Dulu aku agak rajin jugak nak buat iklan. Sekarang ni bukan tak rajin, tapi tak berapa nak ada masa untuk buat iklan ni. Ada yang antara korang yang baru-baru nak buat bisnes selalu tanya aku macam mana nak iklan kat blog aku. Tapi kebanyakkannya aku baca, masa baca tu aku takde depan pc. Jadi aku baca gitu je la. Bila balik rumah , bukak email, tak ingat langsung nak reply email korang tu. Sorry. Aku kalau boleh tak nak ini terjadi. Kalau boleh nak reply email semua orang. Ewah rasa 'undilah saya' kahkah!
Kalau korang macam first time masuk blog ni, lalu secara tetiba nak menge-test nak iklan kat blog ni. Takde masalah. Kalau korang nak baca dulu iklan-iklan yang aku pernah buat. Kalau korang tak suka cara aku sampaikan dalam blog, tidak mengapa. Sebab aku tulis memang suka hati aku je nak tulis. hehe!
Jadi kat bawah ni beberapa iklan yang aku pernah buat.
Celcom Watchuwant Pimp My Ride
Celcom Watchuwant : Hari Ini Sahaja
Celcom : Host Exclusive Baking Workshop
Celcom : Iphone 4S
Celcom : Gomobile
Celcom : Buat Panggilan Dan Menang
Celcom : Samsung Galaxy Tab
Celcom : Samsung Galaxy Note
Petronas Motorsports : Zamri Baba
Petronas Motorsports : AHM Profile Episode 8
Petronas Motorsports : Ben Spies
Petronas Motorsports : Ben Spies 2
Proton VIP Makeover
Proton VIP Makeover 2
Premium Beautiful By Rynn Eshak 1
Premium Beautiful By Rynn Eshak 2
Cikgu Lansing
Coway Water Spa 2
Coway Water Spa 1
Tune Talk : Concert Incubus
Lip ice Fruity
Follow Me
Kotex
Supplement Shaklee
Rx Lite
MNG : Mango Fall Winter
Sri Bridal Wedding Photgraphy
Shopping : Plus Size
Shopping : Carinna Boutique
Shopping : Rosales Couture
Shopping : FemmeFashion2u
Shopping : KainKapas By KottonKiut
Shopping : Classywardrobe
Shopping : Atiqah Homemade chocolate
Shopping : Adorable Muslimah
Shopping : Kain Chiffon Kain Lace
Shopping : Murah Saja Collection
Kalau ada yang aku tak up kan kat sini janganlah berkecil hati. Aku search sticky kat blog aku. Ini aje yang keluar. Kot ada advert lain aku tulis entry bergam ke. Mungkin la tak keluar.
Statistik blog ni boleh KLIK SINI
Ohye. Apa lagi. Segala pertanyaan tentang bayaran silalah email aku kat zack_uhana@yahoo.com ataupun sepetsshop@gmail.com
Kalau takde benda nak tanya, silalah jangan email. Hihihuhu..
Akhir kata dari saya, kalau pegi Wangsa Walk ataupun The Mines, jangan lupa singgah makan kat Little Wok Kitchen, lepas tu order Kari Kepala Ikan dia, plus Steamboat dia. Terangkat habaq hang.. Sila cari Little Wok Kitchen yang berdekatan. Jangan risau, ianya halal. Byeeeeee
Oct 31, 2012
Kepada sesiapa yang tengah ON Acai Beri
Sebelum apa-apa terjadi, aku tak jual Acai Beri, terima kasih. hehe! Dapat info ni dari facebook la mana lagi.
Mungkin ada di kalangan korang yang tertanya-tanya, apakah bahayanya kalau ada sibutramine itu. Ok takde la bahaya sangat, cuma boleh dapat serangan jantung dengan stroke je. Boleh? Haha! Fucntion siutramine ni adalah ekceli anti obesiti. Well selalunya digunakan untuk sapa-sapa yang terlebih gemok. Dan ubat yang ada sibutramine ni hanya doktor saja yang boleh prescribe ye.
Pernah dulu reductil. Ubat kurus yang mengandungi sibutramine. Berapa lama kat pasaran. Memang berkesan. Tapi tak silap aku 3 tahun lepas, di tarik balik sebab risiko ini lah. Ada patient yang on reductil mati kena strok dan serangan jantung. Semua stok reductil (masa tu popular) kena pulang balik kat kilang. Keke! Tapi kalau korang rasa tak kisah sangat tentang risiko tu. Teruskan makan.*perli tauuu*
Jadi, ada beberapa produk acai beri yang mengandungi sibutramine. Sila alert sikit yeah. Iolls tak kisah korang nak kurus. Tak kisah pun korang nak makan acai beri ni. Tapi uolls sayangilah diri sendiri. Kalau bukan anda, siapa lagi. Ewah. Kbye
Oct 30, 2012
Kasut Baru =)
Kesinambungan kisah kasut Qery di curi oleh pencuri, eh mestila pencuri kan. Hihuhihu *gelak sambil tutup mulut bajet comel macam Nora Danish* Aku pun bersungguh-sungguh la nak belikan dia kasut baru. Mula-mula tanya..
