May 2, 2018

Disebalik tabir video Pulangkan Towel Seqy ku....

Ramai yang dah tengok video pendek yang aku buat untuk produk Seqy. Ramai pm dan dm bagitau klako la apa la. Hahaha!

Kisah dia camni, Seqy kan baru buat event kat District21. Jadi kami hadiahkan semua team Seqy merchandise terbaru Seqy iaitu Tuala Muka dan Tuala Rambut. OMG IAITU okay ayatnya, haha! Aku la menggeletis nak buat tuala rambut ni, sebabnya mencari kat sini memang susahnya jumpa.

Aku ada selai je. Itupun beli masa pergi China tahun 2013. Nyesal beli satu sebab memang best kot tuala rambut. Tuala dia bukan biasa-biasa. Tak tau la maybe aku yang jakun ke apa, tapi aku rasa best sebab dia ada button, jadi lepas belit-belit keringkan rambut, kita just button so rambut idok la terkeluar ke apa.

Lepas tu nak pakai rutin skincare ke apa senang la, takde terkena rambut ke apa. Jadi aku decide buat jugak tuala rambut bersama tuala muka khas untuk semua. Bagi korang semua rasa best ada tuala rambut. hihihi!

Kisah video pendek ni, kitorang memang fikir nak buat simple je memandangkan ahlinya team hq je. Kitorang takde pengalaman buat video ni. Jadi kalau boleh memang nak buat sesimple yang bole. Hari Jumaat tu nak buat, hari Jumaat tu jugak aku dengan Qery cari idea. Hahaha!

Sebelum tu idea cam ada tapi cam tak tentu arah eh kejap nak ni kejap nak camni. So Jumaat tu sejam before shoot, kitorang decide buat macam dalam video tu. Haritu jugak staff semua baru tau nak buat macam mana. Nasib semua sporting walaupun masa buat tu gelak tak hingat. Dorang tak gedik tapi nak kena buat gedik tu kan. Habis terkeluar perangai siamang memasing. Huhu!

Bloopers aku nak update, tapi kat laptop Qery pulok. Tak reti lah belek laptop dia. Nanti lah aku up kat facebook atau instagram dulu.


Tapi serius tau, yang part aku memang semua jadi weh. Takde tergelak ke apa. hahaha! Kau nampak tak sebenarnya aku memang seorang dukun kat rumah ni. Lagi-lagi bab nak tidurkan anak. Bertukar dukun, terus tido anak-anak aku. Mujurlah anak aku tak tidur selama sebulan. Hahahaha!

So warga blog sekalian, jemput tonton video dari Seqy..



Sebenarnya point dia nak jual towel tu je uolls. Hahaha! Tapi kita ada buat set dengan Skincare.

Kalau korang beli Set towel, dapat tuala muka dan tuala rambut, harganya RM29.90. Tapi kalau korang beli Skincare, towel dapat harga less. Harganya jadi RM21.90.

Jadi cepat-cepat beli. Contact 011-21076726 atau boleh dapatkan dari stokis agen dan dropship kesayangan anda. Muah!!

No comments: