Feb 25, 2015

Perihal BB Cream and TQ Namee Roslan

Assalamualaikum korang, lama tak jenguk blog. Biasa lah buat-buat bizi. Hihihi! Saja nak feel cuti lama-lama, raya cina kan straight cuti. Qery cuti dari Rabu sampai Isnin, tu yang aku langsung tak tengok fon. Bagi can agen and stokis berehat sebab dah bertungkus lumus sebelum raya cina tu.

So Selasa (Semalam) dah kerja macam biasa. Yang terkejut sangat bila masuk2 kerja je stok terus HABIS. Terus ketakutan iolls, hahaha! Paksa Qery follow up dengan kilang bila nak proses BB Cream SQB. Sebab sepatutnya before CNY dorang janji nak release 4K BB Cream Code natural, 1K Sakura Mask, and balance cleanser yang dorang still pending. Tapi dorang kelam kabut nak CNY, dorang mintak kita tunggu lepas raya. Tu yang stok stuck.

Semua gara2 blogger Namee Roslan up kat blog dia. Memang aku ada minta Namee iklankan. Tapi aku tak tau la yang Namee willing nak pakai. Plus Namee pun suka sebab sesuai dengan kulit dia. Agen and stokis wasap aku semalam fon tek henti2 masuk order. Semua nak set combo BB + Cleanser. Gumbira hati kita ni


Kalau korang nak baca review Namee Roslan KLIK SINI

Terus ramai orang follow instagram kita. Walaupun bagi orang lain 6k tu sikit, tapi bagi aku dah cukup banyak dah tu. TQ korang yang follow SQB.


Disebabkn korang ohsem. Aku nak buat give away sebijik iphone.
 

So sapa2 yg belum follow tu meh la folloe

Feb 13, 2015

Makin panjang akal

 Izz Qaiser ni nak masuk 6 bulan dah. Perubahan apa yang boleh dilihat adalah

1. Dah boleh meniarap dan melakukan aksi 360. Kejap kepala kat bucu sana, kejap kat bucu sini. Tergolek-golek jatuh sofa. Kihkihkih!

2. Asik nak main ball. Tak kisah la kau bagi dia tengok tv orang tengah main ball pun dia akan khusyuk. Tapi kalau ada ball depan mata, habis disepak pastu air liur berterabur sebab excited sangat tak dapat control. 

3. Suka tepuk2 barang, meja, rasanya dia suka dengar bunyi2 kot. Kalau kertas tu pun selagi tak koyak, selagi tu laaaaaaaa dia komot2 kan.

4. Suka tendang, ini aku rasa sejak dalam perut lagi kaki dia memang kuat menendang, bahahaha! Serius memang dia ni aktif semacam. Kadang tu aku tengok orang lain jaga anak, elok je berbedung tak meragam. Kalau baringkan pun budak tu suka je, tinggal kejap pun behave je. Izz Qaiser ni masyaallah, hahaha! Baring je nangis. Nak duduk. Lepas tu dah duduk nanti badan dia lepaskan sana cm aerobik tu, capai sana sini. Kita tak bagi nanti dia menjerit. Tinggal nak gi dapur buang pampers pun nangis, kena duduk sebelah dia je. Kalau melekat tapak tangan mother kat muka awak ni Izz, baru tau erti penyesalan. Huhu!

5. Suka gaduh dengan daddy. Haihhhhh, geram betul aku. Kadang tu aku mintak Qery jagakan kejap sebab nak setelkan kerja. Yela, kalau Qaiser tak tidur memang tak boleh buat kerja apa. Tunggu la Qery balik. Bila Qery pegang je, Qaiser nangis. Qery tu suka nyakat dia. Dah kalau nangis tu, opkos la aku yang kena jaga balik, habis tu bilanya keje nak siap.

6. Bangun pagi-pagi, terus korek lubang hidung aku. Grrrrrr. Aku malas nak layan. Pusing sebelah sana. Nanti dia tarik pulak rambut aku. Pastu tendang belakang. Hoihhhh. Bila pusing2 tengok dia ketawa. Urut dada betul.

Oh mother ngumpat kita yeeeee.

Sabtu ni nak gi inject. Silakan nangis kuat2. Huhuhu!

Feb 9, 2015

Gumbira tak terkata


Terobek gambar raya haji.

