Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 12, 2013

Tak ada gambar makanan berbuka lagi

Sendiri tak amik gambar, sendiri frust. Hehe! Kali ni punye berbuka kat rumah, bukan tak de feel. Tapi sebab aku tak ada semangat nak snap gambar. Lepas tu memang tak menyempat dah nak amik gambar. Mana tak nya. Sekarang ni, mak dan aku masak awal. Pukul 3 macam tu dia dah kelentung kelentang kat dapur. Aku pukul 3 pulak get ready nak pegi pos. Aku paham la kenapa mak masak awal. Sebab mak kan dah tua. Bila dia rasa dia kuat pukul 3, dia masak la pukul 3. Kalau tak dulu masak mesti pukul 5.30. 

Rutin aku sekarang macam dah bertukar sikit. Pukul 3.30 macam tu dah sampai pos laju. Semalam adalah pertama kali aku pos barang kat kaunter. Eh silap.Kali ke dua. Kali pertama masa tu Qery lambat,aku terpaksa gi pos sendiri, itu tahun lepas kot. Pun bulan puasa. Hihi! So semalam kali ke dua. Sepatutnya Qery la pergi pos, tapi tetiba takde parking. Aku nak drive kereta dia memang tak la kan. So aku lagi sanggup angkat barang berat-berat pergi pos. Nombor dah amik dulu. Masuk-masuk je lagi dua orang punye turn. Nasib baik aku tak suruh Qery cari parking. Kalau tak memang melepas la nombor aku ni. 

First time masuk, setelah setahun pos kat situ. Ko bayangkanlah. Haha! Gila aku tak pernah amik tau macam mana Qery pos. Masuk-masuk tengok penuh gila orang. Tak de tempat duduk. Mula-mula aku diri, tak sampai 10 saat masuk ada orang bangun, pandang kiri kanan macam takde orang nak rebut tempat duduk tu dengan aku. So aku jalan lemah lembut dan duduk dengan bergaya. Mesti semua orang tengok aku rasa nak suruh mak ayah datang meminang. Auw! Perasan sangat. Haha!

Tak sampai 2 minit, tengok kat kaunter dah sampai turn aku. Aku pun terus la menuju ke kaunter. Aku baru je letak 1 parcel kat atas kaunter. Abang pos tu tanya

Abang Pos (AB)

AB : Eh mana Kaede??
Aku : Oh dia ada kat dalam kereta, tak ada parking 'dan aku berasa sangat pelik'
AB : Saya tengok parcel ni dah tau dari Seqy Beauty. Hihi!
Aku : Oh...hihi! 

Nampak sangat la dorang dah hafal aku punya balutan ni. Haha! Start la abang tu 'tak pernah nampak pun hantar barang bla bla bla' Ofkos la abang. I kan princess, tunggu dalam kereta sambil buat keek. Pfttt.. Haha!

Lepas habis pos tu aku pun macam bangga sikit la sebab berjaya pos tanpa perasaan cuak ke apa kan. Qery tau aku ni jenis cuak sikit buat apa pun. Haha! Sampai-sampai kereta je...

S : Tak boleh bla bagi nama Kaede kat abang pos
Q : Hehe. Dorang tanya kite ke?
S : Haah. Dia tanya 'Kaede mana'. Nak muntah dengar nama tu. Huhu!
Q : Cuak tak tadi? Bercakap dengan abang posmen tu macam mana? Ada 'eh eh yeah yeah' tak?
S : Tak cuak pun. Eh mesti la kite cakap manje2. abang tu tanya ada 30 sen tak. Kite jawab 'Alaaaa takde la cane yeahhh'
Q : Kite tumbuk muka kamu kang. Kan dah pesan jangan cakap manja2 dengan orang lain. Ini first and last kita bagi kamu pos.

Sebab tu la aku tak pernah pos barang. Hahaha! Tapi aku suka je. Boleh la aku feeling dalam kereta.

('',)

Lepas pos barang, menuju param la kite. Masing2 dah hadkan sorang boleh belanja RM15 je. Jangan lebih dari tu. Disebabkan Qery yang akan belanja Rm15 untuk aku sepanjang bulan Ramadhan. Aku tak kisah la. Asalkan dia nak belanja. hihi! Tapi selalu tak sampai Rm10 pun. Kuih aku beli 2 jenis je. RM4. Air tengok air apa la. Kalau tebu atau tembikai yang pure tak de ais tu mahal la sikit. 1 dah RM3 macam tu. Kalau beli air asam boi ke, air jagung ke. Yang tu murah sikit. 2 pastik RM3. Gittew. Bergantung kepada nafsu the day. Hihi!

