First day jaga mak kat ward, mak aku dapat tempat yang tak ada bilik tu. Yang kongsi 6 orang. Depan semua chinese. mak dengan sebelah dia je melayu. Yang patient kat situ punyela bising, berborak sampai 3 4 pagi. Orang nak tidur pun susah. Semua patient kat situ susah nak tidur. Dah la nurse dia pun bising. Apakah? Aku berasa amat pelik kenapa nurse pun bising siap gelak kuat-kuat. Adui..lepas tu layan patient kasar tau. Cakap kasar. Doktor dia..alahai...
Mungkin sebab before ni aku kerja kat spital swasta, semua doktor pun speacialist. Cara doktor pelatih lain mungkin pengalaman berbeza jugak kan. Ada satu hari tu, aku nak gelak. Ada 2orang doktor. Muda, chinese, aku tengok name tag dia tahun 85. maknanya baru 28tahun. sorang lagi melayu, rasanya lagi muda dari doktor chinese tu. tapi dia punya action, serupa doktor pakar 40 tahun berpengalaman. Grrr......
Yang chinese ni okey. Dia ramah sikit, masa dia layan patient lain, aku perhati je. Yang melayu ni dia ikut je doktor chinese ni. Agaknya tengah belajar lagi kot. Entahlaaa...aku rasa je. Sebab doktor chinese ni yang explain. Yang melayu ni dia tukang record je.
Masa doktor chinese ni pergi amik record kat meja depan, yang malay ni tanya mak aku...
DM (Doktor Melayu)
DC (Doktor Cina)
DM : Makcik rasa macam mana sekarang?
Mak : Makcik rasa batuk kuat, kepala pening bila batuk. Kahak banyak, pun rasa masin.
DM : Kahak memang la masin makcik
Mak : Tapi makcik memang ada gastrik. Rasa masin ni pun masin gastrik, rasa garam.
DM : Iye, memang semua kahak rasa masin.
Nada doktor tu memang nada marah tau. Aku dari tepi senyum je. Hehe! Nak di ajar, dah belajar sampai jadi doktor. Lepastu..datang doktor cina tu..dia bagi mak aku ubat gastrik. Haha! Aku tak tau la mesti doktor melayu tu malu.
DC : Makcik, saya bagi ubat batuk ye. Makcik batuk teruk sangat ni.
Lepastu DC tu pun cakap kat DM.
DC : Bena expectorant bagus untuk batuk berkahak, dan dia mild. kerana dia adalah dexchlorpheniramine bla bla bla
DM : Oh okey..
OMG. Bila masa bena ni dexchorpheniramine?? Bena is guaifenesin kot. Pitam...haha! Sukatila doktor. Lepas tu DM pun cakap dengan staffnurse
DM : Em..eh korang ada..........jap, apa eh nama ubat tu tadi.
Pftttttt..nama ubat bena expectorant pun tak tau..rasa nak bunuh diri ni.
Tadi nampak seperti bijaksana kan. Ok la malas nak cerita pasal kisah mereka. Petang tu mak pindah bilik. Dapat bilik ber-aircond. Maybe sebab guna GL andak kot. Dapat la bilik selesa sikit. Kali ni doktor melayu takde. Doktor chinese tetap ada. Hihi! Tapi aku nak balik dah..tak tau la apa jadi.
Day 2 jaga, mak okey je. Batuk2 still ada, tapi takdela sampai pening kepala yang teruk tu. Pun takdela terjaga banyak kali. Ada la 3 4 kali. Gitu. Yang lain tido je.
Day 3, mak pindah ward lain. Kali ni nurse and doktor dia peramaaaah sangat. Cakap pun lembut. Treat patient pun bagus. Tanya patient tu macam-macam. Senyum, plus doktor perempuan dia cantik gilaaa...
Dan aku terfikir, mungkin environment dan aura (+/-) tu mempengaruhi sikap manusia kan. Kiranya, tak kisahla kerja kat swata atau kerajaan. Kalau dah ada aura negetif dan environment pun tak best. Sebaik-baik manusia pun boleh berubah.
Day 4, mak memang okey, boleh mandi sendiri, jalan-jalan. Cuma doktor nak suntik antibiotik. So kena bertahan kat sini sampai habis dos. Masa nurse nak cucuk antiobiotik tu, aku tanyala doktor bg antibiotik apa. Katanya Augmentin. Selalu kalau Augmentin sama ada 5 atau 7 hari je. Cuma kalau yang tahap teruk tu boleh cecah sampai 14 hari. Saja tanya sebab nak kire2 berapa lama lagi nak kena bermalam di sini, haha!
Mungkin lagi 3 hari. Tengok kalau tak okey jugak, slalu doktor akan tukar jenis antibiotik.Tapi Augmentin pun dah kire kuat jugak. Hope okey la hendak-Nya kan.
Bila tengok muka mak kan..rasa kesian sangat. Emak aku ni adalah mak yang super power tau. Anak 9 okey, memang power la kan. Aku dengar orang beranak 2 3 pun dah surrender. Aku pun agaknya 1 anak pun dah surrender. Mak aku pulak suka beranak, haha! Kalau setakat sakit sikit2 dia tak mengadu, tapi kalau dah teruk baru dia akan gi klinik. Walaupun penat dan tak sihat,hari hari masak untuk keluarga. Nak harap aku yang rajin ni. Boleh laaa..tapi masak maggy.*sambil gigit bibir bajet comel* huhu
Mak ni pulak baik hati sangat. Sangat-sangat baik hati. Tak boleh dengar anak ada masalah sikit, dia akan rasa susah hati. Aku rasa semua emak pun macam tu kan. Sanggup bekorban apa saja untuk anak. Cuma kite je selalu berkire2 nak berkorban untuk mak sendiri. Biasala..aku pun camtu, haha! Kali ni je aku dapat jaga emak. Sebab aku dah tak kerja. Jadi aku ada masa waktu malam untuk jaga. Dah kire bersyukur gila. Tapi pun takde la jaga sangat. Setakat teman kat sebelah sambil tengok cd korea je, huhu!
