Aug 30, 2012

Takziah Untuk Keluarga Kak Fillanie

Maybe korang dah baca blog Kak Filla, kepada yang tak tau. Aku kenal Kak Filla ni beberapa bulan yang lepas. Bulan 3 macam tu la. Aku tengok Kak Filla ni memang jenis manusia happy go lucky. Berfikiran positive, ceria, pantas, details, pandai bawak diri, peramah, dan penyabar. Nak diikutkan sepanjang aku kenal Kak Filla ni, semua benda yang baik-baik je la, dan aku rasa Kak Filla memang dilahirkan dalam keluarga yang baik-baik. 

Aku tau dia ke Medan dengan family time raya sebab dia ada pos gambar kat facebook. Family Kak Filla memang suka melancong. Kalau tengok kat sidebar dia pun bukan main tersusun list ke mana dia melancong. Lepas tu setiap kali dia update entry mesti sangat detail. Bila baca blog dia mesti happy.

Tapi aku agak terkejut hari Ahad lepas, dia update status kat facebook yang adiknya.



 Aku tak kenal Busu. Aku memang tak tau sangat family Kak Filla sebab aku bukan ikut kisah dia dari dulu. Yang aku tau Abang Radi, Acih, Amaani, Tok dengan Wan. Tu je la. Lepas tu kelam kabut aku gi bukak blog Kak Filla search nama Busu. Dan keluarla entry dorang ke Korea tahun lepas (kalau tak silap)

Terus rasa sedih. Walaupun aku tak kenal arwah tapi aku tiba2 menjadi sangat sedih. Aku terus mesej Qery bagitau adik Kak Filla meninggal. Baru la aku tau yang Kak Filla ni ada 3 beradik, dia yang tengah, atas dia abang, bawah dia adik lelaki. Aku tak tau nak cakap apa dengan Kak Filla. Nak mesej dia pun aku takut mesej aku tu buat dia lagi sedih ke apa kan. Sebab aku ni bukan jenis pandai pujuk orang. Lagipun aku tau takkan ada sapa boleh pujuk time-time macam ni.

Lepas baca entry Kak Filla, tik tik tik air mata aku. Ko bayangkanlah. Sekelip mata adik beradik ko takde. Terjadi depan mata. Adik ko rebah. Dan takkan kembali sampai bila-bila. Mesti la sedih. Terus aku terfikir Kak Filla mengandung. Aku harap Kak Filla sihat dan paksa diri dia makan. Aku tau Kak Filla mesti kuat.


Sama-sama la kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Mohd Shafiq Ibrahim. Maut tak kenal usia. Aku memang terkesan sangat-sangat bila arwah meninggal. Aku bayangkan itu aku. Adakah aku dah bersedia untuk ke alam sana. Ya Allah....Kau hidupkan aku dengan Iman, kau matikanlah aku dengan Iman. Amin

Aug 29, 2012

Raya Ke-3 Di Kampung (BBQ)

Sebenarnya aura malas sedang membelenggu diri. Dari tadi aku duduk depan laptop ni. Update lepas tu delete, update lepas tu delete. Apa nak jadi aku pun tak tau. Ikutkan malas nak update pasal raya lagi. Sebab mood raya tidak mali. Open house pun banyak tak pergi. Perasaan malas nak makan pun ada jugak ni.

Watever it is, kita update simple-simple je lah ye. Lagipunn si Ceera dah update habis aku rasa. Korang nak tengok detail sila ke blog dia je eh..

Hari ke 3 kitorang plan nak buat BBQ a.k.a sambut befday Opah yang ke-80. Opah sekarang duduk kerusi roda je. Sebab perutye besar. Hati dia kan rosak. Paling tak boleh bla rambut Opah aku style Boy Cut. Tanjat i..


