Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Feb 16, 2013

Handsome nye doktor2 muda ni.

Di saat aku menulis entry ni, aku tengah jaga emak aku kat spital. Dont worry *ceaaa bajet korang worry sangat kan, haha* Mak aku sesak napas malam tu. Malam tu tak dapat tidur batuk-batuk. Before ni pun mak aku memang jenis tak boleh tidur malam. Kami akan lepak sama-sama tengok tv. Borak.  Kalau aku ada kerja, mak akan masuk bilik teman, kadang2 siap tolong aku kirakan barang, haha!

Tapi malam semalam yang macam teruk sikit, kahak dia over pulak. Aku kan tak tidur semalaman. Jadi aku tau la mak pergi klinik. Mula-mula ke klinik je.Lepas tu dorang suruh refer spital. Kalau korang still ingat 2 tahun lepas mak aku pernah kena tebuk kat dada. Satu tulang rusuk dia kena patahkan. Ada ketumbuhan kat paru-paru. Lebih kurang 2 bulan dalam IJN. Pftttt.... masuk ICU NICU. Masa tu hari-hari aku jeguk mak, pernah la jaga 2 3 kali. Sebab aku kerja tak menentu. Dengan tak cukup staff. Dengan mak sakit. Dengan masalah tempat kerja.

Kali ni masuk ward, kata doktor jangkitan kuman kat paru-paru. Tapi pun belum buat apa-apa lagi. Seharian kat sini. Kami mintak doktor untuk keluar, then kite akan ke spital IJN, sebab mak aku memang check up kat IJN. tapi doktor sini tak nak lepaskan lagi. Katanya dorang nak tengok dulu macam mana. Takpe la, ikut je la. hehe..

Sebab tak kisah, boleh cuci mata tengok doktor handsome. Oh Oh Oh.. Kenapa ye doktor muda selalu handsome. Tolong la jangan macam ni. I is tak selesa tau. Nak tidur pun kena ayu-ayu. Takut tetiba doktor masuk nak cek kan. Kekeke!

Patient depan katil mak aku ni bising je. Macam tak sakit pulak. Aku nak tidur pun tak boleh tau. Geram betul. Kesian kat mak aku la. Dia dah la ngantuk. Orang sakit dada ni dia tak boleh dengar bising2. Dia memang tak boleh tidur. Nak rehat pun tergendala. Takpe, mak cepat-cepat sihat, lepas tu balik rumah boleh tidur sambil sumbat telinga. 

I is mengantuk, sekarang pukul 3 pagi, tapi nak tengok cerita korea jap. bye semua!

8 comments:

Mia Kassim said...

Semoga Mak Sepet cepat sembuh.....

Leen said...

yes, doktor2 muda mmg hensem~~~ best le boleh cuci mata kan

ella suheyla said...

cepat sembuh ya mak cik.. :)

NinaAz said...

Semoga mak sepet cepat baik yeaa

Shahada Fauzi said...

semoga makcik cepat sembuh..aminnn~~

jaga mak tu..jangan nak cuci mata je..repot tunang kamu kang..ngahahahaha.

sharifah rosidah said...

Elok juga lah mak cik zu berehat kat spital....biar doktor betul2 check dia...insyaalllah aunty doa kan semuga dia cepat sembuh

Hep jangan nakal nakal kat spital ya....jangan main pandang2 dan tenung2 ya....bahaya.

Nurayuni MohdArshad said...

sy doakan semoga mak kamu cepat sembuh yer...

Udez said...

teringat masa jaga mak&adik bongsu masa mak wat operate "ikat" dulu.dlm 5thun lpas. dia msuk hari ahad pg operate isnin, kuar wad selasa.kebetuln bdk2 praktikal UKM dok kat wad tu.sbb mak je yg wat operation jenis tu masa tu,diorang pun jadikan mak sy bhn kajian. bknla kajian apa.dok soal selidik je.mslhnya anak2 bljr apa pn diorg nk tnya. dhla hensem2.nk jwb pn sgan.haha.