#OOTD semalam. Upload kat IG. Ceera pelik sebab aku tak TV3. Haha!

Kebetulan sangat baju sama warna dengan skirt. Untunglaaa...mihmihmih! Aku beli air soya, air tebu, kuih badak berendam, popia basah, dengan murtabak ayam. Yang aku sempat makan seketul badak berendam, dengan secawan air tebu. Yang lain orang lain balun dulu. Haha! Nasib habis. Kalau tak sentap beli tapi takde orang makan. Aku ni memang suka membeli, tapi aku tak suka makan apa yang aku beli. Aku makan apa yang mak aku masak je.

Sampai-sampai rumah dah pukul 5.30 macam tu. Tengok mak tengah masak. Aku pun buat-buat tolong sikit. Tolong tumbuk sambal belacan, gaul buat kerabu. kacau-kacau sikit lauk. Kacau mak masak sampai mak rimas. Sebab aku banyak tanya. Sikit-sikit 'mak banyak mana' 'mak tengok la sini' 'mak nak hancur macam ni ke' 'mak limau tu mak letak mana'. Haha! Mak pun stress. Bila mak stress baik jangan duduk dapur. Taktik anak pemalas. Meng-stresskan mak sendiri supaya takyah masak. Oh sungguh bergaya cara ku ini. haha!

Lepas tu aku duduk la dalam bilik, baca Quran bajet nak katam dalam masa sebulan. Kite tengok nanti. Aku ni hangat2 tahi ayam je selalu. Plus nak habiskan masa menunggu waktu berbuka tu. Main game asik stress je pulak. Takpe kite selang seli ye. Dah tak stress kite main game balik. Haha! Agak-agak dah pukul 7.15, baru hegeh-hegeh turun dapur. Berhidang semua. Lepas tu tertipu dengan jam Ateh. Jam dia cepat 10 minit ke aku tak tau la. Kelam kabut aku berhidang. Aku tak de la kelam kabut sangat. Cerita je lebih. Haha!

Maksud kelam kabut tu macam 'eh sempat ke ni berhidang' cakap dalam hati 10kali. tapi jalan slow jugak. Gittew la. Pastu cop tempat duduk. Panggil semua orang duduk.  Cedok nasi. Tak azan-azan. Nak naik amik handfon nak snap gambar pun dah tak keruan. Takut baru nak naik tangga dah azan kan. Tunggu punye tunggu, ada la kot 5 minit jugak baru azan. Kong ajo sangat jam Ateh tu. Kalau ku tau jam dia cepat, sempat je 5 minit amik gambar makanan kan...Dan boleh berlagak kat sini aku makan apa. Tengok...kan dah tak boleh nak berlagak. Tapi bagus jugak. Kurang dosa aku. Hahaha!

Eh takde la. Aku memain je. =P

Tunjuk makanan bukan berlagak tau. Kang ada yang sentap pulak. Aku je yang berlagak sebab nak show off dengan adik beradik mak masak sedap. Korang *adik beradik* masak tak sedap. Camtu. huhu! 

Panjang kan explaination kenapa aku tak ada gambar makanan. Semua salah jam Ateh. Kbye. Selamat berhujung minggu.

p/s : Bermula 1 Ramadhan dan insyaallah sampai bila-bila, Setiap Rm2 pembelian korang, aku akan sedekahkan ke Pusat Bimbingan Cinta Madinah. Kalau ada sapa-sapa nak sedekah ke situ jugak pun boleh. Terus contact no ni 019-2786441 (Kak Ana). Semoga sama-sama dapat kite beramal dan dilindungi Allah SWT. Aminnn. =)
p/s/s : Belt masih belum sampai. insyaallah harini atau esok sampai, pohon kesabaran ni dada. Musim puasa memang banyak barang pending termasuk barang yang aku order. TQ

4 comments:

Irfa said...

kelakar la kamu,jeles la qery tu ;)

salwana nordin @ che'wa said...

hhhhaaaaaa..ntah nape entry yg paling klakar akak rasa..

siap bayangkn cara ko bergerak, duduk semuanya..serius mmg kelakar :P

Miss arfisa said...

sy start follow blog sepet bulan posa taun lps. mmg best gle entry bulan posa taun pls . myb time tu sepet xcbuk kot. sukaa.

NinaAz said...

Badak berendam my feveret. Hehee