Jun 28, 2014

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum korang. Esok kita dah start puasa. Amacam dah get ready fizikal dan mental? Hari pertama jatuh hari Ahad pulak tu, aku rasa yang duduk jauh dengan family mesti ramai yang ambik cuti Isnin sebab nak berbuka sama-sama kan.

Aku harap boleh la puasa penuh tahun ni. Persiapan satu hape pun tak buat lagi. Memang rasanya ala kadar je kot. Baju aku mungkin dua hari sebelum raya baru beli. Baju Qery boleh beli awal-awal sebab badan dia insyaallah sama tak berubah. Hehe!

Aku takut nanti aku beli sekarang, kang nak pakai raya tak muat pulak. Atau kalau beli sekarang tetiba terberanak sebelum raya, sia-sia jugak kan. Jadinya, tunggu je la. Tengok keadaan macam mana.

Aku tak tau la,tapi baby aku ni melampau gila aktif dia. Seronok je rasa bila dia selalu gerak. Tapi berharap dia tak songsang la. Aku rasa dia main bola kot kat dalam perut ni. Kejap tendang kiri, tendang kanan. Kadang2 kiri kanan tendang dalam satu masa. Terperanjat aku.

Badan sekarang masih ok lagi. Kaki tak bengkak maybe sebab badan tak naik sangat. Sebab masa kerja dulu ramai jugak kawan2 kaki bengkak masa mengandung. Cuma yang tak tahan sekarang ni cuaca panas je la. Malam nanti nak ajak Qery gi SenHeng, cari aircond. Aku dah tak boleh bla ni, puasa dah la kat rumah, mesti asik tengok jam je plus panas sekarang malampau-lampau pulak. Mesti haus berganda-ganda la.

Sekarang pun aku dah melepek je. Baru lipat baju sikit dah baring. Bukan apa tau. Kepenatan yang minggu lepas tu, harini baru boleh rehat. Huhu! Jadi memang rasa nak baring je. Esok tak tau nak berbuka kat mana. Kat rumah mak atau rumah FIL. Atau rumah sendiri. Esok ada check up lagi. Tengok lah keadaan. Mana tau tetiba aku nak berbuka kat luar pulak.

Rumah pun tak kemas lagi. Pelan2 la kemas. Sebab aku yakin kalau kemas sekarang pun tetap akan bersepah selepas 2 3 hari. Haha! Bukan apa tau, barang2 bisnes aku ni semua letak kat hall. So aku buat kerja kat hall. Dengan kotak free gifts, dengan kotak barang2 nak balut. Beg-beg lagi. Benda ni kena letak je kat luar sebab nak guna hari-hari. Cuma nanti time nak raya atau orang nak datang rumah baru hegeh-hegeh sumbat dalam stor.

Aku dah bagitau Qery, nanti beli rumah kena cari yang ada bilik kat bawah. Tak kisah la bilik kecik pun tak apa, senang aku nak buat kerja. Hall pun tak sepah. Gitu. Tapi pepaham lah rumah kat area sini dua tingkat pun dah 600-700k. Aku nak cari rumah yang ada laman. Mengada kan. Senang sikit. Kalau cari apartment kan dah satu kerja nak angkut barang naik lift bagai. So teres adalah pilihan pertama kedua dan ketiga. Hihi!

Ini cerita je la. Duitnya tak ada lagi. Kahkahkah! Tengah kumpul pelan-pelan. Dengan berbekal kan harapan hujung tahun depan boleh la beli sebijik. Aminnnnnn

Ok lah. Memandangkan esok nak puasa. Meh bagi ucapan sepatah dua kata.

Semoga kita sama-sama dapat manahan lapar dan dahaga, menahan kesabaran, elakkan dari jadi keyboad worrior. Elakkan dari mencaci memaki hamun tabur fitnah, tak kisah dari mulut sendiri, mahupun dari jari jemari. Kadang2 kita bosan2 bukak facebook, ter share benda yang salah, terkomen benda yang tak patut. Elakkan tulis benda2 yang beremosi, banyakkan buat ibadah, buat sedekah, amal jariah. Pupuk hati dengan nilai murni, buangkan hasat dengki, saling memaafkan antara kita. Kalau kita nak orang lain jadi baik, kita kena jadi baik dulu. Gitu.

Semoga Allah melindungi kita. Amin =)

Jun 26, 2014

Keperluan Anak & Ibu Berpantang

Mihmihmih! Mesti korang bosan kan sebab asik cerita pasal mengandung je. Biasa uolls, bila dah nak jadi emak, modal nak update kebanyakkan mesti pasal anak. Der sangat. Huhu! Whatever *libastudung*, aku nak bagitau yang aku berjaya siapkan barang2 kelengkapan untuk aku dan anak nanti. *tepuktangankuatkuat*

Aku tak ada pengalaman pasal benda-benda ni, tapi sebelum beli memang aku ada google, walaupun tak rajin, tapi sedaya upaya jugak la aku buat-buat paham tentang apa yang dikatakan di google tu. Kot bahasa inggeris yang tak paham tu iolls google translate je la. *matakeatas*

So untuk para ibu yang sama-sama tak ada pengalaman macam aku, aku harap entry ni sedikit sebanyak dapat bantu korang, mana yang perlu beli dulu, mana yang boleh beli kemudian. Gitu. Sebab untuk new born memang agak banyak jugak belanjanya. Kalau dah anak-anak seterusnya boleh recycle je. Huhu!

 Barang2 yang sempat beli kat expo.

Keperluan untuk Ibu

Barang2 ni perlu semasa dalam pantang. So uolls sediakanlah supaya nanti tak menyusahkan orang lain nak carikan untuk korang.

1. Set Berpantang

Aku pilih Set Tanamera sebab ramai kata bagus. Bila tengok barang2 dalam dia pun agak lengkap. Kalau korang beli 1 set, korang akan dapat

-Virgin Coconut Oil
-Feminine Herbal Wash
-Herbal Bath
-Herbal Massage Oil
-Abdominal Wrap (Bengkung)
-Herbal Tea
-Firming Herbal Blend Paste
-Calming Herbal Blend Paste
-Boreh Body Scrub
-Brown Formulation Soap
-Lavender (Aroma Therapy)

Senang sebab semua ada, pilis sapu kat dahi ada, yang sapu kat perut sebelum pakai bengkung ada, mandian ada.

2. Tuala Wanita

Ini tersangat penting ye. Ekceli aku sendiri tak tau nak beli yang mana. Mungkin boleh je pakai pad biasa bila dah hujung2 pantang. Tapi aku rasa untuk 2 minggu pertama better korang beli yang memang khas untuk maternity punya. Aku beli yang Intimate for Maternity tu.

3. Nursing Bra

Yang ni terpulang kepada keselesaan kot. Macam aku, aku tak kisah mana-mana sebab aku suri rumah.

4. Breast Pad

Walaupun tak tau yang korang ni jenis banyak susu ke tak. Prepare la sikit dulu. Memang dalam pantang kita kat rumah, kot kalau rasa basah boleh terus pam. Tapi kalau tetiba ada tetamu datang tengok baby ke, kan macam tak manis kita sibuk nak pegi pam. Huhu!

5. Pam Susu

Aku tak pasti sama ada korang perlukan pam susu atau tak. Kerana aku pemalas nak beli susu dan memandangkan susu amatlah mahal. Marilah bagi anak susu cap ibu je. Dengan harapan banyaklah susu daku. Kekeke! Aku beli jenama Spectra model M1 double pump atas cadangan kawan2. Dorang kata setakat ni M1 the best, murah dan berbaloi. Aku kan tak boleh dengar perkataan murah. Hihi! Aku beli kat Expo dapat banyak free gifts, so kat situ pun dah jimat, aku dapat

-Premium Breast Shield Set
-PPSU botol (160ml)
-Nano Silver Icepack (2pcs)
-Bubly Joy Slingbag (Beg untuk bawak susu dan pam korang kalau nak travel)
-PP bottle (5 botol untuk simpan susu yang korang dah pam)
-Manual pump (incase korang travel tetiba bateri pump habis)

6. Stokin (kalau dah ada takyah la beli ye, pakai je apa yang ada, tapi kalau boleh stokin tebal sikit la kot)

7. Kain Batik. (pakai kain batik senang sikit rasanya, so siapkan lah beberapa helai. Kalau orang datang melawat pun rasa sopan sikit pakai kain batik. Huhu!

8. Bengkung

Walaupun dalam set Tanamera dah ada bengkung, tapi aku beli satu lagi sebab boleh la tukar-tukar, mana tau tuala wanita terbocor ke kan, boleh la tukar-tukar. Yang set tanamera tu 1 tali. So kena bengkung dari bawah ke atas. Aku beli satu lagi yang 2 tali, so 1 tali tu ikat sampai pinggang, 1 lagi ikat dari pinggang ke bawah dada. Yang dua tali lagi bagus, sebab kot nak terbuang air boleh bukak tali kat bawah je. Kalau korang nak beli yang strip tu pun boleh, tak kisah. Ikut mana yang korang selesa je.

