Jan 28, 2014

Clearance Stok (Beg Replika)

 Sebenarnya telinga aku ni dah tak boleh bla sebab Qery asik la ter 'Yanggggg, bila nak update beg' Sampai 20 juta kali ulang. Stress aku. Huhu! Rindu nak jual handbag walaupun replika je. Kihkih! Teringat masa mula-mula jual dulu. Aku dah lama stop jual beg, yang penyambung jual handbag ni sebenarnya Qery. Qery still aktif jual beg. Tapi bukan dia la yang menjual. Kawan-kawan dia yang nak jual, dia tolong supply je. Gitu.

Aku bukan tak nak jual. Jual beg best kot. Tak kisah la beg tak ada jenama ke, beg replika ke. Dia punya best masa survey tu, sebab kita ada lah orang terawal yang tengok bermacam jenis design yang belum pernah ada jual. Dia punya aura gigih tu lain. Sanggup ambik gambar dari pelbagai sudut. Sanggup nak melayan kerenah customer yang tetiba tanya dalam beg ada berapa poket, ada berapa bahagian, ada tali panjang pendek tak.

Ada jugak yang tanya takde jual beg lagi ke. Walaupun ada je kat rumah ni, tapi aku malas nak amik gambar nak tatapkan kat korang. Hihi! Jadinya, kerana Qery mintak tolong sangat-sangat. Maka aku pun tolong je la. Beg yang ada kat bawah ni kebanyakkannya Gred AA dengan AAA. Ada beza ke Sepet? Sebagai penjual beg replika yang bertauliah. Haha! Yup memang ada beza. Ada beza beg yang korang beli tak ada gred yang dulu aku selalu jual Rm60-RM80. Ada beza yang harga RM120-RM180, ada beza harga beg yang RM220-RM330. Ada beza beg harga RM380 ke atas. Memang ada. kalau korang tak percaya, korang boleh beli dari yang takde gred sehinggalah beg Super A. 

Dia ada peringkat tau. Gila kan. Replika pun ada peringkat. Haha! 
Tak ada gred ---> Gred A ---> Gred AA ---> Gred AAA ---> Super A (Super A ni adalah rejected from Ori ya) Suka hati korang nak yang mana. Ada orang dia suka beli yang murah sebab dia suka tukar-tukar beg. Ada orang suka pakai beg yang tahan lama, dah rosak baru beli baru. Terpulang tau. 

Kalau aku, aku beli je semua, haha! Yang tak ada jenama pernah pakai, yang replika pernah pakai, yang ori pun pernah pakai. Tapi aku tau ramai je yang suka beli replika. Ada yang jenis bukan tak mampu, tapi sayang duit. Kenalan aku ramai yang mampu. Tapi dorang suka beli yang gred je. Macam ada sorang family dato ni, masuk rumah dia 3 tingkat ada lif okey. Tapi still contact aku jemput datang rumah dia bawak beg2 replika.. Terpulang masing-masing. Gitu. So kepada peminat beg. Silakan cuci mata.

Code : 069# ROSE
 Gred AA
Price : RM220 RM190
Code : GUESS 2051
Gred AA
Price : RM240 RM190

Code : COACH GREY 8882
Gred AA
Price : RM230 RM190

Code : COACH 7005 GRAY/PINK
Gred AAA
Price : RM390 RM260

Code : MK 6049 GOLD
GredAA
Price : RM240 RM190

Coach Purple A80093
Gred AAA
RM500 RM350


Coach Bar 80028
Gred AAA
RM500 RM350

Coach Red 8900
Gred AA
RM350 RM250

Coach Silvery 4337-2
Gred AA
RM240 RM190

Coach Colorful Fun 069
Gred AA
RM220 RM190

Coach Blue 9979
Gred AA
RM240 RM190

Itu sahaja setakat ni. Kalau korang berminat, boleh terus wasap aku
012-2678134

Jan 21, 2014

Boleh tarik napas dah

Lols, macam la sebelum ni sesak napas kan. Hihi! Cite nak up je. Bila promosi dah habis ni, rasa lega sikit. Kalau tak tu bukan la tak lega. Mungkin sebab aku tak berapa nak sihat. Jadi segala kekuatan memang aku push untuk layan customer and balut parcel.

Rumah ni 90% Qery yang uruskan. Yang lagi 10% tu macam lipat baju and basuh baju aku buat je la. Gosok baju sekarang semua hantar dobi ye. Aku memang tak mampu nak buat dah. Pulak tu minggu lepas abah warded. Lagilah aku kelam kabut. Kebetulan ward yang abah masuk tu bagi kelonggaran kau nak melawat pukul berapa pun boleh, asalkan tak mengganggu pesakit lain.

