Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 4, 2013

Seqy Beauty Syarikat Berdaftar.

If ada yang macam tertanya-tanya aku jalankan perniagaan secara sah atau tak. Dari dulu lagi, dari start aku bisnes Sepet Shop (masa jual beg dulu), aku memang daftarkan terus nama Sepet Shop. Tak suka la main jual-jual macam tu je.Yang uruskan ofkosla Qery. And now, aku memang dah tak guna nama Sepet Shop tu sebab sejak tahun lepas aku dah daftar nama Seqy Beauty (002191094-T). Pun macam biasa Qery uruskan. Walaupun bisnes kecik-kecik, tapi tetap aku rasa aku perlu daftar berniaga. Kalau ada apa-apa hal nanti senang. Cuma aku tak war-war kan la. Sapa yang jadi customer aku dari dulu tau. 

Alamat semua rasanya tak payah korang tau kat mana, biar customer je yang tau, sebab itu adalah privacy syarikat. Eceh.. Poyo gila padahal kecik je bisnes kau. haha! Tak kisahlah. Aku memang mementingkan privacy dari dulu lagi. Apa yang perlu tau, aku bagitau. Korang berurusan online dengan aku setakat ni. Bukan dengan orang lain. Setiap mesej atau wasap atau email semua aku yang reply. Aku belum tahap ada pekerja semua. Semua sendirian berhad.
 
Kalau ada beberapa barang yang tak dapat dalam masa 2 minggu, tolong contact aku semula. Sebab memang ada 3 4 parcel yang sekarang ni ada kat aku, bila aku contact tuan punye number, tak bereply. Please jugak kalau korang tak ada kat rumah and nampak kertas pos laju bagi suruh collect ke pusat pos laju, tolong amik parcel korang kat pusat pos laju, sebab kalau korang tak ambik dalam masa 2minggu, dorang akan return ke aku. Lepas tu aku dah terpaksa pos balik kat korang. Bukanlah berkire duit postage.Tapi memang rate postage sekarang mahal. Sekali pos dah lebih kurang RM10. So paham2 lah ye.

Aku rasa dah 2 3 bulan jugak aku buat sistem terus bagi tracking number, rasanya tak ada masalah untuk korang cek parcel kat mana. Kalau tak tau nak cek, korang boleh klik sini, cek kat sini. Dia ada tulis trace and track. Korang taip number yang aku dah bagi tu. Ada schedule dari mana ke mana barang korang. Boleh detect kat mana parcel. Sebab kalau korang tanya aku, aku pun kena buat cara yang sama.

Tiada paksaan dalam pembelian. Gittew. Kalau korang rasa was-was barang aku ori ke tak. Terpulang korang nak beli dengan orang lain yang korang rasa lebih yakin. Tak ada masalah. Tak ada kecik hati.  Sentap sikit je. haha! Takde la. Aku tak suka seller yang suka paksa2 beli barang dia. Aku paham kadang2 kite nak tanya je pasal barang tu. Nak tau harga, nak kire2 cukup duit ke tak. Jadi sapa-sapa yang tanya harga kat aku, tapi lepas tu tak dengar kabar berita, aku memang tak kisah. Sebab aku pun pernah jadi customer, aku tak suka kalau macam seller tu hari2 tanya, jadi tak beli, jadi tak beli. Macam paksa pulak. So, terpulang kepada customer sendiri.

Tak boleh refund kalau barang dah sampai ke tangan. Contohnya, harini korang beli losyen. Aku dah pos,korang pun dah dapat, tapi dah seminggu korang tak guna2 losyen tu. Tetiba korang contact aku kata nak pulangkan barang, sebab tak guna. Nak duit balik. Kalau beli barang kat watson pun, baru beli sesaat pun dorang takkan buat refund balik. jadi..tolong memahami piagam urusan jual beli.

Tiada COD (Cash On Delivery). Sebab aku buat bisnes online. Aku tak buat bisnes Offline. Online adalah bisnes melalui internet. dan pengantaran adalah melalui pos. Memang sejak 3 tahun lepas aku tak buat COD ni, contoh jumpa mana2, lepas tu bagi barang. Sorry aku tak buat atas faktor2 keselamatan. Cam bagus kan aku..hahaha! Rasa nak lempang tak? Tapi memang aku macam tu. Ada jugak yang gila2 nak cod. kerana nak kan lip tint Rm10. nak aku hantar ke putrajaya. Maaf ye. Pos je la. Biar abang posmen je yang berurusan dengan korang.

