Sewaktu aku taip entry ni adalah tepat jam 5 pagi. Baru lepas balut parcel, tulis alamat, kemas apa patut. Ingat dah malas nak update untuk harini. Tapi entah tak tau kenapa tetiba bukak laptop pasang boradband, bukak blogger, create new entry, pastu blur nak taip apa, kekeke.
Malam tadi pukul 12tengah malam Qery datang hantar stok Felinna. Qery ni dalam bisnes, dia seperti tulang belakang dan kaki aku tau. Ha kalau takde Qery takde tulang belakang dengan kaki dah. Acane? Boleh daftar OKU tak? hihi! Takde la. Tu perumpamaan nak menunjukkan betapa pentingnya dia dan betapa banyaknya dia membantu aku. Banyak tauuuu. Seperti...
Deal dengan orang. Semua stok yang aku jual ni Qery yang deal dengan orang. Aku tau aku mesti nak ada stok. Bila stok tak ada Qery yang akan kena marah. Kadang2 aku gawang tau. Tapi gawang2 anje. *duck face*
Qery yang akan pos semua parcel. Aku tunggu dalam kereta je. Semua kertas pos mahupun plastik untuk pos, memang aku akan order by mulut je. Dia yang akan setelkan. Aku tau benda tu nak ada. Kalau tak ada...
'Kamu ni slow, tak reti buat kerja ke? Kan dah cakap banyak kali nak nak nak!'
Itu cakap dalam hati je, muahahaha. I is takuit nak marah Qery. Jarang Qery lupa semua benda yang aku pesan. Sebab aku akan pesan sampai doploh kali. Sampai dia stress.. Huhu!
COD. Memang aku tak buat COD. Tapi kalau ada jugak orang yang nak nak nak nak ambik by hand. Sila berjumpa Qery... Ataupun kalau yang tau kedai pakcik Noh. Silalah ambil kat kedai Pakcik Noh sahaja.
Eh apahal cite pasal ni, aku nak cite benda lain sebenarnya. Lepas Qery hantar stok kat rumah aku. Aku rasa lapar. Aku pun masak la megy. Sambil tengok chanel 8. Ala yang Jlo jadi juri dengan lagi 2 orang lelaki tu. Malam tadi kan hujan tak benti. Rumah aku semua dah tido. Ayie, Ninie dan abah. Semua tidur awal. Ke aku yang tidur lambat. Huhu! Mak dengan abang aku kat kampung dah seminggu. Selalu kalau mak abang ada, dorang pun tidur lambat. Pukul 3 4 pagi baru tido. Sepesen dengan aku.
Lepas makan tengok jam pukul 1 pagi. Ok masuk bilik sambung buat kerja la kite. Mula-mula koyakkan borang pos laju. Dia kan macam berjela-jela. Ko kena koyak bagi dia jadi satu-satu. Lepas tu aku nak cop alamat. Lepas tu baru teringat nak update tracking number customers. Aku pun bukak mata besar-besar taip sorang sorang punya tracking number. Eiii nyampah sangat la tracking number ni. Banyak sangat nombor. Gegirl asik salah taip je.
Pastu baru pelan-pelan salin nama dengan alamat customers. Tangan dah lenguh sangat. Niat di hati nak sambung esok. tapi kalau aku buat esok. Kompom lagi kelam kabut. Baik yang boleh setel, aku setel dulu. Sambung dengan gigih. Ditemani Qery mesej-mesej.
Qery sibuk buat assignment. Katanya tengah buat power point pekebenda.. Esok pagi nak bincang dengan group dia. Esok nak bincang, malam baru hegeh-hegeh buat. Hahaha! Aku selalu buat dulu. Tapi aku selalu esok nak exam. malam tu pukul 4 pagi baru bangun study.Itu kalau exam pukul 8 pagi, kalau exam petang pukul 2, pukul 8 baru bangun study. Kong ajo macam ko bijak sangat.