9. Minyak urut (Dalam set Tanamera memang ada, tapi kot korang nak prepare lebih pun tak salah) Minyak urut aku beli kat mak je, beli yang gamat punya, sebab mak memang jual yang tu

10. Pati Ikan haruan

Yang ni sebenarnya tak beli lagi, haha! Tapi macam dah google tengok jenama Polleney ramai orang beli je. huhu! Yang ni bagus untuk baik pulihkan organ2 dalam badan kita. Mak aku suruh minum hari2 sampai habis pantang, sebab dia dulu minum hari-hari. Tapi macam tak sedap je. sebulan minum ok kot. Kekeke! Air gamat pun aku beli kat mak, so maybe minum selang seli kot. Tengok la macam mana. huhu!

11. Tungku

Yang ni aku beli kat expo, bukan lah yang batu tu. Aku beli yang tungku herba je. Nak beli yang batu tapi macam tak larat nak jinjing bawak ke kereta. Kat rumah mak memang ada tungku batu ni, tapi pepahamla rumah mak tengah renovation, kalau nak suruh cari tungku tu, memang takkan jumpa dah kot. Haha! Jadi beli je la yang tu. Asalkan ada.

12. Tukang Urut

Sila cari mana-mana tukang urut ye. Dulu kakak-kakak aku mak yang urutkan, tapi sekarang tak boleh dah sebab mak sendiri tak sihat. Walaupun begitu, aku tetap tak risau sebab mak Qery jugak memang tukang urut. Muahahaha!

Kalau korang beli yang macam aku beli ni, rasanya dah complete dah kot untuk korang berpantang nanti. Cuma kalau korang nak tambah supplement tambah susu tu, boleh la google sebab sekarang banyak jugak aku tengok supplement tambah susu. Atau korang suka cara tradisional, boleh try masak lobak putih, kurma, longan, jantung pisang, kacang soya. Ikutla citarasa masing-masing

Keperluan Untuk Bayi

Kalau nak beli barang bayi, rasanya memang banyaaaaak je nak dibeli. Tapi jangan terburu-buru nak beli. Dalam keadaan berpantang, rasanya korang tak perlukan lagi katil baby, stroller, buai semua tu. Bila baby dah besar sikit baru boleh fikirkan. Sebab ada orang beli je katil baby, last-last buat perhiasan sebab baby tidur sekatil dengan maknya. Yang aku list kan ni memang betul2 keperluan untuk bayi baru lahir.

1. Pakaian

Ofkos la kan, haha! Termasuklah stokin kaki tangan, baju, topi. Tapi takyah beli banyak sangat sebab baby cepat membesar. So beli ala kadar je.

2. Pampers/Lampin

Aku beli dua-dua, hihi! Lampin boleh pakai untuk macam-macam, kalau nak buat bedung pun boleh. So tak rugi beli.

3. Tilam baby

Tilam ni beli yang simple. Beli dua pun dah cukup. Kot satu nak basuh, ada spare lagi satu. Perlu ada la aku rasa. Size kecik pun dah ok. Incase kalau nak ke rumah parent, kadang2 susah nak cari tempat sesuai untuk baringkan anak. So bawak la tilam tu. Kalau ganti dengan toto pun tak ada masalah aku rasa. Asalkan ada lapiknya.

4. Beg baby

Mesti ada ye. Tak kisah la korang nak jenis beg apa sekalipun. Sandang ke, beg balik kampung ke, luggage ke *jgn over ok, haha*. Yang selesa korang nak bawak ke mana-mana. Ada orang suka pakai macam beg sekolah. Ada orang sumbat je dalam handbag. Sukati la ikut suka mana-mana pun boleh.

5. Barang Mandian dan Baby Care

Yang ni mesti kena ada. Aku tak ada pengalaman. Ramai suggest beli jenama Pureen, tapi kat expo aku tak jumpa. Yang ada Johnson, so aku beli apa yang ada. Rasanya Johnson pun ok. Siap memang ada beg untuk new born. Ada yang untuk night use, ada pek travel. Aku beli semua tu. Senang takyah fikir. Hehe! Lepas tu beli sekali ketip kuku untuk baby, cutton bud, cutton ball.

6. Baby Wipes

Ini dalam kategori wajib kot. Sebab baby kerap kencing/berak, so kena kerap bersihkan ehem-ehem dia. 

7. Barut

Barut ni aku tak sure pakai sampai bila, haha! Tapi barut bagus untuk elakkan perut masuk angin. Supaya baby tak kembung. Gitu.

8. Bedung

Sekarang ni ada macam-macam bedung. Bedung moden, bendung tradisional. Tak kisah nak beli yang mana. Ada orang tak suka anak dia kena bedung. Hihi! Pape je, ikut kefahaman sendiri. Bagi aku ok je berbedung, nak elak baby terkejut, plus nanti tangan dia takde tercakar muka atau jari termasuk mata. Orang sekarang ni je yang ikut sangat cakap doktor, tak bagi bedung, tak elok sebab baby tak aktif nanti, padahal dulu doktor tu pun mak dia bedungkan. Kihkihkih!

9. Minyak Telon

Sapu supaya baby tak kembong

10. Tuala Mandi dan tuala kecil (sapu tangan)

Tuala mandi ofkos untuk lepas mandi. Huhu! Tuala kecik ni untuk lap susu yang keluar dari mulut baby. Susu yang korang anggap muntah tu, ekceli tu bukan muntah pun. Tu susu keluar balik, sebab jarak stomach dengan mulut bayi tak jauh. Kadang2 susu tak sempat masukkita dah baringkan dia, tu yang susu keluar balik. Kena sentiasa standby tuala kecik.

11. Changing Mat

Ini pun perlu untuk lapik time baby nak tukar pampers. Penting untuk tilam tak kotor.

12. Detergent

Perlu pilih yang boleh menghapuskan kuman dan bakteria yang degil. Haha! Baju mak pak takyah hapus sangat kuman pun takpe. Lols.

13. Kelambu (nak elak kena gigit nyampuk)

14. Termos (simpan air panas)

15. Botol susu

Aku tak beli banyak, sebab aku nak tengok dulu macam mana. Kot anak aku nak direct feeding so maybe aku tak perlukan sangat. Tapi kalau korang jenis bekerja memang no choice, kena beli botol susu, pencuci botol, kalau nak best beli yang mesin sterilezer tu. Ini kalau baby menyusu botol lah.

Setakat ni itu je yang penting. Macam buai, katil, stroller, and whatever bla bla bla tu penting la jugak, tapi bukan la penting sangat dalam tempoh korang berpantang. Kalau ada duit lebih boleh je beli onthespot. Tapi kalau duit pun ada ala kadar je, beli mana yang perlu dulu. Yang tak perlu boleh beli nanti.

Okey itu sahaja setakat ni. Mungkin ada yang kurang sana sini, korang boleh komen kot nak tambah apa-apa ye. Hihi! Semoga dapat membantu semua. =)

Jun 25, 2014

Promosi Kakak Sendiri

Fuhhhh, dah lama aku nak up kan entry ni, tapi asik la lupa, lupa, dan lupa. Ekceli dah ramai jugak yang tau kakak aku (kaklang) pun adalah penjual online. Dah lama jugak la rasanya. Lepas aku kawin tu kaklang dah start jual Genie Bra. Ramai jugak repeat order sebab kaklang jual yang versi original. Memang sedap pakai. Ada jenis sport bra yang basuh banyak kali lepas tu dah longgar besar segala. Yang kaklang jual memang insyaallah size dia tetap sama macam mula-mula kau beli.

Gambar2 kat bawah ni adalah antara beberapa barang yang kaklang jual.

Genie Bra.

Aku beli banyak set jugak, sebab memang selesa tak tipu.

Kalau korang tanya aku apa nama panties ni, memang aku tak tau. Tapi aku panties ni bagus untuk pembentukan bentuk badan. Dalam pantang memang sesuai sangat pakai.

 Minggu lepas kaklang ada join ehehbazar, banyak jugak pin pin tudung dia jual.

 Kalau nak borong pun boleh je takda masalah.

Dan barang paling latest adalah kain pelikat. Dari size budak sampailah orang dewasa, semua ada.

 Semua anak-anak buah aku. Ekceli banyak testimoni kat instagram kaklang, tapi aku tak berani ambik letak dalam blog takut empunya gambar tak bagi kan, so korang tengok anak buah aku pakai je la ye. 

 Dah nak raya ni memang sesuai sangat beli kain pelikat. Selesa la. Kot nak suruh budak2 pakai time tidur pun takpe. Anak buah aku bila dah start pakai kemain lagi posing, suka sangat. 

 Boleh tahan jugak order, kaklang ni macam aku jugak. Terlebih jujur. Haha! Tapi dia lagi pandai layan customer la sebab experience dia pun terlebih banyak. Haha!

Korang boleh tengok ig dia kat SINI , ada banyak testimoni customer yang kaklang up kan
Instagram : iranoh
kalau korang nak order  boleh direct wasap : 012-9789311
nak COD pun dia ok je, tapi area shah alam lah ye.