S : Nak beli kasut futsal ke kasut bola?
Q : Kasut bola dengan futsal ada.
S : Habis tu?
Q : Kasut jalan yang takde *buat muka sedih*
Iye memang sedih pun aku tengok. Hihi! Takpelah. Kite kumpul balik kasut okey. Qery memang penggila kasut. Pantang tengok kasut. Mesti nak beli. Tapi dia selalu beli kasut sendiri-sendiri. Dia rasa leceh bawak aku kot. Aku ni tak boleh lama-lama dalam kedai kasut lelaki. Tak berkembang otak aku. Itu pasal la dia suka shopping kasut sorang. Tapi kalau aku nak hadiahkan. Dia sanggup dengar aku membebel dalam kedai kasut tu. *mata ke atas*
Plan haritu memang nak beli baju dan kasut. Beli kat kedai feveret. Mula-mula pilih baju. Size XXL. Gila. Haha! Gemuk sampai tahap apakah engkau ni? Sebenarnya kedai tu memang jenis size yang fit punya. Aku tengok dia pakai size XXL, rasa nak pitam. Lepas tu dia suruh aku amikkan size XL, dia nak try.
Aku macam was-was je nak amik size XL tu, sebab takut memenatkan diri sendiri. Dalam hati kompom tak muat tu. Aku tengok size XXL pun macam okey je dia pakai. Sekali tengok dia muat. Amoi yang layan Qery pun kata size dorang even XXL dengan size XL beza tak berapa sangat. Ok fioneeee...
Qery suruh aku amik L. Amboiiii....konfiden tinggi sangat. Haha! Aku pun ambik je la. Sekali pakai muat. Baiklah..tapi fit dan ngam-ngam dia la. Dia suruh aku ambik size M pulak. Oh yang ni aku malas nak layan dah. Aku suruh amoi tu bungkus dan bayar terus.
Lepas tu kitorang jalan la kat kedai kasut. Tengok kasut kat Nike, Al-Ikhsan, Qery cakap dia taknak. Dia nak kasut kat kedai yang beli baju tadi. Kedai tu memang ada kasut sekali. Kedai tu kan dia macam jual pakaian style K-Pop tau. haha! Tu yang Qery suka singgah. Banyak gila baju ala-ala korea sikit, pastu bling bling, bahagia hidup dia. Pilih punya pilih, berjaya la beli satu.
Inilah barang-barang Qery ittew
Gambar ambik kat blog Qery
Baju hitam dengan baju pink. Qery suka pink sangat. Iolls terpaksa pasrah dengan kenyataan ini.
Tali tu dia suruh amoi tu ikat gitu. Esoknya masa pakai, dia suruh aku bukak balik. Dia cakap tak selesa. Masalahnya, bukak la sendiri kan. Kenapa aku jugak yang nak kena bukak dan pasang tali untuk dia. Huwaaaaaa!!
Q : Nanti bukak balik tali tu eh, pasang macam biasa
S : Buat la sendiri
Q : Kita tak tau ikat tali
Nampak sangat nipunyaaa... Tak mungkin tak tau ikat tali. Orang gila bola sejak sekolah rendah tetiba tak tau ikat tali kasut. Sesuatu. Ini namanya mengada terlebih. Heeee!! Geramnyaaa!! Aku bengang pun buat jugak, buat sambil membebel. Pakej mak-mak.
Esoknya, kitorang gi The Mines. Tengah jalan-jalan tanpa tujuan. Saja la masuk kedai kasut ni. Akau usha satu kasut, aku tak tau la nak panggil kasut ni kasut apa. Sebab aku bukan jenis selalu beli kasut. Tapi kasut ni seperti ada aura suruh aku beli la beli la beli laa sayaaaa... Gittew.
Tengok harga dulu. RM165.99. Cea bagitau harga. Ok la boleh beli satu. Belek punye belek. Sekali ada amoi datang sebelah.
Amoi : Cik, kasut ni ada 70% Diskaun.
Aku : *terkejut tapi suka* Harga ni after diskaun ke?
Amoi : Belum.
Aku : Kalau after diskaun berapa?
Amoi : Lebih kurang RM49 macam tu.
Heh heh heh hehhhhh.... Terus test. Oh rezeki aku sebab aku beli ni last size 5. Mula-mula masa tak tau ada diskaun, Terus test Qery kata nak belanja.
Aku pun suka la. Aku cakap boleh la kalau dia nak belanja. Aku nak beli
dua. Satu dia belanja, satu lagi beli sendiri kan. Yang beli sendiri tu aku nak beli kasut ni.
Harga lebih kurang dengan kasut hitam tu la. Lepas tu bila dapat tau ada diskaun..terus kelip-kelip mata kat Qery..
S : harga kasut ni kan, kalau campur sekali kan, tak sampai seratus pun...murah kannnnn...
Q : Iyeee laaa...kite belanjaaaaaa
Wuhuuuuuuuuuuuuu!! Itula motif sebenar. hahahaha! Korang kalau nak beli kasut macam ni, banyak lagi design, aku beli kat The Mines, kedai Luccinni. Banyak kasut dia ada 70% diskaun. Korang pegi la beli.
