Sep 30, 2014

CLEARANCE STOCK (PRODUCTs)

Available :
MAIXARA WHITE ESSENTIAL - RM120 RM85 (Available 7 JAR) *design lama*
MAIXARA Q BERRYRM89 RM60 (Available RM12 BOTOL)
AURAWHITE SPECIAL EDITION - RM180 RM160 (Available 3 JAR)
AURAMEN - RM180 RM120 (Available 4 JAR)
MYRACLES BEAUTY - RM170 RM120 (Available 4 SET)
BEDAK ARAB (KOKURYU) 50g - RM35 RM25 (color cherry pink 13pcs, orange jade 52pcs, roshalle 43pcs)
KAYLENA BEAUTY - RM183 RM160

HARGA TIDAK TERMASUK POS, DAN TIADA FREE GIFT.

SOLD OUT (tak restock dah)
-AURAWHITE
-OPTI E
-SLIMMING BELT
-HARUM MALAM
-MAIXARA C SENTIAL
-FELINNA BODY LOTION
-FELINNA PMCVC

Tabita, Ibu Putih, masih lagi jual macam biasa, jangan risau. Hihi!

Kalau nak, cecepat wasap 012-2678134. Sepet The Gojes. *mata ke atas*

Menyesuaikan Diri

Seronok betul dah habis pantang. Hati berbunga2 rasanya. Hihi! Bukan seronok apa pun. Seronok sebab boleh keluar. Dalam kepala ni dah beratus2 senarai tempat-tempat menarik di Malaysia mahupun bukan Malaysia (Korea,Korea, dan Korea). Gittew. Tapi tu la, sebab Qaiser kecik lagi, risau jugak bawak dia keluar. Kalau dekat-dekat ok la kot. Jauh2 tak berani lagi. Tunggu besar sikit ye nak. 

Sekarang ni pun kalau nak keluar, pesan awal2 kat Qery kena balik awal. Yela, selalu keluar balik lewat malam. Risau ada benda mengikut, pepahamla budak tu kecik lagi kan.. Poyo je aku, padahal haritu bawak jugak dia keluar then balik malam. Dalam perjalanan pulang kemain dalam kereta baca ayat qursi kuat2. Hihi!

Aku last 44 hari tu adalah hari Sabtu. Ahadnya terus keluar. Nampak tak kegelojohannya di sittew. Hiwhiwhiw! Nak keluar tu sebab nak beli barang2 (lah sangat). Banyak benda kena beli, macam baju kecik baju beso, kasut, contact lense (ada hati kannn...kekeke). Menunggu Qaiser bangun pun dah pukul 11.30. Lepas mandikan dia, baru la aku mandi. Maklumlah tidur sekali dengan Qaiser. Muahahaha! Dia tido aku pun tido, sudahnya tengok jam dah pukul 11.30. Hoi tak boleh jadi, kena bangun jugak, kalau tak pukul berapa nak keluar ni.

*budak ni sebenarnya nak pakai baju lain, tapi belum pape dah termuntah. Pakai baju ni je la ye*


Bapaknya tu selagi aku tak bangun, dia pun sedap la membuta. Itu pun aku dah bising suruh bangun. Grrr. Nak bersiap pun tak tentu arah, sebabnya Izz tu nak menyusu la pulak.. Dah pukul 2 masih kat rumah. Qery pulak masa tu la dia baru nak pasang stroller. *urut dada*

Stroller tu kawan kami hadiahkan. Sebelum ni aku dah cakap kat dia pasang siap-siap. Nanti nak keluar tak ada la terhegeh-hegeh nak pasang. Dia tu ter-iye iye, tapi tak buat pun. Balik rumah penat je tidur. Aku pun memang biarkan je dia tidur. Kesian pulak penat. Hihi! Kerja cikgu sekarang ni bukan mudah kan. Memang la aku pun paham. Tu yang bila dia berehat, takpe la, tido la, tekpa la, tido la. Disebabkan takpelah tidola aku tu. Maka, sebelum keluar jenjalan la baru dia sibuk nak pasang stroller. Kihkihkih!

Pulak tu tak reti pasang. Ada satu zip tu tak boleh nak zip. Call kawan yang hadiahkan, kat mana dia beli stroller tu, yela mana tau boleh tukar ke apa kan. Sekali nun di ampang sana. Baiklah, mari kita pegi, lagipun tak reti sangat nak guna stroller ni. Suruh staff sana ajar sekali. Masa staff tu ajar boleh buat itu buat ini, terkagum-kagum la kami berdua. Sikit-sikit Huyoooo, Huyooooo!! Memang village sangat perangainya. Hahaha! Sabor je la staff tu. Setel semua dah pukul 3.30petang. Pastu cam keliru nak dating kat mana.