Kalau korang macam tak tau nak panggil apa. Korang boleh panggil dia Kak Ira, sebab umur dia dah 41 tahun. Kalau yang umur 40 tahun tu boleh panggil Ira je. Huhu!

Jangan risau, insyaallah servis dia tip top.

Macam-macam nak cerita

Aku masih belum membeli aircond ye. Tetiba mukadimah cerita pasal aircond. Huhu! Duit dah kumpul sehari seposen, lols. Tapi punyalah tak ada masa nak ke SenHeng, padahal naik kereta 2 minit dah sampai. Ada je benda yang membuatkan tak nyempat-nyempat. Harini pun komfem tak sempat. Semalam order dah ramai gila booking itu ini. Pagi ni pun ramai jugak yang dah start buat payment. Berderu masuk *gebang sangat tak, haha* wasap. Tapi serius tak tipu. Huhu!

Dari semalam aku dah siapkan mental dan fizikal, dan dah siap-siap bagitau Qery maybe harini dia kena tolong aku sejurus dia pulang ke rumah. Ewah, hahaha! Sebab petang ni aku appointment dengan doktor. Nak tengok baby still breech atau tidak. Harap semuanya ok la. Aminnnnn

Aku perasan sekarang ni makin susahnya nak tidur sebab susah nak bernafas. Mengah2 aku, ke kiri ke kenan, duduk, semua tak kena. Dan dan dannnnnn, berita tergempar #lahsangat , alhamdulillah aku dah berjaya menaikkan berat badan kepada 56kg. Muahaha! Kau fikir tak seronok? 8bulan naik 8kg. tahniah kepada diri sendiri. Setakat ni jalan masih laju, siap boleh naik tangga sambil berlari *up diri sendiri*, haha! Solat masih berdiri cuma nak bangun tu mengumpul kekuatan la jugak.

Kelmarin jalan ke The Mines, sebab Qery ada order baju untuk rumah sukan dia. So dorang suruh collect Isnin tu. Aku ni pun ikut je la. Dah alang-alang ke The Mines tu, boleh la bayar bil maxis sekali. Banyak urusan aku haritu. Kebetulan jugak nak survey harga beg baby. Haritu memang dah beli kat expo pwtc, tapi saja je la tengok-tengok lagi. Ada kedai baby baru bukak kot. Sekali tengok ada beg yang sama macam yang kitorang beli masa kat expo.

Belek-belek la nak tengok harga. Ohmaiiii, beza memang berbeza. Kat expo aku dapat beg tu RM25. Kat kedai tu harga dia RM59 okey. Terus letak balik, marilah kita keluar dari kedai ini. Huahahahaha! Bersyukur berpenat lelah ke expo walaupun kena ulang alik ke kereta dua kali. Tapi dapat jimat banyaaaak jugak la. Ada yang mintak aku senaraikan harga-harga yang aku beli time expo. Tak dapek den nak nolong. Aku dah buang resit2. Aku pun tak berapa nak ingat harga satu-satu. Tapi aku yakin memang murah la tak kisah barang apa pun kalau nak dibandingkan dengan kedai-kedai.

Kalau sapa-sapa yang nak beli, silalah tunggu expo. Aku dengar2 nanti bulan berapa entah ada lagi kat midvelley. Korang cekidaut sendiri ye. 

Ha nak cerita pasal nak bayar bil maxis. Selama ni aku bayar bil maxis RM300+ (pakej suami isteri punya number dengan broadband), lepas tu Qery ada satu lagi broadband yang kena bayar RM170. So nak di katakan, bil maxis je dah dekat RM500. Tapi dah rasa kurang beban sebab broadband dua2 kitorang potong lepas pakai unifi. Kiranya kali ni last bayar broadband lah.

Masa nak bayar, akak tu tanya banyak guna call atau mobile data. So aku bagitau Qery suka tengok internet. Aku memang tak guna sangat line fon tu, banyak guna sebelum kawin je, dah kawin ni takde maknanya. Plus kerja aku sekarang banyak pakai fon bisnes. Aku ada jugak mintak Qery potong line tu, sebab macam membazir, bayar tapi tak guna sangat. Tapi Qery kata jangan sebab incase fon lagi satu simkad gila ke, atleast ada spare la. Whatever.

So akak tu pun syorkan Qery tukar data plan. Memandangkan plan sekarang ni internet Qery 1G je. Dia suruh tukar data plan yang terbaru. Kiranya bayar bulan-bulan around RM176 (untuk dua number), qery dapat free call, unlimited ke semua line, tak kisah la digi maxis celcom, dan dapat 2G mobile data. Aku kan downline, so aku cuma free call ke Qery je. Tak kisah. Sebab aku memang call Qery je pun pakai no tu. Huhu!

Kitorang pun setuju je, sebab tengok dah takyah bayar banyak-banyak. Cuma kena ikat contract 2 tahun lagi. Papeje la, sebab memang guna maxis je pun. Yang paling best, bila tukar ke plan data yang tu, dapat handphone free uolls. Happy tak terkata. Walaupun tak memerlukan buat masa sekarang, tapi tetap rasa gumbira sampai nak lompat bintang. Haha!


Ada 3 pilihan handfon kalau tak silap. Fon yang macam aku pilih ni, fon samsung acer3. Dua2 ni free of charge. Ada 1 lagi handfon sony experia tapi kena tambah around Rm300 kot. Nak samsung ace 3, tapi kecik cenonet sangat. Better pilih yang huawei ni je pun dah ok. Akak tu kata, kat pasaran orang jual Rm500. Dia cakap ramai tukar plan, lepas tu dorang jual handfon ni. Haha! Memang bisnes sangat. Aku masih terfikir-fikir nak jual ke atau nak spare je, sebab fon yang aku pakai ni pun kadang2 mengundang jugak. We will see how lah. Huhu!

Kepada korang2 yang dah lama pakai maxis tu, silalah buat2 tanya pasal plan baru kat maxis je. Mana tau boleh tukar, kan seronok dapat fon raya. Huhu! Takyah susah2 beli fon baru.

Okay, nak bagitau. kepada sesiapa yang masih tercari2 produk skincare, nak cantik2 sebelum raya. Jujur ku beritahu. Better beli tabita sekarang. Sebab aku dah mengharungi tahun lepas. Ada yang baru nak pakai seminggu dua sebelum raya, memang tak sempat nak cantik tau. Atleast korang kena pakai sebulan baru boleh nampak perubahan. Kiranya sekarang ni memang timing yang cantik untuk korang nak vogue masa hari raya. Kalau lambat, jangan korang meratapi kat aku yeah. Haha! Aku tak mampu nak buat apa-apa.

Okay lah semua orang. Aku nak sambung kerah tenaga ni. Nak order silakan wasap 0122678134.
Sapa-sapa yang rasa alahai lambat la nak pos, boleh COD tapi area bandar sri permaisuri. Itupun kalau korang nak cepat lah, korang kena ke BSP. Kalau rasa jauh sangat, silalah terima dengan hati terbuka barang korang tu diposkan sahaja. Muahahaha!

Losyen felinna pun boleh tahan laju. Bagus-bagus. Lepas berbuka sapu losyen ye semua. kang muka dah cun sekali perut tak berapa cun pun susah jugak kan. Tak muat lah kebaya uolls. Kihkihkih~

Eh dah terbanyak sangat membebel ni. Dah lama kan tak membebel. Seronok pulak feeling mak joyah. Kbye

Jun 23, 2014

Nak puasa dah

Rasa tak sabar pulak bila mengenangkan nak puasa ni kan. First time puasa sebagai isteri orang. First time puasa masa mengandung. First time puasa tak duduk dengan parent. First time berpuasa tanpa arwah abah. Segala-galanya first time. Rasa dia tu lain sikit. Tapi aku risau jugak la. Dengan harapan aku beranak ikut due beberapa hari selepas raya lah. Jangan la tetiba time puasa tu nak beranak ke apa. Menangisi sangat tau.

Dah terfikir-fikir nak kena sahur pagi hari. Alamak, boleh ke bangun ni? Muahahaha! Qery jenis sahur tak makan nasi ye,syukur alhamdulillah. Dia makan koko crunch je. Senang gila nak jaga laki aku ni. Tinggal aku je la. Aku kena makan nasi, kot nak masak pun untuk diri sendiri je la. Tak tau la macam mana nanti, kita tengok je la keadaannya ye. Masak ke, beli ke, beli ke, beli ke, mihmihmih!

Lepas tu aku tengok dah ramai kot orang share resepi kat facebook, masak macam-macam lauk. Macam sedap je. Tapi sekarang ni, aku cukup malas nak masak. Macam dah tak larat dah aku nak berdiri lama-lama kat dapur tu. Qery pun sekarang ni setiap kali balik sekolah dia akan belikan nasi lemak and kuih-kuih kat tepi jalan dekat dengan rumah untuk kitorang makan berdua.

