Pages

Followers

nuffnang

Jul 3, 2013

Preview Samsung Galaxy S4

Haritu aku berlagak gila tunjuk gambar kat korang ada dua ketul fon Samsung Galaxy S4 kan. Sekali dua ketul. Ko ingat aku mampu?? Haha! 


Sebenarnya fon itu hanya untuk di review ye. Start aku upload kat IG, terus ada orang email nak beli fon Note 2 aku kalau aku nak tolak. Amboihhh kemahinnn dia tuuu..huhu! Kalau aku ada Samsung Galaxy S4, tidak sekali-kali aku menjual Note 2 kerana banyak info customer dalam tuuuuu....itu lebih penting dari segalanyaaa...kuikui!

Body Samsung S4 memang agak mantap. Slim, ringan, tak besar dan tak kecik sangat. Macam nice-nice la untuk lelaki and perempuan pakai. 



Kerana ianya nipis, aku suka macam takut-takut nak pegang. Haha! Bukan apa, aku ni ganas. Main campak2 je fon dalam beg. Kang calar fon ni, tak pasal2 je. Jadi terus aku pakaikan dia baju..


Pertama kali bukak fon, mesti tengok camera dulu.  Ofkossss.. Perempuan mesti macam tu. Dunia dia adalah camera je. Yang macam aku pernah cerita dulu, camera, video dia semua boleh amik depan dan belakang punye view. 

Lepas ni ofkos aku tak sesat lagi.Boleh buat video call dengan kawan nak tanya jalan kan..ha gitu..

Kawan : Ko sesat kat mana.
Aku : Kat jalan raya laa
Kawan : Pftttttt

Sekarang tidak ada lagi ayat itu. boleh tunjuk je kat jalan mana yang aku sesat tu. Kahkahkah!



Semua nak kat hati je. Gedik.

Tapi sangat seronok okey. Haha! Pastu try motion dia pulak. Yang gerakkan tangan je atas screen tu. Terkagum2 aku.

 Hebat kannn...nak gerakkan muka ko kat depan screen tu pun boleh, still dia akan selak ke muka surat lain. Kihkih!

Eh lupa nak bagitau yang display dia 5inch Full HD Super AMOLED (1920 x 1080) display, 441 ppi.



Kalau korang nak lebih detail lagi, boleh terus ke SINI

atau


Tapi aku rasa ramai dah yang ada Samsung S4 ni, haritu aku update kat IG n Fb pun, semua tak nak kalah, semua cakap dah beli.. Tapi memang Samsung Galaxy S4 ni best sangat. Sapa-sapa yang nak tukar-tukar fon tu, takyah pikir, beli je Samsung Galaxy S4. 

Kbye

9 comments:

NinaAz said...

Hari tu kak ceera preview. Seyes menitik air liur nina baca. Hukhuk

Mira Adzlia said...

wah..hebat..hihi

JaSSNaNi said...

wow.... !!!

Dzureen Darwis said...

Wah, tapi kena tunggu dah kerja nanti baru boleh beli hik hik

syamimihaziqah said...

Alaaa nak beli tapi takde duit. Kak Sepet hadiahkan kat Ieqa la, boleh? Huhu

muncitzzz =) said...

comel la casing

mrs kayrul said...

saja tau racun....dah lama mengidam ngan S4 nie...nampaknya raya nie kena gigih collect duit raya la...hehehe

Nor Zilawati said...

sis, kt mana beli cover s4 tu..cute..

Nor Zilawati said...

sis, mana beli cover s4 tu..cute..