Bukan apa, Ahad tu ada kemalangan kat mrr2 menghala ke kesas. ingatkan nak pegi The Mines. Terus terbantut niat di kalbu, kalau nak menghadap jem tu pukul berapa la sampai. So ke KLCC je la kite. Aku dengan Qery ni memang tak berapa suka gi KLCC. Tempat orang kaya-kaya ni tak sesuai sangat dengan kami. Hihi! Kami ni setakat Jusco , Tesco , Carrefour boleh la. Walaupun duduk KL, tapi setahun sekali belum tentu ke KLCC. Sedih sangat. Last pegi masa beli barang hantaran. Lebih setahun dah rasanya tak jejak. Alah KLCC ada apa je pun (ayat orang yang duit tak berapa nak berkepuk, haha) Padahal KLCC semua ada kot. Hihi!

Sampai KLCC dalam pukul 4 petang gitu. 




Perut dah lapar ni. Tercari-cari kedai makan. Leceh sikit la sebab pakai stroller, so nak ke tingkat bawah/atas kena naik lif. Eskelator dia tak boleh sebab ada penghadang. Lif pulak mengunggu bagai nak bercinta. Pulak tu tak baby friendly. Nak mencari tempat menyusu and nak tukar lampin jenuh sangat. 



Last-last aku cari tempat makan yang tersorok sikit, senang nak nyusu. 

Makan kat Umai







Tukar lampin pun kat stroller je. gigih tak gigih la. Brader-brader tepi toilet pakat pandang-pandang jeling-jeling. Nasib korang la bau taik anak iolls. Haha! Dah la first time kan. Jadi kelam kabut sebab nak mencari tempat nyusu bayi. Kalau tak ok je. Pastu lepas mengadu domba kat facebook n instagram, kawan2 bagitau kat Isetan ada, pastu tingkat bawah groundfloor kot pun ada. Baikla, nanti kalau pegi lagi sekali takde la tercari2 cam haritu.


Pukul 6 lebih ajak Qery balik, sebab Qaiser nak nyusu. Aku pulak bijak sangat tak bawak spare susu. Aku bajet kat KLCC banyak la bilik nak nyusu budak. Sekali salah bajet pulak. Huhu! Terus ajak Qery balik, Qery pun setuju je sebab dia kesian kat Qaiser asik lapo je. Dah la pulak anak aku ni kuat nyusu. Nak balik terus macam tak syok la. Singgah rumah mak kejap.





Borak sikit-sikit tak ingat la pasal apa pun. Mandikan Qaiser kejap. Pastu singgah rumah mak mertua. Adil tak iolls. Mihmihmih! Tengok AF sekali. Itu yang balik rumah pukul 11 lebih kemain baca ayat qursi kuat2 dalam kereta. Syukur tak ada apa-apa. Risau jugak aku malam2 kalau Qaiser nangis tak berhenti kan.

Disebabkan Qaiser tak selesa satu hari. Yela, dia nak minum susu pun susah. Selalu kat rumah dia nak susu terus dapat. Ini kena menunggu maknya mencari kedai makan. Then kat rumah mak n mak mertua ofkos tak dapat tidur sebab opah n nenek nak main-main dengan dia. Sampai rumah je, minum susu terus tidur. Aku pulak baring terasa nikmat gila. Krem kaki padahal jalan-jalan tak sampai 3 jam pun.

Selalu Qaiser akan bangun paling lama pun 2 jam untuk minum susu. Kali ni 3 jam sekali minum. Memang penat sangat agaknya dia. Pukul 3pagi, 6pagi, 9pagi, 12 tengah hari. itu la timing dia bangun nak susu je. Hihi! Tapi pukul 12tgh hari tu dah nak main-main borak borak semua la.

Orang kata anak kecik memang susah sikit nak bawak berjalan. Tunggu dah 5 6 bulan ke atas dah senang sikit. Harapnya macam tu lah. Hihi!

Buat masa sekarang ni aku agak struggle jugak. Kadang2 bila dah terlalu banyak kerja, ada satu masa terus termenung sebab tak tau nak buat yang mana satu. Huhu! Dulu-dulu kalau cam stress buat kerja boleh la tengok cd korea. Sekarang ni kalau stress tengok muka anak je, terus happy. *ayat cliche sangat, haha*

Pengajaran untuk aku, lain kali kalau keluar bawak susu dia sekali. Jangan nak bajet2 semua tempat boleh nyusu anak, muahahaha!

