Feb 4, 2015

No More Tabita/Desi Damayanti in the house

Semangat nak update sebab baru beli meja and komputer baru. Puas hati tengok skrin beso beso. Bukan apa, laptop aku tu dah gila, plus bila nak update je, cursor dia selalu lari2, tiba2 tengah taip sekali dah ke tempat lain. Bengang la aku. Nak update entry 5 minit jadi 50 minit sibuk nak mengalihkan cursor tu je.

Pastu susah nak transfer gambar, tak tau la apa kene dengan blutut dia, dulu boleh je, pastu dah tak boleh. USB pulak tak tau la tempat cucuk tu longgar ke apa, kang kejap connect kejap disconnet. Geram lah hati kita ni.

Itu yang aku malas gila nak update bila mengenangkan benda2 tu. Laptop Qery pulak dia asik guna je. So nak pinjam kena tunggu Qery habis guna. Nak menunggu tu lahhhh aku malas tahap cipan. Mula-mula nak beli komputer second hand je, sebab Qery kata kawan dia ada jual. Tapi kena tunggu apa tak tau la. Tunggu punya tunggu tak kunjung tiba.

Last-last tak boleh tunggu dah. Kerja banyak ni. Semua tertangguh. Kena beli jugak komputer. Aku beli yang tak ada cpu punya. Yang ada desktop je boleh touch screen jugak. Dah beli bulan lepas komputernya. Sekali order meja komputer, sebulan lepas tu baru dapat. Macam2 hal kan. Huhuhu! Takpe la, rezeki dah tertulis lambat dapat, jadi kita redho saja.

Sekarang ni dah boleh bertenang sikit kehidupan. Sejak keluar produk sendiri, bizi dia lain macam. Kadang2 malam baru sempat makan. Kerja dari pagi sampai pagi buta. Kalau mak Qery free boleh la tinggal Izz kejap, kalau mak Qery bizi hangkut la sekali Izz bawak buat kerja.

Bawak pegi kilang, bawak bincang dengan staff, hantar stok, pegi pos. Kesian jugak tengok dia, tapi tak ada pilihan. Huhu! Nasib la kalau aku dengan Qery bekerja kat luar dia ok, buat perangai tu ada la kadang2, tapi jarang la. mungkin kalau 10 kali kerja, 2 kali je dia buat perangai. Ok la tu kan.

Start dah lantik stokis untuk produk SQB, kerja aku dari 100% dah turun jadi 50%. Tapi tetap la suri rumah duk jaga Izz Qaiser. Walaupun kerja bisnes tak buat, kerja mengadap diaaaaa je la. Bahahaha!

Untuk produk SQB, aku dah tak jual retail. Maksudnya aku dah tak jual satu satu tau. Aku jual borong sahaja untuk stokis tersayang. Hihi! Kepada customer, kalau korang nak beli, silakan contact agen-agen SQB. korang boleh tengok dalam website KLIK SINI.

Dan aku nak UMUMKAN kat sini, yang aku OFFICIALLY DAH TAK JUAL PRODUK SKINCARE TABITA/DESI DAMAYANTI BERMULA HARI INI.

Kenapa? Sebab aku akan keluarkan produk skincare aku sendiri. Aku tak nak la orang fikir aku jual produk sendiri, tapi aku pakai produk tabita/desi damayanti. Ada beberapa orang wasap aku. Tak sure la pembeli atau saja nak tanya2 produk apa yang aku pakai sekarang.

Aku dah lama sangat tak pakai tabita. Lama tu memang lama jugak lah. Setahun ada kot. Kalau pakai pun sabun dia je. Itupun kalau aku rajin. hahaha! Pepahamla aku ni memang pemalas. So skin aku pun tak ada la cantik menggila. Skin aku biasa-biasa je.Bila dah ada BB Cream and Cleanser sendiri, memang aku pakai produk aku je. Kalau korang ada follow ig , aku memang tengah try produk sendiri, so nak tengok kesan dia ok ke tak. Kalau ok memang akan jual terus. Now tengah apply KKM.


Tapi tapi tapi. Kalau korang nak beli jugak, boleh contact Ceera, kakak aku ada jual.. Setakat ni, sesiapa yang contact staff aku Lora, Lora akan send contact number Ceera kalau korang nak beli tabita. Gitu.

Ok, nanti kita update lain ehhh, bye bye =)

3 comments:

shuhadah Zainol said...

selamat maju jaya sepet... adore u!! :)

mshazadoes said...

all the best !

drshikinzainal @ ekin said...

Dah lama x singgah sini...x sempat :(
Ada new product? :)
Harus read further ni...sebab muka yang flawless dah kusam balik sebab tak konsisten dengan 1 product..