Aku tinggal buat air milo ais dia je la. Qery tu kalau dapat air milo ais, senyum sampai telinga. Suka sangat tak tau la kenapa. Huhu! Siap bagitau kalau beli bungkus nasi lemak dengan kuih hari-hari boleh jimat. Sekali makan dua orang baru rm6. Lepas tu hari-hari nak makan nasi lemak sebab nasi lemak tepi jalan tu sedap n banyak. Memang banyak pun. Kenyang sampai senak perut aku.

Aku memang tak sempat nak masak memandangkan order banyak masuk waktu pagi ke tengah hari. Selalu memang tak sempat, sebab kena layan customer. Sometime customer bukan setakat nak order, dorang tetiba cerita masalah dorang masa pakai skicare la, mintak pendapat la, itu la ini la.  So nak tak nak kena la jawab. Qery dia paham, dia pun cakap takyah masak. Kalau aku masak dia perasan kerja aku akan tergendala. Nanti dah lambat nak pos, pun susahkan dia kena harungi jem. Jadi Qery memang setuju je kalau kena beli makanan.

Ada orang tanya aku boleh puasa ke. Entah la. Kita cuba je dulu. Sebab aku dah google makanan2 yang buat kita rasa kenyang lama sikit. Incase kalau bleeding atau pening atau baby xbanyak gerak, baru la kita berbuka. Tapi kalau boleh aku nak puasa penuh. Sesiapa yang ada tips lain tak? hihi! Minggu ni ada appointment dengan doktor, nanti aku nak tanya pendapat dia pulak.

Aku ada banyak benda nak cerita. Takpe, nanti pelan-pelan iolls cerita tau. Sebab malas nak transfer gambar lagi. Tapi aku akan update jugak secepat mungkin, sebab aku tau kalau tak update minggu ni, tiada harapan lah aku nak update minggu depan kerana kemalasan berganda. Hihi! Bye

Jun 20, 2014

Peraduan Tumix® Cabaran Rasa Kuah

Ingat tak entry aku sebelum ni, KLIK SINI kalau belum baca. Ya Allah, senang sangat nak join contest ni uolls, rasa macam tak percaya contest senang macam ni hadiah utama dia RM100000. Rugi la sapa tak masuk. Semua orang boleh join, tak kisah la korang suri rumah, wanita bekerjaya, mahupun pelajar. Asalkan korang ikut semua step yang aku akan bagitau jap lagi, insyaallah ada rezeki, mesti boleh menang. Cepat amin dalam hati. Hihi!

Macam mana nak join Sepet oi? Meh sini iolls bagitau. Sebab aku pun join. Habis ingat korang je nak menang? Muahahaha!

1. Dapatkan sample FREE TUMIX® Kuah dari SINI

Isi borang ni dan submit
2. Bila sample dah sampai ke tangan korang, cuba masak dan masukkan perisa TUMIX® Kuah kat dalam masakan korang.

Ini contoh je tau. hihi!

3. Ambil gambar eksperi muka "WOW" korang bersama dengan masakan, dan karang tak lebih dari 10 patah perkataan tentang pengalaman korang.

Wow!! TUMIX® Kuah buat sambal udang kita jadi sedap sangat. Happy!!
ini gambar yang aku hantar bersama ayat tak lebih dari 10 patah perkataan.

4. Hantar gambar tadi melalui online ke SINI

Bila dah hantar, korang akan dapat notification macam kat bawah.

So korang kena tunggu pihak syarikat memuatnaik foto korang.
Senang kan? Kalau dah senang, apa lagi jom la join sesama!

Hadiah dia pulak uolls, bukan RM100000 je, ada banyaaaaak lagi yang lain. Yang RM100000 tu hadiah utama. Hadiah Pertama, Kedua, Saguhati, Mingguan pun ada.

Hadiah UTAMA : Wang Tunai RM100000
Hadiah Pertama : Wang Tunai RM50000
Hadiah Kedua : Wang Tunai RM20000

Hadiah Saguhati :
Baucar Perabot Bernilai RM8000
Kerusi Urut
TV LED Toshiba
Peti Sejuk Toshiba
Mesin Basuh Toshiba
Ketuhar Gelombang Mikro Toshiba
Periuk Nasi Digital Toshiba
Periuk Terma Toshiba

Hadiah Setiap 2 Minggu  :  RM5000 *hanya untuk penyertaan online dengan bilangan LIKE tertinggi dalam tempoh yang ditetapkan.

Excited kan!! Korang better join tau, mana la tau rezeki korang. Last participate 20th July 2014 ni, cepat-cepat join, sebab siapa yang banyak like boleh la menang hadiah mingguan, lagi cepat korang join, lagi senang nak kumpul like. Cepat dapatkan sample terus kat SINI

Meh aku nak share 1 video yang sangat lawak dari duta kita Adibah Nor


Atau korang nak tengok banyak lagi video menarik atau resepi-resepi, info terbaru semua ada kat website TUMIX® Kuah ,

Atau korang boleh follow facebook TUMIX Malaysia

Akhir kata, jom pakat join sama-sama. Bagitau mak, ayah, sedara mara, jiran tetangga, rakan taulan, lagi ramai lagi meriah sebab hadiahnya berbaloi-baloi

Semoga kita semua boleh menang!!
Byeeeee

Jun 19, 2014

Membebel di malam hari

Tetiba rajin pulak nk update malam2 ni, sesuatu sangat tau.hihi! Ramai yg bagi tips macam mana nak elak baby songsang. Insyaallah akan dipraktikkan. Tapi apa-apa pun, semua terjadi dengan kehendak Allah. Gitu, terasa ustazah sangat ni. Hahaha! Tapi betul lah kan.

Sejak pakai unifi ni rasa happy sangat. Line kemain laju bagaikan halilintar. Ecehh.. Senang la aku nak buat kerja, nak update lagilah senang. Kalau tak dulu masa pakai broadband, asiklah ter disconnected. Geram rasa nak kunyah broadband tu pun ada. Kadang2 tunjuk connected, tapi loading sampai ke sudah. Memang kegeraman tahap beruk makye.

Mujur sekarang ada unifi. Mari kawan-kawan bertukarlah kepada unifi. Iklan sangat kan. Hahaha! Tapi aku rasa tak semua tempat kot ada unifi. So sapa yang tak boleh nak ber-unifi tu, bertabahlah ye. Inilah dugaan hidup.  *tetiba* haha!

Sekarang ni musim bola kan. Aku ni memang tak kisah nak musim apa pun. Asalkan jangan kacau kerja aku. Gittew. Nak tengok bola kat tv 24 jam silakan. Aku lagi suka laki ada depan mata. Nasib baik Qery ni jenis suka tengok bola kat rumah. Kalau dia jenis suka lepak mamak mau membebel jugak aku. Huhu!

Korang sokong negara mana? Aku tak tau la sebenarnya nak sokong mana. Qery tu paksa-paksa suruh pilih negara mana. Kan kat surat khabar ada senarai perlawanan team a negara mana, team b negara mana. Dia siap2 tick kat situ aku pilih mana dia pilih mana. Lantaklah, layankan je. Aku bagitau aku pilih Belanda. Sebab itu je pun aku pernah dengar. Muahahaha!

Tapi aku kenal la Persie, Ronaldo, Karim Benzema, Pepe, Robben, Marcello, ada la beberapa lagi player. Tapi semalam masa Belanda main, ada sorang tu Memphis kot nama dia, hensemnya alahai. Huhuhu! Bagi korang biasa la kot, tapi aku suka yang gelap-gelap plus senyum manis je. Auw! Terus bagitau Qery aku akan sokong Belanda biarpun terpaksa menanggung kekalahan. haha! Tapi nasib baik menang, tak suka Australia sebab suka berlakon sakit. Dia tackle kaki orang tetiba dia pulak yang sakit. Oh drama sangat.

Lepas tu terfikir dah kenapa aku boleh terjebak tengok bola ni? Huhu! Kadang2 orang lelaki ni kita kena teman dia buat benda yang dia suka. So nanti-nanti bila kita nak buat benda yang kita suka, dengan harapan dia boleh la teman. Kalau dia tak nak teman, keluarkan je ayat2 sentap. Eleh korang macam tak biasa. Hahaha!

Sekarang ni Qery tengah tidur, mengantuk sangat. Mana tak nya, malam tadi tengok dua game, Australia-Netherland, Chile-Spanyol. Pastu esok sekolah. Balik sekolah tadi dapat ganti sejam je. Sekarang ni sambung lagi. Tak tau la jap lagi ada bola ke tak. Kalau dia nak tengok jugak malam ni, sukatilah. Asalkan bahagia. Kerja aku senang je, siapkan je air milo dengan roti dia atas meja, lepas tu jangan kacau aku. Nak makan aiskrim amik sendiri dalam peti ais. Huhu!

