Feb 6, 2013

Valentine?

Sebelum korang berfikiran negetif, aku bagitau awal-awal, aku tak pernah sambut valentine ye, sebab aku tau orang Islam tak boleh sambut. hihi! Semalam sign in facebook tengok kawan aku nak sambut valentine, tak kisah la kawan aku christian kot. Sukati dia la nak sambut pun kan, haha!

Aku start tau valentine day masa aku form 4, first time ada orang lelaki BERANI nak mintak kapel dengan iolls, haha! Awal tahun 2004. Dia mintak kapel, then dia suruh aku bagitau jawapan NAK atau TAKNAK masa 14 Feb. Aku macam 'WHY LA 14 FEB??'

Aku pun tanya kawan2 aku, semua bagitau aku 14 Feb tu valentine day ataupun hari kekasih. Oh semua orang tau la maksudnya, maybe aku tak tau sebab aku takde pakwe kot. Kesian aku, comel tapi takde boifren *muntoh*

Masa sekolah dulu kan, aku bagitau satu rahsia yeah. *sebenarnya tak rahsia pun, saja je buat-buat macam rahsia, nak bagi cerita macam best, huhu* Masa tingkatan 3. Aku dah tak pakai plastik kat tudung tau. Ko paham tak? Jap aku google gambar plastik tu.

Alamak. aku ada jumpa, tapi tak sampai hati nak letak kat blog, sebab gambar entah sapa2, haha! Kang tak pepasal aku kena saman kan. Aku rasa korang paham kot. Cover buku skrap yang plastik tu. kita bahagi 2 bahagian, lepas tu pakai kat tudung, jadi bentuk dia bulat seperti tudung fareeda mahupun ariani. Haha! 

Aku pakai plastik tu masa tingkatan 1 sampai tingkatan 2. Kalau takde plastik tu, rasa down gila sebab tetiba rasa muka hodoh. Jalan pun tunduk je. Bila ingat2 balik, rasa nak sepak diri sendiri. Haha! Siap ada wap-wap kat plastik tu, bawak keluar lap air2 dia, dan pakai balik. kadang2 tengah tulis nota, plastik tu jatuh, tertutup kat bahagian mata, dah macam robocop. Sapa yang pernah pakai plastik tau la kot. Sapa yang pakai tudung fareeda mungkin tak tau sebab plastik dia dah kena jahit sekali. Hew hew hew

Jadi masa form 3 dah dapat petunjuk, aku dah tak pakai dah plastik tu.Lagipun Ceera selalu sangat sorokkan plastik ataupun dia suka buang plastik kerana dia tak dapat terima adik dia sehodoh itu. Letih aku asik beli cover buku skrap. Tapi takpe, tanpa plastik, pun rasa diri comel jeeee.. *sifat perasan ni memang sejak di bangku sekolah*

Masa form 3 la aku ada suka sorang lelaki ni. Auw!! Gataiii nyeee. Suka tapi dalam hati je la. Takde la bercerita ke apa. Semua orang pun tak tau. Dah la sekelas pulak tu. DUSH!!! Walaupun budak lelaki tu tak tau pun aku suka dia, aku tetap tak kisah, haha! Aku suka sebab dia homeiiii!! Pastu pemalu. Aku ni suka lelaki pemalu sebenarnya, tapi tak tau la cane boleh dapat Qery. Masih tertanya2 lagi ni. Hihi!

Semata-mata semangat nak gi sekolah, sebab dapat tengok dia. Melampau. Niat nak belajar tu tak tau singgah mana, haha!Dalam kelas pun kadang2 curi-curi tengok dia, tapi takde la nampak sangat, kalau dia lalu aku pandang la, sebab aku dalam kelas duduk depan meja cikgu. #Ini semua phoyooooo....Duduk depan sekali, yang budak aku suka tu, duduk meja sebelah. Susunan kedudukan dalam kelas aku selang lelaki perempuan.Jadi belakang aku lelaki, sebelah meja pun lelaki. Lelaki belakang aku tak suka, lelaki sebelah i is suka miang gatai. haha!

Nak dijadikan cerita, kalau aku kena marah, kerja sekolah tak siap, kena denda, aku malu sangat dengan lelaki yang aku suka tu. Walaupun lelaki tu tak tau pun. Eh letih la aku tulis lelaki lelaki. Aku bagi nama dia "S" la eh. Aku malu dengan S sebab aku pun tak tau kenapa aku perlu rasa begitu. Huhu! Tapi S takde perasaan kot. Dia tengok aku kena denda kena marah macam biasa je.

Sehinggalah hampir setahun aku berperangai phoyooo.. Dah nak akhir tahun, baruuuuu akuu tau S pun syok kat aku. Ceaaa...perkataan 'syok' macam la S tergila2 kan aku kan, haha! Tak kisah laaa. Nasib baik aku baru tau akhir tahun, cer kalau aku tau awal tahun, lagi gilaaa nak tahan malu kena denda depan kelas, haha!