Aku pelik la sebab dia tak pernah rambut pendek. Dan tak suka rambut pendek. Family aku ni adalah macam poyo sikit. Kiranya macam fikiran orang dolu-dolu termasuk la aku. Aku rasa perempuan lagi manis berambut panjang. Kalau rambur pendek pun manis jugak, tapi panjang lagi manis. Tak kire. Hahaha! Aku pun tanya la Opah aku kenapa rambut dia pendek.

Aku : Sapa potong rambut Opah
Opah : Deme la (Deme tu maksudnye Dorang)

Lepas tu aku buat muka buruk bahawasanya nak tunjuk kat Opah aku yang Opah rambut pendek tak cantik. Euw! Hahaha! Kong ajo cucunya...

Abang aku cakap 'Opah ni rambut pendek badan dah gemok' Lagi kong ajo... Lepas tu Opah aku cakap..

'Kamu tengok la nanti satu hari ada je orang datang minang Opah ni'

*pitam*

Ada hati lagi orang nak meminang diaaaa tuuuuuuu...Amboi...huhu!

Sebelum nak BBQ, marilah kita menyiang ikan dulu. Aku taka reti siang ikan, jadi aku basuh je. Aku dah tanya Qery awal-awal, dia kata dia pandai siang. Oh selamat haku. Hahaha!

 

Lepas tu terus gi dapur buat air asam bersama akak.


Jap yang ni tak comel, jap eh..




Comei tak tudung i. free uols..hahahaha!

Setelah basuh ikan. Inilaha hasilnya. Ikaa banyak gila..




Limau tu sebab tanam sendiri. Tu yang over gila letak kemain banyak. Abah la potong tu.


Gambar ayam tak amik, memang banyak sangat sampai kena bawak balik Ceras balik. Abah aku memang macam tu, dia kalau bab-bab nak bagi orang makan, memang tak pernah berkira. Beli banyak-banyak. Kadang2 aku marah sebab takut membazir
 


Ituje la BBQ nya, gambar makan-makan takde. Sebab semua layan makan je. Camera semua campak tepi. Takde la campak. Letak elok-elok kat tepi kaki. Mana tau boifren nak SMS. Ok tipu. Sepanjang balik kampung. Hanfon aku telah dipegang oleh Ceera sebab dia nak main game. Kang tak bagi cakap aku adik durhaka pulak. Nasib ada dua fon. Bercinta dengan Qery pakai fon satu lagi je. Sobssss *Ceera siap hafal password fon aku okey, betul betul perempuan dot dot dot* hahaha!

Kibarkan Jalur Gemilang

Nak dijadikan cerita. Kawasan rumah aku ni macam kampung kann. Rumah Lot. Tapi kebanyakkan rumah kat sini pemilik buat sewa. Ada la kat lorong aku ni dalam 10 11 buah rumah orang indonesia yang sewa. Sedangkan rumah sewa abah aku tu pun sewakan kat orang Indonesia. Tapi dorang semua ada permit la. Nak dikatakan anak-anak dorang ni pun agaknya dah dapat warganegara dah. Wallahualam aku pun tak tau. Tapi ada certain anak dorang ni dah cakap Melayu kita. Maybe kat sekolah berkawan dengan orang Melayu kan. 

Tapi jenis budak-budak kan suka cakap kuat-kuat. Anak buah aku kalau berborak macam guna speaker. Sakit telinga aku. Kalau ko nak tengok tv, kompom kau berbulu je sebab kalau ko kuatkan volume pun still suara budak2 ni kuat. Nasib la budak. 

Lepas tu budak-budak area rumah aku ni, *aku tak nak la cakap budak Indonesia ke apa sebab sensitifkan, huhu* dorang suka main kat jalan raya. Cakap pulak memang kuat habis la. Ko tau la kan pekat je dialag dorang. Aku dah tau sangat, start pukul 4 5 6 7 dorang akan main kat jalan raya, main bola, main buaian kat rumah orang. kadang2 dorang main bola sampai kena pasu bunga mak aku. Aku senang, keluar dan sound je budak2 tu. Hahaha! Ayat aku seperti

'Korang dah tak ada tempat lain ke nak main!'
'Pergi main kat rumah korang!'

