Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 22, 2013

Persiapan Perkahwinan - Update

Phewwwww... Tetiba je tinggal lagi sebulan lebih kan aku nak kawin. Tetiba lah sangat. Haha! Makin dekat majlis, makin blur aku dibuatnye. Haih apa la nak jadi dengan ko ni Sepet oi. 

Disebabkan aku rasa nak kongsi dengan korang tentang check list apa yang perlu dibuat sebelum nikah. Jadi mari sama-sama kite buang masa sekejap baca. Hihi! Yang dah kawin tu nak baca pun boleh, mana tau esok lusa anak nak kawin, takpun adik beradik nak kawin tapi dah lupe ke apa kan. Ceaaa macam lah aku pandai sangat. Takpe2. Marilah kite poyo sekejap.

Untuk Nikah

1. Kursus Perkahwinan (Done) *mesti amik kursus perkahwinan ye*
2. Ujian HIV (Done) *nasib iolls menjalinkan hubungan yang sihat, mihmihmih*
3. Surat Kebenaran Nikah Lelaki & Perempuan (Done) Hantar awal supaya tak berebut tarikh dengan orang lain.

3 benda kat atas ni perkara yang WAJIB dibuat. Kalau korang tak buat, jangan harap la nak kawin. 

Untuk Majlis Kedua-dua belah pihak

1. Pelamin L&P (Done)
2. Photographer L&P (Done)
3. Baju Nikah , Baju Sanding, Baju Malam Berinai, Baju Persalinan (Done) Hamik kau..kemain banyak bajunye.
4. Make Up Artis (Done)
5. Kompang (Done)
6. DJ (Done)
7. Silat & Tarian (Done)
8. Catering (Done)
9. Kek Kawin (Done)
10. Door Gifts (Done)
11. Kad Kawin (Done)
12. Marhaban (Pending) Mak aku belum bagi kata putus lagi ada ke tak orang yang marhabannye
13. Inai (Belum siapppp) Oh tak tau la kat mana nak cari orang yang pandai lukis2 kat tangan ni..
14. Langsir (Done)
15. Hiasan bilik (Belum)
16. Guest Book (Belum beli)
17. Bunga Tangan (Siap)
18. Bunga Pahar (Siap)
19. Bunga Manggar (Belum siap)

Barang Hantaran

Oh yang ni ada separuh dah setel. Separuh lagi belum. Fening kepala nak mencari barang hantaran Qery ni la. Belah aku setel. Belah Qery ni. Nanti kena sambung shopping. Barang2 hantaran malu nak cerita. Haha!

Aku rasa dah 70% setel kot. Mana yang tertinggal tu, aku harap dalam masa sebelum majlis ni aku ingat la.Tapi nasib baiklah aku ada wedding planner. So apa yang aku lupa ke apa, dia akan ingatkan.

Kad Kawin insyaallah next week siap. Korang nak datang keee?? Kihkihkih! Aku buat kat rumah tau. Biasalah...mak aku ni memang old school sikit. Dia tetap nak buat kat rumah walau apa pun terjadi. Mungkin nak jumpa kawan2 lama senang. Nak beramah mesra pun senang. Lantak la. Aku tak kisah. Sebab Qery buat kat dewan. So aku merasa dua2. Hahaha!

Ada apa-apa yang aku tertinggal tak? Kalau ada tolong ingatkan tau. Aku nak tanya kakak-kakak aku, tapi aku rasa dorang macam dah lupa je. Dah berapa lama dorang kawin kan. Bila tanya mak aku pulak, dia kata dia dah banyak lupa. Pfttt.


Ok semua. Bye2!

24 comments:

Cik Nadz said...

SEPET! NAK TANYA, KAT MANE NK DPT SURAT KEBENARAN NIKAH TU? PASTU, LAMA TAK DIORANG PROSES? TQVM^^

Cik MaR said...

wow...makin dekat dah tarikh tu sepet. Nanti jangan lupa jemput!!!haha

Aisyah Hassim said...

sume ok..cuma bab lukis2 inai kat tgn tu jer..heee

Miss Moon said...

sepet

1 aje sepet lupaaaaaaa

jgn lupa to enjoy masa buat persiapan tew yaaaaaaaaaaaa

n jgn stress stress .........

all the best

duk tgu hari jugaks neh nak dapat kad hahhahahah

Nur_cahayamataku said...

hehe baca checklist awak ni, teringat ramadan tahun lepas. saya pun pening macam awak juga nk buat wedding preparation. majlis bulan syawal..
apa pun, semoga selamat semuanya yer...

shark said...

tahniah tahniah..
besa ler tu serabut sket sblum wedding..
tgk cm dh bnyak siap..

strawberi said...

yg inai tu..akak suka ngan mumtaz..cer google..mmg pemes..tp sebulan lg..tk dptla nk tlg dik oi..inai kena tempah awal2..hehe

Mooniqueen said...

Excited kan bile dh dekat nak kwin...

zeera lily said...

makin dekat dah tarikh.. mesti berdebar punye... dup..dup..

semoga majlis berjalan lancar.. aminn..

sepet a.k.a zack_u said...

Cik nadz : borang tu boleh amik kat jabatan agama negeri masing2. Tp kalau selangor isi online je. Rasanya kalau negeri lain borang boleh download terus.

farhanasulaiman said...

Salam sepet..mass kita kawen dulu amik dgn kak nurul inai inai..dia buat cantik n kemassss sgt..mmg satisfied customer ni..cuba awk search fb page Inai Inai

farhanasulaiman said...

Salam sepet..mass kita kawen dulu amik dgn kak nurul inai inai..dia buat cantik n kemassss sgt..mmg satisfied customer ni..cuba awk search fb page Inai Inai

farhanasulaiman said...

Sepet..masa kita kawen dulu kan amek inai dengan kak nurul Inai Inai..dgt cantik n kemasssss je kejenya..satisfied customer ni..cuba awk search fb page Inai Inai

farhanasulaiman said...

Ni no dia kalau awk nk direct call 0126242870

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

nak PDF utk checklist tak??

boleh jenguk sini.. http://nurrcahaya.blogspot.com/2013/06/persediaan-perkahwinan-checklist.html memang lengkap segalanya

farra8979 said...

nak ajak ke? kalau di jemput, insyaallah datang...

Wahidah said...

lg sebulan..so its mean bln 8 la yea...kalo jemput nk dtg la..:)

Dzureen Darwis said...

SHare la gambar hehe

izzie izzam said...

wah! kite pulak rasa excited kak sepet nak nikoh dah . hehe .. rumah kak sepet kat ne .. nak dtg bulih mse kenduri tu .. hehehe :D

peej said...

inai.https://www.facebook.com/noor.collection?ref=ts&fref=ts

norish keberg nama dia.
suka sebab inai dia kemas halus n yang penting merah.
bukan maroon or hitam.

try tengok still available tak.
macam akak last minute gak so dapat 2 hari sebelum nikah.
ok je sebab still lawa.
sebab ib buat sehari sebelum leceh gak sbb merah n warna senang lekat kat sana sini.
mcm akak esoknya tu bangun muka merah2 oren sebab tidur tangan kat muka. hahah.
nasib by lusa nikah tu hilang.
tabita kan ada. hua hua tetiba

CikEmoNia said...

Wah! Da nak kawen! Congratt in advance dear! :)

Nur Mai said...

Dh nk kawen er....jgn lupe jemput kite jgk er..... ;-)

Nadiah said...

Bila majlis? Nanti Jemput ye....

NinaAz said...

Berserii2 bakal pengantin ni yea . Hehe