Nov 28, 2013

Bukan aku tak nak update

Percayalah.... Aku punya semangat nak update tu berkobar-kobar. Setiap malam sambung ke pagi-pagi buta aku try connect, lepas tu tak dapat, aku try pulak lepas subuh. Pun tak boleh. Dah dua hari kot. Puiiii sangat la boradband aku ni.  Lepas tu pinjam broadband Qery, eh eh eh boleh pulak. Lepas tu Qery try pakai broadband aku kat laptop dia pun boleh je. Dah kenapa pulak boleh? Aku try sampai nak nangis rasa.. Kongajo broadband ni, cari pasal dikala aku bersemangat nak update. 

Ok semua. Boleh terima tak alasan ni. Ini bukan cobaan, ini betul-betul. Huhu! Ok dah puas hati dah membebel pasal broadband. 

Minggu ni, setiap malam sebelum tidur, aku akan sapu minyak angin kat pinggang. Kerana ramai nya order. Hihi! Mungkin minggu gaji plus ada buat promotion. Tu yang ber bip bip bip handfon setiap masa. Aku tak merungut tau, aku happy sangat. Dan bersyukur. Hihi! TQ yang membeli dan percaya kat aku. Yang kurang percaya tu memang tak boleh buat apa. Aku ni kan poyo n sombong sikit tak nak buat cod, hahaha!

TQ customers tersayang!!
Minggu ni jugak aku tak memasak langsung. Kesian Qery, haha! Tapi dia banyak la tolong aku, macam basuh baju, sidai baju. Tapi bab lipat baju dia tak suka. Itupun dah syukur alhamdulillah. Aku tukang nak lipat baju je la. Ala kalau dia tak cuti pun, kalau dia tengok aku bizi, dia tolong je buat semua tu. Dia cuti ni dia cuci toilet atas dengan bawah. 

Paling best, sebelum tengah hari mak Qery dah mesej bagitau dia masak apa. Nak suruh Qery balik makan sama-sama. Hihi! Qery je la balik, aku tak dapat nak ikut sebab banyak nau keje. Lepas tu dah mak mertua bungkuskan makanan aku. Dari Isnin sampai semalam la aku makan bekalan mak mertua. Sedap!!

Sambal ikan keli teringat2 sampai sekarang.

Haaaaaa... aku dah dapat thumbdrive gambar-gambar wedding. My God! Cantik gila gambar aku. Hahaha! Puji diri sendiri kan. Pedulik apa aku. Memang puas hati tahap gaban gila babeng. Korang nak tengok? Aku bagi tengok sikit-sikit dulu eh.







Eh gambar last last ni asik gaya gittew je dah kenapa. Hahaha!

Gambar banyaaaaaaak gila. Rasa nak gila tengok. Tak sempat nak edit lagi. Nanti ye semua. Doakan aku rajin dan cepat2 update pasal wedding.

p/s : sapa nak beli produk kecantikan dan kesihatan boleh visit My Shop

Nov 25, 2013

Sewa Iklan Di Blog/Ig dan Fb

Sebenarnya aku ni malas sangat nak update iklan kecuali iklan yang nuffnang bagi, haha! Jujur gila kan. Tapi orang kata jangan lah menyombong sangat. Qery la selalu sound aku. Sekurang-kurangnya reply la email orang. Jangan la diam membisu. Mihmihmih! Sorry yeah semua. Korang email dikala aku memang bizi. 

Dari dulu kalau orang email tanya nak iklan je mesti aku tak reply. Bukan apa. Serabut jugak lah kalau buat iklan ni. Nak kena fikir idea nak cakap apa. Lepas tu kalau dapat orang yang sempoi best la. Kalau dapat yang banyak songeh tu la yang malas gila aku. Kadang2 kita dah siap iklan dia, dah publish. Sekali nanti dia msg suruh tukar itu ini itu ini. Tambah sana tambah sini. Kadang2 masa dia suruh tukar tu aku takde depan laptop. Bila mengenangkan masalah itu ini, lagilah malas aku nak buat iklan yang panjang berjela ni.