Sangat makcik kan. Hahaha! Bukan apa, mentang2 laman rumah aku besar. Dorang boleh nak main bola la. Lepas tu rosak pokok2 mak aku. Lagi kesian jiran aku. Buai dia tu nak roboh nak aku tengok dorang kerjakan. Mak masing2 takde pulak nak marah anak dia ke apa. Aku dulu pun main jugak, tapi takde la sampai main kat rumah orang ken. Mak aku kalau aku main rumah orang pun dia marah. Tapi aku dulu tak buas sangat, aku banyak lepak kat rumah teman mak aku jahit baju. *cea nak up diri sendiri* haha!

Nak dikatakan, apa yang dorang buat, aku rasa annoying gila. Hahahaha! lagi satu bahasa yang dorang gunakan. Dorang mencarut, anak-anak mencarut, selamber badak je. Kalau anak buah aku memang dah kena tepuk mulut tu. Aku memang pantang sikit. Qery cakap 'bodoh' pun kena lempang dengan aku. Rasakan...Aku tak suka. Even dalam blog aku mencarut WTF bagai, tapi aku tak cakap. haha! Walaupun macam sama dengan je kan. Kuikui! Tulis takpe, kau dah sampai nak cakap, merasa la tapak tangan aku kat muka kau.

Tapi....dalam keadaan dorang macam tu. Ada jugak membuatkan aku rasa tersedar seketika. Semalam time tengah syok-syok aku update blog main facebook. Tetiba budak-budak tu macam biasa main kat jalan raya depan rumah aku ni. Tapi harini dorang bawak bendera Malaysia sambil lari-lari nyanyi lagu

'Tanggal 31, bulan , 57. Merdeka, Merdeka......'

Aku rasa macam...sedangkan emak ayah dia bukan dari Malaysia, *tapi aku agak anak-anak maybe warganegara la kan sebab lahir sini* Dorang bukan main bersemangat lagi nak sambut Merdeka. Aku tau kita tengah sibuk nak raya lagi, open house sana sini. Tapi tak salah kan kalau kita ada semangat nak sambut merdeka. Inikan negara kita. Kita kan lahir kat sini. Mak ayah kita lahir kat sini. Atok Nenek Moyang kita semua lahir kat sini. Tanah yang kita duduk sekarang ni kan tanah negara kita. 

Aku ni nak kata menyumbang kat Malaysia tu tak de la sangat. Tak kisah la kau pangkah BN ke, engkau pangkah PAS ke, DAP ke, kite tetap rakyat Malaysia kan. Kite membesar kat negara yang cukup aman, cukup makan, segalanya cukup la. Jadi marilah kite bersemangat untuk sambut Merdeka yang ke 55 ni. Ingatlah perjuangan kite belum selesai... =)

Dengan ini, aku yang sedikit malu dengan budak-budak tadi terus save gambar bendera Malaysia lalu letak kat Timeline facebook. Walaupun aku rasa semak je Timeline ni, tapi kadang2 berguna jugak. Hehe!


Saya dah letak bendera kat facebook saya. Korang bila lagi???

Aug 28, 2012

Baby? Abang?

Korang tau betapa sakitnya kalau aku dengar Qery panggil diri dia Abang... Memang rasa nak pitam!

Qery selalu cerita pasal family dia, ayah, emak, syah, cepul kat aku. Kadang-kadang tengah cerita dia tersasul. Contohnya kan..

'Ayah dengan Mak dah beli baju raya dah, Abang je belum'

WTF!

Lepas tu kita dua orang tahan gelak. Qery la malu. Aku nak termuntah.