Semalam aku terus pakai kasut hitam ni. Punyala teruja. Oh selesa sangat. =P
Kesimpulannya cerita, Qery yang hilang kasut. Aku yang beriye beli. Apakah yang terjadi sebenarnya?? Gegirl konfiuss...Huhu!
Kerana si dia sangat sweet =)
Rentetan entry Qery yang sweet ittew, terus aku baca entry-entry lama aku. Macam mana dan sejak bila aku suka dia. Lalalalala~~
Setahu aku la, kalau nak ikut suka tu memang dari dulu aku suka dia. Suka tu takde la sampai maksud nak couple ke apa kan. Suka tu maksud macam suka la. Suka je nak kawan. Borak. Gaduh. Kutuk. Bahan. Sebab maasa tu Qery jarang sentap. *sekarang sentap setiap sejam..olololooooo*
Lelaki lain tu, maksud aku.. baru kenal sehari dah tetiba nak couple. Baru sebulan kata sayang gila macam nak mati. Pfftttt... Baru start kawan dah nak menaruh harapan la apa la. Aku jarang ada kawan lelaki yang boleh anggap aku kawan. Ko paham tak? Mungkin sebab aku memang tak ramai kawan lelaki. Kalau ada pun nanti mesti dia nak kapel. *gatal*
Jadi dulu aku memang rasa Qery ni best sebab dia anggap aku macam kawan je. Takde la nak ngorat ke apa. Ayat pun takde la nak sedih nak jiwang je kan. Cuma mengada-ngada dia tu aku paham dah la. Dia memang gitu.
Disebabkan dulu aku rasa dia hensem. Memang tak mungkin la dia nak suka kat aku. Sebab aku ni tak cun *tiba2 sedar diri*, tapi bila keluar dengan dia ada je cerita. Cite tu cite ni. Macam ko borak dengan kawan-kawan la. Ko tak de la cover malu ke apa kan. Gittew.
Dan dialah lelaki yang layan aku macam princess walaupun tak ada apa-apa hubungan. Ko rasa selamat lah bila keluar dengan dia. Walaupun kawan. Gittew. Dia takkan bawak ko kat tempat yang ko rasa tak selesa. Masa mula-mula keluar dating dengaan Qery sebagai kawan. Dia bawak aku pegi Midvelley tengok cerita Jangan Pandang Belakang. Motif tengok cite seram? Sesuatu okey.
First time tengok wayang dengan dia. Aku ni tak berapa takut sangat cerita hantu ni. Jadi sepanjang wayang aku rilex je la bersila sambil peluk beg aku kan. Si Qery ni pulak aku tak tau la time tu dia buat-buat takut ke atau memang takut. Pepaham laaa..hahahaha! Sikit-sikit nak mengendeng terkena bahu iolls. Tapi aku kan takde perasaan sangat. Buat tak tau je. Hiuhiuhiuuuuu
Umur keluar dating dengan Qery masa tu adalah sweet 18 okey. *sweet katanya*. Yang paling lawak, masa dia jemput aku kat rumah. *masa ni takde pape tau, tapi aku rasa Qery cuba nak ngorat aku..ceaaa perasan habis dah, haha* Aku naik la kereta dia macam biasa. Time aku nak kuatkan volume radio, Qery pun sibuk nak tukar chanel lain. Oleh itu, macam ada terpegang sikit tau...Aku pun apa lagi macam terkejut jugak la kan..Omiomiomio!!
Terus marah Qery sebab pegang jari i yang mulus ini. Tapi dia macam biasa buat2 tak bersalah. Dia cakap tak sengaja. Malah tuduh aku yang nak pegang jari dia. Apakah ini?? haha! Lepas tu kalau aku nak tukar chanel radio kan, nanti dia pura2 nak tukar gear. gear dengan radio kan dekat-dekat. Aku ni ingat dia nak pegang tangan aku lagi kan. Kelam kabut aku tarik tangan aku. Padahal dia bukan nak tukar gear pun. Sajaaaaa jeeee.. lepas tu gelakkan aku.. hoihhh
Lepas tu kitorang makan kat The Chicken Rice Shop. Qery order kemain banyak. haha! Agaknya sebab dulu aku gemuk kot. Jadi dia fikir aku makan banyak *memang pun*. Siap pesan dengan Qery jangan makan ayam aku. Oh sangatlah dot dot dot.
Aku rasa dia dari dulu nak ngorat aku tau. *wah perasan lagi. haha* tapi sebab aku tak layan sebab aku rasa best kawan dengan dia. Best bila dapat promote dia kat kawan-kawan. Kan aku pernah cerita, dulu Qery suruh aku carikkan dia girlfren kan. Siap MMS aku gambar dia yang dia rasa paling hensem. Suruh aku carikan jodoh. Tapi apakah semua kawan2 aku dah ada boyfren.
Kawan2 aku pulak tak habis sound aku. Dorang cakap aku ni ngok sebab tak perasan yang Qery nak ngorat aku. Alah masa tu memang tak tau pun Qery nak ngorat ke apa. Sebab memang tak tauuu punn dia nak ngorat. haha! Siap dia bagi hint tau.. Dia pernah cakap kat aku.. lebih kurang macam ni la eh.
