Pengumumannnnnnn!!!!!!

Ha engkau, konon sangat pengumuman aku tu. Bajet macam semua orang nak baca je. Haha! Tak kisah. Kalau yang macam tak tau apahal la minah ni meroyan nak buat pengumuman kan. Dia fikir dia pengetua. *sambil betulkan shawl*

1. Harini KL cuti.

Aku baru tau semalam malam. Aku selalu pos barang kat Cheras. Kawasan KL. Jadinya kalau dah cuti, Pos laju pun tutup. Alkisahnya, tak dapatla daku mengepos barang korang. Kecuali kalau Qery is rajin nak cari Pos Laju kat Ampang. We will see , tengok kepada masa. Sebab esok rushing sikit. Jadualnye padat. Apa-apa pun aku akan cuba sedaya upaya. Tapi ramai mesej aku bgtau Isnin cuti. Aku tengok kalender takde cuti pun. Ke korang buat cuti sendiri? hihi!

2. Pos laju tak berapa nak laju

Okey, ramai bagitau aku barang tak sampai lagi. Aku wakil pihak pos laju meminta maaf la sebab service kurang memuaskan. Sebenarnya barang sampai lambat bukan bidang kuasa aku.  Sebab aku pun bukan bekerja dengan pos laju. Tapi itulah kan, selagi barang tak sampai, selagi tu masih menjadi tanggungjawab aku untuk pastikan barang tu ada kat mana, kenapa tak sampai lagi. Bla bla bla. Tapi aku memohon kerjasama semua, supaya cek sendiri kat pos laju. haha! Kalau aku free aku boleh cek kan. Kalau aku kat luar, aku susah sikit nak cek, jadi korang boleh tengok tracking number yang aku bagi kat atas tu, boleh cek online, atau pun boleh call terus pos laju. Kalau still seharian tak dapat contact pos laju, bagitau aku. Sebab aku boleh tanya masa aku pos barang nanti. 

Ini pesanan abang pos laju kat aku tadi, aku bagitau korang yeah. Buat masa ni, dorang kekurangan staff. dan parcel terlalu banyak, banyak dari yang di jangka. maklumlah nak raya cina. Lagila banyak parcel. Aku paham. Korang aku tak tau la boleh accept ke tak. Aku cuma buat pengeposan menggunakan pos laju. Kalau korang request nak suruh aku guna skynet ke gdex ke, sorry yeah. Aku tak buat. Lagipun sama je semua. Skynet pun bukan semua benda esok sampai, kadang2 ada jugak yang pending. Jadi baiklah aku guna pos laju je. Kalau korang nak cepat, sila datang rumah iolss, haha! Senang aku bagi terus. =P

3. Esok dengan harini, aku tak berapa sangat tengok fon.

Ceaaa...cam perlu ke ko bagitau ko tengok fon ke tak kan, haha! Maksudnya, aku tak janji dapat reply mesej korang secepat mungkin. Mungkin la korang sms pagi, malam baru aku dapat jawab. Gittew, diharap korang boleh bersabar lah ye. Huhu! Tapi aku akan cuba curi2 masa reply mesej/wassap tu yeah.

4. PROMO VCO TREENEA

(BELI 2 KOTAK RM75 (SEMENANJUNG), RM80 (SABAH/SARAWAK)
(BELI 3 KOTAK RM75 + RM40)
PROMOSI DARI 1 FEB - 7 FEB

AGEN DAN DEALER SILA SMS/WASSAP AKU SEGERA (tapi macam biasa slow sikit makcik reply, kahkah, suruh orang mesej, tapi ko slow, apa pun tak boleh)

Kepada agen/dealer yang nak COD, aku free Ahad malam sahaja. Itupun korang kena turun sama ada Tesco Cheras atau Tesco Ampang. Kalau tak boleh, isnin aku pos. Tolong mesej 012-644-8704 (Qery) untuk COD.

5. PEMENANGGGGGGGG BEKAS COMEL!!

1. Pengomen pertama - Arai@Nana
2. Pengomen ke-30 Ana 

Tahniahhhh...sebenarnya aku tak bukak lagi email, haha! Tapi korang sila email je kat aku, nama alamat no telefon beserta warna kegemaran lagi sekali. Nanti aku reply.

6. Felinna Vitamin C Dah habis!!

Tolong jangan bank in untuk vitamin C ye. Pleaseee.. Sebab memang dah habis. Aku tak tau bila Felinna nak keluarkan balik stok tu. Kalau dah ada, cecepat aku bgtau. Pun tak nak buat pre-order. Tak nak aku ambik duit korang, yang tak pasti lagi benda tu sampai bila. Jadi, kalau korang jugak, boleh cari kat dealer2 yang masih ada stok. Aku cuma ada losyen je. Kalau nak beli losyen, silakan sms, hehe!

7. TOP AGEN

Next week baru aku bagitau korang, sebab aku kena kira balik, semak semua list2 pembelian korang. Mohon bersabar ye semua. I is slow. Buat kerja memang perlahan. Siput pun tak nak ngaku sedara. Hihi!

OKbyee!!

Comments

Unknown said…
ahaa betul tu.. sekarang pos laju ambil masa sikit nak sampai.. halal kan aje kelewatan diaorang.. sebab sebelum nih kan abang pos laju cepat hantar barang kiter... di maafkan sebab sekarang musim perayaan.. next week dah nak raya cina.. sian abang pos laju....
Lelaki said…
kemain info lagi...hehe
cikji said…
part yg pos laju tu aku mmg setuju 200%. cust asyik duk tnya nape brg xsmpai lg,nape xsmpai lg.Nak terbeliak kita tracking. Selagi brg xsmpai kat cust,selagi tu rasa xsedap hati kan sbb tetap akn jd tnggjawab. bila dh sampai baru legaaa. sbr jelah dgn pos laju :)
mila said…
jangan guna skynet!!! service lgsg x bagus..huhu.....dekat seminggu bru brg smpi...
Alah ingat kan pengumuman nak bertunang...tapi besuk memang cik zu bertunang kan....alhamdulillah aunty suka akhir nya persahabatan kamu dan qery sampai kepenghujung nya.
Chekgu Azrine said…
Sepet nak bertunang ke esk,?hehehe
Unknown said…
Entry pelamin biru please.. Hewhew..
InsanKecil said…
Aku bengang betul dgn post laju. Barang tak sampai2. Call pula tak dapat2 sejak pagi tadi. Macamna la nak maju kalau macam ni. Tension2!!!!
InsanKecil said…
Aku bengang betul dgn post laju. Barang tak sampai2. Call pula tak dapat2 sejak pagi tadi. Macamna la nak maju kalau macam ni. Tension2!!!!