Dia kan bahasakan diri dia Abang kat rumah. Tu yang kadang-kadang tersasul. Selalu kalau lepas kol ayah/mak mesti lepas tu dia tersasul. Aku jarang tersasul sebab memang kat rumah aku bahasakan diri 'kite'

Semalam aku tengah update, lepas tu nampak Qery online facebook. Dulu kitorang jarang gila bertegur kat facebook sebab malu. Bukan malu apa la. Kalau setakat tegur biasa-biasa tu boleh la. Tapi takde la ayat tangkap leleh semua kan. Zaman ayat manis kat facebook sudah berlalu. Itu zaman myspace dulu. Bila online je bukak page boifren tulis 'i love u' dengan harapan nanti masa boifren bukak dia cakap sweet. Oh please la. hahaha!

Kalau nak sweet-sweet kita mesej je la ye. Takde la nak cite kat facebook. Lagipun adik beradik aku dorang ni ada je kat mana-mana tau. Sibuk sangat kalau aku nak bercinta. Huhu! Kadang-kadang, kalau Qery update status, dorang yang komen-komen siap panjang berjela komen kat Qery. Aku tertekan. hahaha!

Sambil update sambil tenbgok facebook, tetiba dapat mesej kat facebook. Tengok nama Kaede Rukawa. Bukak-bukak je..


Baby? Seram i dengar... Nak tau kenapa dia panggil i baby? Sebab dia nak gi main futsal sampai pukul 1 pagi. Pandaaaaaaaaiii diaaaaa tuuuuuu!!

Lelaki......samaaaaaa ajeeee....

Raya Ke-2 Di Kampung (Kunjung Sanak Saudara)

 Setelah semua sampai kat rumah Opah, kitorang pun bergerak la ke rumah mak sedara ataupun rumah Nenek (Rumah Arwah Nenek). Untuk sapa-sapa yang tak tau, Opah tu adalah Emak kepada Emak aku, Kalau Nenek pulak, Emak kepada Abah aku. Tapi Arwah Nenek dengan Atok dah tak ada. Kitorang melawat la mak/ayah saudara yang jaga rumah arwah nenek. 

 Sebelah Ode tu abang abah aku, kitorang panggil dia Ayah. Wife dia kitorang panggil Emak. Tiap2 tahun memang akan datang melawat dorang ni. Muka ayah dengan abah sama je.

 Abangah tengah melayan Abang Arip (anak Ayah). Kitorang sebenarnya nak makan laksa, sebab selalu kalau beraya rumah Ayah mesti dapat makan laksa. Tapi tak dapat. Kempunannnnn i. Tapi takpe sebab dapat makan kuih konflek yang sedap itu.

Tak lama lepas tu, kite gi rumah kedua pulak. Belakang rumah Ayah je.

Rumah Cik Faridah. Tak lama pun kitorang lepak sebab rumah dia takde orang. Kesian pulak kat dia nak buat air untuk semua orang kan. Lagipun sebelum pasu rumah Cik Faridah pecah dimain olah anak buah aku, baiklah kita beredar. hahaha! Takde la, kitorang nak cepat sebab nak gi rumah Ayah Cik. Kami memang behave. Percayalah.

Ayahcik ni adik mak. Anak dia ada sorang laki tu sebaya dengan aku tau. Tapi anak dia lagi pandai dari aku la. Dulu aku boring gila, tiap2 tahun mesti ayahcik tanya result exam aku, nak banding dengan anak dia lettew. Anak dia Doktor Kanak-Kanak. Aku memangla tak berapa nak pandai untuk jadi doktor. Sobsss

 Emak dan Andak

 Keisha dan Mia


 Hakim Ottomen

 Weolssss

Lepas tu kelam kabut balik rumah sebab ada orang datang rumah Opah. Kitorang sambung raya lepas isya' saja. Pergi rumah Maklong dengan Usu
Keisha asik nak dukung aje

Malam tu aku sebenarnya malas nak tukar baju, ingat nak pakai je baju raya ungu tu. Tapi sebab Ceera dengan Jemah kata dorang tuka baju. Aku pun join la sekali. Nanti nampak macam takde baju baru pulak kan. Cite gebang-gebang ada 10 helai baju omputih. Huhu!