'tolong carikan kita girlfren, putih, mata macam chinese, rambut panjang'
masa tu ingatkan memang selera dia nak macam chinese look, tapi tak terfikir pulak kan. jawapan aku..
'susah la nak cari perempuan macam tu. Kalau ada pun kite je'
kahkahkah! tapi bila qery cakap 'kamu pun boleh' terus i tukar topik. Kekeke! Sebab memang tak pernah terlintas langsung nak bercinta dengan dia.
Qery memang sangat sweet tau..tapi aku je malas nak layan. Ingat tak aku pernah give up sebab ex-girlfren dia yang meroyan tu. Aku pernah la cakap dengan Qery...aku tak boleh la. Aku nak clash. Sebab aku malas nak termasuk dalam masalah dia tu. Aku memang betul-betul nak clash time tu. Sebab memang sejak aku kapel dengan Qery, aku akan cerita kat blog. Tak sangka sangat yang ex dia baca blog aku. Jadi berkemungkinan dia cemburu. haha!
Sejak dia meroyan tu, macam-macam la dia cakap itu ini. Tapi Qery tak nak clash okey. Siap datang rumah. Tunggu kat luar rumah aku. I is mogok tak nak jumpa dia. hahaha! Geli sangat. Aku duduk rumah tak nak jumpa bajet nak clash sangat. Dia kat luar sikit-sikit 'assalamualaikum...hana..hana..assalamualaikum..hanaaaa..' panggil-panggil aku. OMG. Lebih kurang satu jam malu dengan jiran tetangga. Aku keluar jugak.
Lepas tu dia pun cakap itu ini itu ini, aku tak nak la cakap kat sini ayat-ayat Qery takut korang geli sampai nak muntah. Peratusan aku muntah sekali amat tinggi juga. kekeke! Dia cakap la dia takkan mengalah untuk orang yang dia sayang la apa la. Dia janji nak jaga aku walau apa pun terjadi. Ewah tadi tak nak cakap kan. Ada yang lagi geli tapi takpe, simpan dalam hati. huhu!
Beberapa kali jugak nak clash. hahaha! Aku la tu. Sikit-sikit nak clash. Mengada sungguh. Qery pulak tugas dia pujuk datang rumah, assalamualaikum hana..huhu! Lawok. Aku rasa sebab Qery je yang bersungguh dalam hubungan, kalau nak ikut aku. Kelaut jugak la. Emosi lebih.
Dia sweet bila dia sweet je la. Bila dia garang. Takuit.... Asik nak marah je. Dulu masa first time kena marah dengan Qery, kalau sejam dalam kereta, sejam la aku diam. Kalau dua jam, dua jam la hendaknya. huhu! Last-last Qery yang pujuk. padahal aku tak merajuk pun.
Sekarang, kalau qery marah dalam kereta. Aku akan tidur. Lepas bangun pun dia marah lagi. Buat tak tau. kita main game dalam handfon. Lagi best. Sampai Qery bengang sebab tak pujuk dia. Hahaha! Dia selalu marah pun sebab aku degil. Tak nak dengar cakap dia. Eh asik nak dengar cakap dia je. Cakap aku bukan nak dengarkan. Jadi sebab itula dia marah aku.
Begitulah ceritanya. =P
Walaubagaimanapun. aku suka je berkawan dan bercinta dengan Qery ni. Sebab dia sweet. Tapi aku tetap suka kutuk dia, sebelum kawin boleh kutuk. jadi marilah kite berbuat demikian. Mohon sebarkan..huhu!
Oct 29, 2012
First time beli air kat Chatime!!
Kerana hatiku berbolak balik bertanya-tanya apakah Chatime ini halal. Sebab before ni pernah nampak kat agent halal tv alhijrah pasal chatime ni. Rasanya halal. Sebelum beli, baik kita tanya kawan-kawan kat facebook dulu.
Siap pakej tanya perisa apa sedap. Kang aku beli tak sedap pulak. Aku nak yang first impression terus sedap berbakul-bakul. Lagi satu taknak la nampak sangat first time beli. Nampak sangat pulak ke-village-an dia kan. Kite berpura2 tau la.
Rupanya ramai je yang dah pernah minum. Haha! Aduila..aku punya usha Chatime ni lama gila. tapi takuit nak beratur depan belakang semua cina.
Nak sebut cocoa pun tanya macam mana nak sebut. See?? huhu!
Haha! Mengong betul kawan aku yang sorang ni.
Ramai gila suka hazelnut kan..
Buble made of plastic. Nasib baikla aku memang tak suka buble. Aku suka pop tu. Meletup-letup dalam mulut.
Ok kawan2, lepas ni order air je. tapi kalau nak makan buble pun tak kisah. Makan plastik sekali sekala apa salahnya..kekeke!
Customer chatime yang berpura2 bijak masa order ittew. hehe!
Kbye!
