Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 30, 2013

Kat mana best nak bercuti???

Duit takde sibuk berangan-angan nak bercuti kan... Hihi! Biasalah perempuan, kaum kite ni suka simpan angan-angan. Kadang2 yang tak masuk akal pun. Tapi sukati aku la nak berangan pun kan. Haha! Perkara yang aku rasa tak dapat buat setelah kawin adalah bercuti atau pun honeymoon.

Kenapa??

Sebab jadual Qery pack dengan kelas dan exam di hari minggu. Dengar-dengar tahun depan baru habis belajar. Tak tau la bulan berapa tu. Jadinya, kalau nak curi masa keluar berjalan-jalan pun, mungkin la sehari dua je. tak boleh la nak seminggu dua minggu macam tu.

Takpe-takpe. Berkorban untuk masa depan. Tak rugi ye tak. Tapi aku tak kisah la boleh jalan-jalan luar negara ke tak. Aku tetap nak berangan jugak. Sebab berangan kan FREE.

Negara pertama pilihan aku nak pergi ofkos KOREA. Tapi Qery kata dia nak Jepun. Baiklah. Jepun pun seperti best gila kan. Yang penting negara-negara beriklim sejuk ni kena pergi masa salji, barulah rasa kat negara orang. bercakap keluar asap berkepul2 pastu snap gambar masuk IG. Gila menunjuk sangat aku ni kan. Haha!

Kalau tak dapat pegi Jepun atau Korea, aku berhasrat nak buat Umrah dulu. Dapat pergi seminggu dua pun jadi la kan. Time berdua and still sihat ni, kalau ada peluang memang rasa nak pegi umrah. Hope dapat lah ye.

Then fikir-fikir,  kalau honeymoon kat Istanbul pun macam best. Ni gara-gara tengok cerita Istanbul aku datang la ni.

Pastu last option kite gi bali ke, atau bandung ke. Kan. Itu bukan paling last la. Paling last adalah negeri sendiri. Tapi memang aku teringin gilaaa la nak pergi Cameron Highland. Pastu nak pegi Genting highland jugak. Pastu nak gi Bukit Tinggi jugak. Amboii... banyak nau masa aku kan kalau pasal bercuti. Langkah kanan je.

Disebabkan aku memang jarang bercuti, jadinya aku kena la cari yang pakej punye. Mesti ada orang guide. Sebab aku mana la pandai sangat. Negara sendiri pun sesat. Inikan negara orang. Jangan buat pasal. Tapi tula, lagi best kalau pergi dengan orang yang kite kenal and yang kite boleh harapkan. Lainla kalau aku dah pergi 10 kali. Boleh la pegi sendiri sendiri kan.

Tapi tak tau travel agensi mana yang best dan berbaloi. Korang yang selalu jalan-jalan luar negara ni bagi la tips sikit kat aku macam agensi mana yang bagus, waktu bila yang sesuai, berapa budget. Aku tak tau sangat, Qery lagi la langsung tak tau.

Dulu memang ada orang suggest, tapi jenis yang orang tu tinggal kat Korea, kite kena flight and dia tunggu sana. Bukan aku tak percaya,tapi aku tak berani. Baik lah yang betul2 laluannya dari sini sampai sana sama-sama, pastu balik pun sama-sama. Takmo la tunggu2 sana. Tatut tau.

Atau korang ada nak suggest tempat yang lagi besttttttttt......???

Haih bestnyeee la kalau menang peraduan lepas tu dapat percutian free kan. Haha! Lepas ni ada peraduan kena isi la. *tangan di bahu mata ke atas*

16 comments:

nico nabiela said...

wow bestnye nk p bercuti...bg sy bali x best mne pun ;)

anis amirah said...

hi sepet....ni sy suggest travel agency Aspire Travel...0391723040....try la....sy mmg puas hati dgn travel agency ni

suezen said...

langkawi laaaa:)

darikacamatai ly said...

Salam sepet,

G capetown la....sgt3 best

kikin said...

sepet....sementara muda dan sihat sebelum gi tempat lain...pegi buat umrah dulu..so saye mmg cadangkan umrah + Istanbul....agency yg ok cube try andalusia travel.....istanbul cantik..mekah madinah tenang...sesuai nak honeymoon.... :)

Linda Yusoff said...

Sepet.. idea i kan? utk honeymoon, jangan amik agent. u prepare sendiri je dr tix-hotel. sbb kalau pergi agent ni u terikat dan masa terhad. kalau u pergi sendiri, u bebas, lagipon honeymoon kan? Mestilah nak enjoy tempat berdua *gitew*.

Cadangan i untuk honeymoon (konpiden u nak bercuti sbb honeymoon) hehe.

1) Pulau - tak kira lah luar dlm msia. Tapi Krabi lg sesuai honeymoon dr pguket =p
2) Kota keriangan ; be it disneyland? hehe

Umrah pon bagus, yg mana baik kita teruskan betul tak?

sa.sitihawa said...

ct prfr g krabi, thailand..
tmpt yg sgt cntk, ssuai utk brht, kos x tggi, blh plh byk pckge yg ssuai, dll.. mmg bst la.. pm me if intrstd ya, dear.. blh cte pjg2 lgi.. rse mcm nk g lgi je plk.. hhi..

Love Razila said...

Sepet boleh service ZSM Mabrur Services utk Umrah memang berbaloi. Untuk hani,om or travel pakej ke negara lain pon dia buat juga, boleh call Siti Marlina 0133883414. Kat cheras je pon opis dia...boleh g sana terus =)

Nur Mai said...

Klu tempat sejuk genting hightland tp jgn gi musim ujan ...nangis la xblh main..hik..hik..klu nk gi tempat pnas ...kan sepet xthn sejukkn...gi la pulau redang or pulau perhentian kecil...tp jgn gi bln 10 ke ats sbb ye ttup..musim ketujuh.

zuera said...

kundasang pun not bad.
best dgn view yg sgt cantik.

Sya Mimie said...

bestnya dah plan nak honeymoon kat mana.. kta tingin jgk..tp ntah tercapai ke x, sebab en.tunang pun kje bz mcm qery awk. kena bertugas tuk ngara katanya..erm..

cameron xde apa sangat la sepet..dah pergi 3x..tiap2 tahun. xde apa pun perubahannya..

Ummu AdamIman said...

Sabah best...trust me

Ummu AdamIman said...

Sabah best sgt.nk hiking, gunung kinabalu ada.kalau xthn sejuk boleh g poring hotspring.pulau2 pon cantik.seafood fresh.

Nini Mohd said...

kitorang dulu lps 3 bulan kawen baru ada masa pegi honeymoon.
kitorang pegi Krabi.
memang sesuai sgt nak berhoneymoon. tempat cantik, kos pun x byk yg habis. highly recommended.
kalau dlm negara, ok jer pegi genting or cameron.
atau boleh pegi ke pulau perhentian, pulau redang @ langkawi. :)

http://ninimohd.blogspot.com

NinaAz said...

Bedtnya korea jepun. Sy nk g sabah pun xpergi2 lagi ni haa. Huuuu

Fazlinil Irma said...

jom pegi paghisss.. sy tunggu dkt london.. penginapan disponsoorr.. ;)