 Jumpsuit dari Whitesoot


 Sampai-sampai rumah maklong terus makan. Maklong masak Bihun Sup, ada kuah kari, ada lemang. Terbaik lah!

Maklong saya, kakak emak. Emak anak kedua. Muka sama.

Lepas balang kat rumah maklong pecah, si Qayyum buat, baru reti nak bangun balik, hahahaha! Kong ajo sangat. Kita gi beraya rumah Usu pulak.

Tapi malangnya Usu takde. yang ada Rizal je. Jadi kita lepak kejap sambil snap gambar.






Anak buah aku punye tudung tu beli kat mak aku je RM10, tudung bawal pelangi eh namanya.

Itulah saja kunjungan pada hari raya ke-2.

Raya Ke-2 Di Kampung (Adik Beradik Gedik Melampau)

Setelah menunggu adik beradik sampai kampung, korang tau pukul berapa dorang sampai, pukul 2 lebih hokey. Lepas tu nak menunggu semua sampai baru boleh beraya. Next year tolong tepati masa sikit eh. Kalau sampai awal boleh beraya rumah sedara lebih ramai lagi. Nak kena aku membebel jugak dorang ni. Tahun depan kalau lambat tinggal. Ewah garang tak i macam makcik2, haha!

Sampai je dorang ni, terus kita snap gambar banyak-banyak kat belakang rumah.

 
 Masa naik ni kelakar, masing-masing kasut mahal. Nasib aku kasut kat Bata je. Kuikui! Akak siap bukak kasut lagi, tapi kasut akak tu RM20 je kan?? Kisah apa masuk pasir ken?? Haha!

Badan akak lentik-lentik OMG! Kalah anak dara seperti i. 

 Yang si Ceera kitorang tak bagi naik, tapi dia degil, nak nak jugak. Lantakkan..

Perut Makyong kemain lagi. Dan dia la yang paling over

Ceera mesti bajet artis gila time ni. Aku perhatiii je perangai dia.

Jemah, masa ni aku tanya dia 'Hoi tak gosok baju ke?' Sebab baju dia kedut-kedut. Rupanya memang baju yang dia beli tu senang kedut. Tapi bagus jugak, tak payah gosok, senang. Haha!

Motif kitorang snap banyak-banyak sebab nak bagi adik beradik lain yang tak sampai lagi jeles. Sebab dorang ni suka borak kat wassap. Adik beradik depan mata pun sibuk nak berwassap. Tak paham haku. 

Esok lusa kang anak-anak tak bercakap sesama sendiri sebab wassap je dalam fon korang jangan marah eh. Tu idolanya adalah mak masing2. Kuikuikui!

Amboi Ceera

Dah habis posing kat pasir tu, kita amik gambar dengan Cik Intan pulak.

 Cik Intan pun pakai baju Biru? Tahun ni ramai pakai baju biru kan. Aku tengok kat facebook memasing gambar baju raya warna biru. Sama la kite

Aku behave lagi

Aku tak tau kenapa kaki aku macam tu. 

Lepas tu Ceera dah surrender, dia masuk rumah. Bagus, kalau tak dia je yang over. 

Pokok kelapa pun jadik


Inilah koleksi gambar gedik kami. Terima kasih kepada jurugambar kita "abangndak heibat' atas kesanggupan beliau melayan kakak-adik iparnya yang gedik. Tapi tak boleh lawan gedik isterinya sendiwiii.. hahaha! Kbye!

Aug 27, 2012

Raya Ke-2 Di Kampung (Jalan-jalan rumah Opah)

Hee, bukan main lama nak update raya ke-2 ken, aku sebenarnya rajin je nak update. Tapi aku malas nak edit gambar. Nak resize satu-satu, nak cari mana yang ok, nak letak watermark. Ada tak sistem yang kita upload gambar kita kat situ, dia dah siap setting kita punye size dengan watermark. Aku bukan malas okey (cover line) tapi aku nak tau la kot-kot ada sistem yang macam ni kan..hehe!

