May 25, 2018

Sepet Jalan-Jalan : Taman Eko Rimba KL

Walaupun orang KeyEl, aku tak pernah lagi jejakkan kaki ke Menara Kuala Lumpur. Kemain cita-cita nak jalan ke obersi, tapi Menara KL kebanggaan Malaysia kau tak singgah pun ye, derhaka sangat. Kekekeke!

Tiap kali Sabtu Ahad je, kepala otak ligat fikir nak bawak anak jalan ke mana. Tak gi jejauh, dekat pun jadi lah. Tengok pemandangan luar rumah. Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Bebudak ni selain hadap mak pak dia hari-hari kat rumah, dapat jugak hadap benda lain masa cuti, hahaha! 

Qery kata nak pergi Taman Eko Rimba, aku pun google lah tengok review best ke tak, sesuai ke tak bawak baby semua. Tengok review macam ok. So jom lah kita.






Walaupun mata aku macam nampak sebaris je, tapi yakinlah. Bahawasanya aku nampak dengan jelas dan nyata. Huhu! Kitorang datang sini cuaca cun, memang panas tapi ok sebab keliling dia pokok. Ada tempat yang dilindungi malaikat dari kepanasan. Ada yang memang panas. So far okay.

Jadi korang tengok gambar je ye.






 Tiap kali kitorang jumpa orang je, mintak snapkan gambar. Biar gambar banyak-banyak. jadi tak jadi belakang kira. Huhu!








Review saya.

Tempat ni memang jambatan semata-mata. Jambatan yang panjang. Dia ada beberapa check point (macam pondok) yang korang nampak tempat berbumbung tu. Ada dalam 5 check point kot. Kalau bawak baby, then dukung je la. Kalau ada anak yang dah boleh jalan tu, biarkan je dorang jalan. 

Tapi tengok jugak la, kalau tak ramai boleh la biar bebudak berlari sana sini, kalau ramai orang kena la bersopan santun. Huhu!

Sesuai pergi waktu pagi, rasanya pukul 8 dah pukak kot. Tak sure, korang cek la sendiri. Tapi datang tengah hari pun takpe. Tak lama pun dalam ni. Tak sampai sejam kalau korang just nak jalan jalan kejap. Bukan ada orang jual eskem pun. Hahaha! 

Selain dari Taman Eko Rimba ni (jambatan), korang boleh naik Menara. kat area situ ada rumah terbalik (kena bayar), ada farm in the city. Aku tak suggest korang pergi farm in the city kat Menara KL, sebab jalan dia tak frendly budak. Paham tak, kalau aku tengok dari atas, jalan dia sempit, lepas tu tak sesuai masuk stroller. Better pergi Farm In The City area Seri Kembangan. Lebih best. 

Aku tak habis round Menara KL, sebab ketiak dah basah. Hahaha! Lagipun bebudak ni dah lapar nak makan, nak sleep. So aku decide next time datang lagi. Tak tau lah bila, ekekeke! Setakat tu review dari saya. =)

P/S : Pembelian Produk Seqy di Website. KLIK SINI

May 24, 2018

Tips Bawak Anak Jalan-Jalan.

Aku tak sure la entry ni membantu atau tak. Rasa macam malu je nak up, sebab aku baru 3 orang je anak. Tapi ada yang mintak bagi tips, apa yang perlu bila bawak anak jalan. Katanya anak sorang pun rasa ralat nak bawak keluar jalan-jalan. Okay uolls.


Untuk bawak anak keluar jalan-jalan, aku akan senaraikan apa yang paling perlu.

1. SABAR

Korang perlu bawak kesabaran korang yang paling banyak. Hahaha! Kita selalu jalan sorang-sorang, free and easy, jaga diri sendiri, jaga perut sendiri. Tapi kali ni kita pergi dengan anak dan suami, jadi korang kena banyak bersabar sebab nanti macam-macam perangai akan keluar, hahaha!

2. PLAN MAKAN KAT MANA, JALAN KAT MANA.

Sebagai seorang ibu, dah tentu kita kena fikirkan perut SUAMI dan ANAK. Bargantunglah berapa orang anak yang korang ada. 

Sebelum holiday, pastikan tempat makan yang korang nak pergi. Senaraikan beberapa tempat makan (tekak melayu, tekak omputeh, tekak mix). Kadang tu tanya suami, tengah hari dia rasa nak makan apa, suruh dia bagi cadangan. Kalau dia tak membantu, baru korang buat keputusan. Cuma aku mintak korang senaraikan kedai makan, supaya nanti kalau tempat tu jem, atau ramai orang, kita boleh tukar terus nak makan kat mana. Sebab MASA ADALAH SANGAT PENTING bila bercuti.

Kita takde masa nak fikir nak google makanan sedap kat mana semua. 

Jalan kat mana pun korang kena cari siap-siap. Pun buat option banyak sikit. Supaya korang boleh adjust masa, mana sesuai pergi malam, mana sesuai pergi pagi, mana yang sesuai petang. 

3. BAWAK MAKANAN ACAH-ACAH LAPAR.

Bila bercuti, perut anak lah yang paling penting. Bila perut anak kenyang, jadi dorang tak meragam. Bawak makanan tu tak perlu banyak sampai satu beg pun. Cukup la biskut ke, roti ke, untuk alas perut je. Yang menyusu, bawak susu yang cukup. Sebab nak mencari kedai runcit pun dah boleh dikatakan membuang masa. Jadi baik korang bawak lebih. Sebab kadang tu kita lambat nak ke tempat makan, sebelum perut anak masuk angin, kita mesti bagi susu. Susu memang cepat habis bila Holiday. 

