Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Feb 20, 2013

5 hari je

Semalam, sebelum aku gi spital. Kan aku gi Alamanda dulu. Bungkus makanan dari sana je untuk mak aku kat spital nanti. Sebab memang dah plan. Lepas shopping kite terus menuju ke spital.

Sampai spital pukul 9 lebih macam tu. Terus la aku ke tingkat 6. Jalan dengan penuh gaya. Bila sampai je kat bilik. Aku perhati dari luar, tengok orang dah tak sama. Terus terfikir, takkan tukar katil lagi. Lepas tu aku keluar, tengok senarai nama pesakit. Takde pun nama mak aku. 

Terfikir lagi semalam tanya pasal antibiotik kat nurse. Kalau tak silap 5-7 hari je kalau Augmentin. Agaknya mak aku dah balik kot. Sebab memang haritu hari ke 5 pun. Sambil berjalan keluar tu, aku pun tengok la fon. baru hegeh2 nak tengok fon. Sekali tengok ateh mesej kata mak dah balik. Pftttt...

Qery dah berambus. Dia ada bola pukul 10. Marilah kite tahan taxi je. Hehe!

Tengah tunggu taxi tu, macam-macam perasaan ada. Takuit sebenarnya. Sekarang ni kan macam-macam kes. Mata melilau-lilau tengok kiri kanan. Sebab dah malam kan. Nak suruh Qery patah balik memang melampau la. Dia dah lambat, sebab nak gi ambik kawan dia dulu. Baru la nak selawat baca ayat2 kursi, dah ketakutan baru la nak baca kan. Manusiaaaa...huhu!

tunggu dalam 5 minit macam tu, dapat jugak taxi. 

Pakcik : Melawat kawan sakit ke atau kerja kat hospital?
Aku : Melawat, tapi orang tu dah balik pakcik.

Huhu....bersungguh pegang bubur ayam tau..sampai je rumah masuk bilik mak.

Aku : Mak nak makan bubur ayam ni? Ni popiah pun ada..
Mak : Letak je atas meja tu.
Abah : Abah pun boleh tolong makan kan.. *sambil sengih2*

tak sampai 5 minit, semua selamat dalam perut mereka.


TQ semua yang doakan kesihatan mak iolls. Harapnyaaaa lepas ni sihat selaluuuuu...
Korang pun jaga kesihatan okey, baru boleh baca blog aku dengan tenang. Kekeke!

Muah!!

7 comments:

cik ara said...

sis boleh tak ajar pkai tudung cmniii :'( .. takmo video tapi pic je dah ckup .. pleaseeeee ! sis cantik :(

dee yana said...

alhamdulillah,,smoga brtambah shat..aminnn

NinaAz said...

Alhamdulillahhh. ♥

ct fesyen said...

alhamdulillah...
dah sihat pun...

nurayunni said...

kirim salam dekat mak ye...

Nur farahiza said...

kak sepet , kim salam dengan mak abah ye , kawan abah aka kawan arwah atok saya , shamsuddin , mesti packcik noh kenal . baru dapat tahu kowt , nenek saya cerite , betol2 kecik dunia nie , hehehhe :)

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

mak sepet sakit apa?