Minggu lepas, aku dengan Qery dijemput untuk join event Myracles Beauty (MB). Kot sapa-sapa yang tak pernah dengar, MB ni satu syarikat yang keluarkan produk Myracles, setakat ni ada sabun dan spray. Yang mana aku suggest sapa-sapa yang nak kulit muka jadi cantik, boleh try test produk MB ni yeah.
Aku sebenarnya tak suka join event, sejak dulu kala lagi. Korang pun tau kot sebab aku memang siap update kat blog, kalau ada event tolong jangan jemput, kahkah!! Tapi kerana aku memang suka dan puas hati dengan produk MB ni, aku telah memutuskan untuk datang jugak. Amboi sampai memutuskan..poyo mesti lebih. Hihi!
Bukan la tak suka sampai tak kan pergi event ke apa, aku okey je kalau pergi, tapi aku ni pemalu tahap tak boleh bla tau. Memang kat blog nampak seperti tak tau malu ataupun banyak cakap, tapi bila aku sorang-sorang, aku diam je. Aku hanya banyak cakap dengan Qery, haha! Sebab tu Qery akan pening kalau orang lain cakap aku pendiam pemalu. Huhu! Tapi aku rasa semua orang sama kan. Kita akan cakap banyak dengan orang yang kite selesa dan kite dah biasa. Kalau orang yang kite baru kenal, kite tak bercakap sangat. Normal.
Sambung cerita tadi. Tengah hari tu siap-siap, tetiba Qery tanya nak pakai formal ke apa. Adui aku pun tak tau la. Kalau nak pakai formal pun boleh, tak pakai formal pun aku okey je. Aku pun pakai la skirt. Pastu pakai jacket jean.
Bila Qery sampai, dia suruh aku tukar pakai jeans dan bawak coat. Motif suruh aku pakai jeans kerana, nak sama-sama dengan dia. Stress aku. Pakai coat hitam sebab haritu dia pakai baju hitam. Hoih apa-apa la.
Event kat De Palma Hotel. Dekat je dengan rumah aku. Nasib baik. Sampai sana cop tempat duduk. Duduk diam-diam. Takde la diam. Aku borak dengan Qery je. Tunggu sampai semua orang sampai. Aku sebenarnya nak meja depan sekali. Sebab aku memang dah biasa duduk depan sekali. Haha! Kat sekolah memang aku jenis duduk depan tau. Tapi tak pandai la. Qery pulak jenis duduk belakang. Sebab nak pilih meja depan belakang pun dah 5 minit. Last-last ofkos Qery menang. Aku tak suka lelaki yang dalam kelas duduk meja belakang. Grrrr! Aku suka lelaki yang meja tepi dinding. Selalu lelaki yang tepi dinding ni pemalu. Auw! Meja belakang jenis yang macam Qery, tak yah explain semua orang tau, meja tengah pulak yang kadang2 malu, kadang2 tak malu, haha! Psycho sungguh diriku ini.
Masa ni dorang tengah memperkenalkan orang-orang kuat MB. Banyak maklumat yang aku dapat. Yang paling penting, aku suka cara staff-staff dan management MB, dan produk dia. Pasal produk dia, aku buat entry lain. Kalau tak kemain panjang. korang baca pun bosan. Huhu!
Sehinggalah satu kejadian. Pengasas MB (Encik Fadhlur Rahman) a.k.a Encik F, aku panggil dia encik Fadhlur, tapi ramai panggil beliau encik Rahman. Aku dah terbiasa panggil Encik Fadhlur. Jadi kite singkatkan je panggil Encik F yeah. Kes malas nak taip. Beliau panggil 3 orang volunteer untuk berucap kat depan. Aku paksa Qery angkat tangan, haha! Aku kan suka kenakan Qery. Biarkan dia..
Nampak tak Qery kat depan, kahkahkah!! Aku gelakkan Qery. Tetiba kan..Encik F panggil aku kedepan atas statement Qery...
Q: Sebenarnya saya cuma tulang belakang Sepet. Yang penggerak dan menjual adalah Sepet
Tulang belakang okey..konfiden jadi tulang belakang iolss, haha! Sapa-sapa yang takde tulang belakang boleh mintak Qery *ok tak klaka*
Encik F : Kalau macam tu kite mintak Cik Sepet ke depan.
Ok rasa nak pitam sekarang. Boleh tak masa nak ke depan tu buat-buat pengsan.
(__________________________)
Qery memang nak kenaaaaaa tauuuuuu.. !! Tapi aku kedepan jugak, haha! Rasa nak lempang diri sendiri.
Encik F : Ok Cik Sepet boleh ceritakan pengalaman selama menjual MB
OMG. Pengalaman apa? Aku kan macam blur. Pengalaman dari segi apa. Aku tak tau nak jawab pengalaman yang mana satu. Pengalaman customer aku, atau pengalaman aku layan customer. mana satu ni? Aku kan dari dulu macam tu. Orang kena tanya direct soalan. Kalau tak aku kompom blur. Plus dengan maluuuuuuuuu nak bercakap. Sebab Qery dari awal tak bagi aku bercakap tau. Dia dah pesan, jangan bercakap. Sebab dia kata suara aku macam kartun. Kalau aku ada soalan atau ada benda nak cakap, aku akan bgtau Qery, Qery yang akan sampaikan, haha! Kong ajo Qery, buat aku down dengan suara sendiri.