This time abah warded memang aku rasa sedih sangat-sangat. Sebelum ni bukan tak sedih ye. Tapi sebelum ni abah okey lagi. Kiranya dia boleh tahan sakit. Dia boleh jalan. Kali ni abah tak boleh jalan. Nasib baik masa abah tak boleh jalan tu ramai adik beradik kat rumah mak. So malam tu dorang hantar abah terus pergi PPUKM.

Start dia masuk malam tu, abah dah tak boleh jalan. Bukan strok tau. Tapi anggota belah kiri dia kurang rasa, mungkin sebab cancer banyak merebak belah kiri. Kebetulan kalsium dalam badan tinggi. Lagi la teruk keadaan abah masa tu. Dia meracau-racau, nampak benda yang tak ada. Kejang otot jangan cakap la, aku rasa esoknya aku datang, beberapa jam je aku melawat entah berapa kali dia kejang otot. Tangan kena ikat kiri kanan sebab abah 2 kali jatuh katil.

Since saudara aku doktor yang jaga ward tu, so rasa senang sikit nak tanya perkembangan abah. Nasib baik la aku masih ingat nama ubat-ubat, jadi bila doktor tu explain aku boleh paham lagi la. Kadang2 bila dah lama tinggalkan ubat-ubatan ni, blur jugak lagi-lagi ubat tu ubat yang jarang kita supply. Tapi syukur ye aku masih ingat. Rasa kembang kempis hidung sendiri. Hihi!

Setiap petang la aku berkejar nak tengok abah. Tak lama pun abah masuk ward, tak sampai seminggu. Qery kata kalau tak larat dia boleh pergi wakilkan tengok, tapi aku ni kan degil. Bapak kita ofkosla kalau boleh letih macam mana pun kita akan kumpul kekuatan nak tengok jugak, cuma ada satu hari tu aku betul2 tak boleh nak bangun. Parcel pun Qery balutkan. Qery yang pergi tengok bapak aku sorang-sorang. Dia kata takpe sebab Ceera ada sekali.

And please, hope kali ni tak ada yang email or wasap or mesej nak jual produk ke apa. Even niat korang ikhlas macam mana pun. Aku menghargainya. Buat masa sekarang ni biarlah abah makan ubat doktor je. Lebih senang untuk doktor monitor abah, dari aku bagi abah telan macam-macam supplement yang kita tak tau ok atau tak dengan antibodi badan. Semua anak nak yang terbaik untuk mak bapak dia. Kita dah usaha macam-macam dulu. Sekarang ni aku dengan family terus doa je abah semakin sembuh. Dan terima kasih jugak kepada semua kawan-kawan blog, instagram, facebook, customer yang sudi doakan untuk abah aku. Allah je yang mampu balas kebaikkan korang. Aminnn..

Alhamdulillah, abah dah boleh jalan pelan-pelan. Lepas minum air yasin yang saudara mara bacakan ramai-ramai, pendengaran makin ok. Mak aku kata abah ok sikit. Ok sikit tu aku tak tau la macam mana, tapi harap-harapnya ok la. Semalam ada jenguk abah, tapi kejap je. Tengok dah ok sikit, cuma degil sikit nak makan ubat. Kena pujuk lembut-lembut baru dengar cakap. Hihi!

Aku pulak masih macam tu, semalam timbang ingatkan meningkat. Sekali tengok eh dah jadi 44kg pulak. Duluuuuuuuu 45kg. Pastu Qery bebel-bebel. Sebab aku asik makan muntah makan muntah. Buat masa ni aku cuma amik folic acid. Kadang2 suruh Qery beli kerang bakar. Tapi jangan sesekali bagi aku minum air oren. tak sampai sejam komfem muntah. Stress betul. huhu. Makan pulak telan roti sekeping. dua jam lepas tu muntah balik roti.  Makan balik roti. Muntah balik roti. Tapi aku akan pastikan sehari, bila aku makan sekali, aku akan tahan muntah tu. Tahan jangan bagi keluar. Contoh 3 kali makan roti. 2 kali tu je aku benarkan ia dimuntahkan, haha! Boleh? Yang satu lagi tu aku akan tahan tak kira la dugaan apa yang melanda. Gittew. Kihkih! Aku tak makan takpe, tapi kesian baby aku ni. Bagi la dia makan roti sikit.  Hihi!

