Selalunya, hari Isnin memang hari yang tak boleh rehat sangat kan. Kerja la kat mana-mana pun, aku rasa kebanyakkannya sama je. Kalau boleh semua benda nak setel Isnin tu, konon2 Selasa sampai Jumaat boleh rilex sikit, padahal....
Semalam aku buat clearance stok untuk beg kan, inform korang nak pos harini, tapi ada yang dah pos semalam. Sebab plan petang tu nak ke bank ada urusan sikit. Tapi tak jadi sebab Qery ngantuk pulak. Tu yang aku sempat je balut beg-beg korang.
Pagi semalam macam biasa la aku tidur kejap. Sebab selalunya aku tak boleh tidur. Lepas sahur baru la mamai-mamai sikit. Nanti pukul 9 aku bangun la kejap2 cekfon, dah balas sikit aku tidur balik 30 minit kang tengok balik fon. Pukul 10 bangun terus basuh baju, bukak tingkap, bukak pintu, bagi udara masuk. Dah start reply dengan gigih. Semalam pulak kena update pasal beg kan. So before tu edit gambar la.
Kerja amik gambar pulak nasib baik Qery tolong isikan plastik dalam beg, bagi kembung sikit beg baru la boleh ambik gambar kan. Kerja tu kami buat pukul 2 pagi ye. Huhu! Masing2 dah penat, tapi buat jugak la. Inilah kesusahan peniaga online yang orang takkan nampak. Tau-tau je nanti dengar ayat 'bukannya penat sangat pun duduk rumah aje' Pfttt. Hihi!
Tak kisah la apa-apa pun, yang penting kita enjoy dengan kerja yang kita buat. Orang nak kata apa, lantakkan. Semalam aku menunggu stok trial tabita yang besar tu. Dah tau nanti balik sekolah Qery akan bawak balik dalam 30 set. Tapi tu la, kena tunggu Qery balik baru boleh balut parcel untuk trial tabita tu. Kebetulan semalam supplier datang rumah mintak tolong poskan barang.
Lepas je dia balik, Ceera datang. Kalau sapa-sapa yang tak tau lagi, sekarang Ceera tolong aku buat COD barang2 tabita, kaylena, ibu putih, dengan skincerity. Tapi bukan semua tempat la. Kalau boleh korang datang la area rumah dia kat Cheras, Bandar Sri Permaisuri. Barang2 lain aku tak bagi kat dia, tapi incase sapa nak tolong roger aku dulu, so aku boleh pas barang kat dia.
Mula-mula aku tak minat sangat nak layan COD ni, aku pernah buat dulu ye. Tapi aku tak suka customer tak puctual. Wah gitu. Hahahaha! Serius, masa aku terhad. Kalau dapat customer yang jadi tak jadi macam ni, lagi memeningkan kepala aku. 2 tahun berniaga online ni baru la aku nak tanya Ceera kot2 dia boleh COD. Pastu dia kata okay je tak ada masalah. Kalau dia kata tak ada masalah, bagus sangat lah kan. Haha!
Dia tak cukup stok, trial kecik tu ada orang nak beli sampai 5 skali. So dia datang rumah ambik. Tapi tak lepak lama pun sebab customer nak datang pick up pukul 5 camtu katanya. Ceera balik terus aku sambung balut tulis alamat semua. Pukul 5 gerak pos. Itupun aku dah membebel2 dalam kereta sebab pukul 5 tu dah lambat sangat untuk pos. Bukan sebab pos tutup, tapi sebab parking tak ada.
Aku ni memang ada lesen kereta, tapi pernah bawak kereta sekali je. Haha! Kereta Qery aku memang tak pernah bawak. Jadinya, masa Qery pegi pos, aku tunggu dalam kereta. Park la tepi tepi jalan. Memang ramai sangat park tepi jalan tu. Selalunya memang ada orang tunggu jugak dalam kereta. Sebab kalau ada bas nak lalu, then tak muat ke apa boleh la alihkan.
Semalam, ada satu kereta proton merah park kat tepi tu. Tapi tak ada orang tunggu dalam kereta. Kebetulan ada bas nak lalu. Dan tempat park tu memang selalunya orang takkan park sebab memang dah tau bas takkan dapat lalu kalau ada kereta park. Tapi aku tengok kereta merah tu selamber je. Bas ni pun ekceli boleh je la lalu kalau dia bertimbang rasa, dia boleh reverse sikit, kedepan sikit, sampai la boleh lalu kan. Bas lain ok je lalu. Tetiba ada satu bas ni, dia rempuh je kereta tu.
OMG, depan mata aku ok. Dia terus rempuh, habis kemek belah pemandu tu. Kalau rasa-rasa tak boleh nak lalu, hon je la dulu mana tau kot pemandu dia ada kawasan situ kan. Ini tak ada hon tak ada apa, terus langgar. Aku dah cuak sebab kereta aku pun boleh kena jugak kalau bas ni main corner je. Dia tak ada la nak pelan2 ke apa, kemain laju je corner. Nasib baik lalu kat kereta aku betul2 ngam2 lepas. Sikittttttt je lagi dia nak langgar. Tarik napas panjang aku.