Lepas tu Encik F suruh aku ceritakan pengalaman tu kat blog, haha! Sebab aku macam patung je kat depan kan. Hihi! Beliau pun panggil orang yang ke dua berucap. Kakak ni aku tak ingat nama. Lalalala~~
Kakak nipun cerita la
'Permulaan saya kenal produk ni, saya bla bla bla bla'
Aku terus cakap kat Qery..
'Laaaaaaaaaaaaaaaaaaa...Encik F suruh cerita pengalaman macam mana kenal produk ni ke. Kite ingat dia suruh cerita pasal pengalaman dengan customer, haha. Nasib baik kite tak cerita, kalau tak malu je, tanya lain jawab lain'
Calon ke 3. Bagus dorang ni, tak gugup pun masa cerita. I is penakut dan malu. Mana taknya, dah 6 bulan tak kerja, tak jumpa ramai orang, tak attend course, tak attend meeting. Tetiba datang event, kena bercakap kat depan. Rasa tak biasa. Padahal dulu kalau orang tanya boleh je jawab kan, haha! Tak adapt lagi. Maybe sebab dah lama perap dalam bilik, berkawan dengan laptop dengan handfon. Pfttttt, banyak la alasan ko kan. Biasalah manusiaaa...haha!
Jadi aku berhutang satu speech kat semua orang yang datang event haritu. Tapi bukan semua orang baca blog aku. Cerita pengalaman aku jual MB yeah.
'Saya *terus sopan sebab Encik F baca ni, hehe* start jual MB ni sebab ada beberapa orang customer saya tanya tentang produk wajah yang selamat. Sebelum ni saya tak jual produk atau set pencuci muka ke apa. Sebab saya tak berani. Kebanyakkan pencuci muka ni banyak bahan kimia. Tapi ada sorang customer ni merayu-rayu *betul tau, huhu* mintak saya cari dan jualkan satu produk yang bagus. Katanya dia cuma percaya barang yang saya jual je, sebab saya pernah kerja kat farmasi, pfttt...haha! Padahal bukanlah pandai mana pun..
Saya pun cari kat google, dan terjumpalah produk MB. Lepas tu tengok ada kawan-kawan kat facebook pun ada jual. Terus saya decide untuk contact sendiri dengan pengasas MB. Lama jugak saya fikir, Rasanya Encik F pun tau saya ambil masa yang lama sebab saya fikir, kaji, fikir balik, kaji, fikir. Haha! Padahal nak jual je pun.
Saya cuma nak yang terbaik untuk semua customer, saya taknak la semata-mata nak jual je. Rasanya ada dekat 2 minggu jugak. Baru saya decide untuk jual. 1 minggu saya fikir, seminggu Qery fikir, haha! Dan sampai sekarang, setakat ni penjualan dan feedback tetang produk MB amat memberangsangkan. Sangat-sangat berterima kasih kepada Encik F atas produk MB yang bagus ni. Banyak customer yang bagi feedback positif, ramai jugak yang repeat order. Produk bagus mesti la customer suka kan, hihi. Kepada semua team MB, selamat maju jaya, i love MB so much!'
Speech tu korang tak yah baca pun takpe, haha! Itu hutang aku dengan team MB. Ok back to cerita tadi. Lepas habis event, terus snap gambar kat sini.
Aku memang dah gemuk. Bukan sebab tudung tu gelembung. *mata ke atas* huhu!
New packaging MB. Cantik ke tidok.. Ofkos cantik kan.. tapi agak susah sikit nak pos, sebab tak muat sampul saiz S. haha! Tengokla macam mana aku nak kena adjust. Maybe balut macam biasa.
Itulah saja cerita event hari Sabtu. Terus makan kat Bora Ombak. Dah lama tak makan sini.Sapa slalu makan sini, Bora Ombak dah tukar owner ke? Apsal menu dia dah tak best. Tukang masak lari eh? Haha!
Okeyla.
Bye!!
6 comments:
Baru try sabunnye je..muke rasa lembut sgt..Bau pun wangi gileeeee....mule2 bau cam pandan..tp lma2 xleh nak describe dah bau ape.hehe..neway congratz!sebab gi jugak event.Hehe
cantiknya kulit akak :) suka mya tengok
sampai ati qery ckp sore sepet cm katun..hahah i feel u.....rasa down kan..ahakssss
Hahaha kan dah kena dajal dengan qery....sampai hati qery buat macam tu kan...tak apa lain kali kalau kena naik stage mesti dah tahu nak cakap apa.
Sepet berhutang dgn kami smua tau!
Hutang crita pasai majlis tunang!
Tahniah sepet sekarang berbisnes. Good luck.
ye,, sepet, updatela cerita tunang.!please please
Post a Comment