Bangsa suka kutuk orang. Sudah-sudah la tebiat tu

Semalam aku perasan ada ramai jugak yang update status kat facebook pasal sorang budak sekolah kapel seminggu lepas tu buat video kat youtube. Mula-mula macam malas nak tengok. Tapi kemain rancak semua orang pun mengutuk budak ni, aku pun tengok jugak la. 

First impression aku kat budak ni...aku rasa budak ni berbakat jadi pengacara. Hihi! Sebab suara dia lantang dan dia ada keberanian. Kalau korang perasan cara dia cakap tu macam tengah mengacara rancangan Nona. Kagum pulak. Aku masa sekolah, langsung tak suka bercakap kat public. Kalau kena paksa buat persembahan, memang aku buat, tapi tak suka dan tak rela langsung. Mungkin sebab suara aku tak lantang dan aku takde keberanian. 

Then bila sampai part yang dia 'SAYA JANJI...SAYA JANJI'. Memang la aku ada gelak sikit, sebab rasa kelakar. Tapi aku rasa dia banyak idea. Dia boleh terfikir nak berjanji sumpah setia guna kedua2 belah tangan. Hihi! Aku rasa dia comel je. Biasalah budak-budak. Korang tak payah kutuk sangat. Korang pun dulu macam tu. Bezanya korang dulu tulis surat. Cer dulu pun teknologi macam sekarang,aku rasa korang lagi over kot.

Dan aku rasa tak payah korang nak kutuk sangat. Budak2 buat silap. Kita yang tua pun buat silap. Kalau kau buat silap. Kau suka tak orang war-war kan kesilapan kau tu kat umum. Sorang tegur budak tu dah la. Dia bukan bodoh sangat sampai tak paham. Dia boleh paham kalau sorang dua dah tegur. Tak payah orang lain dah tegur, lepas tu kau nak buat nasi tambah. Tak payah kot. Tambah dosa kau lagi ada la. Manusia memang belajar dari kesilapan. Tapi kite jangan sampai memalukan orang lain. 

Nak puasa ni. Mulut jaga. Jari jaga. Jangan kemain berzikir, tapi jari sibuk mengata orang kat internet. Dulu kes yang 5 days MC tu, semua orang nak mengutuk budak tu. Aku tengok biasa je. Memang la agak pelik budak tu, tapi perlu ke sampai nak mengutuk maki2 budak tu. Haih... Memang aku tak paham apa la yang dia buat sampai korang sakit hati. Kadang2 aku rasa yang mengutuk tu yang macam mental. Psycho. Hihi!

Tapi memang ada bangsa yang suka mengutuk orang ni kan. Dia memang suka hidup dalam suasana kutuk mengutuk. Contoh ada satu blog ni, blog adalah dirahsiakan. Haha! Agak popular jugak la. kerja dia memang mengutuk orang je. orang buat ni dia kutuk, orang buat tu dia kutuk. Bila dia mengutuk orang, nampak macam dia mulia gila la kan. Lepas tu memang ramai la tukang komen nasi tambah. Ni kaum kerabat sehati sejiwa dengan tuan punya blog la. Memang sejak lahir kot suka mengutuk orang. Hihi! Dulu aku pernah baca la blog ni, mula-mula baca memang eh best nya budak ni cakap apa yang dia rasa. Tulus sungguh. Pfftttt. Tapi next entry bila baca semua mengutuk orang. Aku rasa macam something wrong somewhere lah budak ni. So aku stop baca blog dia. Kerana taknak penyakit mengutuk orang tu berjangkit kepada aku.

Sudah-sudah la mengutuk orang. Tak payah nak bukak sangat aib orang. Tak payah nak war-war kan satu dunia kesalahan orang lain. Apa kau dapat?? Semua tu buang masa, buang tenaga. Yang tambah cuma dosa je. Baiklah ko positif. Nanti ada la yang dalam hati berkata-kata 'eh aku bukan kutuk, itu nasihat sebagai sedara seislam' Gittew. Time tu la tetiba sedara seislam kannnn... Tak payah la. Budak tu ada mak bapaknya. Orang yang paling berhak nasihatkan adalah mak bapak. Korang tak payah nak sibuk2 jadi mak bapak angkat budak tu. Lempang kang. Haha!

Jadi kesimpulannya di sini, jaga diri masing-masing. Esok lusa semua orang akan ada anak.. Jangan nak mengutuk sangat anak orang. Nanti terkena kat batang hidung sendiri. Padan muka.

Kbye =)

gambar sekadar perhiasan. =P
p/s : Start bulan puasa. Last payment adalah pukul 2 petang kalau nak pos pada hari yang sama. Kalau bank in selepas pukul 2 kan, aku pos keesokkan harinye tau.. Sebab bulan puasa pejabat pos tutup awal. lagipun tak nak berbuka di dalam kereta. Hihi!

Sempat lagi nak cantik sebelum raya.. Semua barang available, kecuali belt. Belt Insyaallah sampai Rabu. 

Comments

Irfa said…
salam ramadhan dan selamat berpuasa ye sepet.maaf kalau ada tersalah komen kat blog kamu ni ;)
beta kupu said…
Btl gak kata sepet, kita dlu klu ada u tube pun, xmustahil akan wat camtu! haha tapi yg klakanya, ingtkan nak gtau anibeseri yg ke setahun ke, 2 thn ke, ni x, seminggu k?! gaya cakap mcm kan dah lama...hihi
Anonymous said…
thumbs up ~!
viruspadu said…
mcm tahu je blog mengutuk tu hahaha
WaniGhani said…
nice entry dik! :) setuju!
Aisyah said…
setujuu..tp akak peratikan zaman ni kutuk, hina, maki, depa anggap dakwah..sedihhnyer..berguru dgn sape yer..? renung2kan...
NinaAz said…
Comel jeaa budak tuu. Nina tgk pun gelak2 jea. Xd la smpi nk kutuk2 lam fb tu.huuy. selamat berposa day 3