Tapi aku pun takde la bagitau aku suka kat S. Aku macam diam2 takde perasaan je. Buat2 macam

'Zuhana, S suka awak, dia nak kapel dengan awak tau. awak nak tak?'

'Oh really? Ok tengok la macam mana'

Haaaaa....kira aku cool gila la dapat menahan panahan jiwa. Hello? I is suka gila kat dia okey. Mana maunyaaa nak kata TAKNAK kan, haha! Tapi takpe, rilex. Malunyeee kalau orang lain tau aku minat kat sapa-sapa. Sangatlah tak cool kan. Lepas tu mampus kena bahan dengan geng2 aku yang cool tu. Jadi aku pendamkan saja niat tu. Sampai la aku masuk tingkatan 4. 

Masuk tingkatan 4, orang pertama yang aku tercari2 adalah S, haha! Gilaaa ahhh...berapa lama tak jumpa kan. Pastu nebes nak tau sama kelas ke tak. Terjengket2 intai tengok dia beratur kat barisan mana. Lelaki kan beratur kat depan perempuan belakang. Pastu dia masuk kelas apa aku tak ingat, yang penting tak sama la. Fuh..nasib baik tak sama kelas, kalau kena denda lagi takde malu. Almaklumlah, pemalas buat kerja sekolah. Hinssss

Setiap kali balik sekolah, dia akan tunggu aku *ceaa konfiden kata dia tunggu aku kan, haha* kat bawah pondok sekolah. Dia balik awal, tak silap aku kelas sastera balik awal kot. Kelas sains balik lambat. Dalam 2.10 macam tu. Dorang 1.30 dah balik dah. Aku balik selalu la buat-buat tanya 'eh tak balik lagi' padahallll kan..haha!

Tapi takde la dating ke apa. Sebab aku malu kot nak dating. Kalau dia ajak lepak kat sekolah pun aku cakap aku nak balik, sebab kawan2 aku ada. Takkan la aku nak balik sorang2 nanti. Rumah dengan sekolah aku jalan kaki 20 minit tau. I is bosan la jalan sorang-sorang, daripada aku dating, baik aku jalan kaki balik dengan kawan-kawan. Gittew. Jadi setiap hari pun dia hampa. Sehiggalah aku dapat tau aku dapat masuk asrama kat negeri sembilan.

*Sebenarnya aku dah cerita dah pasal ni, tapi cerita ni dah delete.jadi aku cerita lagi.Kalau yang dah tau tu diam2 je eh..tak yah komen 'tolong la sepet, dah baca kot dulu' haha! kang aku sentap. Aku ofkos happy gila dapat masuk teknik. Sebab? Aku tak suka sorang laki ni selalu tunggu aku kat kantin. Nak mengorat. Lepas tu suka panggil2 aku zuhana zuhana. Euw! Benci gilaaaaa.. Sumpah tak suka lelaki macam tu. Mengorat secara terbuka, tak malu betul. Bila dapat tawaran masuk teknik, aku happy la tak payah tengok muka lelaki yang tak malu ittew.

Tapi S kecewa. Satu hari. aku masuk perpustakaan. Aku tak tau dia cari aku sampai pusat sumber. Disebabkan dia pengawas pusat sumber, dia terus ajak aku masuk bilik APD (Alat pandang dengar), dalam APD kalau takde cikgu tak boleh masuk, tapi sebab S kan pengawas, jadi boleh la masuk. Hew hew!

Dia pun meluahkan bla bla bla bla. Tak bagi aku masuk asrama. Rindu bla bla bla. Tak sanggup tak jumpa bla bla. Kahkahkah! Dah geli ke belom?? Aku dah geli...hahaha! Dalam tu aku macam blur. Aku suka la jugak, tapi takde la sampai sanggup tolak tawaran masuk asrama kan. Gila ke aku nak bercinta punya pasal sanggup tak nak gi asrama. Jadi, aku pun cakap elok-elok dengan dia. Aku bagitau aku memang nak masuk asrama, aku cakap kalau aku masuk asrama pun kite boleh jadi kawan, masing2 ada handfon boleh contact. Iolls dah ada handfon 3310 masa tu. Canggih ye.

Sabtu terakhir aku kat sekolah. Cea sabtu terakhir ko.Tak boleh bla. haha! Aku datang jugak sekolah sebab nak ambik surat, cop, semua-semua. Kebetulan sabtu tu ada unit beruniform. Aku nampak S, dia macam gelisah. Pastu dia panggil aku. Aku macam dah redha je nak tinggalkan dia. wahhh!! Marila lempang diriku ini, haha!

Kami pun berlepak di bangku kantin sekolah yang panjang tu. duduk berdepan tau. Bukan sebelah2. No no no. Dari dulu aku tak suka duduk sebelah-sebelah. sampai sekarang ni. Susah nak komunikasi tau. Kepala teleng2. Hehe! Kalau nak bercakap, kena pandang seluruh wajah, depan2. Baru puas hati. Dia pun start la  cerita bla bla bla bla, sejak bila suka bla bla bla bla. Aku tak pernah bagitau aku suka dia masa tu. Aku tahannn je ni, gigih tak gigih kan. Masa tu la dia mintak kapel. Dan suruh aku bagitau jawapan masa 14 Feb. Aku takde la tanya dia kenapa kena bagitau 14 Feb tu. Tapi aku tanya kawan2 perempuan aku.