Ha pasal promosi tabita. Boleh tahan ramai jugak tanya tak boleh ke dapat harga dulu tuuuuuuu.. Alalalalaaaaaaa... Aku rasa promo tu sebulan lebih kot. Hampir 2 bulan jugak la. Kenapa dah habis promo baru nak tanya. Sob sob sob. Aku kesian jugak dengar cerita korang, tapi apakan daya. Memang tak dapat nak bagi korang harga tu. Sebab aku pun dah tak dapat harga promo. Nak tak nak memang harga kembali kepada asal. Trial Rm130, Regular Rm290, Exclusive Rm330. Free postage and free gifts. Product lain aku memang ada. Sekarang ni tetiba ramai balik yang beli felinna inchloss dengan Aurawhite. Oh haritu ada yang tanya aku ada jual tak Aurawhite yang special edition tu. Ada ye. Aku memang tak sempat nak bagitau barang2 baru. Korang boleh tanya barang yang korang nak, kalau ada aku akan bagitau ada.  Macam auramen tu semua ada.  Nak bagitau je.

Minggu lepas kot. Kak Nur wasap bagitau pelamin belah aku and candy buffet belah Qery masuk majalah pesona. Siap bagi gambar.



Aku tak story lagi pasal wedding belah Qery kan, malas sangat sebenarnya nak edit gambar. Haih, nantilah. Hihi!


Aku belum beli lagi majalah ni, bila lalu kedai je mesti terlupa. TQ Symboliq Asia. Susah nak cari butik yang ada profesional designer. Yang dia boleh ikut pilihan kita, yang boleh bagi idea baru, yang boleh slow talk. Selalu butik kau boleh pilih design yang dorang ada je. Design dorang takde jangan nak gatal2 suruh buat. Design pelamin belah aku, memang cukup simple.Aku hanya bagitau Kak Nur, aku nak warna pastel, dan aku tak nak nampak pelamin ni macam pelamin dalam rumah kampung. Memang jenis tak sedar diri macam aku ni banyak permintaan. Hihi! Walaupun korang kata biasa, tapi bagi aku tetap cantik. Servis dan bayaran yang berbaloi. Tersangatlah puas hati.

Qery pulak dia jenis yang banyak imaginasi. Dia nak belah dia warna silver hitam putih macam tu. Lepas tu dia nak ada macam bumbung pekebanda entah. Nak tak nak terpaksa la Kak Nur ikutkan. Aku tak suka sangat bagi arahan macam aku nak macam ni macam tu. Sebab aku tak nak terhadkan kekreatifan Kak Nur. Kalau kau bagi arahan nak macam tu macam ni, dia macam ada limitation tau. Kak Nur nak buat macam lain sikit pun dah takut2 je sebab takut customer tak puas hati. Aku lagi suka Kak Nur bebas buat idea dia sendiri. Biarkan dia pening, tapi hasilnya memang cantik. Haha!

Eh tetiba macam-macam cerita pulak entry ni. Tu la sebab aku tau aku takkan nak update setiap hari. So semua aku kumpul kat sini. Haritu kemain aku cerita nak tunjuk free gifts kat blog kan. Padahal aku dah snap picture satu-satu nak tunjuk kat korang, tapi gambar tak transfer lagi. Kemalasan berlaku. Jadinya aku bagitau secara random sajalah ye.


1. Odbo Naked 2 (Eye shadow)
2. Relian Maskara
3. Eye liner
4. Sabun double glutha
5. Serum rambut
6. Lip tint
7. Mask
8. Lip balm (tropicana)
9. Lip balm (cupcake)
10. Beg kecik (takde dalam gambar sebab baru beli, hihi)

Ok, dah penat taip. Sebarang order, boleh wasap 012-2678134
Visit My Shop

Jan 20, 2014

Demam

Hai semua. Pagi ni tak boleh tidur. Sakit perut membuang. Qery dah pergi sekolah still aku macam blur. Nak sambung tidur, tapi perut masih tak selesa.

Setiap malam kan, sebenarnya aku tak boleh nak tidur sebab jantung mak dengan anak sama-sama laju membuatkan aku rasa penat sangat. Jantung aku memang selalu je laju sebab tahan nak muntah tu satu hal. Bila tengok perut aku malam-malam kan, kan ada jantung anak kat perut kan, so dia macam gerak2 dug dug dug gitu la. kemain laju lagi. Lepas tu aku pun letih. Takpe nak. Aktif lah selalu. Biasalah tu. Kalau baby aktif, mesti maknya akan letih sikit. Normal kan.

Plus demam setiap malam lagi. Ekceli badan aku akan start panas lepas isya' sampai la ke subuh tu. Lama dah since aku balik dari HK tu. Qery tiap kali malam je dia dah tau la  badan aku panas. Jadi dia pasang kipas memang hala ke aku sorang. Hihi! Tapi 5 hari lepas, aku demam sepanjang hari. Start Khamis tu aku dah start demam, sampai la ke semalam. Harapnya harini sihat la. Nasib baik la abah boleh keluar ward hari Khamis. Lega rasanya. Itupun aku tak dapat nak jenguk sebab terbaring tidur je.

Eh dah la. Nanti aku cerita la lagi. Nanti tu tak tau la bila. Nak baring sebab tetiba letih. Hihi! Byebye