Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 16, 2013

Berbuka Itchiban Ramen

Puasa seminggu baru hegeh-hegeh letak gambar makanan kan. Itu pun sebab makan kat luar. Tak yah sibuk2 nak hidangkan ke apa. Duduk tercongok tunggu makanan sampai je. Itu yang terjadi kejadian amik gambar tu. Kalau tak, jangan harap la aku rajin nak snap snap. 

Haritu Ceera berbuka kat rumah aku, dia rajin la amik gambar,lepas tu aku cakap nanti aku curi gambar dia, dia marah okey. Sob sob. Dia kata tak suka gambar sama-sama. Hahaha! Kong ajo punya kakak. Berani dia tak suka tak suka. Lepas tu aku cakap kalau tak nak sama snap la dua kali. Dia jelingkan je. 

Semalam nak beli seluar abah aku sebenarnya. Tu yang gagah jugak keluar. Dah kurus dah bapak aku. Seluar dia yang sebelum ni saiz 34. Sekarang pakai saiz 30. Seluar abah selalu kalau tak mak aku, memang aku je la yang beli. jadi memang bila dia cakap saiz dia 30. Aku macam sedih sikit. Dia dah pesan dengan aku dari hari Sabtu. Katanya seluar lama semua dah longgar. Kena pakai belt,tapi tak selesa la ofkos.

Ingat Ahad nak beli la, lepas tu cari-cari macam tak tau nak cari mana sebab aku jarang gila shopping kat KLCC. Tak tau mana nak cari seluar abah. Qery kata esok kite gi Jusco. Jusco banyak. Sian..haha! Tak merasa la dia seluar dari KLCC. *mata ke atas sangat2*

Lepas cari seluar abah. Siap potong semua. Beli seluar sendiri jugak. Qery frust sebab seluar dia tak ada saiz. 30 minit dalam kedai tu, mencari barang dia je. Lepas tu takde hasil. Aku try seluar 2 minit je. Terus beli 2 seluar. Qery ni memang over sangat kalau bab-bab pilih baju. Aku yang letih sebab nak kena komen setiap baju yang dia try tu cantik ke tidokkk. Selalu aku akan cakap cantik je. Sebab mlas nak layan dah. 

Setel semua, lagi 10 minit baru masuk Itchiban Ramen. Tengok lauk dah terhidang.

 Itchiban Salad

 Ketam apa ke benda entah nama dia, tapi Qery habiskan.

 Miso Soup.

 Salmon Fried rice

 Air paling sedap kat situ. huhu!

Kenyanggg...

harini makan kat rumah. Berdoalah aku amik gambar makanan. kihkih!

p/s  : Slimming betl dah ada. RM35 termasuk postage
MWE pun dah ada stok. Kbye