Jumaat tadi, before Qery solat Jumaat dia Mesej aku.
Q : Tak jadi photoshoot, lepas solat Jumaat kita dating yeah..
S : Ok kamu belanja
*aku tau korang cakap apa dalam hati, huhu*
Pukul 1 aku mesej Qery
S : Betul ke nak dating? Pukul berapa?
Q : Tak nak dating takpe la. Tanya banyak-banyak kali macam tak nak dating je.
S : Kite tanye je la.
Q : Ini je la masa kite free, kamu tak nak dating pulak, takpe la takpe la.
*Erghhh, kuat sentap dan mengada2, kalah anak dara*
Lepas tu aku pun pujuk, kekeke! Bengang2 pun pujuk. Apa punnn tak boleh. Ayat pujuk tak mampu nak taip, kang ada yang unfren blog i. Boleh?? huhu!
Tepat jam 3 Qery sampai, ni mesti rindu i yang comel. Selalu kalau janji pukul 2. Pukul 2.15 baru sampai. Seminit lagi pukul 3 dah sampai. Rasa macam Cinderella je walaupun takde kene mengena. Tapi masuk kereta kena sambung pujuk la.
Abang ko tu, tak cukup pujuk kat mesej. Kena jumpa lepas tu buat muka beruk, spastik untuk bagi dia ok. Aku dah biasa buat. Kadang2 konfius adakah idola aku beruk. Oh lupakan.. Sampai Jusco terus beli tiket wayang, cite Hantu Kapcai. Itu kot tajuk dia.
Fizz Fairuz eh nama dia? Aku tak ingat la eja dia. Tapi dia memang klaka gila hokey, lagi lawak dari Zizan, terkekek-kekek aku tengok. Tapi cite tu spoil sebab ada *tizz zakiah punya boifren*, aku okey je dengan sapa eh..haaa! Remy Ishak tu. Cuma tak suka tengok dia berlakon jadi jahat. Bila dia jadi jahat, ada jambang, memang serupa mat bangla ok. Tak dapat terima. Kalau dia jadi baik dapatla aku bayangkan muka dia macam Salman Khan ke apa kan, even jauh pun rupanya aku boleh jugak bayangkan sikit-sikit. Ini jadi jahat. Hoih...Nasib baik fizz fairuz tu ada. Korang kena tengok tau. Takyah tengok Zizan, tengok fizz fairuz tu, lawak sangat.
Before tengok wayang aku nak makan dulu
Baju : Pretty Chase. Cantikkan =)
Sebenarnya baju ni kembang, tapi aku pin kat belakang, jadi depan dia nampak la berbentuk sikit.
Makan kat Orchid Bistro sebab aku je yang makan. Qery taknak. Dia baru lepas makan. Aku tak sure dia ni diet ke apa. Lantak la. Yang penting aku dapat makan. hehe!
Berpura-pura sopan. Ini pun dah biasa buat. huhu!
Makan nasi la, tekak village memang macam ni.
Paksa staff sini amik kan gambar.
Memang fake sangat kan, hahaha! Aku boleh makan separuh je. Sebab dalam kereta dah makan roti. Roti dah kembang dalam perut. jadi nasi dah takde ruang sangat nak letak. Yang lain Qery langsaikan. Dalam dia dah kenyang tu boleh je habiskan. Lelaki......
Order air soya bean je. Konon boleh putih lagi.
Lepas makan kite tengok wayang. Lepas tu Qery nak gi beli dot dot dot.
Dutaa Jusco Balakong ittew
Lelaki yang selalu nak beli dot dot dot..
Murah je dot dot dot ni. 3 helai RM23. Tapi lepas basuh boleh pakai lagi ke tak, tu tak sure. Huhu!
FOS ni aku kureng sikit. Beli baju lelaki ok la. Baju perempuan dia tak menarik. Macam remaja baru nak up je pun ada.
Turun eskelator pun nak snap.
Itu je dari saya, marilah datang ke Jusco Balakong, walaupun mesin card parking dia gila tak boleh terima Jusco card. Tapi kat sini adalah best dari Jusco Maluri. Motif nak banding2. hahaha! K bye!