Ok lah. Aku nak prepare barang2 untuk pos esok. Esok aku pos awal tau. Last payment jam 2 petang, sebab lepas Qery solat Jumaat, aku nak terus ke Expo baby. Nak beli barang2 baby. Beg baby haritu sembang konon nak beli tapi tak beli-beli tu. Jadi esok marilah siapkan beg nya. Sapa-sapa nak borong tabita lagi dipersilakan yeah. Korang boleh ambik order banyak-banyak satu opis pun boleh. Nanti iolls bagi harga borong. Kalau nak beli satu-satu pun boleh.Harga loose item boleh cek kat sepetsshop tau. Kot ada sesapa nak cod pun bagitau je.

Okayla. esok kita bebel lagi. Byebyebye

Perihal Check-up

Sebelum update pegang perut dulu. Terasa lagi sakit kat perut ni. Huhu! 

Semalam aku check-up untuk kali ke 4, since bulan lepas agak lama jugak gap (sebulan lebih) tak jumpa doktor, jadinya aku macam takut jugak la. Bukan takut apa, takut kot aku ada penyakit kencing manis ke, takut kena minum air gula ke, takut doktor marah sebab tak jaga pemakanan ke kan.

So sampai sana, macam biasa timbang dulu, then kena test urine. Kak Siti (assistant doktor) lepas amik berat dengan air kencing dia diam je tak ada cakap apa-apa pun so aku berharap tak ada apa-apa la. Kihkih! Cuma masa timbang tu dia tanya 'ko tak makan ke sepet?' Erk...aku rasa dah banyak jugak berat aku naik, lebih 2 kg dah kot. Sobs..

Aku punya turn last sekali. So sementara tu bergambar dulu kat luar klinik doktor.  Qery main game je la nak hilangkan kebosanan dia. Huhu!



Dekat pukul 5 tu baru turn aku. Masuk-masuk sana je doktor cakap kat aku..

DTEP : Aku tengok facebook you, ingatkan you dah bersalin. Rupanya anak orang lain.
Aku : Oh, gambar tu eh. Hihi! Itu abang saya punya anak.

Aku ada pos gambar ni beberapa hari sebelum check-up


Pastu Qerty terkejut doktor ada facebook. Haha!

Macam biasa jugak, lepas doktor cek nadi, doktor terus scan perut. Tetiba dia cakap

'Alamak, alamak, alamak.... baby songsang pulak'

Aku kan blur. Plus aku jenis rilex tak bertempat, muahahaha!

DTEP : Tengok, kepala dia dekat atas sini.
Aku : Oh, patutla saya rasa senak, huhu!

Lepas tu doktor pun terangkan lah satu per satu.

'Sekarang ada beberapa pilihan. Pertama, tunggu baby turun bawah, then kalau baby turun boleh beranak normal. Kedua saya boleh pusingkan baby bagi kepala dia kat bawah, tengok kalau dia boleh stay kepala kat bawah sampai you due date, pun boleh beranak normal. Ke tiga, kalau u tak kisah baby keluar kaki dulu, still boleh beranak normal. Ke empat, kalau still songsang, last alternatif boleh buat pembedahan.'

Banyak kan pilihan dia, hahahaha!

Aku : Tak kisah la doktor, mana-mana pun boleh. Sebab saya dulu pun keluar songsang.
DTEP : Hahaha! Patutla anak pun nak ikut. Tapi memang dulu-dulu kalau songsang pun doktor akan suruh beranak normal. Cuma sekarang ni je, kalau you pergi mana-mana hospital kerajaan, mereka takkan beri you pilihan, mesti bedah punya.
Aku : Bedah mahal tak doktor?
DTEP: Mahal jugak, dalam 6 ke 7 ribu.

6 ke 7 ribu tu ok la kan, muahahaha! Sebab akak aku bedah 10k kot. 

Aku : Sekarang ni doktor suggest apa?
DTEP : Aku suggest, kita try pusingkan baby dulu, then next week jumpa lagi scan tengok kepala baby naik balik ke tak. Sebab aku boleh pusingkan baby sebelum 4 minggu tarikh due you. Kalau lagi sebulan nak beranak, susah sikit.

Tetiba Qery menyampuk.

Qery : Sakit tak doktor?
DTEP : Sakit. Ada orang menjerit, ada orang menangis, ada yang keluar air mata je. Tapi memang sangat sakit.

OMG, sakit sangat bunyinya tu. huhu!

Aku : Doktor rasa better buat bila?
DTEP : Better sekarang, sebab you punya tarikh pun nak dekat dah.
Aku : Ok

Pasrah je la aku kan. Haha! Sakit pun sakit la. 

Nak cerita kesakitan dia tu, ko bayangkan perut ko besar memboyot tu, kena tekan sampai kempis, lepas tu dia picit tolak kepala baby dari atas pusing sampai kepala baby kat bawah. Lepas tu pulak doktor beberapa kali try nak tangkap kepala dia, susah sikit so dia tekan perut aku banyak kali. Sakit gila. Hahaha! Tapi aku tahan je la, takde teringin nak jerit ke, nak nangis ke apa. Qery tak berani tengok, dia duduk belakang langsir. Hehe!

Tetiba doktor kata dah, Qery terkejut sebab dia kata tak de dengar bunyi jerit ke nangis ke. Kongajo betul Qery ni, hahaha!

Qery : Eh? Tak nangis ke?
DTEP : Isteri you ni kuat sangat.
Aku : *kembang hidung*

Memang sakit ok. Sapa yang pernah pusingkan baby je tau. Kuikuikui!

Qery : Doktor, kalau next week check-up kepala baby naik lagi?
DTEP : Kita pusingkan lagi lor

Demmm!! Hahaha!

Baby songsang aku tak risau sangat pun asalkan baby sihat. Tak kisah la kau nak keluar ikut mana nak oiii. Maybe sebab aku dulu pun songsang jugak. Tapi berharap kalau boleh keluar la kepala dulu. Senang sikit mak kau tak yah sakit main pusing2. Huhu!

Itulah perihal check-up semalam.

Sekian terima kasih

Jun 18, 2014

Kejap lagi nak check-up

Rasa macam dah lama gila pulak tak tengok baby dalam perut. Selalu kalau menendang bukan main juara. Tak kira masa bergolek-golek dalam perut. Takpe aku perhatiiiiiii je dulu. Dalam perut nak tendang silakan. Nanti kau dah keluar, berani la tendang, hanger tersusun kat almari tu, boleh pilih nak warna apa ye nak. Huhuhu!

Kali ni rasa cam cuak jugakla. Sebab macam dah dekat je due. Walaupun orang kata bila-bila masa baby boleh keluar, tetapla aku nak yakinkan diri sendiri yang baby ikut tarikh due tu. Psycho kan. Harap2 pun sempat la aku makan rendang, dapat makan 3 4 hari pun dah ok dah. Huhu!

Tak sentap hati, orang lain main rendang depan bijik mata kau. Rasa teraniaya sungguh. Huhu! Last check-up aku bila yeah? 7.5 kot. Sekarang dah 18.6. Ada la sebulan lebih. Patutnya minggu lepas lagi ada checkup, tapi doktor tetiba ada hal.

Harap-harap semua ok la. Ok la uolls, nak gi pos barang, then baru gerak ke spital. Minggu ni ada expo jual barang baby, insyaallah aku akan ke sana. Sapa-sapa yang mengandung pun jangan lupa gi expo tau. Aku kalau bab berjalan ni larat aje. Muahahaha! Kbye.

Arwah Nenek

Semalam pagi baru je cerita pasal nenek jatuh bilik air. Petang tu pukul 4 aku dapat mesej dari ayah yang nenek dah meninggal. Innalillah..

Sebenarnya apa yang arwah nenek lalui saat akhir dia, sama sangat dengan arwah abah. 3 hari sebelum meninggal lidah dah start bergulung. Dah tak boleh telan apa-apa termasuk air. Aku ada bagitau Qery jugak pasal ni hari Ahad lepas. Aku bagitau tanda2 sama macam arwah abah. Jadi Qery bagitau ayah supaya ayah bersedia.

Aku pesan jugak kat Qery, if ahli keluarga nak mintak maaf ke apa, walaupun nenek dalam keadaan tak sedar, cakap je kat telinga dia. Kita tak tau yang dia dengar ke tak. Tapi yang tu Qery tak sempat nak bagitau ayah.

Masa arwah abah terlantar dalam keadaan tak sedar, adik beradik aku ada jugak bisik-bisik kat telinga dia. Mintak maaf, mintak halal makan minum. Kadang2 bagitau abah jangan risaukan kitorang, kitorang semua ok, mak ok, adik beradik ok, saja la bagitau supaya dia tak risau nak tinggalkan kita.Tak kisah la sama  ada dia dengar atau tak. Atleast kita bercakap dengan dia. Gitu.

Aku terus call ayah, sebab kebetulan mak mertua tak ada kat sini, mak ke bandung hari khamis baru balik. Kesian pulak aku, mesti ayah sorang-sorang kat rumah. Sobsob. Dengar ceritanya, nenek memang nak di hantar ke rumah. Dah masuk dalam van. Masa proses nak balik ke rumah atau baru otw nak ke rumah *aku tak sure*, nenek hembuskan nafas terakhir. So dorang patah balik ke hospital. Jadi proses tu jadi lambat sikit.