4. STROLLER PERLU ATAU TIDAK

Survey tempat yang korang pergi tu, perlukan stroller atau tidak. Contohnya nak pergi ladang teh, takyah bawak stroller sebab tempatnya berbukit bukau. Tapi kalau singgah mall, boleh pakai stroller. Tengok review dulu, atau tanya je kat facebook kalau dah tak tau nak cari mana, orang Malaysia semua sangat baik, suka bantu membantu. Kalau korang tanya mesti ada orang jawab. Contoh, tumpang tanya, kalau kat Cactus Valley tu korang dukung je anak, atau buh dalam stroller. ha gitu. 

5. BAWAK BAJU YANG SELESA DAN SESUAI.

Jangan bawak baju yang buat anak tak selesa. Cuaca Malaysia bukan macam London. Jadi kita kena redho je okay. Tapi kalau korang holiday luar negara, bawak la yang sesuai. Aku kalau jalan tempat panas, akan pakaikan Yurika baju lengan panjang sebab taknak kulit dia hitam, hahaha! Dari kecik dah kena jaga kulit uolls, Dasyat mak ko. Tapi sukati korang lah. Kalau anak tak selesa, then ikut mana selesa okay. Panas sangat pun kesian kat anak, Cahaya matahari sekarang ni pun terik sangat, bahaya jugak terdedah lama-lama. 

6. SELALU PESAN DAN NASIHAT ANAK.

Sebelum pergi, banyak kali pesan dekat anak apa yang boleh buat, apa tak boleh buat. Nanti makan jangan memilih, pegang tangan, jangan lari-lari, kalau perangai elok boleh selalu jalan-jalan. Dalam kereta pun ulang banyak kali sampai dorang bosan, hahaha! Tapi ofkos la bla excited dorang akan hilang arah kan, itu biasa. Jadi kita pun kena alert jugak lah, kita dah tau anak akan excited pergi sana, so kita pun kena lebih memerhati. 

7. JANGAN STRESS, CHILL JE.

Bila berjalan, jem sikit jangan stress, kalau kedai ramai orang jangan stress, kalau makanan sampai lambat jangan stress, kalau anak terberak terkencing dalam kereta jangan stress. Kita jalan nak happy happy. Bukan selalu bawak anak berjalan. Kita lek lek je okay. Baru lah best nak berjalan. Penat sikit takpe, asalkan happy. Penat tu kejap je awak, tapi bila tengok anak happy, hilang terus penatnya.

Kakak share ni dulu, nanti kakak share lagi kalau ada penambahan. Semoga bermanfaat untuk semua. =)

p/s : Siapa yang malas nak wasap-wasap, nak beli terus produk Seqy, boleh terus ke Website Seqy. KLIK SINI.

May 23, 2018

Sepet Jalan-Jalan : Cameron Highland Part 2

Kitorang pergi Cameron ni 2hari 1malam je. So last day terus la ni. Pagi tu sarapan dah lambat, jadi makanan tak banyak dah. Sokey sebab aku pun pagi tak makan sangat. Kang memerut dah satu hal. Jadi lepas sarapan, bebudak dah mandi. Qery terus bawak dorang round hotel. Hotel smurf ni cantik, bebudak suka la sebab comel. Aku pulak mengemas dalam bilik sambil tidurkan Yurika jap. 







Menghayati sangat Runako tu, haha!

Perut Ako memang takleh sorok dah, haha!
















Ok lepas tu aku dah join.











Kitorang terus check out. Menuju ke Kampung Sedia, 2 minit je pun dekatnya. Huhu! Sarapan ke tempat wajib Family Noh. Hahaha!

Rasa taknak share dengan korang tempat ni, hahaha! Tapi takpelah, kita bagi uolls rasa sarapan sedap and ofkos scone dan aiskrim paling sedap. KHM Strawberries and Jams. Kalau pagi-lagi datang awal dapatlah rasa nasi lemak. Kalau lambat tak dapek la. Nasi lemak dia sedap.

 Scones dia masa panas lagi sedap tak tau cakap lah. Jams dia buat sendiri, krim dia pun. Tu yang tak dapat tempat lain.

 Yang ni pun korang wajib order.


Kat situ ada ladang stoberi, tak besar. Tapi boleh la nak bergambar. Anak-anak pun syok.
 



 Yurika masa ni tidur je. huhu!


Habis makan, terus ke ladang teh.

Masa ni masuk tak yah bayar lagi. Sekarang uolls kena bayar tau. Tak ingat berapa ringgit entah. Nanti dorang bagi gelang. huhu!














Aku tak turun sampai bawah pun. Bebudak ni je sampai berlari terjatuh bagai. Huhu! Aku kan pegang Yurika. So kita turun bawah sikit ambik gambar, then naik atas. Cuaca panas masa ni, sian Yurika. 




Terjumpa adik ni tengah hanimun. Hahaha! Kakak lupa tanya nama awak. Jadi buh gambar kat sini terus.

Lepas tu beli tea stoberi, ni pun wajib kalau awak pencinta tea. 

Balik tu sepanjang perjalanan aku suruh anak-anak pejam mata. hahaha! Qaiser pejam mata sebab dia takut termuntah lagi. Last-last tertidur.

So kat Cameron, awak memang wajib pergi.

1. Big Red Strawberry
2. Cactus Valley (banyak tangga, budak 4 tahun ke atas okay masuk), kalau tak pergi Cactus Point (takde tangga)
3. KHM Strawberry & Jams
4. Ladang Teh (Cameron Tea Valley)
5. Malam boleh pergi mall sebab sebelah mall ada funfair kecik untuk anak-anak.

Ini kalau uolls pergi 2H1M lah, kalau pergi 3 hari banyak lagi tempat best yang korang boleh jalan.