Kebodohan apakah mamat tu. Bertimbang rasalah sikit. Atleast hon dulu kan. Tak pasal2 kereta merah tu remuk gila. Lain la kalau dia dah hon then still tak ada orang, atau dia dah cuba reverse tetap tak boleh ke apa. Ini main rempuh je. Aku pulak tak ambik number bas tu. Sebab risau kereta sendiri kena langgar kan. Tak baik la buat macam tu. Cuba nanti kereta kau orang langgar lari, tak ke sakit hati? Aku harap2 kereta merah tu kaya raya so dia tak kisah sangat kereta dia remuk. Huhu!
Terus call Qery suruh dia pos cepat sebab trauma tengok kereta kena langgar. Hihi! Qery masuk kereta je dia pun geleng kepala tengok kereta merah tu. Kesian memang remuk gila. Tapi tuan dia dah 10 minit kereta kena langgar pun masih tak nampak batang hidung. Kekekeke!
Lepas pos, terus call mak. Dah bagitau nak berbuka sama semalam. Macam biasa aku bagitau takyah masak, aku beli je kat param. Kesian kat mak aku tu, dia penat bukak kedai, pastu macam over pulak nak suruh masak itu ini kan. Kita ni kerja sikit balik nak masak pun malas. Inikan pulak orang tua. Mak tu dah 63 dah. Patut duduk rumah je. Tapi sebab minat berniaga, plus abah dah tak ada. Boring la dia kot. Tu gagahkan diri berniaga jugak.
So beli makanan semua. Berbuka sama-sama. Tapi tak boleh lama sebab malam tu pukul 9 ada orang nak datang rumah hantar tilam dengan almari. Aku beli almari baju baby. Mak tanya kenapa tak ambik je kat kedai mak, ada almari kartun2 tu.
Aku ni kan poyo. Aku tak suka kartun2 tu. Aku suka yang kosong tapi banyak laci. Hihi! Lagi satu beli tilam single. Sebelum kawin kan aku tidur kat katil single kan. Bila pindah, aku bawak katil je, tilam aku tinggal rumah mak. Jadinya dah setahun duduk sini, baru hegeh-hegeh beli tilam, sebab nanti senang aku dalam pantang, lepak kat bilik baby je.
Singgah kedai perabut tu, beli kan kerusi mak. Bilik mak kan dah besar. Mak renovate rumah, so dia extend belakang jadi besar sikit. So sudut tu aku tengok2 kalau letak kerusi swing tu agak cantik jugak. Plus emak ni suka membaca. Rak buku dia pun area situ. So aku bayangkan kalau mak baca buku sambil duduk kerusi tu kan cam best je. Haha!
Aku pun belikan lah satu.
Lebih kurang gini la bentuk dia. Tapi bantal warna pink la ofkos. Mak iolls suka pink.
Tak sabar nak tunggu orang kedai ni hantar sekali dengan sofa. Pasang sekali wallpaper. Harap2 cantik la seperti yang aku bayangkan. Kalau tak cantik boleh sentap beberapa tahun tau. Hahaha!
Pukul 9.30 mcm tu orang lori sampai. Kesian gila aku tengok pakcik tu angkat almari naik tingkat atas. Aku beli yang memang kayu jati, kan solid dan berat. Rasa nak tolong angkatkan sekali, tapi tak boleh la kang terberanak pulak. Huhu! Yang angkat nya pakcik tua dengan sorang bangla. Aku dah la teringat kat arwah abah. Dulu macam ni la kerja dia. Jual perabut bukan ada pekerja. Sendiri hantar rumah orang, kadang2 naik flat bagai. Pernah sekali masa hantar barang abah terjatuh tangga rumah flat. Ok takyah cite, haha! Yang penting bila tengok kesusahan pakcik tu angkat barang, aku teringat abah.
Lepas tu keluar ingat nak gi ambik barang. Sekali call-call supplier tak ada rumah. So patah balik. Beli ais kat 7e. Sebab Qery kata nak minum milo ais. Ok fine, balik ni kena masak air la nampaknya. Huhu! Sampai rumah pukul 11 gitu. Masak air, terus ajak Qery tolong kemas baju baju sama-sama, masukkan dalam almari semua. Alihkan kedudukan almari. Pasang cadar. Oh dah cantik dah bilik baby.. Suka mak dia. Haha!
Habis kemas pukul 12 lebih, turun bawah buat milo ais, bahagialah suami ku ittew. Huhu! Suka sangat minum milo ais. Aku siap pesan tin susu ni last. Kalau nak milo lagi kena beli lagi. Cepat2 dia angguk nanti dia beli. Pfttt
Pastu dia makan la biskut raya sebelum tidur. Pukul 2 lebih kitorang dah baring. Aku memang dah sakit pinggang sangat. Tak berhenti2, tak ada rehat langsung. Qery pun dia tak cukup tidur. So dua2 tertido. Pagi ni bangun sedar2 dah pukul 6.10. Terkelip2 mata aku tengok jam. Terus segar mata. Hahaha! Gerak Qery, rasa serba salah sebab dia tak sahur. Selalu kalau sahur Qery akan minum air banyak2. Dia cikgu kan, banyak bercakap. Jadinya, bila dia tak minum n makan sahur, aku rasa cam alamak camne la dia nak lalui dugaan harini. Harap2 harini tak panas sangat lah. Huhu!
Aku tak boleh tidur sampai sekarang. Tu yang gigih update blog. Tapi nak membebel je. Gambar malas nak upload.
Harini last pos tau. Payment sebelum jam 2 petang. Esok sampai raya ke dua kita dah tak ada buat postage lagi. boleh la aku rehat puas2. Kekekeke!
Okbyeeeeee =)