Haaaaaaa...harini nak cerita pasal abang-abang iolls. Rasanya dorang ni tak baca pun blog adik dia ni. Kerana semua banyak keje. Hehe! Selalu yang baca blog perempuan je kan. Rasanya dulu pernah cerita, tapi entry dah save. Kite cerita lagi sekali yeah.
Aku ada 3 orang abang. Anak pertama (Abang), Anak ke-5 (Ode) dengan anak ke-8 (Ateh/Ayie). Dan dorang ni mempunya muka yang seakan-akan sama. Mungkin kerana dorang adik beradik. Ok tak klaka.
Abang sulung, tahun ni umurnya 44 kot. Jarak dengan aku memang jauh gila. 19 tahun. Sampaikan ada orang ingat itu ayah aku. Pftttt... Abang ni orangnya peramah. Kalau dengan orang yang dia tak kenal pun dia boleh berborak. Tapi aku rasa semua lelaki macam ni. Kalau abang posmen hantar barang kat rumah, abang aku boleh berborak tanya pasal kerja dia la apa la. Kalau aku, takde maknanya, sekalipun yang hantar tu kakak pos, aku tak borak kot, sign borang terus masuk rumah, haha! Gila tak peramah. Mungkin pemarah je. Heeeeee
Abang power main gitar. Kepandaian dia main gitar telah diturunkan kepada semua adik-adik lelakinya. Hehe! Jadi nak dikatakan, semua adik beradik lelaki aku tau main gitar. Aku pernah belajar main gitar masa sekolah rendah, tau code je la. Main gitar tak tau. Pftttt. Lepas tu salahkan jari pendek. Tak banyak aku boleh cerita pasal abang maybe sebab jarak umur kan. Yang rapat gila dengan abang aku ni kakcik, akak dengan kaklang. Yang lain so so je.
Abang kedua adalah Ode, umur tahun ni 36 tahun. Ode ni manjaaaaaa tak hingat. Kalau depan aku...lagi sajaaaaa jeeeee buat-buat manjaaa.. Nyampass sangat. Huhu! Kalau makan ubat, sajaaaa je makan depan semua orang, nak bagitau dia demam. Pfftttt....Malas nak layan..huhu!
Lepas tu Ode ni gila motor. Letak la motor kat depan dia. 2 3 haripun dia boleh hidup tau..haha..matiklaaa cakap camni. Kegilaan dia terhadap motor tak dapat aku gambarkan. Kalau korang add dia kat instagram. Kalau ada 50 gambar, ada satu je gambar dia. Yang lain motor.
Lepas tu Ode ni dia suka berkawan. Ramai gila kawan dia. Sebelum kawin selalu konvoi sana sini dengan kawan2. Tapi kat umah anje.. Kombinasi yang agak tak patut. huhu!
Ayie/Ateh. Tahun ni umur 28 tahun. Abang atas aku. Beza 3 tahun dengan dia. Ayie je la pun yang aku rapat. Sebab dari dulu asik dengan dia je. Main kat jalan raya, gi skola, camping, semua dengan dia. Dia terpaksa jaga aku sebab selalu kena paksa dengan mak abah. Haha!
Pun selalu gaduh dengan aku jugak, Gaduh 5minit je. Pastu ok. Ayie ni dia minat lain sikit. Dia suka menanam, masak, Kawan pun tak ramai. Sorang dua je yang rapat. Kawan tempat kerja ada la. Cuma maksud aku, kawan berhibur. Dia jarang berhibur pun, asik duduk rumah je. Tak fun okeyh,haha!
Mungkin sebab dia rapat dengan emak kot. Sebab tu la dia selalu duduk rumah je. Itulah hipotesis yang boleh dibuat.
Eh haritu berborak dengan anak buah aku pasal fizik. Fizik kan banyak hipotesis. Aku kan slalu bajet power dalam segala subject padahal dot dot dot. Jadi kerana nak bagi semangat. Aku cakap la kat dia..
Maksu gojes : Senang la fizik. Hipotesis dia kan semakin semakin je.
Ajoi : Semakin apa? Sekarang kite belajar dalam bahasa english la maksu, mana ada semakin..
Maksu : Oh yeahhh....
Kemain sekarang dalam english eh..untunglaaaaaaaa maksu dapat belajar dalam bahasa melayu. kihkih!
Begitula cerita tentang abang kandungku.
apa apa pun...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dragon ball ada 7 biji semuanya
12 comments:
SEPETTTTTTTTTTTT....
napa daku tgk abg kamu yg pakai baju nikah putih tu dah cam muka QERY jer???kikikikiki.....serius xtipu ni.... :)
lain muka ode dgn abang dan ayie tu
bertuah la kamu ada kakak dan abang
akak cuma ada adik2 je
dulu teringin jugak nak ada abang dan kakak tp dh sulung mana ada jalan wei
Ayie tu mcm qery la pulak ♥
Haah la muka semua lebih kurang je...seronok lah ada adik beradik lelaki....aunty pun ada 3 orang adik beradik lelaki tapi yang sedih nya.......semua dah meninggal semasa berumur 25 tahun, 30 tahun dan 52 tahun dan semua nya belum berkahwin...meninggal semua ada sakit asthma macam arwah abah aunty...yang perempuan aunty seorang je ada asthma.
sepet cite pasal kakak plak...
bole la bole la. :p
abang no. 2 tu handsome...ha ha ha...
ingatkan si ayie tu yang gila motor..
8-11 Feb bebaru ni akak pegi Langkawi, kat Jetty Kuala Perlis, akak rasa mcm terpandang muka abg Sepet yg Ayie tu...
tak tau la betul ke tak itu dia...
dia dgn wife nye masa tu...
2 kali akak lalu lalang kat area Jetty tu..2 kali gak ternampak dia..haha :D
takkan nak pi tanya 'awak ni abg sepet ke?' takkanlah kan..haha :D
so, akak agak2 betul la kot...
Betul ke ek Sepet? cer tanya abg awak haha :D
Nak cite kakak2 pulak. wlaupun dh kenal sgt kak ceera :p btw abg ayie muka mcm qery kenapa? hahahaha
hehehe... memang la ada 7 bola je pun
Sedihnya bca kisah akak ni
sy pulak yg mnitik air mata
abang yang manja tu ada encem siket. hu3.
Post a Comment