Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 9, 2013

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Rasanya macam kejap sangat je dah puasa balik. Ada yang dah siap beli baju raya. bagus bagus. Korang beli la awal-awal. biar orang yang macam aku ni, bangsa beli baju 2 hari sebelum nak raya berasa lengang sikit. Tapi aku rasa tak mungkin la KL lengang masa puasa. Kecuali minggu pertama raya. Memang lengang gila. Semua orang balik kampung halaman masing2 jumpa sedara mara. Pakat nak tunjuk baju raya sapa paling cantik. Motif sangat korang ni. Hahaha!

Tapi seronok kan. Tak kisah la apa pun motif kau balik kampung. Ada orang bukan nak jumpa sedara sangat, tapi nak tunjuk kereta baru. Nak tunjuk bini baru, nak tunjuk baju beli kat Jovian sambil angkat2 kening Kau Hadooo?? Gittew. Haha! Motif yang macam tu kite tolak tepi, asalkan korang balik kampung, dah gembirakan hati orang tua. 

Seronok puasa sebab masa puasa ni lah nak kumpul amalan kan. Walaupun tak alim mana, tapi cuba la mana yang terdaya. Lepas tu yang lain-lain seronok la sebab dapat pergi param, dapat beli macam-macam makanan. Ada kuih warna warni yang ko tak pernah tengok pun sebelum ni. Lepas tu mak pulak masak sedap2. Diet kelaut macam biasa, takyah update status kat fb terkejut omg omg sebab makan banyak. makan banyak tu perkara biasa. Makan sikit tu yang pelik. Huhu!


Sempena nak puasa esok. Aku nak memohon maaf kalau ada yang terasa, termengata, tersakitkan hati. Yang sengaja atau yang tak disengajakan. Maaf dipinta. Kosong-kosong la yeah. Muah!! Nak puasa la baru nak mintak maaf aku ni. Tipikal melayu sangat. Haha!

Jangan lupa malam ni niat puasa. Jangan lupa sahur. Jangan lupa yang amik supplement tu minum air lebih sikit. Banyak je masa korang nak minum air, lepas berbuka sampai sahur tu korang boleh minum. Pandai2 korang la ye. =)

9 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum sepet. selamat menyambut ramadhan al-mubarak buat awak sekeluarga :)

penyisir rambut said...

ok...sy maafkan awk..hikhik..
jenis sy plak beli baju raya tyme malam raya..
dah lama tak tempah menempah ni haaa...

SF Beauty Terengganu said...

Selamat Berpose gak dik sepet..smoga bertmabah pahala kte di bulan yg mulia ni.amin=)

pinky_liscious said...

selamat menyambut ramadhan yg bakal tiba..

Syuhada Nasya said...

selamat berpuasa kak :)

Dzureen Darwis said...

semoga ramadhan kali ini lebih barakah :)

Chekgu Azrine said...

Slmt brpose sepet!!

Amoi Farah said...

Salam Ramadhan

NinaAz said...

Ramadhan tahun depan dah jd bini org yea sepet. Comel sgt. Hehee