Pengajaran untuk Qaiser, belajarlah bersabar nak. Bukan semua benda kita nak, kita boleh dapat time tu jugak. Kihkihkih!

Kesian, kekecik dah kena berlajar sabar. Nasib kau lah ye. Hihi!

Sep 26, 2014

Assalamualaikum,

Biasalah aku ni memang ala-ala chipsmore. Suka-suka nak update, suka-suka tak nak update. Gitu. Update ni pun sebab ada benda nak inform something, kalau tidok, kesudah la tak ada entry. Hihihi!

Memula sekali nak bagitau, barang-barang yang aku nak clear tu semakin berkurang.  Ada yang memang dah tak ada stok. Yang dah tak ada stok tu memang takkan re-stock lagi ye. Jangan la dikau merayu-rayu suruh aku jual balik, tidak akan di layan. Ewahh..haha!

Pastu, bukan semua barang aku clear tau. Tabita, loose item tabita, ibu putih masih jual macam biasa.

Ok, kalau korang follow instagram and facebook, aku ada bagitau pasal sample product dah dapat. *sukeeeeee sangat la hati kite tuuuuu*. Hari yang sample sampai ke tangan aku, tersengih sorang-sorang sampai ke malam. Excited punya pasal la ni. Padahal sample je pun. Muahahaha! 

Aku dah start bagi sample as a free gift kat semua customer. Ramai yang tanya bila product yang betul2 nak keluar sebab tak sabor nak beli. Ada yang wasap tak nak sample, tak main la sample2 ni, nak beli terus. Amboii sangat tau. Suka bagi iolls nebes. Hihi! Insyaallah by next month dah boleh jual kat korang.

Meh kite tunjuk product kite tu =)

BB Cream by Seqy Beauty

Ini rupa sample tau, bukan product sebenar.

Kenapa Seqy? Alah korang ni, kalau teka-teka pun tau kot. Se (Sepet) Qy (Qery). Itu gabungan ala-ala letopsss punya nama la konon. Mihmihmih! Nama syarikat ni ekceli dah 2 tahun rasanya wujud. Cuma aku tak nak war-warkan sangat nama ni. Ramai orang tau Sepetsshop je kan. Tapi kalau sapa-sapa beli barang dengan aku memang tau kot yang ekceli nama syarikat kite ni Seqy Beauty, sebab tertera kat borang poslaju.

 Aku start bagi hari Isnin lepas, then Selasa ada yang dah dapat. Tapi tak banyak pun la isi dalam tu. Dah kata pun sample. Ye dok. Hahaha! Nak suruh korang cuba je dulu. Lepas tu ramai la yang nak free sample. Yela, ada yang baru je beli barang dengan aku, takkan nak beli lagi semata2 nak sample. Sokeyyy sokeyyy, aku ada buat 10 customer bertuah. Sapa-sapa yang ada instagram silakan mencuba.

 Gitu....

Tapi memang BB Cream ni best tau kerana formulanya yang best. Auwww, puji diri sendiri. Hahaha! Insyaallah bahan2 dia selamat, tak ada unsur2 harommmmm, semuanya halal belaka. =P

Nanti keluar je product sebenar. iolls cerita lebih lanjut...

Muah!!

Sep 18, 2014

Wish List Selepas Berpantang

Amboiiiii, nampak sangat tak kegelabahannya di situ. Kekeke!

Aku tak pernah rasa 'terpenjara' di rumah sendiri *mata ke atas sangat*, berkawan dengan dinding2. Ok takyah over. Huhu!

Sekarang ni kan, aku macam berhasrat nak pakai kasut tinggi bila keluar rumah. Tak kisah la tinggi mana asalkan tinggi. Terbayang-bayang dah kedai kasut depan mata. Sebelum ni aku tak suka pun pakai kasut tinggi, sebabnya akan nampak pelik.

Ada orang bila dia pakai kasut tinggi, orang tak perasan pun dia pakai. Nampak macam centre je kepanjangan kaki dengan badan dia. Tapi bila aku pakai, lagi-lagi kalau pakai seluar. Akan nampak kaki aku terlebih panjang. Bila tengok kat cermin macam 'omg alien ke apa kau ni'. Kecuali kalau pakai skirt atau baju kurung tak perasan sangat.