Masuk teknik. 8 Feb 2004. Masa ni baru kenal kawan2 baru. Malam tu kite lepak tanya suai kenal buat sendiri-sendiri. Tanya la. Ko dari mana, ayah ko kerja apa, mak ko kerja apa. Ada boifren ke tak. Tetiba tanya boifren ada ke tak kan.Sesuatu okey dorang ni. Aku pun jawab je la. Dari Cheras, mak suri rumah, abah berniaga, takde pakwe.

Lepas tu semua macam... 'KEMONNN laaaa z-u, jangan la nak rahsia-rahsia, menipu la muka macam ni takde pakwe'

Iye aku tau aku comel *kahkah* tapi memang betul aku takde pakwe. *dan aku pasti semua yang baca sekarang ni ada perasaan nak muntah* huhu

Dah selesai sesi suai kenal. Malam nak tidur tu, aku teringat S. Lagi seminggu je nak 14 feb. Nak kena bagitau S yang aku tak boleh terima dia. Bercinta di waktu sekolah? Aku tak pernah bercinta kan. Lagi nak sambut valentine. Haha! Memang tak la.

Sampai la saat 14hb Feb 2004. Aku balik rumah. Aku on fon. Aku baru mesej S hai, S terus kol aku. Masa ni malam tau...

Masa ni la pestime aku tolak lelaki yang aku suka, haha! Gila kentang weh. Dalam hati, takpe. Lepas sekolah boleh jumpa lagi. Lepas je aku tolak, bertalu-talu kawan2 baik S call. Pujuk aku suruh kapel. I is hello?? Apa ni? Paksa2 ni? Huhu! Dorang cerita la S malam tu jalan sorang-sorang, kat sekolah tak bercakap, bunyi macam frust sangat la ni. Aku buat tak reti je. Habis tingkatan 5. Aku kerja kat Times Square. S datang teman aku masa rehat. Tanjat iolls, dah 2 tahun tak jumpa, tetiba dia tau aku kerja kat Times Square. Tapi masa tu dia takde la ngorat aku, aku pun tak tau la kot dia ada makwe dah kan. Lepas dari haritu, aku dah tak jumpa dia dah. Sampai la sekarang ni.

Setiap kali orang sebut tarikh 14 Feb, aku bukan teringat sangat pasal valentine day, aku mesti lebih teringat kisah2 ni..Rasa lawak, sebab kecik2 dah gatal. Siap frust aku tak paham. Aku takde la frust pun masa tu. Chill je, ramai lagi kot lelaki pemalu kat teknik iolls masa tu, kahkah!!

Kepada adik-adik, tak payah la bercinta di waktu persekolahan ye. Tak payah jugak sambut valentine. Tapi kalau nak perasan lawa masa sekolah, silakan. perasan lawa adalah perasaan paling best aku pernah alami masa at sekolah. Huhuhu!!

Okeyla...semoga hari korang ceriaaaa harini. Byeee!!

10 comments:

Nur Hafiza Rahsid said...

iols pun dulu pakai plastik tu. kalau xdeplastik hantam koyak kertas kat tengah buku pun jadi -_________-"

Filla said...

hahaha... matila qery ketap-ketap bibir menahan perasaan khakahakhaa.. lek qery lek qery......

Unknown said...

memang best lau teringat zaman2 remaja dulu2...susah nk dapat tau sekali jer seumur hidupppp..

NenetPenne (NP) said...

tak ku tahu sepet sekelakar mcm ni...

sabar qery sabar, nak buat cemana, sepet memang comel..dan lah comel, cool pulak..pastu 'gila2' sikit...

ha ha ha..

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Plastik!!!!!
Mmg tau psl tu..tp yg lucu gila..1st tym pakai plasti tu trjongket...1st n last la pkai..bkn sng punnnn...nyusah kn lg ada...hihi

sharifah rosidah said...

Perasan lawa.....hahaha macam aunty masa muda muda lah tu.....pastu bajet semua orang jatuh cinta kat kita....betul betul perasan tahap gaban masa tu...

Sarah said...

kite pun antara salah sorang yg gedik pakai plastik tu dulu. sepp sikit cik sepet! :p

mrs kayrul said...

Makan dalam klu qery baca kisah nie...ayok sepet abis la....

Unknown said...

hahahaa..itu citer plstik konon bajet lawa giler masa tu,tapi citer aku, ada girl tu pakai spender warna hitam utk jadikan getah kat bhgian dahi dan aku nampok 2 lubang tmpat nak sarung kaki kt hjg kepala tu.tudung sekolah kan nipis so buleh nampok la bentuk spender tu, aku pengawas ms tu dan tgh check org ms perhimpunan. ms tu form 2 wehhh...gile gelak aku ng kwn2!

Irfa said...

Knape akak rasa mcm bca kisah diri sndiri ni
huhu..