Raya ke-2 aku kaat kampung. Begini ceritanya. Plan family aku Abah, Emak, Abang, Ateh dengan aku naik satu kereta, bertolak lepas solat subuh. Andak pun sama. Akak pun lebih kurang jugak. Ceera pun balik Tronoh tapi dia dari Sabak Bernam, Ode pun bertolak tapi tak tau pukul berapa. Plan baik punye. Tetiba abah kata naik kereta 5 orang sempit. So dia nak tumpang Ode. 

Aku sampai Tronoh nak dekat pukul 10, lepas tu Abah call kata Ode tak sampai lagi. Kuikuikui! nasibla, begitulah hidup menumpang, hahaha! Aku kat rumah Opah boring sikit sebab Jemah, Ceera, Akak, tak sampai lagi. Sampai-sampai rumah Opah terus snap gambar kat cermin.

Sebab nak MMS Qery, Qery mesej2 aku nak tengok aku pakai baju apa haritu. Auw! Anje sangat nih...Windu i lettew *pitam*

Lepas tu aku jalan-jalan sekitar rumah Opah dengan Emak. Tengok buai ni, sebenarnya buai ni dah lama. Tapi Cik Intan cat balik warna putih, terus nampak baru dan menyelerakan
 Kenapa rumah Cik Intan banyak bunga?? Begini kisahnya. Cik Intan ni bekas Guru Besar, baru tahun ni pencen. Ko tau la sifat-sifat guru besar perempuan memang selalunya suka tanam pokok bunga. Dulu aku punye pengetua pun perempuan. Habis satu sekolah penuh bunga. Jadi bila Cik Intan suka bunga, memang aku paham sangat lah..hehe!

 Belakang rumah ada rumah kucing dengan rumah ayam, belah kanan tu kucing, belah kiri tu ayam. Jadi Cik Intan tak payah beli telur ayam. Ambik je kat belakang ni ha..

 Belakang rumah Cik Intan, ekceli rumah Opah rumah Cik Intan sama je la. Cik Intan ni adik emak aku. Dia yang jaga Opah dan dia jugakla yang jaga rumah ni. Ini semua tanah dia la. Orang kampung memang kaya dengan tanah kan..

 Ini tanah yang tak sempat Cik Intan nak majukan, sebab dia sorang je, itupun nasib baik ada orang gaji yang super rajin selalu tolong dia mencangkul semua.

 Pandangan rumah ayam dengan rumah kucing dari jauh, bukan tak nak panggil reban, tapi sebab dia besar sangat, dah macam rumah! Untunglaaaa kucing dengan ayam ni

 See? Banyak pokok kan..

 Rumah Opah dari depan. Tengok masa ni takde sapa lagi kat rumah kecuali kereta Myvi tu je. Teksi tu Ayah Cho punye, dia gi raya rumah orang lain time ni.

 Depan ni sebenarnya ada kedai runcit, tapi dah tutup sejak suami Cik Intan meninggal. Dulu arwah hasben dia yang jaga. Disebabkan Cik Intan tak ada anak, memang dah takde sapa la yang boleh jaga kedai ni, tutup terus.

 Tanah yang masih dalam pembikinan. Hehe!

 Tanam pegaga dalam pasu uols, senang, Daun pudina semua ada. Petik je kalau nak masak.

 Emak menunggu anak-anak yang lambat sangat nak sampai. Huhu!

 Kuih raya

 Alamari ni elok lagi, dari aku kecik agaknya dah berpuluh tahun dah.

 Cik Intan

 Aku tido kat sofa ni menunggu adik beradik. Takpe takde orang datang beraya, boleh la tido kejap.

 Pokok Ciku

 Belakang rumah

 Gambar atas buaian, a.k.a gambar profile picture kat faceboke. Ekekekeke!


Paksa mak amikkan gambar.

Nanti gambar dengan adik beradik pulak eh. Okey la bye!!
Terima kasih kerana membaca, hehe!