Masa aku buat FOC up produk yang korang jual kat last entry, ig and fb tu, aku tak tau la feedback dari customer korang macam mana. Ada la beberapa yang bagitau ramai orang order nak baju n shawl sama macam aku pakai, tapi aku tak tau la ramai tu banyak mana. Hihi! Nak buat iklan ni sebenarnya serba salah. Takut kang aku dah cerita pung pang pung pang, sekali orang tak berminat pulak, korang dah bayar, kesian la pulak. Gitu.

Ada yang dia dah siap entry, tinggal aku nak publish je. Tapi bila baca entry orang tu, nampak sangat iklannya. Dah la nampak sangat iklan, boring pulak tu. Haha! Sukahati aku je kan. Sekurang-kurangnya iklan mesti ada daya tarikan sikit. Sebab tu aku lebih suka buat iklan sendiri dari korang karang. Nanti tak memenuhi piawaian aku. Gedik sangat kan. Hahaha!

Sebab aku tau sekarang ramai orang buat bisnes part time,plus ramai jugak sekarang ni yang kerja sendiri. Tapi tak tau medium pengiklanan, bila orang mintak tolong tu, aku kadang2 memang boleh tolong, tapi yang malas tu bila dah tolong, banyak pulak cengkadak. Ada tu aku dah tolong, lepas tu komplen nak tarikh itu, siap tanya kenapa lambat sangat nak up entry, pastu tanya next time boleh tolong up entry lagi tak. Amboiii kan. Tolong tau, takde bagi sesen pun. Aku ni boleh je give and take. Tapi berpada-pada. Ecewahhh.. kekekeke!

Jadi, setelah berfikir panjang. Aku dah kenakan bayaran untuk iklan kat blog/Ig/Fb

Pakej A : Iklan di hujung entry, Ig dan Fb RM**
Tak perlu bagi barang. Cuma bagi sekeping gambar dan shoutout. Tarikh korang boleh pilih mengikut kekosongan. Sehari aku terima 1 orang je.

Pakej B : Full Entry, 1 day sticky mode. (Cerita pasal produk korang sahaja) RM***
Korang kena bagi barang, bagi point penting untuk aku cerita, dan aku sendiri aku review pasal product korang tu. Seminggu aku cuma terima 2 entry. 

Statistik

 Ini stat Sept kot, haha! Korang tengok, sebenarnya dah lama aku nak buat iklan, siap print screen, tapi seminggu dua je aku ingat nak print screen, lepas tu lupa. Ini pun semalam Qery yang ingatkan aku pasal iklan. So bagi yang bulan Sept punya eh. Ini je yang ada.

 Masa ni ramai sikit la, sebab masa ni aku update sehari 2 entry. Tu yang sampai 8-9k sehari.

 Plus masa ni ramai yang nak baca pasal wedding kot. Tapi non ado.haha!

 Kalau 1 entry 6-7k. Sekarang punye stat gitu la. Sebab aku sehari 1 entry je kan. Rata-rata weekdays 6-7k. Kalau update lebih, baru la meningkat sikit. Sikit sikit je la.

Ini untuk sebulan punya. Baru pagi tadi print screen..

So sapa-sapa yang rasa berkeyakinan, boleh la contact aku untuk iklan. bagitau korang nak tau harga pakej yang mana 1. Then bagitau aku korang nak up pasal product apa. Sebab bukan semua aku boleh iklan. yang berunsur MLM sorry yeah.. Hihi!

Kbye

Nov 22, 2013

Not a big deal

Semalam kot aku baca status kawan aku si kecik, hihi!

Bila dah jadi housewife. Sunyi atau gembira? Hmmm. Sebenarnya best! Tapi life ni takde lah semeriah dulu. Sekarang my time memang spend dengan little kiddos n hubby je
Itulah kawan. Itulah pendengar setia.
Memang takde dah istilah lepak2, jalan2, gosip session. Hehe. Alhamdulillah bagus juga. Terisi dengan perkara indah.
Susah sebenarnya nak cari KAWAN
 

Bila sentuh pasal housewife, nak tak nak memang akan terasa. Haha! Even ramai yang rasa bestnya jadi housewife. Berapa ramai orang peremuan yang memang mengidam untuk jadi housewife, ada yang suka kerja, tapi suami tak bagi. Macam-macam kan kisah dalam dunia ni. 