Pastu habis salin alamat semua pukul 3 pagi. Terus pergi balut. Balut macam biasa memakan masa selama sejam setengah. pukul 4.30 baru siap.
Qery tak habis-habis warning aku.
'empat suku dah ni, sudah la tu'
'pukul berapa nak tidur'
'dekat pukul 5 kot'
Aku malas nak reply. Kalau aku reply dia, entah bila keje aku nak siap. Tadi pukul 5 mesej dia cakap kerja dah siap. Dia cakap apa..
'Esok jumpa kite cubit-cubit kamu. Degil. Esok sambung tak boleh. Elok sangat la tu tido lambat. Tunggu la esok'
Gulp!! Qery cubit sakit okey, jari dah la gemok. Euwwwww!! Ini aku update blog, tak tido pun dia tak tau. Kalau dia tauuuu.....libas dengan hanger kot. Hahaha!
Tapi kan, masa tengah balut-balut. Aku dengar ada samting macam gegar pagar rumah tau. Tatuuutt... Hujan pulak tu *nangis*. Agaknya kucing terlanggar pagar rumah kot. Sedapkan hati.
Tengah taip-taip ni, dah pukul 5.30. Dah pagi dah pun. Ada yang dah bangun masak, yang dah siap-siap nak gi kerja. Aku pulak tak boleh tidur lagi ni. Tunggu lepas subuh kang baru tidur. Kang aku tidur subuh kemana apa pun tak boleh..huhu!
Tapi entry ni aku publish pukul 9. Korang bayangkan la masa korang baca ni pukul 5.30 pagi yeah..
Oh ye, masa korang baca ni, aku rasa aku tengah tidur lagi. Tapi selalunya aku akan paksa diri ini bangun pukul 10. Sebab aku kesian customer dah mesej/wassap nak beli Felinna Inchloss dengan Vit C ni. Siap kalau aku lambat reply terus call. Muahaha! Semua orang excited ke apa ni? Call aku tak jawab tau. Bagitau siap-siap.
Jadi aku akan aktif reply pesanan korang pada jam 10 pagi *paling awal, kekeke* sampai 12 tengah hari. Masa ni kerja aku reply mesej/wassap korang je.
12 sampai pukul 2 aku reply jugak tapi slow sikit. Sebab aku nak salin alamat dengan balut barang.
pukul 3 sampai pukul 5 lagi jarang reply, sebab pergi pos barang. Lagipun dalam kereta. Susah aku nak catit sapa dah bayar ke apa semua.
Pukul 5 petang tu aku nak makan, fionneeee dah macam jadual waktu pulak ni, apakah?? Huhu!
Aktif reply mesej korang balik start 9 malam. Okeyh. Jadi kalau korang mesej aku pukul 5 6 7 petang tu. Aku tak reply, pepaham la yeah.
Itu je. Nanti aku rajin aku update lagi. Rasa penat sangat la beberapa hari ni. Semalam letih gila sampai minum Livita. Qery entah pape. Dia benti kat Petronas. Aku masuk la dalam beli air.
Q : Ait beli Livita?
S : Haah la. Penat.
Q : Jangan minum selalu k takut ketagih
S : Kenapa pulak?
Q : Ye la. Sekarang tak pe la. Livita ni kan manis.
S : Iye..kite minum masa penat je.
Q : Dah kawin nanti jangan minum malam tau. hikhik
(____________________________________)
Malassss nak layannnnnnn...
p/s : Promosi Felinna Inchloss 2 botol Rm120 ada lagi 3 hari je k. Siapa yang nak sila order cepat. RM126 termasuk postage. Beli satu RM75 free postage. Sapa yang dah beli sila sapu sapu sapu sapu dan sapu. Kalau rajin sapu memang boleh kurus. Sapa yang dua hari je sapu lepas tu buat perhiasan, tak tau nak cakap apa. hihi. Kbye! =)