hihi! Aku cerita la zaman sekolah menengah macam mana semua. Pastu cerita la pasal kawan perempuan aku ni. Masa kat sekolah kawan aku ni yang paling Hot la. Semua lelaki pun suka.

S : Ros tu, semua orang lelaki suka dia. Masa tingkatan 4. Senior selalu je kacau-kacau. Tapi Ros tu tak layan pun.
Q : Oh Ros yang kita jumpa haritu eh.
S : Haah, dah la masa tingkatan 4 semua lelaki suka dia, masuk tingkatan 5 pun sama. Tapi Ros ni bukan jenis yang gedik-gedik. Dia kalau tak suka, dia tak layan pun.
Q : Dorang ni silap sebenarnya.
S : Eh, apa pulak. Kita tau la, kita kawan baik dengan dia, satu kelas duduk sebelah-sebelah, satu dorm semua.
Q : Sebenarnya ada orang yang lagi cantik dari Ros tu
S : Siapa? Tika tu pun cantik jugak. *Qery pernah tengok ramai jugak kawan lama aku*
Q : Bukan. Perempuan tu sekarang tengah mengandung anak Khairi Fizairi.
S : *terus bangun pegi depan tengok tv, malas aku nak layan pembohongan ini, haha*

Aku rasa ini memang taktik Qery nak suruh aku berambus dari situ. Susah dia nak buat kerja kalau aku asik ceritaaa itu ini kan. Haha!

Sebelum tidur tu Qery bukak la siaran bola dia tu. Kadang2 tengok sampai tertidur. Sebelum dia tertidur, aku pun sambung cerita lagi *tak habis-habis dengan cerita, kekeke*

S : Eh lupa nak bagitau. Harini kan kite terjatuh..
Q : *terus panik* Jatuh kat mana.
S : Sakit satu badan. Camelia ni pun mesti terkejut.
Q : Ish, tak hati-hati la. Jatuh kat mana?
S : Jatuh cinta dengan Khairi Fizairi. *sambil kelip-kelip mata*
Q : Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....nak jiwang malam-malam..nak tidur la macam ni *muka tak dapat terima*
S : Goodnight, mimpi kita tau.

Haha! Mesti Qery sangat trauma denga kajadian itu. Tak boleh la nak sweet-sweet.

p/s : Jangan lupa join contest dari AHR Beauty

Quality Time =)

Dulu kan masa sebelum kawin, memang aku terperap dalam bilik. Bukan sebab aku tak ada masa langsung nak ke ruang tamu or nak ke dapur semua, tapi sebab aku suka bilik aku tu. Walau sepah macam sarang tikus, tetap aku sayang. Jadinya emak dengan abah yang kerap masuk bilik tengok anak 'bertuah' dia ni. *tak guna punya anak, haha*

Kadang-kadang Ayie pun lepak sekali borak-borak. Semua orang dalam rumah tu bizi. Macam abah sibuk dengan kedai dia, ayie pulak kerja balik rumah mesti penat, kadang2 dia kerja sampai tengah malam. Mak pulak kebosanan la bila semua orang membizi. Jadi mak memang selalu ada dalam bilik aku. Kalau aku tak layan mak pun, mak tetap akan lepak bilik, kadang2 dia tidur, kadang2 dia belek-belek barang yang aku jual tu. You know la, semua emak pun rasa tenang kalau anak ada depan mata. Semua orang akan jadi emak. Kalau korang tak paham sekarang, korang akan paham nanti. *ecewahhh..haha*

Walaupun sehari ada 24jam, tapi quality time dengan emak abah memang kurang. Sehari mungkin mak akan dapat 5 jam, abah mungkin 2 jam. Jadi bila emak abah lepak bilik dengan aku, rasanya macam best sangat sebab mak abah ayie tersangatlah kelakar. Setiap patah perkataan yang dorang cakap tu mesti lawak gila. Idea mak abah pasal bisnes ni banyak, mak aku ni bijak dari segi kewangan, cara pusing modal, cara berbelanja. Abah pulak bijak dalam pengurusan. Cara susun barang sistematik. Kalau korang tengok barang2 dalam bilik aku dulu, bila aku susun tak muat, abah bertugas seperti wonderpet, dia akan datang menyelamat. Abah terus susun bagi muat. Lalu aku pun gembira. Huhu!