Satu lagi aku jarang pakai kasut tinggi sebab kaki aku jenis cepat melecet. Itu lah yang payah. Nak mencari kasut tinggi yang betul2 selesa tu susah jugak kot. Pastu nak balance kan badan lagi. Aku terfikir jugak, dah la lepas ni aku kena dukung anak. Buatnya tak balance, naya je. Huhu!

Tak kisah la kan, yang pastinya, itulah wish list aku selepas berpantang nanti. Hihi!

Lagi satu, aku nak pakai baju, shawl yang cantik-cantik. Dah tak nak lagi nampak selebet ke apa. Wahhhh kau punya harapan tu, macam sukat tercapai je. Ahahahaha! Kadang2 jadi selekeh ni pun penat jugak. Tengok diri sendiri kat cermin pun tak bermaya je kan.

Walaupun orang kata muka cantik pakai apa pun cantik. *tangan dibahu terus* Tapi sudah cukup sudah. Mihmihmih! Bagi la aku berangan2 menjadi vok da vas lepas ni..

Apa lagi wish list eh. Kalau makan sedap2 tu biasa la kan. Nak bentuk badan macam anak dara pun benda biasa. Lepas ni kena banyak let go baju2 zaman tak ada anak. Sebab kebanyakkannya tak sesuai dah. Aku kena cari baju yang senang nak breastfeed. Nanti baju-baju iolls mana yang okay lagi akan di lelong. Tapi tunggu la aku beli baju baru dulu. Kang tak pepasal kena pinjam baju Qery pulok. Bising orang tua tu. Huhu!

Ha, pasal sample yang akan keluar by next week tu. OMG aku terus menggelabah bila ramainyaaaaa customer request nak. Huhu! Aku utamakan siapa yang beli barang *next week punya order la ye*, so mana-mana customer yang dah beli barang sebelum ni, tapi nak sample boleh aje. Tapi limited la. Macam mana nak dapatkan sample tu nanti, semua akan di update kat ig Seqy Beauty. Korang kena cek kat situ je.

Buat masa sekarang ni ig tu tak berupdate sangat, soon aku akan re-update balik barang apa yang ada, barang apa yang tak ada.. Serius tau, aku dalam keadaan risau, takut, seram, excited, haha! Kecelaruan betul jiwa ni. Mula-mula aku tak ada la nebes sangat, tapi bila korang wasap macam excited, aku pun terus cam menggelabah. Hahaha! Seronok sangat sebenarnya, tapi biasalah risau tu mesti ada.

Tapi apa-apa pun, tq kat korang semua sebab non stop support aku. Walaupun aku ni banyak songeh suka membebel kat blog, bebel yang bajet bagus, yang memenyampahkan, tapi korang layankan je. Hihi! Bukan senang nak cari readers yang ikhlas nak berkawan ni. Memang la akan ada jugak orang yang tak suka, tapi nak buat macam mana. Lumrah la. Bukan semua orang suka kita kan. Nabi Muhammad yang tak ada dosa, ahli syurga tu pun ada orang tak suka. Inikan pulak aku. Sedar diri dan redho je la.Hihi!

Korang paham tak perasaan aku sekarang ni. Dengan excited nak habis pantang, nak keluar melihat dunia. Ewahh.. Haha! Dengan excited pasal nak keluar sample, perasaan takut semua. Korang doa-doa la aku boleh bertenang sikit, so nanti tak ada la nampak cam menggelabah.

Ok semua, take care and love u =)

Sep 17, 2014

Insyaallah kalau ada rezeki =)

Ha tajuk ustajah sangat kan. Hihi! Ramai jugakla customer yang wasap tanya kenapa aku buat clearance stok.. Antara pertanyaannya

Nak tutup kedai ke?
Nak jadi fulltime housewife ke?
Produk tu tak elok ke?
Ke ke ke ke?

Dan macam-macam lagi la pertanyaan tu.

Okay, untuk pengetahuan korang. Aku buat clearance bukan sebab nak tutup kedai ataupun produk tu tak bagus ke apa. Produk yang aku jual kebanyakkannya sebelum tu aku buat research dulu. Semua pun bagus, aku stop restock bukanlah sebab barang tak bagus. Ada sebab lain. Aku still bukak kedai macam biasa. Produk yang masih aku jual ofkos Tabita dan Ibu Putih. Cuma apa yang korang baca kat entry atas ni, barang2 tu lah yang aku nak stopkan jual.  Why Sepet, why??