Aktiviti Hari Raya Haji Bersama Keluarga Tercinta
Raya kali ni, festime mak aku tak masak rendang. Sangatlah pelik. Pagitu aku tanya la nak potong bawang banyak mana kan. Selalu rendang kan banyak pakai bawang, serai lagi. Tetiba mak cakap tak masak rendang. HEAVEN!! hahaha!
Mak cakap, kali ni masak kari ayam, ayam 2 ekor je. Dan sup tulang (lebih kurang 7kilo), nasi himpit 3 pek, sup kaki ayam (untuk family sahaja sebab kaki ayam ada lebih kenduri ayie haritu). Itu je la menu utama nak masak. Menu sampingan tak kuasa nak cite.
Masak punya masak. Tapi aku takde la masak sangat. Sebab kaklang dengan akak ada. Hihi! Tapi tolong la yang senang-senang. =P
Tapi gambar dorang takde la. Takpelah. Anggap dan bayangkan je muka makcik-makcik tengah masak. Iolls benarkan..
Malam tu ada takbirkan. Rumah aku rumah pertama. Lepas solat Isya' tu orang2 kat masjid konvoi la datang rumah untuk takbir.
Tapi terkejut sangat takbir kali ni adalah paling tak ramai sebab hujan. Tanjat gegirl. Selalunya keluarkan pinggan 30 set dengan cawan mesti tak cukup. Kali ni aku rasa guna dalam belas2 je kot. Tapi puas la masing2 melantak sup tulang tanpa perlu berebut. Malam tidur lambat..
Esok bangun-bangun, terus mandi. Sebab adik beradik tak sampai lagi. Aku sambung tido. Tido dengan baju kurung, dengan tudung sekali. Boleh? Hehe! Sampai pukul 12 tengah hari membuta anak dara apakah? Terjaga sebab dengar bunyi kereta maknanya adik beradik dah sampai. bangun muka toya pegi dapur minum.
Aku handfon memang main campak je kat rumah tu. Disebabkan Ceera suka main game kat fon aku. Aku telah install game yang dia suka kat fon satu lagi. Ceera adalah sangat memenyampahkan apabila dia boleh mengaku fon tu fon dia. Contohnya, sehari suntuk dia dah bosan main game kat fon aku kan, dia letak la tepi meja. Aku pulak nampak fon tu kat tepi meja. Aku ambik la. Ingatkan dia dah habis main kan. Sekali 10 minit lepas tu di macam tercari2. Selamber je tanya aku..
'Ko nampak tak tepon atam?'
Aku pun tertanya2 la kot-kot la dia tanya fon sony dia kan..
Aku : Fon mana? Sony ke apa?? *sony dia adalah takde android..gelaakkan diaaa...hahaha*
Ceera : Tu....tuuuuu!! *sambil tunjuk samsung yang aku pegang dengan muka gawanggg*
Amboiiiii diaaaaa tuuuuuu... Da la main handphone guwa, lepas tu siap marah bila ambik handphone sebab dia nak main lagi. Pasrah je aku ni.
*ceera dia tengah bertabah tunggu iphone 5, sanggup guna sony yang takde android ittew, kekeke*
Sambil lepak tunggu yang lain datang. kitorang banyak lepak bilik je. Sebab bilik ada aircond. hari adalah amat panas. Aku cek-cek fon, sekali ada je gambar2 asing tau..
Payung comel. Aku beli kat kedai dua ringgit. Model dia tak berapa nak dua ringgit. Hehe!
Lepak dengan Keisha. Dia ni mula-mula tak nak dengan orang lain. Bekepitttt je la..
Jadi, aku sajikan muka aku, sore face and got 5 days mc, hihi!
Keisha macam malas nak layan aku.
Lepas tu kebetulan kakcik kata nak sambut befday nabil dengan hadif. Aku ni anak buah punya befday dah tak boleh ingat la. Kalau ingat pun ajoi, ayin. Tu je. Yg lain kureng sikit. Tapi adik beradik punya kompom ingat.
Untunglaaaaaaaaaaaaa sapa yang suka makan kek aiskrim durian. Aku tak suka durian. Jadi ko minum je la air soda tu.
Kakcik dan anak-anak bujangnya.
Tak tau la nak cakap apa dah..huhu! Sibuk semuanyaaa..
Aku sibuk nak tayang muka
Budak-budak
Budak sebaya ni bekepit je kejenyeeee
Ceera
Ajai, form 2, sama tinggi dah dengan aku. Ohnoooooo!!
Angah. form 4. Baju raya adalah baju lama gila. 3 tahun lepas kot. Pakai sebab tak payah gosok. Dasar..
Memang nampak sangat tak bersemangat raya.
Me and Kaklang.
Itu jeeeee raya haji dari aku. Rasanya Ceera ada banyak gambar. Aku memang tak snap apa pun. Punyalah pemalas.
Best pulak mask ni =)
Harini jalan-jalan kat Mid, bertabah gila jalan-jalan kat Mid tanpa mekap di dalam handbag. Apa kau ingat kau cantik? Takpe. Selagi aku tak payah pandang diri sendiri. kihkihkih!
