14 April
lepas team Seqy ada buat event kat District21, saja lah beramah mesra
dengan Stokis Agen dan Dropship. Lama dah plan benonya. First aktiviti
untuk tahun 2018 dengan stokis, kami buat meet and greet, lepas tu buat
run, then ini kali ke-3 lah kiranya.
Kumpul-kumpul
orang, ada yang last minit tak dapat datang, tapi ramai jugak yang
boleh join. Sehari sebelum hari kejadian aku dah pening kepala mikirkan
cemana anak-anak aku ni semua nak tinggal rumah mak mertua.
Aku
tak pernah hantar semua anak rumah mertua. Selalu hantar pun Qaiser
dengan Runako je. Sebab rumah mak mertua ada lagi sorang budak si Diaz
(anak Fieya), takmo la bagi mak mertua pening sangat, hahaha! Semua cucu
lelaki kat rumahnya, mana tak pening uiii... Aku boleh kira la rasanya
baru 4 5 kali je kot hantar Yurika rumah mertua, itupun tak lama la. 3 4
jam gitu. Yurika dia taknak dengan orang, itulah masalahnya. Dia nampak
mak mertua aku terus nangis, belum mak mertua aku pegang lagi. Dasyat
betul budak ni, haha!
Tapi tulah, kita cuba je tinggal. Nangis pun lantak dia. Bagi la mak ko peluang jap nak berjimba selama beberapa jam. huhu!
Segala
aktiviti masa event memang serah kat team. Dorang la sediakan hadiah,
buat goodies bag, buat kumpulan. Aku datang-datang pun baru tau dapat
kumpulan mana. Huhu!
Yang pastinya, aku bagitau dorang awal-awal. Mohon taknak satu kumpulan dengan Qery, hahaha! Nanti kalah la iolls.
Kitorang
dibahagikan kepada 5 kumpulan. Satu kumpula ada la lebih kurang 6 ke 7
orang camtu. So aku kumpulan 1, Qery kumpulan 4. Terpisah
jauhhhhhhh...tapi Qery tu sikit-sikit datang kat iolls tanya ok ke tak.
Eiiii sibuk je. Risau bini dia tak bersosial dengan baik ke apa ni.
hahaha!
Kitorang
upah Instructor (betul kan aku eja ni). Sebab senang biar dorang je
yang conduct. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Stokis, agen dropship
and team HQ semua happy. Tak puas berjumpa, perangai semua helokkkkkk
hahaha! Semua sporting takde malu-malu kucing ke apa.
Masa ni belum masuk dalam lagi, semua kat luar sebab nak ambik tiket and barang2 semua.
Pantang nampak kamera semuanya pun. huhu!
Belum mula dah penat bergambar, acane tu. Haha!
Nak ambik gambar kumpulan 1, sibuk pulak yang belakang sekali tu nak interprem.
Dalam banyak gambar aku, gambar ni yang Qery bagi kat group. Penghinaan apakah ini.
Sebelum masuk, kena briefing dulu.
Buat-buat paham je semua ni, haha!
Tak tau la kenapa ni, rebut tempat duduk kot. Huhu!
Duduk
dalam kumpulan. Aish laki ku jauh betul. Selalu duduk sebelah-sebelah
je. Teringat jaman sekolah dulu tengok pakwe dari jauh.hahaha! Tengok
dari jauh pun bahagia..gitu gedik dia.
Sebelum start game, kita panaskan badan dulu.
Ketua kumpulan kena panggil.
Dan mainlah kami game-game yang boleh tahan jugak, balik tu tengok lutut lebam sana sini. Haha!
KakRos datang menyokong, tak main game sebab pregnant.
Game
sekejap je, dari jam 11 tengah hari sampai lebih kurang 2 petang.
Itupun haru wei, hahaha! Macam-macam hal dorang ni klako memasing.
Masa
nak umum pemenang tu, team District buat announcement. Saya menjemput
Encik Khairi dan Puan Zubaidah. Aku bertukar nama Zubaidah pulok. Habis
lepas tu kena panggil Kak bedoh. Haha!
Kumpulan Juara, kemain happy over tak ingat dunia dah perangainya, haha!
Kumpulan ni paling last ye, Tapi dapat hadiah gak. haha!
Kumpulan Qery memang dapat tempat ke 4, haha! Sesuai la duk kumpuan no 4.
Kumpulan iolls dapat no 3. Oklah sedap sikit bunyi top 3, kahkahkah!
Lepas tu kitorang selitkan sekali hadiah untuk top stokis dapat emas untuk bulan Jan Feb.
Tahniah Kak Wawa
Tahniah Mekchu
Tahniah Kak Zara
Tahniah Kak Ira.
Sebelum makan, kita ambik gambar ramai-ramai dulu.
Lepas tu kita gi makan sambil agihkan hamper.
Jangan ambil sebiji pun gula-gula hakak. hahaha!
Selesailah event sederhana tapi meriah dari Seqy.
Tak lupa jugak terima kasih team District 21 yang best. Insyaallah ada rezeki next time kami datang lagi.
Habis
je event, semua mintak buat lagi aktiviti. Adui pening ni tak tau nak
pi mana pulak. Hahaha! Jumpa uolls lagi, doakan Kak Sepet dapat fikir
aktiviti menarik untuk korang lagi. Bye...
No comments:
Post a Comment