Hihi!

Ekceli, iolls nak try keluarkan produk sendiri. *gelak tutup mulut*. Ala korang, sekadar mencuba je. Berjaya atau tak aku pun tak tau, harap2 berjalan lancar. Aminnnn. Dan harap jugak doa dari korang semua. Sebab itulah, aku agak bizi sebelum beranak haritu. Semua benda nak kenal setelkan sebelum beranak. Ini pun banyak benda tergendala sebab aku tak boleh nak keluar pegi cek barang semua. Pfttt

Tapi aku percaya, perancangan Allah lebih teratur. Yela, kalau ikut aku memang la nak cepat je kan. Kikiki! Tapi aku fikir, it's okay kot. Ikut je flow dia, lambat pun tak mengapa. Asalkan teratur. Gitu. Insyaallah by next week sample akan keluar. Dan sample akan aku berikan kepada semua pembeli barang2 kat Seqy Beauty

Apa produknya Sepet? Haaaaa, itu kena tunggu lah. Hihi!

Sep 16, 2014

Injection Sebulan

Sementara menunggu nasi dan lauk masak, meh la update kejap, lagipun anak tengah tidur tu. Baru nak makan uolls, begitulah pantang sendiri. Mana dan aje. Haha! Ini kira ok lagi, ada tu makan pukul 12 malam ok. Baru feeling sahur. Pfttt

Semalam pegi inject 1 bulan kat anak. Excited la kan, katanya bukan senang nak keluar rumah. Nak keluar sampai ke pagar pun jarang2. Kuikuikui! Izz Qaiser ni badan dia kengkadang panas, kengkadang ok. Tapi tak ada la tinggi suhunya. Setakat 37 gitu la. Belum sampai 38 lagi.

Itupun aku beli termometer yang jenis scan kat kepala tu. Baru la sedap sikit hati bila tau berapa suhu sebenar. Sebab aku ni berdarah sejuk la kononnya, kalau pegang semua orang aku rasa orang lain panas. So risau2 kalau rasa kepala dia panas je aku lap2 dengan kain.

Nak dijadikan cerita, semalam pegi jumpa doktor aku pun bagitau la yang izz ni demam manja2. Doktor kata biasanya baby memang macam tu. Selagi belum 38 jangan risau. Selalu 37 plus2 tu memang manja2. Takyah lap pun takpe. Nak lappun boleh. Gitu. Tapi sentiasa keep update dia punya suhu la. Then doktor bagitau lagi, kalau beli termometer yang jenis scan kat kepala atau kepit kat ketiak kena tambah 0.5 baru dapat bacaan yang betul.

Kalau nak bacaan yang tepat silalah beli termometer yang jenis scan kat telinga. Itu antara termometer yang paling tepat la. Itu aku tak sure pulak berapa harganya. Yang scan kat kepala, beli kat watson pun dah dua ratus plus. Mungkin kat telinga lagi mahal sikit kot. Huhu.

So cek la tinggi, berat, kembung ke tak. Aku risau jugak anak aku ni kembung ke. Yela aku ni jaga sendiri. Takut jugak aku tak pandai jaga. Tak tau cek anak kembung ke tak. Iolls baru anak satu, tak ada pengalaman kan. Bila doktor cek katanya semua ok. Fuhhh.. Lega mak nak. Haha!

Hari-hari setiap pagi lepas mandi memang aku akan bagi dia minum gripe water. Itupun mak aku pesan suruh bagi. Lepas mandi tuam satu badan, letak minyak telon urut kat perut, kaki, dada, belakang badan. Sebab takut kembung punya pasal. Mak kau ni agak kelam kabut jugak kalau kau nangis nak. Jadinya langkah berjaga2 tu amatlah dititikberatkan, kekeke.

Korang nak tau, haritu kat penis dia luka. OMG gelabah gila aku. Tapi gelabah pun dalam hati je la. Pastu bagitau mak, mak suruh letak minyak gamat. Nasib baik 2 3 hari lepas tu ok. Bila suruh doktor cek balik, doktor kata nampak ok, tak ada apa2. Phewwwwww....

Doktor bagitau mungkin aku pernah terlambat tukar pampers. Baby memang cepat terkena jangkitan. Memang pun. Ada satu malam tu, Izz tidur tak merengek tak mintak susu pun. So tak ada la aku bangun kan. Haha! Dasar sangat. Pagi subuh tu tengok2 dia berak banyak gila. Mungkin time tu la kena infection kot. Rasa serba salah je lepas tu. Selepas kejadian tu, aku akan tukar pampers dia 3 jam sekali tak kira la dia berak ke tak. Hihi! 

Nasib baik masa kat expo dulu beli pampers murah dan banyak gila. Jadi tak ada la terjimat-jimat. Alah better buang duit ke situ dari jadi apa2 kang apa pun tak guna. 

Dah naik 4cm dah tingginya, jadi 55cm. Berat pun naik 1.2kg. Doktor cakap banyak jugak naiknya, mesti kuat minum susu. Ahaaaaa, memang pun. Mulut tu asik la termuncung2 nak susu. Nasib baik jugak aku ni ada je susu. Kalau tak meratapi jugak mengenangkan. Hihi!

Kesian korang asik kena baca pasal anak aku je, haha! Biasalahhhhh, tu je la topik mak mak ni. Hadap je la ye.

Pakai seluar jeans okay, kalau mak nampak ni tak tau la kena bebel ke tak. Hahaha!

Syukur awak sihat-sihat je.

Eh nasi dah masak. Kbye

Sep 11, 2014

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Pertama

*tepuk tangan kuat-kuat*

Alhamdulillah, walaupun baru tahun pertama hidup sama-sama, rasa syukur sangat-sangat. Borak-borak dengan Qery, rasa baru je semalam kawin, tetiba eh eh dah ada anak. Qery cakap kat aku, tak sangka sangat dia dah ada anak, dengan orang yang benci dia dulu pulak tu. Hahaha! Terkekek-kekek aku gelak.

Kalau terobek kisah-kisah lama dengan Qery dulu, memang tak sangka sangat la boleh kawin dengan dia. Yela, menyampah gila dengan perangai dia, pulak tu tak tau malu. Orang dah tak suka dia, lagi mau contact-contact kite. Cinta sangat lettew. Auwww! Hahaha!

Ofkos la kitorang ni bukan cinta pandang pertama. Memula dulu masa tengok Qery pun aku dah rimas. Sebab dia banyak cakap. Lepas tu ok la kawan-kawan, masa kawan tu la pernah gaduh sampai aku delete nama dia kat fon. Bajet dah tak nak contact. Beberapa bulan lepas tu kawan balik. Ni kawan yang memang kawan je tau. Bukan bercinta. Dah lama-lama sikit baru menyulam kasih sayang. Lols. Geli la jugak. Kannn..  Hahahaha! 

Itu yang bila ingat-ingat balik, dua-dua rasa cam tak caya je. Sebab masa kawan2 tu kita dua orang cerita je pasal ex boifren, ex girlfren. Lepas tu siap tolong carikan gf bf. Bukak kan facebook untuk Qery, add kan perempuan2 cantik kot mana dia rasa nak tackle. Aku siap bukak aku punya myspace nak tunjuk lelaki badan sado sado kat dia. Kengkonon menggiurkan tapi apa pun tak boleh..hahaha!

Rasanya dah berbelas tahun kot kenal Qery, tapi kenal je la. Lepas Qery habis SPM rasanya, sekarang Qery dah 30 tahun pun. Dia start mesej n kol aku masa aku SPM. Lahaiiii rasa malas nak layan, tapi sebab fikir dia kawan Ceera, layankan je la. Nanti boleh gosip dengan Ceera perangai buruk Qery, kahkahkah! Yang peliknya, aku dulu rajin jugak la tukar nombor telefon. Tiap kali aku tukar dia tauuuuuu aje. Nampak sangat dia admire aku dari dulu. *gelak tutup mulut*

So, 31Ogos2014 genaplah setahun perkahwinan kami. Dan dikurniakan sorang cahaya mata. Seronok toksah cite la kan. Lagi-lagi dapat kek ala-ala jiwang. Hihi! Qery kan dia suka surprise. Tapi kali ni dia tak boleh nak bagi kejutan sangat sebab aku still dalam pantang. Tak leh keluar. 

Aku tak expect pun dia akan tempah kek. Pagi tu dia bawak family dia pegi Klang, ada rombongan merisik untuk Syah. So balik rumah pun dah pukul 3 4 petang. Balik tu la baru nak potong kek segala.

 Sekali 2 kek kau. Tak termakan. Kek Coklat dengan Kek Lobak Keju.

 Nasib baik kek coklat tu tak jatuh. Kalau tak sia-sia usaha kakak buat kek tu. Hehe!



