Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 29, 2013

Emak-emak yang gumbira?? Apakah??

Korang tau kan pembelian Aurawhite kali ni dapat sampul raya, dan duit raya dari aku. Dan jugak kali ni Aurawhite tak bagi 3d diamond mask dah. Dia bagi serum muka yang best gila tu.

Tapi bukan nak cerita pasal tu, aku nak cerita yang aku dapat sampul lebih. Dan memandangkan duit RM1 RM5 RM10 RM20 bukan masalah bagi aku. Ecehh... Riak pulak. Haha! Aku tak pernah lagi tukar bank sebab mak abah aku kan berniaga. Duit kecik macam ni memang dorang dah prepare untuk aku tukar masa raya nanti. Syukur tak yah beratur nak tukar duit. 

Dapat je sampul, terus aku tukar duit kecik. Mula la senaraikan nama-nama anak buah beserta umur. 


 Makin lama makin ramaiiiiii. Sob sob.

Kalau anak buah yang yeay aku terima la. Ini dengan mak mak nya pun yeay. Memang sesuatu sangat.

Tapi memang normal kan. Bila nak raya, budak2 la yang paling happy. Dapat jumpa sedara mara, boleh main tak ingat dunia. Dapat baju baru, dapat duit raya, dapat makan pagi petang siang malam. 

Dulu kite semua macam tu kot. Hari pertama tu collect duit raya. Zaman aku duit raya still 20sen 30sen. 50sen tu dah kire best gila keluar rumah sambil fikir nanti nak beli apa. Haha! Dulu tak kisah pun orang bagi berapa, amik je. bila masuk je rumah jiran, mesti nenek2 tu tanya ni anak sapa.Nenek tu tak kenal pun still layan baik-baik. 

Sekarang ni, mungkin faktor keselamatan. Kite tak terima tetamu yang kite tak kenal. Even budak sekalipun. Sekarang ni orang punye taktik macam-macam kan. Bukan korang je la. aku pun seram. Raya pertama je terima budak2. Itupun kenal sikitla sebab jiran kan. Lepas raya pertama, ko semekom banyak kali pun aku tak layan. Haha!

Dan tak bagusnya bila macam ni, kite dah kurang kenal dengan jiran. Walaupun satu lorong. Zaman kakak-kakak aku, jangan kata selorong, dah nak habis lorong pun dia kenal. Kalau dengar kakak-kakak aku bercerita sesama dorang. Dorang boleh ingat Man boroi rumah kat celah mana, Bob rumah warna warni. Entah dah lorong mana aku tak tau.

Abang aku tu, kalau dia tanya budak macam darjah2 tu duduk mana, budak tu cakapla duduk rumah kat pasar malam. Abang aku siap tanya pasar malam tu yang sebelah kedai tu ke, atau rumah yang ada taxi ke, atau rumah pernah terbakar tu ke. Ehhhh...padahal beratus kot rumah kat pasar malam tu. Tak paham aku. Huhu!

Beza dulu dengan sekarang. Sebab tu aku kesian kat anak-anak buah aku. Nak collect duit raya pun dengan mak-mak sedara je la. Sebab dorang nak beraya rumah jiran pun tak berapa nak kenal. Rumah kawan2 pun berapa kerat je. Tapi anak buah aku memang suka kalau raya rumah aku, sebab dorang kata duit raya dapat banyakkk.. Mana tak banyak. adik beradik aku ada berapa dah. mak bapak aku lagi bagi. Walaupun bagi sikit, tapi bila dah banyakkk orang bagi, jadi banyak la jugak kan. Huhu!


Tapi lepas bagi duit raya, emak-emak yang gembira lebih. Sebab?? Dapat cut kos belanja bulan depan. Anak2 dah ada duit sendiri. Hahahaha!

p/s : MWE testimoni memang dah banyak sangat. Insyaallah esok lusa aku update testimoni ye. =)

3 comments:

Dzureen Darwis said...

Hehe hai maksu , untunglah saya bakal jadi maklong nanti. Kih2 anak buah maksu2 ni biasanya memang ramaiiiiiii

Nur Mai said...

Nk jd anak sdre mak su jgk....mihmihmih ;-)

meera said...

Dari sape brtambah lg duorang anak buah next year sepet? Sape preggy yek