Sebelum cerita, bagitau siap-siap, siapa yang email semalam, aku dah reply malam tadi. Kot kalau ada yang agak-agak email dia tak ber-reply, please resend balik kat aku tau. Dan kalau boleh bagi semua detail yang aku nak tu. Semua tu penting sangat. Jadi harus beri, kalau tak nanti susah iolls nak manage.
Please sapa-sapa dari Sabah atau Sarawak, kalau berminat cari duit poket, please email aku. kalau kat semenanjung, aku perlukan dari Perlis, Kedah, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu. Memang ada la yang email, tapi tak cukup tau. Nak ramai lagi. Stakat ni yang email baru dalam 80 orang.
Lepas tu tolong Like Page Treenea Selangor ni tau. Aku mewakili dealer area Selangor. Jadi apa-apa nanti korang boleh order stok kat aku. Okey semua? Hihi!
Ok dah tak yah cite pasal ni.
Baju dari Pretty Chase
Haritu aku ajak Qery gi beli barang dapur. Tempat paling aku suka dalam pasar raya adalah tempat sayur-sayur. Muahahaha! Aku suka beli sayur. Aku tak tau kenapaaaa. Walapun aku tau bukan aku yang akan makan sayur tu. Tapi aku tetap suka beli. Aku suka sebab sayur warna hijau. Aku suka beli baby carrot, salad, tomato yang kecik tak tau nama apa. Suka beli timun jepun tu, aku suka sayur dan sayur. Haha!
Qery kalau tengok aku pilih sayur, dia memang takkan ganggu. Sebab dia tau aku tengah rambang mata.
Aku sanggup duduk situ lama-lama, belek-belek sayur. Tapi aku tak masak tau. Korang jangan la pulak dalam hati tu 'bagus budak ni suka masak' 'untungnyaaa Qery dapat makwe pandai masak sayur'
(_______________)
Ianyaaaa sungguh ketidakadilan...huhu!
Lepas habis ambik sayur, baru aku teringat mak pesan beli ayam. Alamak!! mana la aku reti beli ayam. Kalau beli yang dia dah siap potong tu tau la. Kalau yang beli seekor tu tak tau. Aku pun bisik kat Qery..
S : Em nak tanya boleh?
Q : Apa?
S : Tau beli ayam?
Q : Nak ayam apa?
S : Ayam yang sekor tu. Kite tak reti nak cakap dengan abang tu. Muka dia garang je.
Q : Kamu pergi kat dia, amik sekor ayam. lepas tu bagi dia ayam tu.
S : Tapi kite tak reti pilih ayam
Q : Pilih je mana-mana, sama je
S : Iyeke? Kalau ayam tu tak elok, macam mana nak beza dengan yang elok?
Q : Kalau ayam tak elok, dia tak jual laaaaaaaaaa
pfttttttttttttt
S : tolong la pilihkan...
Q : *geleng-geleng kepala, tapi jalan jugak kat tempat tu*
Masa Qery pilih-pilih tu, aku intai dari belakang. Mesti ada cara nak pilih ayam kan. Contoh macam kalau pilih sayur, kite akan patahkan sikit hujung untuk tau sayur tu tua ke muda, ataupun kalau beli ikan tengok mata, tengok ada darah ke tak. Kalau beli ayam mesti la ada jugak tengok kat mana-mana...ke takde?? Hahaha!
Masa Qery letak bagi abang tu. Aku cakap kat abang tu..
S : Potong tau..
Sekali Qery tutup muka dengan dua-dua belah tengan..
S : Kenapa tutup muka?
Q : Eiii malunyaaaa kiteeeee...kamu ni tak pernah beli ayam eh?
S : Tak
Q : Mesti la dia potong, takkan nak bagi kamu sekor tu..eiiiiiii
Iyeeeekeee?? Hahaha! Mana la haku tau abang tu memang potong dulu.
Kong ajo Qery ni, sikit-sikit nak malu. biasa la tu kan..hihi! Aku memang tak reti la beli ikan ayam daging ni. Sayur aku tau la. Dengan buah. Yang lain tu no no no. Jangan suruh aku beli. Boleh je la kalau nak suruh beli pun, tapi kalau aku ambik yang tak elok punya, jangan marah-marah. Balik tu pesan dengan Qery..
S : Nanti dah kawin, kamu kalau nak beli ikan, beli yang dah terus siang tau..
Q : woi tak reti siang ikan ke?
S : Alah beli je aaaaaa yang dah siang..kecoh betul
Q : Ah takde! Kite beli yang tak siang lagi
S : Macam tu kamu makan la dengan taik-taik dia.
Q : Siang ikan senang kot.
S : Kalau senang kamu buat la. Hihi!
Q : perempuan ni kan...
S : Love u..baiknyaaaaa kamu..suka tolong kite siang ikannnn...
Q : *muka stress*
hahahaha! Kalau susah sangat, kite puasa ikan je. Pedehal. Sarapan sayur, lunch sayur, dinner sayur. Takde hal. *nangis*
Lelaki macam tu la. Suruh siang ikan je pun susah.. *tetiba kannn aku ni..haha*
OKLA BYE!!
PROMOSI FELINNA 4 HARI LAGI. SILA JANGAN KETINGGALAN!!
Comments