Dec 3, 2012

Macam-macam ada

Sebenarnya, aku ni slow gila tentang application kat phone, internet, yang ada kene mengena dengan internet semua aku slow. Dah tau eh? Cis..hihi!

Aku tak tau la sama ada aku memang slow dalam hal ini, ataupun aku malas nak ambik tau. Sebab sebenarnya sekali je orang ajar aku, aku paham dah. Tapi paham takat itu je la. Lepas tu aku tak berani nak explore lebih. Sebab aku takut tersalah tekan ke apa. Nanti jadi benda lain. Apa yang di ajar, itu je yang aku belajar. Gittew.

Aku tatut sebab aku taknak la bila aku tekan bukan-bukan, lepas tu bila rosak ke apa. Nanti sah sah la aku yang dipersalahkan kan. Jadi bila orang ajar tekan itu, aku tekan itu je, takde la nak tekan yang ini, yang sinun dan sebagainya. I is takuit.

Sabtu lepas lepak dengan Ceera, dia tanya la aku ada instagram ke tak kan. Dulu masa kerja kat spital, aku pernah download instagram. Itupun guna wireless la. Masa tu fon aku takde internet. Aku guna wireless la download instagram tu. Aku ingat instagram ni macam camera360, boleh snap gambar lawo-lawo. Tapi bila download, dia suruh sign ini pulak. Ish apa ni....?? Terus aku delete balik. Kekekeke! 

Pastu bila Ceera tanya pasal instagram ni, ofkos la aku tak tau sangat. Memang la aku tau jugak kena sign in semua, tapi aku tak reti la. Pernah tengok kat Jemah punya iPhone, dia kan selalu update kat instagram. Aku tengok je dari tepi, nak tanya tapi malas pulak. Dah alang-alang Ceera tanya ni, dia pun explain kat aku dari A sampai Z. Ceera kata boleh upload gambar je. Orang boleh follow, kita pun boleh follow orang. 

Aku takde cite banyak, terus ambik fon, suruh dia je buatkan terus, aku tau nak guna je. wakakakaka! Dia pun dengan penuh kesabaran di dada sign in kat untuk aku, ajar button ni untuk apa, yang tu untuk apa. Oh best!! pastu tengok dia edit gambar kat satu ni nama dia fotorus. tapi aku tak download lagi fotorus. Nanti nak download la. Baru la gambar boleh letak sampai 2 3 4 5 gitu. Hihi!

Pastu malam tu jugak Qery mesej aku dia pun nak instagram. Kalau aku ni slow pasal internet. Qery lagi bapak punya slow. Hahaha! Esoknya, aku jugak yang kena buatkan instagram untuk dia. Kalau tak buat nanti merajuk. Hoih!! Nasib baik ingat lagi macam mana. Kalau tak harus mesej Ceera time tu jugak.

Jadinya, baru ada dua gambar, itupun upload sebab serba salah bila ada orang follow, nak tengok gambar tapi takde kan. Paksa jugak diri ini mempoyokan diri di depan cermin salah satu cermin dalam shopping mall.

Semalam aku pergi Jusco Balakong kan, saja la jalan-jalan sementara nak tunggu tengok wayang tu. Jalan-jalan, saja cuci mata. Tengok kasut, tengok baju. Nak beli tapi sayang duit. Qery pulak masuk satu kedai sebelah Padini, Jordone kot nama dia. Aku follow dari belakang. Dengan gembiranya, baru aku perasan kedai tu ada jual seluar Jeans Jeep!! Wuhuuuu!! Tak payah pergi SOGO. Mengharungi jem bagai. Boleh beli kat sini aje. Dalam sayang-sayang duit tu, terpaksa beli jugak, haha! Mula-mula nak satu je, tapi Qery kong ajo. Dia la hasut aku beli 2helai. Hadui..bulan ni kena puasa la. *over gila tak, baru beli 2 helai terus kena puasa, haha* Nampak sangat la sebenarnya dalam golongan yang dot dot dot.


Jumaat lepas, petang lepas pos barang, tetiba Qery singgah kedai perabot ni. Kedai uncle yang beli rak haritu. Tetiba dia suruh aku pilih meja, auw!! Suka...!! Agaknya dia fedap aku merungut sakit pinggang buat kerja atas katil. Sebab bilik aku takde meja belajar. Semua benda buat atas katil. Dia pun belikan aku meja ni.


Meja yang selalu opis pakai ni, beli sekali dengan kerusi  dapatla RM150 gitu. Nasib muat dalam kereta Qery, Semalam kaklang masuk bilik, dia perasan la aku beli meja baru kan. Dia pun cite la, baru-baru ni opis dia buat renovation, meja macam aku beli ni, dorang pakai tak sampai setahun, masih dalam keadaan baik la. Dorang jual kat staff berapa.. Rm10 je. OMG!! Menyampah sangat kan! Hahaha! Eii murahnya...RM10 je? Tiket wayang lagi mahal!!!

Tak dapat terima langsung!!

p/s : PROMOSI LOTION FELINNA INCHLOSS BERLANJUTAN SEHINGGA 5 DEC 2012, BELI 2 BOTOL RM126 (BERSAMA POSTAGE, NO FREE GIFT OKIES). BELI SATU RM75 (FREE POSTAGE). VIT C FELINNA HARGANYA RM85/90(SS). SMS/WASSAP 0122678134 -SEPET-

dalam mesej@wassap, terus order macam ni yeah. Untuk kesenangan kite bersama. hehe
Nama penuh :
Alamat :
Produk : Vit C / Inchloss
Kuantiti : 
Bank : CIMB/Maybank
boleh?? please....hehe!
Kalau mesej yang macam..
'sepet, kite nak tanya la, lotion ni boleh tak sapu kat pipi'
'sepet, betul ke boleh kurus sapu lotion ni'
'sepet, vitamin c yang u makan tu bila agaknya kesan dia?'
soalan-soalan akan di jawab nanti tau. hehe! Sebab susah la nak taip ayat-ayat berjela dalam fon. touch skrin adalah tak fun. Kalau korang nak tau info tolong baca kat sini
TQ =)

4 comments:

hazanis said...

kurus la awak ni. comel. ^^

my dream said...
This comment has been removed by the author.
sharifah rosidah said...

Aunty pun buta IT lah...ingat nak beli iphone jugak tapi anak2 kata mama bukan pun pandai kang menyusah kan kita orang je tanya macam2 boleeeh? Terus merajuk, hihihi.

mrs kayrul said...

kita pun slow gak bab 2 IT nie