Aku suka je kerja. Kalau tak kerja pun aku still ok. Masa study, memang ramai sangat kawan. Sapa baca blog aku tahun 2008, mesti perasan aku selalu je keluar berjimba dengan kawan-kawan. Pergi uptown, pergi downtown, jalan2 OU, tengok wayang ramai-ramai, buat BBQ, lepak Putrajaya nak tengok bunga api. Bercuti kat pantai, girls day out. Zaman enjoy dengan kawan-kawan semua masa aku study je.

Lepas aku start kerja, semua kawan-kawan pun dah ada komitmen masing-masing. Kitorang pun paham masing2 punya kerjaya. Kadang2 ada yang shif malam, ada yang kerja ofis hour, ada yang shif pagi/petang. Since kerja kat hospital memang agak susah nak apply cuti, dan cuti tak sama macam orang yang kerja pejabat. Lagi lah membuatkan masa tu bertambah limit. 

Tapi mungkin jugak aku jenis yang tak berapa kisah. If tak dapat enjoy dengan kawan-kawan pun aku tak stress. Tapi kitorang still keep in touch kat facebook. Tanya kabar, ada yang dah kawin, ada yang dah ada anak, ada yang bertunang. Takde la istilah kecik-kecik hati asik tak dapat jumpa ke apa.Sebab semua dah besar panjang. Semua dah sedar masing2 ada tanggungjawab sendiri. Enjoy memang perlu, tapi tak semestinya kena jumpa selalu. Banyak cara untuk enjoy nak tenangkan fikiran. 

Macam aku, aku lebih suka enjoy dengan Qery, haha! Since korang baca blog aku ni, memang update pasal Qery and family je. Itulah kehidupan aku sekarang. Dan aku sangat bersyukur. Walaupun life aku tak se-best orang lain. Tapi life aku better dari dulu. 

Bila dah jadi housewife, memang kehidupan tu berbeza. Siapa-siapa yang jenis kuat berjalan, mesti nak kena shopping 2 hari sekali, mesti nak kena jumpa kawan-kawan, mesti nak kena gosip sebakul dua, atau jenis yang tak boleh duduk rumah, memang tak akan berminat langsung jadi housewife. Ada yang dia rasa lebih baik dia kerja dari duduk termenung kat rumah. Semua ada pendapat masing-masing. Tapi selagi kita tak berada ditempat seseorang, jangan sesekali rasa kerja orang lain mudah. 

 Ada yang memang cita-cita nak jadi suri rumah, tapi sebab faktor ekonomi, nak tak nak kena jugak bantu meringankan tugas suami. Takpa la, banyak pahala korang. Hihi!

Dan cerita dalam blog,aku lagi selesa cerita pasal diri sendiri dan keluarga. Aku tak berapa suka sangat cerita pasal orang lain, atau isu semasa, atau buat propaganda ke apa. Haritu sapa entah tanya aku, aku takde kawan perempuan ke. Hahaha! Kejam sungguh pertanyaan ittew. Tapi macam sesuatu sangat kan kalau kita takde kawan. Seperti aku ni orang yang bermasalah sampai takde orang nak kawan. Haha!

Aku ada kawan, cuma aku jarang keluar dengan kawan-kawan. Aku jumpa pun kalau ada sapa-sapa kawin. Masa tu la nak borak tanya ko buat apa, apasal ko gemuk, apasal ko kurus. Masa tu je. Hihi! Lepas tu kite borak kat facebook. 

Bila dah buat bisnes online, lagilah aku tak cukup masa. Masa dengan family pun berkurang. Dulu sebelum kawin, semua orang tau aku duduk dalam bilik je, sampai mak risau aku tak makan, dia masak bawak masuk dalam bilik. Kadang2 abah tu dah lama tak tengok aku pergi dapur, malam-malam pun lepak dalam bilik aku sambil tengok aku susun stok.