Bila dah kawin. Lagi la jarang berborak dengan mak abah. Tapi bila aku balik, aku akan pastikan aku mengadap dorang, borak-borak. Yela, kesian mak aku tu. Dah la sorang-sorang kat rumah. Abah pulak sakit. Nasib baik la Ayie dengan Kak Ninie still tinggal kat sana. Malam2 tu ada la jugak peneman. Adik beradik aku pun kerap jugak balik hujung minggu. Cuma kalau weekdays tu la emak sunyi sikit. Jadi aku decide datang weekdays, tapi bukanlah hari-hari. Seminggu dua kali ke. Macam tu.

Semalam aku pergi rumah mak, Kalau Qery ada badminton/futsal kat area rumah aku, dia akan paksa aku balik rumah mak. Sebab tu aku tak kisah bila dia sukan malam-malam, haha! Bila tengok muka mak abah kan, rasa alahai sedihnya. Tapi tidok lah aku menangis di situ. Hikhik! Aku cuma rasa sedih je la. Kesian mak aku ni, dia pun bukan sihat. Kena jaga abah lagi. Aku ada tanya mak dia nak tak kitorang *adik beradik* upah nurse atau ambik maid untuk tolong dia. Tapi mak tu macam tak nak. Abah tu pemalu. Apa-apa jadi dia cari mak jugak. Bila upah nurse atau maid pun tetap la abah akan suruh mak jugak.

Aku kesian-kesian pun macam tak membantu kan. Jadi aku pun bagi la kata-kata semangat kat mak aku. Haha! Macam bagus je anak bongsu dia ni. Puji-puji mak sikit. Senangkan hati dia. Bila aku mabuk-mabuk macam ni rasa stress jugak. Sebab kesian mak, nak risau kat abah, kat aku lagi. Puas la kata tak ada apa. Tapi biasalah emak mana yang tak risau anak dia tak sihat. Korang anak selsema pun korang risau kan. Sama la konsep dia tu.

Semalam banyak jugak pengajaran yang aku dapat dari emak. Macam-macam la ceritanya. Yang aku boleh kongsikan dengan korang, yang dari dulu aku pernah cakap. Jangan sesekali kedekut dengan mak abah. Jangan sesekali berkira dengan orang tua. Tak kisah dengan mak ayah kandung atau mertua. Dua2 sama je. Kalau belikan barang, jangan beza-bezakan. Mak sendiri beli yang cantik n mahal sikit, untuk mertua beli yang biasa-biasa je. Jangan ye. Jangan mengungkit-ungkit barang yang kite pernah bagi. Jangan jangan dan jangan. Korang dah besar, boleh fikir sendiri kenapa. Korang bukan budak kecik yang nak kena explain satu-satu kan. Huhu!

Mak aku cerita kebaikkan dan pulangan yang Allah balas balik bila mak berbakti dengan orang tua dia, bila mak dengan abah usaha kumpul duit nak bagi mak mertua pegi haji. Allah bagi balik 10 kali ganda. Bayangkan rezeki tu datang, sampai boleh beli van cash. Anak ramai kena la beli van, hehe! Boleh bukak kedai dua tingkat jual barangan elektrik dengan perabot. Mak tak bekerja ye. Abah dulu kerja pemandu lori. Sara 9 orang anak. Sara beberapa orang adik beradik abah dan emak. Besar makna pengajaran dia kat aku. Huhu!

Korang senangkan orang tua. Hidup korang pun akan senang. Korang susahkan hidup orang tua. Hidup korang pun akan susah. Mak pesan, apa yang kita bagi dengan ikhlas, Allah akan pulangkan balik kat kita berlipat ganda. Orang yang paling dekat korang nak bersedekah adalah mak ayah sendiri. Begitu.

Masa aku kerja dengan orang, aku tak ada kesedaran sangat. Terus mengaku kan, haha! Aku cuma bagi mak je duit. Sebab aku tau abah tu bekerja. Mak tak bekerja. jadi bagi mak je la. Abah dapat bila hari raya. Jadi bila aku bekerja sendiri, rasa nak bagi kat abah jugak. Tak tau kenapa tetiba nak bagi. Malu sangat nak bagi sebab bukannya banyak. Abah boleh dapat lebih dari yang aku nak bagi ni. Fikir nanti abah gelakkan ke tak bila dapat duit ni. Benda kita tak biasa buat, rasa segan sikit kan. Nak bagi tu pun terfikir-fikir bila waktu yang sesuai. Huhu! Aku kan burung hantu. Lepas subuh baru tidur. Jadi aku tunggu abah bangun nak pegi kerja. Dia keluar bilik je aku terus panggil dia, lepas tu terus 'Nah Bah'.