 Malam tu family Qery datang tengok IzzQaiser, jamu sekali dengan kek-kek ni. Selamber je bagi dorang tengok tulisan i love u darling tu. Mesti nak makan pun dorang tak ada selera. Hahaha!

Di sebabkan takada gambar sama-sama lagi, bagi tengok gambar masa raya je la.


Kenangan 38weeks mengandungkan IzzQaiser.

Semoga kita menjadi lebih penyabar *nampak sangat tak point dia, haha*. Biasalah gaduh-gaduh merajuk tu. Kengkadang kalau gaduh rasa nak tendang peti ais. Hahaha! Normal kot. Dah ada anak ni lagi la kena topup kesabaran tu lebih sikit. Maklumlah, kena kejut bangun pukul 2 3 4 5 pagi. Kalau aku penat sangat, Qery yang tolong dodoikan anak dia. Harap2 kita macam ni la sampai bila2. Saling bantu membantu, paham memahami, sayang menyayang cinta dikenang gittew. 

I love U Daddy IzzQaiser. Muah!!
*flying kiss ala-ala ratu*

Ikut muka mommy ke daddy?

OMG terkejut tak tengok iolls update, huhu! Saja curi masa 20 minit sementara IzzQaiser tengah tidur, nasi dah masak, baju dah basuh, dah sidai, alamat dah tulis, tengah nak tunggu Qery balik. So update la sekejap. Jap lagi baru sambung lipat baju, balut parcel, kejut si kenit minum susu.

Aku tak sure anak aku ni ikut muka sapa. Mula-mula keluar memang tak boleh nak cam la sebabnya muka dia still bengkak. Bentuk kepala pun ada benjol sikit, mata pun tak boleh bukak habis. Hidung dia mancung tapi terjungkit sikit. Bibir nipis bukan ikut aku yang pastinya. Kekekeke!

Bila aku snap gambar, ramai kata macam muka aku. Tapi bila family, sedara mara, kawan2 datang tengok live, ramai kata ikut muka Qery. Then ada kawan aku bagitau baby kalau 6 bulan ke bawah ikut muka ayah, nanti 6 bulan ke atas dia akan bertukar sikit2 ikut muka mak dia. 

Aku pun tak berapa nak tau. Sebabnya aku ni dari baby sampai sekarang muka sama je. Baby face kan. *mata ke atas sangat, hahaha* 

 Kalau bukak mata macam daddy

 Kalau tutup mata macam mommy

Saya pun konfius nak ikut muka sapa.Hihi!

Tapi aku tak rasa la dia ikut muka aku. Aku cantik sangat kot. (>_<)

Sep 10, 2014

Tutup je la blog tu

Kihkihkih! Seronok rupanya perasaan bila tak update blog. Bukan la tak ada masa sangat pun. Saja malas tak nak update. Bila dah share gambar-gambar kat instagram rasa cam malas nak upload lagi kat blog. Huhu!

Harini aku dah berpantang hari yang ke-27. Punyalaaaaaa lama gila rasa nak hari ke-44 ni. Lahaii lahaiii betul. Haritu mak aku datang melawat, aku bagitau la aku pantang baru hari ke-24, pastu mak aku bebel. Katanya perempuan takyah kira berapa hari lagi nak habis pantang, kalau dikira memang rasa lambat sangat nak habis. Mak cakap selalu yang kira berapa lama lagi nak habis pantang ni orang laki-laki. Lols. Terus iolls buat muka tak reti. Pastu Qery tersengih2. Kekekekeke!

Bila dah ada baby, rasa timing nak tido, nak buat kerja, kena ikut timing baby lah. Kalau dia tidur, boleh la aku buat kerja. Baru la boleh nak basuh baju, sidai baju, masak, ambik order, tulis alamat, balut parcel. Kalau baby dah bangun, ada masa dia diam pandang sana sini takpe la. Tapi selalunya kalau dia bukak je mata, mesti nak nyusu. Kalau tak nak nyusu pun mesti ter ek ek ek sakit perut nak berak. Kalau tak pun mesti dia nak dukung sambil goyang-goyang. Kalau kita layan dia, dia suka la dia diam sengih-sengih.

Selalu pagi lepas Qery pegi sekolah baru dia nak tidur. Lepas tu bangun pukul 10pagi, *perangai mak dia sangat kan, haha*. Then sebelum dia nak bangun tu aku siapkan la air suam2 untuk dia mandi. Siapkan baju2 untuk dia nak pakai nanti. Siapkan tuam dia semua. Siap perah susu takut lepas mandi dia nangis boleh terus sumbat je. Kekekeke.