Bila dah kawin, lagi lah aku mula-mula macam shock sikit, rumah nak kemas, masak tengah hari, masak malam, basuh sidai lipat gosok baju, reply order, tulis alamat, packing. Lagilah aku rasa masa tu terhad sangat. Tapi best ada Qery, sebab dia tau aku stress, dia selalu la buat surprise macam belikan aku itu ini itu ini. Haha! Kalau aku buat kerja sampai malam, dia beli la tiket midnight. Selalu la dia urut2 kepala aku sampai tertidur. Biasalahhh..orang dah kawinnn...kekekeke! *mata ke atas sangat*

So far, issue enjoy atau hang out dengan kawan-kawan tak menjadi masalah untuk aku. Walaupun ramai je macam  rasa tak best nya asik Qery Qery Qery, tapi aku rasa best sangat kot. Haha! Aku enjoy je hidup macam ni. Tapi bila fikir-fikir balik, boring jugak kalau dapat kawan yang sikit-sikit nak emo sebab tak dapat jumpa ke apa. Syukur la kawan-kawan aku semua memahami. Belum ada lagi yang sentap menyentap ke apa. Sebab tu aku sayang kawan-kawan aku.

Kesimpulannya, kalau kita nak orang faham kehidupan kita, kite kena belajar memahami kehidupan orang lain. Tak gitu cik salmah. 

=P

Suami, Sahabat, Selamanya, ewah. haha!
Shawl dari ig : Puteri_hijab atau fb Puterihijab

Visit : My Shop

Nov 21, 2013

Honeymoon : USS

Akhirnya keluar jugak entry ni.Hihi! Pergi Singapure ni sebenarnya main redah je. Kitorang dua-dua tak pernah pegi Singapura. Lepas tu tak google langsung macam mana nak pergi. Cuma yang kitorang tau, Hotel New York tu ada pakej sekali dengan tiket ke USS.. 

Pagi-pagi pukul 8 kitorang dah menunggu kat lobi. Aku tengok bas kemain banyak dah menunggu. Tapi macam takut-takut nak naik, yela mana tau sebenarnya tu bas rombongan orang lain ke apa. Dalam 8.15 macam tu Qery pegi tanya orang bas tu.. Rupanya tak kisah naik bas mana-mana.  Semua pergi ke USS. Jadinya, kitorang pun naik la, berkepit jela berdua. Sebab tak kenal orang lain kan. Kekeke! 


Perjalanan ke USS ni ada 2 perhentian. 

1. Imigresen Malaysia. untuk scan passport je.
2. Imigresen Singapura. Isi borang, cek barang, n passport.

Jadi perjalanan ke Singapura ni dalam 2 jam gitu la bergantung tahap cepat ke tak masa kat imigresen tu.. Oh lupa nak bagitau, kalau korang pergi naik bas tu, korang akan balik naik bas yang sama eh. Hafal no plat bas. Sebab masa isi borang kena tulis no plat bas. Lepas tu bas akan amik korang dalam pukul 8 macam tu. So make sure korang dah tunggu kat perhentian tu 30 minit awal. Kang tertinggal sia-sia je. Hihi! Boleh la nak naik bas lompat-lompat. tapi dah 1 hal pulak. Lagipun USS tutup pukul 7 malam. 7.30 tu korang dah boleh turun kat stesen bas tu. 

First persepsi aku kat pemanduan kat Singapura. Dorang ni bukan la kongajo. Tapi dah memang cara dorang memandu macam tu. Jalan memang sempit. memang ngam-ngam la. Dorang boleh masuk line sebelah sipi-sipi je lagi nak kena kereta sebelah. Tapi tak kena. Hehe! Kiranya dorang ni hebat sangat boleh bajet kelajuan plus cara nak masuk line sebelah. Dan setiap kali dorang nak tukar line, walaupun takde kereta kat belakang, tetap dorang akan bagi signal. Kita kalau kat sini orang masuk line sipi2 nak kena kereta kita, komfem kena hon 4 harkat kan. Hihi! Dorang takde. Rilex je..  Tapi tak tau la kalau dah tinggal setahun kat sana macam mana kan. Itu semua first perception. 