Semalam aku update vendor-vendor yang ada jual produk Seqy Beauty. Mintak list vendor dari Miss Lina sebab dia yang arrange. Terkejut jugak sebab tak sangka lebih 20 vendor dari seluruh negeri. 

Bersyukur sangat-sangat sambutan dari korang sangat-sangat menggalakkan. Family Seqy Beauty dah mencecah hampir 150 orang.

Paling terharu penjualan BB Cream gabungan Code 1, 2 dan 3 lebih dari 10k unit tak sampai 4 bulan. Mungkin orang lain rasa sikit, tapi aku rasa dah banyak sangat dah tu, hihi! Maklumlah produk baru kan. 

Yang tak disangka Cleanser SQB pun laju boleh tahan. Aku tak expect orang akan beli sebegini banyak. Sampai takut haritu pernah tak ada stok. Peluh2 tunggu stok dari kilang. Penjualan cleanser pun alhamdulillah tak sampai 2 bulan dekat 5k jugak. 

Untuk Sakura Mask ni, first batch aku keluarkan 1k dulu. Sebab nak tengok pasaran macam mana. Tapi belum keluar dah ramai yang cop, siap stokis bagitau ada customer yang dah buat payment. Alahai terharu sangat tau. Korang belum tau lagi apa function n kelebihan dia, terus beli. Kalau depan mata iolls dah peluk kuat2 dah. Huhu!

Untuk set skincare, tak tau kenapa tetiba ramai tanya aku bila nak keluarkan set skincare. Sabar tau. Kita nak kan yang terbaik untuk semua. Kalau dah ada ofkos akan di war-war kan.

TQ Allah, TQ suami, TQ adik beradik yang support siap nak jadi stokis lagi. TQ stokis yang giat mencari new member untuk join family SQB. TQ agen yang tak henti-henti promo. TQ customer kita yang beli sejak zaman jual handbag, jual 7love, produk2 kecantikkan, hihi! 

Akhir kata, nanti aku update lagi. Sebabnya anak dah bangun. Bye =)

Feb 6, 2015

Buat apa nak gaduh

Dulu kan, masa bujan trangtangtangtangtang. Kalau gaduh dengan boyfren, paling sakit hati kita boleh mintak clash. Aku ni spesis simple. Aku tak suka kusutkan fikiran. Kau cari pasal, buat aku pening, selamat tinggal sayonara. Bahahaha!

Walaupun masa kapel dulu i sayang seikhlas hati, auwww. hahaha! Tapi kalau dah masuk tahap sakit hati, dengan senang hatinya aku tinggalkan. Dan terus bukak list calon2 seterusnya. Amboi cite macam muka lawo, padahal sendu je. Kekekeke!

Tapi itu cara aku ubati hati. Luls

Buat apa nak menangisi, tak dapat apa pun. Baik ko cari lain je. Bukan semua lelaki macam ex ko. Krik krik krikkkkkkkkk

Masa kapel dengan Qery, terpaling banyakkkkk aku sakit hati. Hahaha! Mintak clash pun banyak kali. Tapi Qery ni jenis yang DEGIL. Arghhhh, time tu tertekan sebab tiap kali mintak clash, nanti 5 minit lepas tu ko dengar orang bagi salam depan pintu rumah. Hahahaha!

Hadoi, so funny. Selalu je tak jadi clash tau. Senarai calon dah standby ni. Tapi tak putus-putus. Inilah namanya kalau dah jodoh ustaz kazim elias biarlah rintangan beribu batu tetap bertemu jua. Cam pelik je peribahasa tu kan. Huhu!

Sekarang ni tak gaduh dah sebab CINTA sangat.

(-_-)

(-_-)

(0_0)

(0_0)

So bila dah kawin, ada la jugak gaduh, gaduh pun benda yang entah apa2 je la. Gaduh aku nak tengok korea, dia nak tengok bola. Eiii tak habis2 puncanya. Rasa nak terbalikkan tv tu. Huhu!

Qery kan dia jenis pengemas, pembersih, semua sifat yang bagus tu milik dia lah. Yang buruk2 bagi ke aku. Hahaha! Jujur je lah, takyah nak cover sangat. So Qery selalu la membebel aku lambat kemas bilik la, meja penuh barang kerja aku la. Kalau aku minum lambat basuh cawan pun dia pokpekpokpek. 