Reaksi pertama Abah adalah, air mata dia bertakung. Keadaan masa tu macam pause 2 saat. Lepas tu aku macam nak cover line la, haha. Ofkos la aku tak nak ada drama air mata dikala subuh kan. Kekeke! Aku terus cakap 'sikit je Bah, boleh la minum-minum kopi'. Pastu abah pun cakap "terima kasih Na". Terus laju-laju aku masuk bilik dengan perasaan sedih. Rasa menyesal sangat pilih-pilih nak bagi sapa. Memang dulu gaji tak banyak, tapi kalau mampu makan kat restoran, mampu shopping, kenapalah tak bagi sikit kat abah. Kenapalah nak fikir hidup sendiri je, kenapalah tak boleh fikir pasal orang tua yang besarkan kita dari kecik tu. Kenapalah dengan aku ni. Stress memikirkan diri sendiri. Haha!

Kadang2 ada parent yang tak nak ambil duit anak. Aku nasihatkan *sukatije nasihatkan orang, haha*. Ambil je duit tu. Anak korang nak dapat pahala. Jangan sekat pahala dia. Kalau korang dah banyak duit sekalipun, ambik je, duit tu korang boleh sedekahkan kat mana-mana masjid ke, dua-dua dapat pahala. Senang cerita.

Orang kata. 'Ala orang ada duit boleh la cakap macam ni, kita ni gaji cukup-cukup makan je'. Terpulang kat korang. Kalau korang rasa nak selamanya cukup-cukup makan. Korang pun boleh teruskan kehidupan macam tu. Kalau rasa tak boleh membantu dari segi kewangan, banyak lagi saluran korang boleh buat untuk mak ayah. Senangkan hati mak ayah, selalu luangkan masa, tolong apa yang patut. Jangan sampai dah lah tak memberi apa-apa, menyusahkan lagi mak ayah. Siap tiap-tiap bulan pinjam duit parent. Ramai je yang macam ni. Aku tau sebab kawan2 aku ramai selamber cerita tak cukup duit, pinjam duit parent. Macam bangga pulak. Aku pun konfius. Haha!

Tapi apa-apa pun, duit bukan segalanya. Mak aku cakap. Yang pertama sekali adalah kasih sayang. Apa-apa pun letak kasih sayang yang paling atas. Kasih sayang tu penting. Duit banyak tapi tak bahagia pun tak guna. Ini fakta kot semua orang tau. Hihi! Jangan berkasar dengan orang tua. Well, aku mengaku aku pun kadang2 emosi dulu, bila bengang nanti terkasar dengan mak abah. Tapi lepas tu cepat-cepat sedar. Rasa menyesal. Semua orang buat silap kan. Yang penting jangan berlagak dengan mak abah. Jangan rasa besar sangat pangkat dari orang tua sendiri. Jangan memandai-mandai arah mak ayah buat itu ini. Jangan ye.

Kita semua akan tua. Kau buat orang tua kau macam tu, nanti anak kau akan buat benda yang sama. Kita dah dewasa. Bertindaklah seperti orang dewasa. Amboi, rasa nak lempang diri sendiri. Haha! 2 jam je lepak dengan mak semalam. Tapi aku rasa 2 jam tu tersangatlah berharga. Aku ni leka. Kalau kat rumah sorang asik lupa nak call mak, padahal tau mak sunyi. Bila tengok gambar instagram yang sebelum kawin tu, pastu mulalahh rindu mak sambil beremosi. Haha!

Sebenarnya aku nak upload gambar bihun goreng yang mak masakkan, tapi tak tau la kenapa tak boleh. Ada yang dah tengok kat instagram n fb. Kalau korang nak tengok boleh tengok kat SINI. Aku tak private pun IG aku.

Pasal Abah, nanti aku ceritakan. Ubat selera makan abah tinggal sebiji. Esok aku mesti beli jugak. Tapi aku takut aku lupa. Macam perlu set kat remider je. Kihkih! Tolong jangan komen jual supplement selera makan ye, haha! Sekarang ni aku cuma bagi abah ubat yang diuji secara klinikal sejak berpuluh tahun sahaja.

Itu je bebelan setakat harini. Ish tak boleh upload gambar rasa tak syiok pulak. *padahal sekarang ni jarang selfie*

p/s : Jangan lupa join contest dari AHR Beauty