Selalunya lepas mandi dalam 30 minit anak aku dah mamai-mamai nak sambung tidur. So lepas tu setiap 2 jam dia akan bangun la nak nyusu, takpun nak berak. Gitu. So time tu la aku nak buat itu ini.

Oh aku berpantang sendiri ye. Kena buat semua sendirian berhad. Walaupun ramai yang nasihatkan banyakkan rehat dalam tempoh berpantang. Jangan buat kerja banyak sangat. Jangan itu jangan ini. Iolls tak ada pilihan. Kena buat jugak semua benda. Kalau tak, sapa nak buat, takkan baby nak bangun mandi sendiri. kekekeke!

Aku ni takde la hebat mana pun. Rasa serba salah bila orang puji hebatnya anak pertama dah berpantang sendiri. Erk.. Aku pun hentam je sebenarnya. Mihmihmih! Tau la sikit-sikit pasal berpantang ni, ater nyeeee, kakak-kakak aku semua berpantang kat rumah mak dulu. Anak aku ni cucu ke 22 pun. Aku tau la sikit-sikit nak kena tuam, kena bedung, pilis, mandi daun-daun, makanan boleh makan, tak boleh makan. Nak mandikan baby, nak jaga baby. Walaupun dah lamaaaaaaa tak jaga baby kecik, tapi kalau nak recall tu boleh la sikit-sikit, kalau tak tau aku google je lah. Macam tak biasa. Hehehe!

Tapi aku tak adalah masak benda yang susah-susah. Stakat bubur, sayur, stim, sup. Itu je lah manu pun. Tak kuasa aku nak beriye. Aku dah la pemalas. Paling pemalas aku masak sup sayur je. Kalau rajin sikit aku masak la untuk Qery skali. Kadang2 aku rasa kesian jugak kat Qery, bila nak makan je kena keluar. Tengok la kepada kerajinan dan kekesianan aku terhadap Qery, muahahahaha! Kalau tak silalah ke mamak je. 

Aku dah bagitau kan, nama baby iolls Izz Qaiser Bin Khairi Fizairi. Nama ni aku pilih ye. Ekceli aku tanya jugak Qery kot dia ada pilihan lain. Ada jugak la nama-nama lain yang keluar. Aku tak kisah pun, asalkan nama tu aku rasa sedap, dan maksud dia ok, aku on aje. Tapi last-last Qery cakap dia rasa dia pun nak Izz Qaiser. Kihkihkih! 

So inilah dia budak kecik itu.

 Hari pertama melihat dunia.

 Hari ke tiga balik ke rumah.

 Budak kecik yang panjang ni. Budak ni masa doktor ukur kat dalam perut, jangka keluar 2.9kg je. Tetiba mana tau panjang pulak. Jadilah 3.2kg.

 Suka senyum sorang-sorang. Hihi!

 Buah hati daddy

 Kesian, kena pakai baju beso. Hihi! Ekceli baju dia banyak gila, tapi sebab kat tingkat atas. Aku malas nak naik. So kita pakai apa yang daddy bawak turun je lah nak.

 Hari ke-23 timbang berat dia dah naik sampai 4.2kg

Anak mommy yang kuat kentot, kuat berak macam daddy. Lols

 Saja nak menunjuk berat dah seperti sebelum mengandung. Kahkahkah! Minggu ke dua berpantang memang dah jadi 48kg. Korang jangan la tanya kenapa boleh kurus. Kalau dah berpantang sendiri sambil bekerja online, haruslah ko kurus tanpa dipaksa. Hahaha!

 Ini hari ke 9 berpantang, time aku demam nak gi klinik. Masa tu timbang pun dah jadi 50kg. Lepas bersalin, minggu pertama aku horror sikit. Dengan ulcer 3 biji dalam mulut, dengan demam panas sebab bengkak susu, dengan sengugut yang ala-ala contraction, dengan tak ada selera nak makan. Dengan nyusu badan. Dengan semua benda kena buat sendiri. Tak ada tips ye. Aku rasa kalau aku sihat walafiat, takde nya aku turun berat badan cepat. Lembap jugak kot. Entah2 habis pantang pun masih tak dapat lagi berat masa remaja. Auwww. remaja sangat. Hahaha!

 Okaylah.

Ini saja yang dapat daku coretkan. Ecewahhh.. Nanti tunggu la aku rajin, baru update lagi. Kbyeeee =)