Biasanya...kalau kejadian itu berlaku. Aku selalu buat muka kura-kura.

 Lepas buat muka kura2, pekakkan je telinga.

 Bila dah habis membebel. Buat-buat je macam tak ada apa berlaku. Nescaya kau takkan sakit hati. Hihihi!

 Eh jap nak promote. Muka aku bukan berminyak tau. Tapi dia ala2 lembap sebab aku pakai sakura mask.

Kbye nanti kita sembang lagi tau.

Testimoni BB Cream + Cleanser Seqy Beauty (SQB)

Lamaaaaaa dah mak incik nak update testimoni kat sini, tapi apakan daya. Kuasa malas kuasa berjuta. Susah la kan, nak bisnes maju tapi tahap pemalas jenis tak turun dari takhta, mohon lempang diri sendiri, bahahaha!

Ekceli memang banyak sangat testimoni, takut korang sampai muntoh a.k.a malas nak baca. So skodeng facebook salah sorang agen SQB, save beberapa gambar dari album photo dia je. Nasib baik la jenis agen bapakkk punya rajin update testimoni. Syukur alhamdulillah. Muah ciked. 

Kat sini korang boleh baca testimoni, ada yang bergambar. Ada yang bertulis.

Tak sangka kak Yatt Hamzah guna BB Cream sepanjang dia buat umrah. Katanya memang bagus sangat sebab memang ramai yang bagi dia produk untuk cuba, then dia cakap BB Cream SQB je yang dia suka. Dia pakai masa cuaca panas2 kat Mekah pun tetap ok and maintain. TQ kak Yatt. Nanti kalau ada rezeki kita jumpa lagi yeah.

Nak cerita sikit, testimoni nanti baca kat bawah tau. mihmihmih!

Kitorang bagi produk kat Kak Yatt untuk iklan kat page instagram dia. Tak mengharapkan pun Kak Yatt pakai. Sebab aku paham bukan semua artis nak cuba produk kita, lagi2 produk baru. Beberapa minggu lepas tu, terkejut dapat call dari Yatt Hamzah. Dia cakap dia suka sangat BB Cream, and tanya kot2 kitorang boleh sponser BB cream tu untuk pembukaan butik dia. Dia memang nak tolong promo sebab produk bagus. *Kak Yatt yang puji tau, bukan iolls, lalalala~~*

Lagi 2 hari dia nak buat opening butik, baru dia inform, kelam kelibut lah aku packing. Hihi! Mula2 ingat nak bagi sample kekecik je. Last2 bagi je lah yang besar 1 produk, kita niat sedekah je.


Siap 100 bb cream and sample cleanser untuk di agihkan. Seronok sangat. Harap2 terbukalah hati semua yang pakai BB Cream kita ni, fuh fuh fuhhh, aminnn.. =P

Ok sila sambung baca testimoni ye

AMARAN : TESTIMONI INI ADALAH BENAR, BUKAN REKAAN SEMATA MATA. DAN HANYA KEGUNAAN UNTUK PRODUK SEQY BEAUTY SAHAJA.

BERJUTA TERIMA KASIH CUSTOMER YANG SUDI SHARE. I LOVE UOLLS












"Salam ceera. akk mmg kagum laa bbcream seqybeuty nii. byk sgt perubahan pd muka akk. fm day to day..nmpk muka makin cerah n gebus. hahahhaaaa... ntah ekk yg pasti b4 n after akk apply bbcream seqy, rutin akk tiap mlm apply nite cream amera beauty n telan GLA shaklee.. tp muka b4 on the day.. gitu2 je lahhh.. tp since apply bbcream seqy ni akk sndrik tgk pon mcm x caye.. lain mcm sgt gebus n cerah nye.. papepon ceera akk suka sgt2..smpai kwn2 lelaki akk bole tegur dia ckp muka mcm umo 20 an....awwww. "











Stay tune untuk next produk =)

Feb 5, 2015

Farm In The City (Seri Kembangan)

 Assalamualaikum semua.

Minggu ni tetiba je dah hari Khamis kan. Seronok la hati semua orang tu kan kan kan. Aku buat masa ni syukur alhamdulillah masih bertahan sebagai seorang suri rumah yang pemalas dan juga sebagai seorang penjual online. 