Dalam jam 6 macam tu kot baru jenazah sampai rumah sebab nak setelkan urusan semua. Lepas maghrib tu jugak arwah nenek dikembumikan. Aku tak sempat tengok jenazah, sebab aku sampai-sampai je dorang dah bawak keranda naik van. Mula-mula cadangnya aku duduk rumah mak saudara Qery sementara tunggu dorang kebumikan nenek. Pastu Qery kata ramai sangat kat rumah, dia kesian aku sorang-sorang, dia suruh ikut tapi duduk je dalam kereta.

Pergi masjid solat maghrib, lepas tu terus ke tanah perkuburan. Aku tak keluar kereta la. Aku pun tak berani sangat sebab maghrib n aku pregnant kan. So duduk dalam kereta sambil sedekahkan surah yasin kat arwah nenek. Aku bagitau la mak aku pasal arwah nenek. Aku bagitau la walaupun keadaan arwah nenek sama macam  abah, tapi arwah nenek dorang still salurkan air dari hidung. Pastu mak cakap walaupun dia salurkan air kat hidung, saraf nenek dah kecut. Memang dah takkan lalu mana-mana anggota dah.

Alfatihah untuk arwah nenek

Sebelum balik rumah, singgak kedai makan sebab ayah tak makan apa pun lagi, risau la ayah kan sebab mak dia. Plus orang kata tak elok lepas tengok jenazah terus balik.

Sampai rumah terus rasa badan penat sangat. Mandi solat semua, terus baring. Baru teringat memang penat sebab pagi tu banyak order. Huhu! Kebetulan supplier aku pun ayah dia operation. Mana-mana barang yang supplier aku pos tapi tak sampai lagi, atau tak pos lagi maafkan aku ye, huhu! Sebab aku pun tak nak push supplier dalam keadaan dia macam tu. Insyaallah barang korang semua dapat. Mungkin la lambat 2 3 4 hari gitu. Huhu!

p/s : jom follow sepetsshop

Jun 17, 2014

Boleh ke?

Semalam Qery ada wasap gambar kat aku. Mungkin sebab perut aku dah besar kot. Hihi!


Aku pun macam korang jugak. Kita risau la nanti bentuk badan dah tak cantik, takut suami komplen, pastu nak cari yang lain, plus ada orang yang badan dia merekah-rekah masa mengandung. Boleh ke nak kurus balik. 

Kalau tanya suami, jawapan yang biasa dorang akan cakap ofkos la 'takpe je'. Tapi kita sebagai perempuan ni kan sensitif and susah nak percaya kat kata-kata lelaki. Walaupun mulut laki kita cakap 'takpe, ok je, sayang je macam mana pun', dalam hati kita pulak 'Iyekeeeeee?? Boleh percayaaa keeee?' Kan.. Hahahaha!

Walaupun berat badan aku tak naik banyak, tapi tetap la ada perubahan. Lepas tu aku pun tengok la gambar-gambar kat handfon lama.

Boleh ke nak dapat pinggang macam ni balik? Hahaha!

 Dulu iolls pakai seluar size pinggang 26. Sekarang masa pregnant aku pakai size 29.






Dah la nanti pantang sendiri-sendiri. OMG, mampukah aku diet? Hahaha! Aku tengok makanan orang berpantang ni sedap pulak tu. Qery kongajo sangat, dia kata aku masa pregnant kurus, masa pantang nanti baru gemok. Sentap iolls. Huhu!

Takpe, nanti kita tengok la macam mana hasilnya. Kalau gemok abadan abada, lepas ni kita amik gambar muka je, badan dikuarantinkan. Kekekekeke!

Nenek Jatuh Bilik Air

Sabtu lepas, pagi-pagi tu aku tengah baring nak lelapkan mata. Qery dah pegi kelas sebab ada exam. Dia kata balik tengah hari. So aku pun memang feeling nak tidur je la sebab badan penat sangat. Tetiba pukul 9 lebih aku dengar fon berbunyi. Fon tu dalam beg, aku malas nak ambik, sebab aku fikir Qery yang call. Qery kalau aku tak angkat kat fon tu, dia akan kol kat fon satu lagi. Aku pun tunggu la dia kol kat fon satu lagi, sebab fon tu memang sebelah telinga aku je. Tunggu-tunggu tak ada, aku pun tidur la. 

Pukul 10.30 Qery balik, dia belikan nasi lemak suruh aku makan. Kejap lagi pukul 1 nak gi UPM balik sebab petang pun ada exam. Masa nak makan tu Qery bagitau Nenek masuk hospital selayang sebab jatuh bilik air. Dalam hati aku mesti yang kol pagi tadi ayah mertua aku. Huhu!

Alahai, dengar jatuh bilik air pun dah rasa seram sejuk. Nenek qery ni aku pernah jumpa sekali je. Emak ayah mertua ku. Tinggal kat Batu Caves rumah anak pertama dia. Aku pernah singgah lepas kawin sekali je. Kurus sangat nenek. Masa aku melawat nenek kat rumah pun nenek baru lepas jatuh, tapi masa tu ok lagi. Umur nenek dah 87 tahun. Memang dah tak kuat nak jalan. 

Aku tak sure cerita dia macam mana, lebih kurang macam ni kot, nenek jatuh dalam jam 2 pagi kat bilik air sorang2. Dah berdarah banyak, lama jugak baru menantunya perasan sebab nak ke bilik air. Yela pagi-pagi kan kita tidur, mana sedar kejadian dalam rumah. Korang bayangkan dah la jatuh, kepala berdarah, lepas tu lambat perasan. Ofkos dah banyak bleeding. Sampai bila bawak hospital, doktor suruh bawak balik sebab percentage untuk hidup under 50. Aku dengar pun dah sedih. 

Dalam hati berdoa Allah kurangkan kesakitan nenek. Kita kena cubit pun nak sakit. Inikan pulak koyak kat kepala. Orang tua pulak tu. Tak terbayang kesakitan dia.

Tunggu Qery balik exam, dalam jam 4 petang tu terus siap-siap. Ambik ayah, syah dengan cepul kat rumah. Senang naik satu kereta. Kebetulan mak tak ada pergi lumut. So kita pergi berlima ke hospital selayang.

Sampai sana, tak tau nak cakap apa. Aku ni memang dari dulu tak boleh tengok orang tua sakit. Rasa sayu je, walaupun orang yang aku tak kenal. Dulu kalau kena dispen ubat dalam bilik pesakit, dapat pulak orang tua memang aku rasa sedih, sebab bayangkan kalau mak/ayah kita sendiri, rasa tak sanggup je kan. Aku start belek tangan nenek, banyak betul lebam. Kepala nenek darah banyak sampaikan walaupun dah jahit, tapi kesan darah kat bantal tetap ada. mata dia lebam sampai tak boleh bukak. Kulit kaki nenek terkopek, maybe nenek nak try bangun tapi tersadung banyak kali. Kita tak tau apa yang berlaku masa nenek jatuh.

Walaupun nenek tak bergerak-gerak, tapi dia dah tak sedar apa dia buat. Sama macam arwah abah masa sakit. Tangan nenek kena ikat supaya dia tak jatuh. Cara ikatan dia salah. Aku suruh Qery panggil nurse betulkan cara ikatan kat tangan nenek.


Esoknya pergi lagi (Ahad), tengok nenek dah ada perubahan. Lidah dia dah bergulung, tak boleh telan air n makanan. Benda2 ni semua buat aku ingat balik kat arwah abah. Tu yang bertambah2 kesedihan tu. Huhu! Air kena masuk ikut hidung. Nenek pintal2 selimut dia sama macam arwah abah buat. Cuma arwah abah sakit kat rumah, tak ada la saluran air yang nak masukkan dalam hidung. Nenek pulak masih boleh masuk air. Semalam memang doktor suruh bawak balik, tapi adik beradik ayah kata biar nenek rehat n kurangkan sakit dia sikit, dah stabil baru nak bawak balik rumah. 

Ofkos jadi kat kita pun tetap kita akan buat benda yang sama. Harap2 kuranglah sakit nenek. Semoga adik beradik ayah pun tabah, semalam tak sempat nak melawat nenek, tapi tak sure la kot ayah ada pergi sendiri-sendiri. 

Aku kol mak semalam bagitau pasal nenek Qery, aku kan semua benda nak mengadu. Huhu! Tetiba mak cakap jiran aku pun jatuh jugak. Bahu patah kot, pun tangan kena ikat kat katil. Alahai, sedihnya. Benda kalau nak jadi, tak kisah siapa kan. Harap-harap family aku dijauhkan la dugaan2 macam ni. Berat betul rasanya masa jadi kat abah dulu. Tengok tangan abah kena ikat kat katil pun rasa tak sampai hati, tapi tengok dia jatuh lagi la tak sampai hati kan. Huhu!