Kejadian ini bukan disengajakan. Kerana aku begitu lalai. Suka sangat tertinggal beg mekap di atas katil. Jadi, hadapkan saja muka kusam tak bermaya. Muka aku ni sebenarnya senang je. Kalau ko jarang pakai mekap. Dia akan okey. Kalau ko start pakai mekap itu ini. Start la kulit muka tak sekata. Ewah pandai dah nak komplen warna kulit. Macam selama ni ko kesah sangat.
Dah alang-alang jalan kat The Mines tu, kite singgah la guardian kejap. Mulanya saja jalan nak beli plaster. Lepas tu terpandang pulak mask ni. Macam menarik. Jangan fikir banyak. Beli je. Aku ni kang fikir banyak terus tak beli. lepas tu balik terpikir-pikir.
Nampak korea, nampak japan. terus beli. iolls nak kulit macam artis korea laaa youuuu...hihi!
Mask ni 2 in 1.
Yang boleh koyak tu, dalam dia ada serum. Ko pakai rata kat muka. Lepas tu baru tampal mask. Dan baring lebih kurang 20 minit gittew
Mask ni sedikit besar la. Dia buat untuk muka orang lonjong kot. Muka aku ni bulat. Tapi takpe, tampal je la kat muka, walaupun lebih kat dagu. Tak dosa pun. *mata ke atas*
Lepas bukak mask tu, takyah basuh muka. Biarkan je. Okeyh..
Sapa nak gi beli sekaraang. 1 rm6 sahaja. Kbye
Oct 25, 2012
Selamat Menyambut Hari Raya Haji
Harini kompom rumah aku ada masak-masak. Jadi kena potong bawang segala la. Raya kali ni macam tak rasa langsung. Entah la. Dulu aku ada gak perasaan nak beraya. Excited nak tunggu cuti raya. Maybe la dah tak kerja kan. Kalau dulu kerja sebab nak kejar cuti. Tengok kelander bila cuti. Tu yang tau raya haji bila. Sekarang ni kalender kat fon je. Tak de efek pun kalau tengok.
Menu raya esok macam biasa ye semua. Rendang, Nasi himpit, tu je kot. Tak tau la kalau mak aku nak masak sup tulang ke apa. Rumah aku kan ada takbir. Jadi itu pasal la kena masak nak bagi orang makan.
Nak tau... Semalam iolls merajuk dengan Qery. off phone 10 kali. 10 kali on balik phone takde pape berlaku. Kong ajo sungguh. hahaha! Ingatkan ada la mesej say sorry ke apa kan. Biadap sungguh mamat ittew. Mentang tengah murung lagi kasut hilang. Lepas tu tak nak pujuk aku.
Disebabkan bengang dengan dia, dari petang membawak ke pagi buta, aku taip entry jam 3.30 pagi tau. Aku tengok jugak la khabi kushi kat tv 2. cite tu kan sedih. Tapi aku tengok dengan perasaan bengang. Semua part sedih mahupun gembira, aku rasa sangat bengang. haha!
Kol Qery banyak kali. rupanya dia tertido. Lagi bertambah terluka hati i yang berkaca innew. haha! pening kepala korang nak baca ittew innew. biarkan..aku tengah sedih ni. Kalau tak paham baca banyak kali sampai paham. Bukan nak pujuk aku kan. boleh pulak tidur dengan hati yang tenang. Dia tak tau hati aku ni berjam lamanya sedang terbakar. Tapi aku still kiut la, tak boleh dinafikan. Erk?
Tak kisah la aku salah ke, aku salah ke, aku salah ke, pujuk je la kan. Aku ni dah la jarang merajuk. Kalau aku merajuk tu pujuk je la. Hoihhh...sentap habis ni. Kecik besar kecik besar je tengok diri sendiri kat cermin bilik ni ha.
Eiii...nasib esok nak raya dah. *takde kene mengena*
Korang mesti ramai yang dah ambik cuti. Balik kampung yeah. Aku kan, teringin nak raya rumah orang ke rumah orang, tapi aku sendiri pun tak ramah mana. Kalau gi rumah orang pun tak tau nak cite apa. Sedara sendiri pun ramai tak kenal. Kekeke! haritu masa kawin ayie, sedara sendiri tak kenal. Mak bagitau baru la berpura2 kenal salam cium tangan semua sengih sikit-sikit. Lepas tu sambung kerja. Aku ni ada penyakit tak boleh hafal muka orang sekali pandang. Kena kau duduk depan muka aku selama sejam. baru aku boleh ingat sikit.
Ada yang ambik half day jugak? Balik kampung hati-hati tau. Kot mana yang kampung kat Kelantan tu mesti meriah sikit la agaknya. Aku rasa, raya ni tak balik kampung. Kerana Cik Intan pun takde. Cik Intan gi haji. Jadi nafsu nak balik tu kureng sikit ye.
sapa yang balik macam biasa. bertabahlah..harungi lah jem di jalan raya nanti dengan kesobarannn yang penuh di dada. Ingat, Pandu cermat jiwa selamat.
Selamat Hari Raya Haji aku ucapkan. Maaf kalau ada terkasar bahasa sampai terasa-rasa. Kikiki! Bye
Menu raya esok macam biasa ye semua. Rendang, Nasi himpit, tu je kot. Tak tau la kalau mak aku nak masak sup tulang ke apa. Rumah aku kan ada takbir. Jadi itu pasal la kena masak nak bagi orang makan.