Sabtu lepas, Qery ada kursus guru-guru. Macam collect point/hour jugak la. Ala dulu kita kerja pun kena gi kursus collect hour kan. Sama jugak la macam cikgu. So Qery balik pukul 6 petang. hew hew hew hew.

Kengkonon aku bajet memahami , so tak ada la ajak dia pegi kemana pun, sebab ingatkan dia nak rehat kat rumah. Eh eh eh sekali pesan kat aku, esok bangun awal nak jalan2 bawak Qaiser pegi masuk Farm in the city. Berbunga-bunga lah hati kite . Dari zaman parameswara kot tak jalan2.

Farm in the city ni kat Seri Kembangan Taman Equin. Aku tak tau eja, korang pegi la google sendiri ye. Aku bab-bab jalan ni memang fail. Yang aku tau bila dah sampai je. Kekekeke!

Masuk dewasa sorang RM30. Kanak-kanak tak tau. Baby takyah bayar. Tapi memang berbaloi la sebab ko boleh beramah mesra dengan haiwan2. Jangan takut ye semua, haiwan kat sana lebih mesra dari manusia... LULS...

The best part is, kat sana memang ada sediakan laluan untuk stroller. Banyak tempat duduk kalau ko nak rehat kejap. Tempat minum makan2 pun ada. Tapi mahai lahhhhh. Kalau kedekut, silakan bawak air sendiri.

Masuk-masuk jumpa kawan lama. (>_<)


Aku tak perasan pun kura2 ni ada kat situ. Aku bajet patung. Sekali Qery cakap kura2 betul. Terkejut sebab memang aku berdiri betul2 sebelah beliau.. huhu! Tapi wat lek wat pis. Terus tepuk2 cengkerang kura2 walaupun perbuatan itu nampak janggal. Bahahaha! Mesti kura2 tu 'ko dah kenapa?'
 
Izz baru bangun, so dia tak ada mood. Tapi nasib baikla dia ok je dalam tu. Ini kali ke dua bagi dia masuk stroller. First time bagi masa lepas habis pantang hari ke 45. Gigih betul habis pantang terus ke KLCC. Sudahnya Izz melalak tak nak stroller. 

Takut-takut berani. mula-mula dia malu-malu nak makan. Lepas pujuk *macam pujuk Izz makan*, nganga besar lagi kekura, nganga, nganga. Terus makan lelaju. Eiii buruk perangai. 

 Dah kenyang terus bla. Tidak mengenang budi. Pfttt

 Tengok, tak ada mood. Huhu! Picit2 pipi pun dia buat tak tau je.



 Cucuk anak ayam tanpa perasaan. hahahaha!

Izz suka tepuk2 sebenarnya. Nasib baik la dia tak de mood. Aku rasa kalau dia ok, mau dia tepuk anak ayam tu
 
 Ular kat sana gemok-gemok. Telan serbuk penaik kot.

 Suruh tengok camera pun takmo layan. Mood ngantuk lagi.

 Hihihi! Anak sapaaaaaa la ni

Mak bapak dia je yang excited. Izz lantok kan dia situ. Huhu! Pastu suruh Qery bawak dia pegang arnab.

 Aku tengok dari luar je, aku suruh Qery pegi dekat dengan arnab. Last2 aku baru teringat Qery penggeli. Bahahahaha! Haih, terus mak dia masuk take turn.

 Yaaaapeeedaaa geli dengan arnab. Arnab kan comel. Cucuk dia cucuk dia. 

 Good. Lepas ni kita jampi kat telinga daddy suruh bela arnab k. Kehkehkehkeh!


 Tengok anak rusa nani baru gumbira.

 Kawan baik Qery


 Biawak lidah biru kot nama dia. 

Aku paksa Qery pegang ular. Bapak la haih penakut Qery ni. Semua taknak pegang. Tapi ular kena paksa pegang, sebab dah bayar Rm30, pegang la baru berbaloi. Huhu!

 Kitorang pusing dua kali jugak la dalam tu. Tapi sebab Izz kecik lagi, dia tak dapat la naik horse. Takpe nanti kita gi lagi ye. 

 Bapak dia pakaikan hat. Nangis....


Pastu dah ok. Tiap kali bawak Izz pegi jalan2 mesti dia tak ada mood. Bawak gi zoo pun muncung sedepa. Bawak gi swimming nangis. Suka duduk rumah je ke? Huhu!