Sampai sana, kemain ramai gila lah manusia. hadui. Stress pulak aku ramai-ramai ni. Tapi takpe. Kita datang nak enjoy kan. Ramai pun ramai lah. 



Bergambo dulu kat USS ni.  Baru la nampak tourist sikit. Walaupun negara sebelah je. Kekekeke!


 Susahnye nak cari baju n kasut warna sama-sama. Haha! Seharian berjalan kat The Mines.

 

Dalam banyak-banyak mainan kat situ, yang terbaik ada dua. 

1. The Mummy Return. 

Kat sini korang tak boleh bawak beh langsung. Kena simpan dalam loker. Loker tu free dalam beberapa minit ke jam. Aku dah tak ingat, tapi aku beratur sejam lebih nak masuk the mummy return ni, still keluar tu free loker, takyah bayar.

 Tempat loker ada banyak gila. Korang takyah nak cari-cari jauh sangat. Tapi kena ingat la number loker n password korang k.

Besar gila patung ni...

Aku rasa paling best the mummy, sebab dia punye seram tu tak boleh bla jugak. Orang lain kebanyakkan tutup mata kot, tak berani  tengok. Eh eh..aku mana boleh tutup mata. Rugi la aku tunggu sampai sejam. Sekali masuk tutup mata kan. Kite mesti tengok apa ada kat sekeliling walaupun seram.haha!


Gambar ni aku tak ingat la berapa dolar. Dalam 20 dolar kot. Beli je la. Kenangan katanya. Hihi!

Yang 2nd best adalah Transformers!! Yang ni Qery kata paling best. Tapi memang best pun. Lama pulak tu. Puas hati. Yang ni tunggu lebih sejam jugak. Krem kaki beratur.

Kaki yang dah krem, ada pakcik tu lagi kesian, aku rasa umur dah 50 something la. Still kena beratur panjang. 

Eh korang tengok je la gambar dulu.




 Masuk kena pakai cermin mata ni tau. Haih memang best gila kot. Rasa nak pegi sekali lagi je. Huhu!

 Muka puas hati




Punyela nak amik gambar sesama yang belakang dia ada transformers ni. Hehe!



Kitorang makan kat mana tak ingat, tapi kat luar tu ada cop halal.  Makanan dia tak sedap la, tak kena langsung dengan tekak aku.
 


 Tapi Qery makan licin. Hihi!

Tengah stok2 main, tula hujan pulak. 1 baju hujan ni 4dolar okey. 


 Tapi takpe la, dari kau berteduh je tak nak main pape nak tunggu hujan berhenti, baik la beli baju hujan je.


 Aku posing semua tegak je, haha! sebab aku malu, ramai sangat orang. 




 Time takde orang, kemain lagi.




 Masa ni nak menghabiskan masa kat sana. Jalan-jalan je.


Oh roller coaster ni tutup ye, tak tau la bila nak bukak.

 Bye bye USS, nanti kite datang lagi k. 

Keluar je USS, aku terus cari Hard Rock Cafe, sebab Syah kata nak baju HRC ni, kitorang belikan lah hadiah befday dia. 




Dah pukul 7.30, kitorang turun stesen bas. 




Kitorang takde membeli sangat. Beli tampal tampal peti ais je.



Cekak untuk Keisha. Tetiba teringat kat Keisha. haha! Anak buah lain next time la eh.. Kekeke!
 



Tips ke USS

Jangan la korang gedik nak pakai handbag. Pakai je beg sandang. 
Lepas tu pakai kasut biasa. tapayah nak high heels sangat. Gincu takpe. Kekekeke!
Pastu kalau korang ada baju hujan sendiri, bawak siap-siap.
Bawak pen sendiri untuk isi form, senang takyah pinjam orang.
Duit  takyah bawak banyak. Aku dengan Qery belanja, tak sampai RM500 pun.
Better amik pakej yang hotel sediakan. Senang sebab bas pergi balik tu dah ada.
Kalau nak pegi tu, amik basyang pukul 7/8pagi dah gerak. Sebab perjalanan amik masa 2 jam jugak.

Okbyebyebyebye