Penghantaran dibuat menggunakan Pos Laju. Walaupun korang dengar POSLAJU. Tapi janganla meletakkan harapan yang tinggi akan sampai esok. Sebab sekarang ni contoh 10 parcel keluar, 7 8 parcel je yang akan sampai esok. Yang balance pending 2 3 4 5 hari.. Lepas tu kalau barang tak sampai2, korang boleh terus cari gaduh dengan abang posmen. Sebab kalau marah aku sekalipun, aku tak tau nak buat apa. Nak aku cari abang yang pos barang tu memang aku tak mampu nak cari. Melainkan korang tunggu dengan penuh kesabaran. Urusan penghantaran aku tak handle. Itu semua abang pos laju yang handle. Aku cuma pos je. Kemana barang korang lepas tu, korang boleh cek tracking number yang aku bagi macam tadi aku cakap.

Sekarang ni urusan balut membalut dah rasa bernafas sikit. Kalau dulu...korang tengok gambar bawah ni, tahun lepas punye cerita.

 Masa ni aku tak tau mana nak cari plastik pos. Nak daftar syarikat kat pos laju, Qery kata pun susah je nak dapatkan plastik tu walaupun dah register.

So balut malam2 sampi 3 jam. esok pagi sambung 3 4 jam. Memang masa tu rasa patah pinggang.


 
 Bayangkan, kertas mahjong aku kena gunting satu satu, lepas tu kena selotip kemas2.. 

Lepas tu beli yang plastik prabayar RM6 dengan RM9. Kerja mudah sikit sebab masuk je dalam palstik tu, terus boleh pos.

Tapi bukan semua boleh sumbat dalam plastik prabayar. Jadi terpaksa jugak la half balut, half guna plastik.

 Sampai satu masa, aku dapat cari plastik online.Terus beli 10k pcs plastik bermacam saiz. Senang gila kerja sekarang.

 So sekarang ni, walau besar macam mana pun parcel, tetap mudah kerja aku.





Sekarang ni, dalam sejam aku boleh balut 20parcel.  Kalau dulu 20parcel amik masa 3 jam jugak. Stress sangat.

Pengeposan dibuat setiap hari (petang), kecuali Sabtu Ahad dan Public Holiday. Korang jangan risau. Aku tak tipu. Kalau barang ada, aku cakap barang ada, kalau takde aku bagitau takde. Semalam kawan aku, sama-sama stokis, pun kena tipu dengan pemborong. Kalau korang beli satu barang ratus2 ringgit kena tipu rasa sedih. Kawan aku ni kena tipu 16k.. Motif disini aku nak cakap, bukan korang je yang boleh kena tipu, seller macam aku ni pun boleh kena tipu kalau tak cari pemborong yang betul2 jujur. Berhati-hati ketika membeli online. 

Aku paham ramai yang takut beli online sebab takut kena tipu, sebab tu mintak aku buat cod.Senang kan, bayar duit dapat barang. Tapi aku pun takut jugak. Aku takut jumpe orang yang bukan2. contoh orang jahat kalau dah tau kite buat cod. Mana tau nanti dia berpura2 jadi customer,nak jumpa mana-mana, lepas tu rompak ke, culik ke kan. mana la tau. So masing2 hormat masing2 punye cara. Kalau korang rasa leceh nak beli dengan aku sebab tak boleh cod. Ramai lagi seller online yang buat cod. Tiada paksaan. Gittew.

Wah memang macam bagus. Hahaha! Tapi kebanyakkan customer aku paham, bila aku cakap aku tak buat cod, terus bagi alamat. Kuikui!

Sehingga sekarang, aku sangat bersyukur, ada customer yang memang beli dengan aku sejak aku jual beg. TQ sangat2. Apa yang aku boleh buat sebagai penghargaan adalah gift je. Harap semua cutomer happy bila membeli barangan dari Seqy Beauty. I love you. TQ sebab tak henti2 support, and ada yang siap promote kat kawan2, promote kat blog. Tak tak macam mana nak balas jasa korang. Tanpa korang semua siapalah Seqy Beauty. Ecehh...tapi memang betul pun. Sebab tu aku memang respect customer aku, walaupun ada yang marah2 aku sebab barang abang posmen lambat hantar. Aku tetap sayang korang. Muah!! Kite manusia perlu hidup dalam kasih dan sayang. Baru dunia aman. =)

TQ for reading. Byeeeeee

p/s : MWE stok limit.  Aku tak tau bila stok akan dapat.haritu HQ kata Isnin.Tapi aku tak janji. Felinna losyen design lama sapa nak boleh contact aku..

4 comments:

hidayah Mat Lazim said...

senyum tgk perkembangan busines sepet sekarang, moga terus di murah kan rezeki....kalau kita jujur dan iklas rezeki pun murah kan kan kan ^_^

NinaAz said...

Semoga terus success yea sepet

Irfa said...

tak terbayang penat tulis borang pos tu ;)semoga bisnes terus berkembang maju

siti nur syafiqah said...

Sis beli parcel tu kat pejabat pos ke ? Kalau beli sikit je takpa ?