Dulu masa mak masuk IJN, lamaaaaaaaaaaaa....aku dapat jaga 2 kali je. Sebab masa tu aku kerja. Siap oncall lagi. Tak terkejar masa tu. Rasa bersalah sangat bila tak dapat jaga emak. tapi tak pernah miss untuk datang melawat. Masa mak masuk ICU tu, dapat tengok 5 minit pun dah puas hati. Masa masuk ICU dengan NICU, semua orang tak boleh jaga mak, sebab nurse yang akan jaga 100%. Kami boleh melawat kejap2 je. Tapi masa masuk ward, yang kerap jaga Ayie dengan Ode la kot. Sebab dorang ada motor. Senang nak bergerak. Terima kasih bebanyak kepada mereka ni.
Aku rasa, sapa-sapa yang takde mak ayah, lebih sensitif issue ni. Bila dorang dah takde, masa tu la baru kite akan teringat-ingat, terbayang-bayang, rindu. Kan...Mak dengan aku memang rapat. Kalau dia tak suka aku, dia akan cakap je. Sama ada dia akan mengadu kat kakak-kakak aku dulu, tapi lepas tu mak akan mengadu kat aku balik yang dia cite kat kakak-kakak aku pasal aku, haha! Rasa kelakar sebab...betulla, selagi kite tak bagitau apa yang kite tak puas hati kat orang tu sendiri, kite akan rasa susah hati kan. Sampaila kite bagitau sendiri.
Macam best fren. Apa tak puas hati, bgtau je. Tapi aku takde la tak puas hati kat mak aku. Derhaka okey, haha! Kadang2 mak ada la tegur itu ini, tak baik macam itu macam ini. Then aku akan explain kenapa aku buat macam itu macam ini. Dan kite akan lebih tau isi hati masing2. Kalau borak2 dengan mak, aku takkan tanya mak apa masalah mak. Biar mak sendiri yang cerita. Dan aku takkan tambah nasi ayam sos tomato semua. Cuma dengar je. Kadang2 mak mak ni dia cuma nak luah je. Kot kite tembah lada hitam sos cili tu yang dia lagi rasa tak tenang kan.
Emakku, Syurgaku =) |
Semenjak aku start bisnes ni la aku banyak berborak dengan mak. Kalau tak dulu aku balik rumah je tido. Sebab penat kerja kan. Sebab mak kan inspirasi aku untuk berniaga. Jadi banyak benda aku selesa cerita dengan dia. Bila mak sakit ni, rasa sunyi and bosan sikit. Kalau tak malam2 memang dia akan teman aku buat kerja. Eh dah la..malas nak taip dah.
TQ sebab selalu doakan mak aku sihat. Allah je yang boleh balas..
Semoga mak cepat sembuh ye. =)
15 comments:
semoga mak awak sihat zack-u.. akak faham perasaan tu sbb akak kehilangan ayah tanpa sempat nak berbakti lg huhuhu
semoga mak sepet cepat sembuh..akak paham perasaan sepet sebab pernah melaluinya..bertabah la dan berdoa semoga Allah memberi kesembuhan mak sepet..:)
syurga dibawah tapak kaki ibu kn..
moga cepat sembuh ye...
semoga emak sepet cepat sembuh....teringat jaga mak dekat hospital dulu, makan pun mak tak lalu sampai kurus kering.....
insyaAllah..makcik kan super power..makcik mesti sembuh tak lama lagi..aminnnn..
saya pun rapat dgn mak..kalau mak sakit mmg super risau la..sebab ade die sorang je..abah dah berbelas tahun pergi..
Teringat arwah abah. Sempat jaga 3 minggu kat hospital
Semoga mak sepet baik yea. IAllahh..
semoga ur mak cepat sihat
patutnya bila ur mak cakap kat DM tu, DM tu patut reply balik cakap..oh yer ker makcik..tak per nanti saya cek dan tengok apa yang boleh saya bantu...
ni mcm biadap pulak cakap..kahak memang masin makcik...
hoiii setakat doktor pelatih pun nak ek..tak koserrr dgn orang mcm nih...
sepet...kite doa mak awak cpt sembuh ye.eh awak pon kuat mcm mak awak taw.skarg kite nk jadi kuat mcm awak pulak.nk blaja berniaga.nk tawen jugak.hehe.take care sepet. =)
smg mak kamu cepat2 sihat sepet..
smg mak kamu cepat2 sembuh sepet.
semoga makcik cepat sihat..ana pun jaga diri ye..
Insyaallah nanti sihat lah mak awak cik zu.
Selalu macam tu lah cik zu....doktor yang baru ni berlagak semacam je berlainan pula dengan doktor pakar pakar yang memang baik dan tak sombong....kenapa cik zu tak bagi se das...bagi tau je yang cik zu pernah kerja di farmasi hospital dan tau nama ubat yang DM tu lupa...hah baru lah dia malu.....gitu je ajar orang yang bodoh sombong.
Get well soon aunty..
Terharu bace post kak Sepet hari ni.. Rasa rindu kat mak sendiri makin mnebal.. Emaklah segalanya..
bena expect. = Diphenhydramine
Shahrizat : Yeahhh! Terbaik!
Post a Comment