Bila fikir-fikir, kot umur panjang la. Macam mana la kalau kita tua nanti. Sakit ada ke orang nak jaga. Sekarang sakit boleh lagi nak jaga diri sendiri. Plus Qery pun kuat lagi. Kalau dah tua nanti? Tak boleh nak bayangkan. Huhu!

Okaylah. Sesi mengadu dah tamat. Hihi! Selamat Bekerja uolls. =)

Jun 16, 2014

Panas betul cuaca sekarang

Ya Allah, panas gila kan sekarang ni. Aku ni bukan jenis berpeluh. Tapi sekarang peluh kemain lagi, habis basah bajuku. Peluh di sana sini. Rumah dah la tak ada aircond. Pokok pun tak ada. Owner rumah ni memang jenis tak suka pokok sangat kot. Tempat parking patutnya ada tanah sikit kat tepi kan, dia letak tiles semua. Ko kalau nak menanam, kena beli pasu. Lepas tu pokok depan rumah memang dia tebang. Jadi rumah aku ni dari luar nampak besar dari rumah jiran-jiran, sebab lapannnnng je. Aku jenis tak reti nak menanam. Kat luar ada rak kasut je. Kalau orang lalu memang orang ingat rumah tak ada orang. Huhu!

Dah lama jugak la aku berkias-kias nak pasang aircond kat rumah ni. Sebab memang haba dia aku tak tahan, plus orang kata berbadan dua ni lagi la badan double panas. Kadang2 aku terfikir yang rumah aku ni banyak syaitan kot, hahaha! Panas lain macam. Kadang2 je la sejuk. Itupun kalau hujan la. Kalau cuaca mendung pun belum tentu sejuk. 

Itu tinggal berdua takpa la panas-panas. Nanti dah ada baby, mak datang rumah, mak mertua datang rumah. Kesian tau panas-panas. Atleast boleh la pasang aircond. Aku nak pasang kat hall je, dalam bilik takyah pasang lagi, sebab aku banyak duduk kat hall. Buat kerja pun kat hall. Nanti aku pantang, aku nak letak katil single kat hall. Senang nak ke dapur, nak buat kerja, plus orang nak datang melawat pun boleh lepak kat hall je. Tak kuasa aku nak naik turun bilik. Susah betul rumah tingkat bawah tak ada bilik ni. Huhu!Haritu survey-survey aircond, tak sure brand apa yang bagus. Kalau aircond kat hall mahal sikit la dari aircond dalam bilik kan. Tu yang kena kumpul duit dulu. Hihi! 

Bila fikir pasal duit ni, pening kepala kan. Hahaha! Bukan aku je la, rasanya semua orang macam tu. Sekarang ni lagi la nak pakai banyak duit. Nak puasa, walaupun tak ada anak lagi, tapi kena belikan baju mak, mak ayah mertua, bagi duit raya, beli kuih raya untuk mak, untuk mertua, nak beranak, nak bayar bil hospital *suruh pegi kerajaan je taknak mengada sangat*, nak prepare beli barang anak. Haritu baru tukar tayar kereta Qery 4 tayar pun dah over 1k. Mula-mula satu tayar meletup sebab langgar lubang. Oh my, sekarang ni jalan raya memang worst sangat kan. Lubang boleh buat kolam, huhu! Tapi Qery tu memang suka sangat langgar lubang, agaknya dah berapa kali langgar, kali ni langgar terus meletup tayar tu. Pegi workshop tengok tayar lain bunga pun dah berguguran, huhu! Tukar je la semua.

Itu belum list nak kumpul duit beli rumah, duit simpanan, belum masuk nak bayar bil tiap-tiap bulan, bila telefon, bila astro, bil  unifi, bil kereta, bil air, bil elektrik, sewa rumah, minyak kereta, barang dapur, duit peruntukan untuk parent masing-masing. Hahaha! Sekarang ni aku rasa kalau buat satu kerja memang susah gila kot nak survive. Haritu sapa eh yang komen mintak aku buatkan kos sara hidup untuk lepas kawin. Bukan aku tak nak buat, tapi masing-masing lain kot belanja dia.

Contoh aku dengan Qery jenis indipendent. Rumah kitorang cari sendiri, barang2 dalam rumah pun beli sendiri, makan minum pun sendiri. So belanja dia lain. Ada orang bila dah kawin yang tinggal dengan parent, atau parent bagi rumah, lagi best parent masakkan bila balik rumah, ada parent yang tak nak ambik duit anak, so dah save budget kat situ. Kereta pulak, ada orang yang parent bagi. So tak boleh nak cakap. Kos kat KL lain dengan negeri lain. Nak buat budget tu boleh, tapi bukan semua orang sama la. Gitu.

Ha nak cerita kumpul duit nak beli aircond je, tetiba dah kemana-mana, kekeke! Bila dah beli aircond, komfem la bil letrik naik kan. Tapi takpe la. Aircond untuk jangka masa panjang. Kalau nanti tetiba aku rasa tak mampu nak bayar bil, pakai kipas je la. Haha! Tapi orang kata, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ada rezeki ada la, tak ada rezeki kita sabar n usaha lagi. Kan. Huhu!

Pastukan, bila masuk kereta, bahang dia macam nak cair kuku aku dibuatnya. Huhu! Takyah gi sauna, masuk je dalam kereta, cair terus lemak-lamak kesayangan. Cerita pasal lemak, hurm tetiba lemak aku bertambah-tambah. Tak sakit hati ko. Huhu! Bila masuk 32 minggu, terus membesar bagaikan juara perut aku ni. i am so scary tau. Semalam timbang dah naik 54kg. Lepas tu Qery gelakkan aku. Harap2 genap 40minggu tak da la lebih 60kg. Kalau tak memang letih tu nak diet.

Oh semalam hari bapa kan. Sambut dengan family in law kat gerai dekat dengan rumah. Rindu kat arwah abah. Selalu hari bapa ni kemain lagi mintak hadiah kat aku. Bila tanya nak apa je malu-malu tak nak sebut. Hihi!

Kenangan pergi umrah dengan abah tahun 2000.
Dulu bila tunjuk kat abah gambar ni, mesti tergelak sebab dua2 gemok. Hihi! Semoga abah tenang kat sana. Aminnn =)


Selamat hari bapa sedunia =)

Bercuti : Jakarta + Bandung (4H3M)

Sebenarnya tak rajin mana pun nak update entry bercuti ni. Bila tak rajin, maka marilah update sekali harung.

Pergi akhir bulan March. Masa tu badan dah ok sikit. Dah start tanya-tanya Qery tempat bercuti yang best. Aku kalau boleh nak dekat-dekat je senang boleh bawak kereta. Entah macam mana alih-alih ke Jakarta pulok. Nasib baik Kak Azlin n husband kata boleh temankan. Kalau tak ada orang teman, mungkin pergi Cameron je. Mihmihmih!

Khamis pagi lepas subuh tu terus ke KLIA, perjalanan ke Jakarta tak lama pun, dalam 2 jam gitu kot kalau tak silap. Waktu kat Jakarta awal sejam dari Malaysia. Contoh kita pukul 1 tengah hari, kat sana pulak pukul 12 tengah hari.

Sampai Jakarta, kitorang terus ke Hotel. Memang jalan jem gila-gila kat sana. Dari airport nak ke hotel dekat je, tapi sebab jem boleh jadi 5 6 7 jam. Gila kan. Nasib baik masa aku pergi tu jem sejam dua je. Boleh bersabar lagi la.



Sampai hotel, solat dulu. Aku tukar baju sebab tak selesa baju ni gelebeh sangat. Tukar pakai Tshirt terus. Motif ke sini sebenarnya nak jalan-jalan, tapi dah bertukar secara tiba-tiba. Tetiba la nak berniaga kain bagai. Tak kelakar. Nasib baik memang dah standby duit lebih. Kalau tak jalan sambil tutup mata je la. Huhu!

Tempat nama-nama kedai aku memang tak berapa nak ingat. Sebab aku ikut je Kak Azlin ni, dia kata kain kat sini cantik, aku pun ikut. Tapi bila dah survey dua-dua tempat (Jakarta n Bandung), memang kain kat Jakarta lagi cantik dan banyak pilihan. Walaupun mahal sikit, tapi berbaloi la.

Sampai rambang mata aku. Kain aku pilih kat sini dekat 50pcs jugak lah. Itu cantik, ini cantik, geram betul.




Tapi tak boleh lawan Kak Azlin, dia segala-galanya tokey, kalau supply tabita sebulan order beribu-ribu set, ko bayangkan kain ni dia borong berapa punya banyak. Siap kena hantar pakai kargo. Kalau nak bawak naik flight memang patah bahu nak angkut. Huhu!

Beli beberapa telekung, tapi sejujurnya eh. Kalau beli telekung, better cari je kat area masjid india, harga lebih kurang je. Tapi tak tau la kot aku tak tau cari tempat murah. Sebab dulu pernah beli borong untuk mak jualkan, memang kat Masjid India punya kain boleh tahan berkualiti dan murah. *kalau borong la*

Tapi tshirt nak pakai hari-hari, nak jalan-jalan memang murah sangat. Qery beli baju batik berapa je. Kalau kat sini jual rm100, kat sana rm25 gitu. Sapa-sapa yang jenis kerja kerajaan suka pakai baju batik tu, silakan beli di sana ye. Huhu!