Nak tau... Semalam iolls merajuk dengan Qery. off phone 10 kali. 10 kali on balik phone takde pape berlaku. Kong ajo sungguh. hahaha! Ingatkan ada la mesej say sorry ke apa kan. Biadap sungguh mamat ittew. Mentang tengah murung lagi kasut hilang. Lepas tu tak nak pujuk aku.
Disebabkan bengang dengan dia, dari petang membawak ke pagi buta, aku taip entry jam 3.30 pagi tau. Aku tengok jugak la khabi kushi kat tv 2. cite tu kan sedih. Tapi aku tengok dengan perasaan bengang. Semua part sedih mahupun gembira, aku rasa sangat bengang. haha!
Kol Qery banyak kali. rupanya dia tertido. Lagi bertambah terluka hati i yang berkaca innew. haha! pening kepala korang nak baca ittew innew. biarkan..aku tengah sedih ni. Kalau tak paham baca banyak kali sampai paham. Bukan nak pujuk aku kan. boleh pulak tidur dengan hati yang tenang. Dia tak tau hati aku ni berjam lamanya sedang terbakar. Tapi aku still kiut la, tak boleh dinafikan. Erk?
Tak kisah la aku salah ke, aku salah ke, aku salah ke, pujuk je la kan. Aku ni dah la jarang merajuk. Kalau aku merajuk tu pujuk je la. Hoihhh...sentap habis ni. Kecik besar kecik besar je tengok diri sendiri kat cermin bilik ni ha.
Eiii...nasib esok nak raya dah. *takde kene mengena*
Korang mesti ramai yang dah ambik cuti. Balik kampung yeah. Aku kan, teringin nak raya rumah orang ke rumah orang, tapi aku sendiri pun tak ramah mana. Kalau gi rumah orang pun tak tau nak cite apa. Sedara sendiri pun ramai tak kenal. Kekeke! haritu masa kawin ayie, sedara sendiri tak kenal. Mak bagitau baru la berpura2 kenal salam cium tangan semua sengih sikit-sikit. Lepas tu sambung kerja. Aku ni ada penyakit tak boleh hafal muka orang sekali pandang. Kena kau duduk depan muka aku selama sejam. baru aku boleh ingat sikit.
Ada yang ambik half day jugak? Balik kampung hati-hati tau. Kot mana yang kampung kat Kelantan tu mesti meriah sikit la agaknya. Aku rasa, raya ni tak balik kampung. Kerana Cik Intan pun takde. Cik Intan gi haji. Jadi nafsu nak balik tu kureng sikit ye.
sapa yang balik macam biasa. bertabahlah..harungi lah jem di jalan raya nanti dengan kesobarannn yang penuh di dada. Ingat, Pandu cermat jiwa selamat.
kerana tiada gambar baru, gambar ni pun ala-ala raya. boleh je pun feeling sikit-sikit |
Selamat Hari Raya Haji aku ucapkan. Maaf kalau ada terkasar bahasa sampai terasa-rasa. Kikiki! Bye
Celcom Watchuwant : Pimp My Ride!!
Sticky mode, entry baru kat bawah =)
Haritu aku ada cerita pasal Pimp My Ride ni kan. Kalau korang yang masih tak berapa nak paham apa benda la Pimp My Ride ni. Korang pasti tahu transformer. Lori bertukar menjadi robot kuning. Kereta bertukar menjadi kapal terbang. Konsep dia begitulah. Tapi kau jangan la bermimpi kereta bertukar kapal selam ke apa. Still kereta la. Cuma lebih ohsem dan gojes. Gittew.
Haritu kan kemain aku ajak korang *yang guna celcom je yeaa, kekeke* join celcom watchuwant ni kan, boleh menang Pimp My Ride. Kan sekarang dah ada pemenang. Bertuah la hai sapa punya badan, tetiba je dapat renovate kereta. renovate ye. bahasaaa pun...haha!
Siapakah yang bertuah ittew sila ke depan. Kalau takmo ke depan saya upload gambar awak. ha tatut tak tatut tak. Ok tak kelakar. Aku upload je gambar dia yeah.
Dialah Mohd Zariq (Pemenang yang pertama untuk Watchuwant Pimp My Ride)
Mohd Zariq (dari Kuantan Pahang), yang memang ada la dalam hati berangan-angan nak meke up kereta *cea aku macam tau je hati dan sanubari Zariq ni, kakaka* menjadi gojes ohsem dan hemsem. Dari angan-angan tu, secara tiba2 menjadi kenyataan dengan watchuwant.
Zariq ni memang tak tau dia akan menang, Dia cuma dial *128# , pilih pek wathuwant untuk dapatkan lebih banyak benefits dan guna fon dia seperti biasa dengan rasa gembira habis. Suatu hari *sila saspen* Altimet *hos Pimp My Ride yang popular ittew* ketuk pintu rumah dia, bagitau yang dia dipilih sebagai pemenang sebab sucscribe Watchuwat ni. Oh Zariq seperti tidak percaya. Tapi dalam tak percaya tu dia percaya jugak la. Make up kereta free ken.. i is jeles.
