Kerana ada yang tak pandai mintak izin, main copy paste copy paste. Aku sedikit keji telah meng-disable untuk korang copy paste entry-entry aku. Geram tau. Bukan susah mintak izin. Lantak la. Kalau nak copy, ko taip la satu-satu. Atleast ko rasa penat sikit nak taip. Hihi!
Sikit lagi, gambar pulak kita disable kan. Dulu aku tak kisah sangat pasal benda ni. Dulu lagi keji. Ada sorang ni mintak aku iklankan blogshop dia. Aku pun iklankan la seperti biasa. Kerah idea di kala malam. Pulak malam tu idea tak mari. Tapi try jugak buat. Bila dah publish. Dia suruh blogger lain iklankan blogshop dia jugak. Blogger tu boleh tiru bulat-bulat tak ubah satu hape pun. Sakit tak hati kau. Iklan pun nak tiru. Melampau la kan.
Lepas tu terus aku delete iklan tu. Selama ini aku tak pernah delete mana-mana iklan yang aku pernah buat. Sebab macam menyampah gila, aku buang. Lantak la. Hahahaha! Dan now, bila aku buat iklan pasal Felinna ni, ramai gila pulak yang copy paste masuk dalam blog dorang, yang edit takpe aku boleh terima lagi. Yang bulat-bulat tu macam over okey. Siap copy paste masuk dalam facebook.
Masalahnya, kalau kau nak copy paste pun, edit la babak yang aku gelak seperti 'wakakaka' 'iolls', adui la hai masalah orang sekarang. nak meniaga. tapi nak senang. Kalau boleh tak nak kerah idea sendiri. Tak nak research sendiri. Semua nak bertadah. Semua nak tiru orang je. Kita sama-sama cari rezeki. Aku bersusah payah *takde la payah sangat, hihi* research segala menatang tu, korang pulak nak senang atas kesusahan orang lain. Aku tak paham betul. Dah la copy paste, tak bagitau pulak.
Amboi, pagi-pagi aku dah emosi kan, hahahaha! Harus la. mengadu dengan Qery, dia lagi suka api-apikan aku ni. Apa pun tak boleh. huhu!
Jadi kesimpulan yang boleh diciptakan di sini. Untuk memuaskan hati sendiri, aku disable highlight je. Tak tau la kot kalau orang nak print screen ke apa kan. Buruk beno okey print screen. Rajinkan la diri tu taip balik. Jangan la nampak sangat copy je. Hihi!
Eiii gegirl gerammm tau...rasa nak kembangkan hidungggg sambil keluar asap.
Sepatutnya nak update cite lain, tapi Qery lupa nak mms gambar dalam fon dia. Jadi pagi ni aku membebel dulu. Kejap lagi baru update yang proper sikit.
*******************************************
PROMOTION FELINNA SEHINGGA ESOK SAHAJA. BELI 2 BOTOL LOTION RM126.
Comments
bgus jgk la buat gitu..pasni dah xperlu sakit2 hati lg kan.. :)
kali nih silent reader terpanggil nak komen sikit..
sabaq nak sepet..
ala...yg klon dan cetak rompak tu tak kemana..
:)
sepet tetak the best gitu..
sy nak tahu kenapa ek bile kite nak upload gambar dlm blog,die ckp space utk gmbr kite dh lebih limit 1gb? kot2 u tahu...sbb pelik jgk tgk org lain upload gmbr byk2 dlm blog ok je :(