Ada banyaaaaaak sangat benda nak cerita dengan korang, sejak tak update hari-hari secara berbulan-bulan ni perasaan dia adalah best gila. Terasa-rasa kalau tutup blog pun macam okey, tapi bila fikir alahai sayangnya dah 7 tahun usia blog ni, ku gagahkan jua walaupun entry sampah sekalipun. Huhu!
Sekarang ni isu hilangnya pesawat MH370 tu betul-betul buat aku rasa sedih. Macam bersambung-sambung sedih lepas arwah abah meninggal. Dengan ramai 'orang gila' kat facebook yang meroyan merapu share benda yang tak betul, up status kait bencana Allah dengan politik, rasa memang nak bagi penampo kokedai. Huhu! Haih, biarlah mereke dengan kebodohan mereka, aku pulak yang panas bila orang lain bodoh dah kenapa kan.
Rumah aku ni tak tau la rasanya dah sebulan kot kejap ada air kejap takde air. Tapi tak stress sangat sebab tinggal berdua, plus aku suri rumah. Kalau rumah ada air, pagi-pagi tu aku dah start basuh baju, boleh penuhkan tong air tingkat atas dengan bawah, masak air, penuhkan botol dalam peti ais. Bila tak ada air sehari dua boleh bertahan lagi. Syukur setakat ni air tu kalau takde pun sehari dua je, takde sampai putus berminggu-minggu.
Kesian betul aku kalau ada yang family satu rumah ada ramai orang, ada pulak baby kecik, lepas tu jenis bekerja balik lambat. Mesti kelam kabut balik kerja nak buat semua, nak tadah air, nak basuh itu ini, nak masak, nak basuh baju. Sabar ye korang. Kalau nak difikirkan, kita ni dah kira beruntung jugak, ada paip kat rumah, kalau ada air boleh tunggu, kalau lori air datang boleh tadah. Mak aku masa mula-mula sampai KL zaman 60-an , rasanya orang dulu-dulu je merasa kesusahan ni, siapa nak air jalan la kaki pegi tangki air, baling paip sedut lepas tu air keluar masuk dalam tong, angkut la berat-berat, jauh rumah kau jauh la kau berjalan. Dulu mana ada kereta. Biasalah orang zaman kita ni kurang rasa susah, bila Allah tarik nikmat sikit je kita meroyan.
Pulak tu sekarang jerebu teruk sangat kat Selangor KL kan, bertabahlah semua, jaga kesihatan. Masa aku pergi China kan, banyak pengetahuan aku dapat. Orang kita sekarang ni kejar kekayaan. Masuk bisnes itu ini, siapa yang tak minat bisnes pun ada yang start apply part time, kerja pagi malam. Seperti yang kita tau, orang China ni rajin bekerja, kita punya rajin pun aku rasa tak boleh nak kalahkan dorang punya rajin. Kita ni punyalah nak kaya sampai nak pegi klinik pun tertangguh-tangguh. Kaya kejar dulu, badan sakit nanti-nanti boleh tunggu. Itu orang kita, aku dulu pun macam tu jugak. *sendiri terasa kan, haha*
Orang China dorang amalkan makan makanan berkhasiat, kesihatan yang terpaling penting dalam hidup dorang dari segala-galanya. Sebab tu kita perasan ramai orang kat negara China usia dia panjang, dorang bagitau, kalau badan sihat barulah boleh cari rezeki, bila badan sihat baru kepentingan yang lain akan datang macam kebahagian, wang dan lain-lain. Tapi kalau duit banyak tapi badan tak sihat, semua kepentingan akan hilang sikit demi sikit. Lain betul dengan apa yang kita amalkan. Hihi!
Eh lupa nak bagitau kat blog, sebenarnya aku dah open iklan untuk update kat IG, FB dan hujung entry, kalau korang tak tau hujung entry tu kejap lagi korang tau sebab kejap lagi aku up 1 iklan, haha!
Motif sangat nak bagitau befday tu kan, hihi! Sekarang masih harga promo dan siapa yang buat pembayaran awal ada kelebihan boleh pilih tarikh. Sebab aku amik satu tarikh satu iklan je. Dan tolong Whats App sahaja ye, kerasa kalau korang email ke apa, proses tu lembab. Aku la lembab sebenarnya. Jadinya, baiklah korang Whats App je. Kalau takde Whats App tu, silalah pinjam fon kawan2 yang ada WhatsApp. Kekekeke!
Kenapa aku tak bagi korang iklankan produk. Produk macam sabun mandi , barangan spa ke, boleh lagi. Maksud aku, produk supplement, produk kecantikkan, sebab selalunya barang-barang macam tu kalau nak iklan aku kena try test dulu, tak fair tetiba kalau aku cakap produk berkesan padahal tak pernah cuba pun kan. Dan MLM pun aku tak buat ye, i know ramai yang buat bisnes MLM atas pendirian masing-masing, tapi atas pendirian aku, aku tak nak iklankan any bisnes yang berbentuk MLM. Kita respect masing-masing punya pendapat ye, jangan gaduh-gaduh. Hihi! Selain dari itu, dibolehkan kalau nak iklan. WhatsApp je, kalau boleh terus bagi detail barang apa korang nak iklan tu, sebab aku takut tersama barang dengan orang lain. Harga pulak aku bagitau terus eh. Takyah suruh aku PM PM harga, RM50 per publish (termasuk ig, fb dan hujung entry). Ini harga promo.
Pasal produk yang aku jual pun, aku ada update kat entry atas sekali, barang apa yang available beserta harga terkini. Semua barang ada free gifts, so korang tak payah tanya ada free gifts ke tak tau. Hihi! Dan tak boleh pilih2 free gift, redha je la apa aku nak bagi tu. Kekeke!
Itu jela setakat pagi ni, nanti aku membebel lagi yeah.
*********************************************************************
Ok yang aku nak iklankan kali ni adalah service ala-ala surprise kan pasangan mu gittew. Ain_lovesurpirse ni buat service macam kalau korang nak buat party, romantic dinner, birthday, surpirse untuk honeymoon, anniversary. Contoh kalau laki//bini//mak/ayah/anak merajuk ke kan, ko nak hantar bunga ke, pun Ain boleh buatkan. Sukaaaaaa... Sebab aku dah lama cari service macam ni, akhirnya kawan aku sendiri ada buat. Haha! So korang-korang kalau rasa nanti-nanti nak buat kejutan untuk pasangan korang, sila save number Ain terus, senang nanti takyah cari-cari lagi.
Ig : Ain_lovesurpirse
Contact Number : 012-6426265
Booking tarikh-tarikh yang korang nak cepat, bagitau je tema macam mana, Ain cakap sekarang dia akan bagi harga terbaik harga promosi untuk customer dia. Insyaallah dorang akan cuba buat yang terbaik. =)
2 comments:
Yayyy!! Akhirnya lepas rindu dpt baca entry baru kak sepet lgi...Wahai kak sepet tabah la ye...hidup kita nie mcm2 likunye..Be Strong!! ^^
sepet..klu nak iklan kan bju atau cap untuk lelaki boleh ke? qery kene jadi model la ek ek ek...
Post a Comment