Zariq bersama Altimet.
Memandangkan kereta Zariq ni adalah kereta abah dia, abah memberi kereta kepada anaknya, gittew. Jadi bila dapat jadi pemenang Pimp My Ride ni sangatlah meninggalkan kisah dan kenangan yang amat-amat Zariq hargai. *bertakung air mata*. Lepas ni boleh la Zariq bawak kereta ni gi kolej dia dengan hidung yang kembang, plus dia ada buat bisnes supplement , harus konfiden dia lebih lepas ni. Tapi masa jual supplement hidung jangan kembang. Amatlah sesuatu..
Jadi Zariq akan dapat kereta seakan-akan 'baru' tu. Korang nak tengok?
Kalau korang nak menang dan jadi bertuah macam Zariq ni, ikut lah langkah-langkah beliau. Dial *128# dan pilih pek yang korang suka. Ada 6 pek yang ohsem untuk korang pilih
Surf Pack, Talk Text Surf Pack, Talk Text Pack, Talk Surf Pack, Text Surf Pack dan Fun Pack.
Banyakkan..haha! Pilih ikut korang suka lah. Boleh menang gadjet bernilai Rm10'000 setiap hari. *pitam*
Akan tetapi kalau korang nak featured dalam MTV Pimp My Ride Malaysia bersama Altimet dan MTV VJ Rich, stay tune dengan xpax.com.my. ataupun boleh tengok facebook Xpax yeah. Mana tau ade kezutann ke ken..
Again, how to win sepet?
Step 1: Dial *128# to access the Whatchuwant menu
Step 2: Pick Whatchuwant Pack for special offers. Press 1 and send.
Tak paham 6 pilihan pek. Takpe iolss boleh terangkan.
• Surf Pack: Sapa gila berinternet boleh pilih pek ni
• Talk Text Surf Pack: Pakej semua ada, ko nak chat, nak sms dan online memanjang. Pilih ini ye.
• Talk Text Pack: Untuk orang yang suka kol dan sms. Silakan pilih pek ini.
• Talk Surf Pack: Kalau ko suka kol, skype, online. Ini bagus untuk ko.
• Text Surf Pack: Sapa yang suka taip panjang2, DM, PM atau youtune, jangan malu pilihla pek ini.
• Fun Pack: Engko gila game, dan suka dengar lagu baru, pek ni sesuai dengan ko.
• Talk Text Surf Pack: Pakej semua ada, ko nak chat, nak sms dan online memanjang. Pilih ini ye.
• Talk Text Pack: Untuk orang yang suka kol dan sms. Silakan pilih pek ini.
• Talk Surf Pack: Kalau ko suka kol, skype, online. Ini bagus untuk ko.
• Text Surf Pack: Sapa yang suka taip panjang2, DM, PM atau youtune, jangan malu pilihla pek ini.
• Fun Pack: Engko gila game, dan suka dengar lagu baru, pek ni sesuai dengan ko.
Nak tau apa yang best dengan Celcom Watchuwant, boleh tengok video ni.
Tq for reading me =P
Oct 24, 2012
Sale 30% Sempena Raya Haji
Pretty Chase ada buat sale 30% tau sempena nak raya haji ni. Korang boleh beli baju-baju yang ada sale kat SINI
Tengah hari tadi aku terima parcel dari Pretty Chase. Dapat 2 baju yang comel. Satu nak buat baju raya haji, satu lagi buat baju jalan. =)
Ini baju jalan leeeee. Suka warna dia. warna pastel.
Banyak gila baju cantik, korang gi je website Pretty Chase k
Nak add Pretty Chase kat facebook pun boleh.
Cepat grab sementara ada sale ni. hehe!
Macam mana nak tukar?
Update : Badge selamat di buang. Hehe!
Aku tak tau sejak bila ada status ni kat badge facebook aku.
Aku tak tau sejak bila ada status ni kat badge facebook aku.
Selama ni status tu none. Bila masa pulak status tu aku tulis qery fusal..sepet mandi..lepas tu amik air...?
Apakah? Ayat dah la tergantung bikin aku seremmm sehaja. hahaha! Hoi kenapakah tetiba menjadi gitu? Aku takde tulis apa-apa pun kat facebook aku. Tak pernah tulis ayat macam tu. Menakutkan betul lah.
Ada sapa-sapa tau tak cane nak tukar? Baru harini aku perasan tau.
Kang aku buang je badge tu kang.
kepada sapa-sapa yang tak berjaya masuk facebook aku, search kemain lagi tapi tak jumpa. Adalah kerana aku memang tak bagi sapa-sapa search. Walaupun kau taip Sepet Noh, still tak keluar facebook aku. Kerana itu aku buat badge ini. Supaya readers boleh add kalau dorang nak.
Tapi disebabkan status yg menakutkan ittew. Aku rasa nak delete je. Pehal tetiba nama Qery pun ada dalam status i? Biarlah orang tak add facebook pun takpe. huhu!
Subscribe to:
Posts (Atom)