Dah lapar, mari makan pulak.

 Oh lupa nak bagitau. Kat Jakarta ada banyak kenderaan awam. Naik je mana-mana, tapi kalau taxi orang kata naik taxi yang bewarna biru.

 
Makanan kat Indonesia memang dah lama tak kena dengan tekak aku. Hahaha! Kenapa aku sebut dah lama padahal ini first time pergi. Sebab jiran belakang rumah aku orang Indonesia. Setiap kali dorang nak buat kenduri, dorang akan pinjam tapak rumah aku untuk buat makan-makan. Jadi setiap kali dorang buat makan-makan, memang dorang akan bagi lauk-lauk yang banyak kat kitorang satu keluarga. Bukan sekali dua aku cuba makan, tapi banyak kali jugakla.

Habistu, rumah sewa mak aku pun orang indon jugak. Makanan Indon tu memang selalu jugak la merasa. Selalu memang takkan habis sebab tak kena dengan tekak. Kihkihkih! Tapi aku tengok orang lain makan elok je. Selera tak sama gamaknya.

Lepas kenyang, kitorang jalan-jalan kat menara apa entah.



Tempat ni bersebelahan je dengan Keretapi. Dah puas jalan-jalan, balik tu tidur rehat-rehat kat hotel. Sebab malam nak jalan-jalan makan makanan seafood. Oh seafood pun aku tak seberapa gemar. Aku makan la,tapi tak banyak, sejak bila tak suka seafood aku pun tak tau.


Qery mengidam makan ketam.


Aku tak tau la, dulu aku makan semua benda rilex je. Sekarang ni je tak berapa suka itu la ini la. Mengada sungguh. Tapi memang ketam kat situ terbaik sangat. Besar melampau-lampau. 

Dah kenyang, marilah lah pulang, sebab esok pagi pukul 7 pagi nak naik keretapi ke Bandung.

Barang2 shopping kat Jakarta, kitorang tinggalkan kat hotel, kena bayar tips sikit. Gila nak angkut ke Bandung, jangan nak menyusahkan diri ye. Bawak luggage pun dah terhuyung hayang, hahaha!



Kak Azlin yang setelkan semua tiket train, kitorang tinggal nak naik je. Beli tiket yang bisnes klas, so dapat la duduk selesa sikit. Yang ekonomi tu tempat dia macam monorail tu. Kalau ada tempat duduk, duduk la ko, kalau tak ada, berdiri lah. Jadi, sebab nak ke Bandung amik masa berjam-jam jugak, 3 jam kot. Jadi better ambik bisnes klas. Rakyat Malaysia kan manja, tak boleh berdiri lama sikit. Muahahaha!

Beginilah keadaannya.

Selesa lah dari naik kapal terbang. Pemandangan pun cantik sangat.

Dah sampai Bandung dalam tengah hari tu.


Kat Bandung upah supir. Sebab kat sana lagi senang kalau ada supir. Supir ni dia ada kenderaan. Boleh bawak kita jalan-jalan ke mana je yang kita nak. Tapi kena cari supir yang pandai lah ye. Jangan la kau cari supir yang bila kau sebut nama tempat, semuanyaaaa tak tau. Pandai2 la survey, gi google sendiri. Huhu!

Nasi Padang kot tak silap. Walaupun kat sini makanan dia ala-ala Malaysia, tetap la tak kena jugak dengan tekak aku. Atau tekak aku yang masalah. Hahaha!

Kat sini la kitorang makan. Memang ramai gila rakyat Malaysia kat sini. Semua orang pun nak cari makan ala-ala lauk kita. Huhu!

Petang tu kitorang ke Tangkuban Parahu. Sini macam tempat wajib pergi la. Cantik sangat, first time aku tengok tempat berkawah-kawah ni.



Indahkan ciptaan Allah. Pak Supir kata dulu-dulu boleh turun bawah ni, tapi sejak ada orang mati sebab hidu gas dia yang kuat, terus kerajaan dorang tak bagi pegi bawah. So sapa-sapa datang boleh tengok dari atas je.


Lepas je kitorang ke Tangkuban Parahu, jom pegi shopping ke Rumah Mode pulak.


Orang kata Rumah Mode ni murah, bukanlah tahap murah selai RM5. Bukan ye. Konsep Rumah Mode ni macam barangan berjenama dijual dengan harga yang lebih murah. Macam baju-baju Zara kalau kat KL jual RM150, kat Rumah Mode ni kau boleh dapat RM80. Gitu la. Walaupun begitu, aku shopping kat sini banyak jugak. Hahahaha!



Baju Qery la paling banyak. Dengan batik dia, tshirt, baju baby pun aku ada beli kat sini. Sebab dia comel sangat. Tak boleh tahan nak beli jugak. Huhu!


Dah berseronok shopping, marilah melantak. Kali ni makan kat tempat santai-santai, ada band. Best jugak tapi tak ingat nama apa. Belacan kot.


Pak Supir kami namanya Pak Iman. Baik sangat. Ko tanya dia apa-apa, mesti dia jawab dengan telus dan jujur.

Dah makan, balik hotel. Esok nak jalan-jalan kat rumah kain. Orang kata kat situ kalau nak borong kain memang murah sangat.

Jadi esok lepas sarapan semua, dalam pukul 9 macam tu, berangkatlah kami ke rumah kain.

Ni jujur tau, rumah kain ni kalau beli borong memang tak digalakkan sangat sebab susunan dia berterabur plus korang kena pandai-pandai cari sendiri. Kalau nak beli untuk diri sendiri n sedara mara boleh la.

Walaupun begitu, banyak jugak la aku beli. Muahahahaha!

Bukan apa uolls, saja nak try try jual. Mana tau, balik Malaysia tu, semua habis dijual. Tak sempat aku nak masukkan dalam blog pun. Huhu! Rasa nyesal pulak, kalau tau laku aku beli ratus2 helai. *bunyi orang tamak* hahaha!

Lepas ke Rumah Kain, kitorang ke Kartikasari, beli kerepek2.



Baju yang aku pakai ni beli dari Rumah Mode (Zara), aku tak tau Zara kat Malaysia ada ke tak, patutnya ada la kot. Korang nak gi beli sendiri ye. Kekekeke!

Seluar pun beli kat Rumah Mode.

Pastu kami ke Amanda

Beli brownes.




Banyak ni lah hasil kita selama 2 hari di Bandung. Nasib baik tak bawak kain2 borong kat Jakarta, kalau tak memang tak muat kot kereta ni.

Lepas tu kitorang ada ke shopping complex mana entah. Beli kain lace.



Setel shopping jalan-jalan kat Bandung, kitorang pun gerak ke stesen keretapi sebab nak balik Jakarta, tapi sebelum naik mari makan dulu.



Lepas makan apa lagi, posing kulit album lah. Huhu!


Posing tu posing jugak, jangan sampai kena langgar tau. Huhu!

Bila dah bye bye dengan Pak Iman, marilah kita tunggu train ke Jakarta.




Beli makanan comel2 ni masa kat Kartikasari.


Comel tempat straw dia kat tengah-tengah. Jakun terus ambik gambar. Hihi!

Sampai je Jakarta dah malam.

Naik cab pergi hotel.


Letak barang2 dalam hotel. Kita ke Anggrek Mall. Kak Azlin kata sini tempat orang indonesia yang kaya-kaya lepak. 



Datang sini semata-mata nak makan je.






Abaikan kehodohan ittew, hahaha! Satu-satunya makanan yang aku boleh makan dengan gembira. Sebab dia lebih kurang Teppanyaki jugak. 

Besar n cantik sangat Mall ni, lagi cantik dari KLCC Pavillion semua. 

Dah penat, balik tu tidur. Esok kita nak berangkat pulang dah.

Baju ni pun beli kat Rumah Mode. Korang kalau datang Indonesia takyah la bawak baju jalan, beli je kat sana. aku bawak baju buat berat beg, last2 aku beli baju kat sini je. Huhu!


Nampak tak beg yang besar tu, itu baru kain-kain dari Jakarta, yang kecik sikit tu dari Bandung. Bawak beg camni je senang, lepas tu kita wrap kan.



Dah wrap cecantik, bawak masuk check in. Heret luggage je bawak masuk flight

Ekceli banyak gambar kat camera fon, tapi aku malas transfer. Ini sebab transfer camera haritu. Mana yang ada je kita share. Gambar sarapan kat hotel semua takyah la. Aku malas nak cari kabel. Hihi!

Tapi memang best pergi sendiri dari pegi ikut trip. Sebab kalau ikut trip agak penat jugak. Kalau pergi sendiri boleh santai-santai. 

Sekarang ni tengah fikir nak jalan mana lagi sebelum beranak. Huahahaha!