Mula mengongkong..dan misteri nusantara..mihmihmih

Heheeeeee...gelak sikit sikit dulu. Kenapa ramai sekarang ni gelak mihmihmih..seperti sopan pulak. Lalu aku pun terikut-ikut. =P

Bila dengar perkataan kongkong kan, aku mesti rasa nak gelak. Orang pertama yang aku akan fikir adalah Qery. Sebab dia kalau nak diikutkan, betul-betul mengongkong aku. Tak bagi aku keluar. Takut aku berkawan dengan orang tak senonoh. Tak bagi aku berkawan dengan sorang laki pun. Dan untuk 5 tahun. Kesimpulannya, aku tak kisah pun. Sebab aku pun bukan jenis yang nak kena kawan dengan laki aje. Kalau jumpa kawan laki aku still tegur la. Tapi kalau macam nak tetiba berborak dalam fon, cerita itu ini, mintak maaf la. Tak kuasa aku.

Jadi, semua benda yang Qery tak bagi aku buat. Aku takde la buat, dan takde protes,memberontak ke apa. Aku redha je. Haha! Masa mula-mula dulu selalu jugak gaduh, sebab aku macam pelik, kenapaaaa aku tak boleh buat itu buat ini semua kan. Dan bila lama-lama..aku fikir, kalau tak buat pun takpe. mungkin sebab nak sedapkan hati. hihi...apaaa pun tak boleh..

Kemain jaga iolls, seperti muka aku macam Maya Karin.*padahal*

Aku pulak jenis tak kisah. Walaupun aku tak boleh buat itu ini, aku tak kisah pun kalau Qery nak buat. Tak ambik tau pun. Lantakla.. Asalkan tak mengganggu kehidupan aku ni. Yang penting, masa aku perlukan kau..kau kena ada. kalau kau takde, ada adaaaa kan jugak. Hahaha! Paham tak? 

Contohkan...kalau aku cakap dengan dia, aku nak keluar dengan dia hari Isnin. Jadi kau kena keluar dengan aku hari Isnin. Kalau tetiba kau cakap kau nak lepak dengan kawan2 pada hari Isnin tu jugak, memang nahas...huhu! Masa tu aku akan ugut Qery nak keluar dengan kawan2 jugak,dan lepas tu kompom Qery akan cancel keluar dengan kawan2 dia. Dia akan keluar jugak dengan aku. Sebab apa...sebab dia takkan bagi aku keluar tanpa dia. Strategi iolls sungguh bijaksana. haha!

Nampak kejam kan. Belum kawin dah tahap poyo habis. mihmihmih. *tetiba gelak sopan*

Well, kerana aku memang tak pernah kongkong dia. Semalam aku call dia pukul 8 pagi. Gerak sebab dia kata haritu ada kelas. Aku taknak la dia bangun lambat. Kol banyak kali tak angkat. Lepas tu aku pun bukak la facebook dia and cek kat group PGG dia. Cek jadual waktu. Tengok harini kelas dia start pukul berapa semua. Tengok sekali next class pukul berapa.

Tengok tengok haritu kelas start pukul 11 sampai pukul 1 tengah hari. U know what. Semalamnya aku tanya dia kelas habis pukul berapa. Dia kata pukul 2. Bila aku tengok kelas habis pukul 1. Aku tergelak sorang2. Oooooo....selama ni dia tipu aku..kelas habis pukul 1, tapi cakap pukul 2, sebab apa...sebab lepas pukul 1 tu agaknya nak lepak dengan kawan2, nak gi makan. Tapi cakap kat aku kelas habis pukul 2 supaya dia ada masa nak buat itu ini. Bijak dia eh..haha! Sebenarnya aku tak kisah pun, sebab aku memang tau perangai dia macam tu.

Lepas tu aku pun download la jadual kelas dia. So lepas ni aku tau la dia punye kelas start pukul berapa, subject apa, hari apa. Dia dah semester 5 baru aku buat macam ni tau, before ni aku malas ambik tau pun. Sebab dia dah melampau..pointer dah turun. Jadi aku kenaaa amik tau jugak walau apa jua keadaan.

Pukul 1.15 tu dia call aku. Katanya baru balik dari kelas. Nak jemput aku pukul 2. Aku pun pura2 tanya la.

S : Eh cepatnya habis kelas. Kata pukul 2.
Q : Haah, harini keluar kelas awal.

Pftttttt....nak gelak sambil tumbuk muka sendiri.

Pukul 2 lebih sikit dia sampai rumah. Dia pun cerita la, dia datang lambat kat kelas harini. First time datang lambat, lepas tu lecturer tak bagi masuk, terlajak tidur semua. padan muka.

S : Harini kelas start pukul 11 kan. 
Q : Eh mana kamu tau?
S : Habis pukul 1 kan?
Q : Woiii! Kamu bukak facebook kite ke??
S : Kenapa? Tak boleh?
Q : Tak payah la cek sampai macam tu sekali...
S : Mestilah...kite kan TUNANG kamu...

Perghhhh...TUNANG okey, kahkah! *kikis2 kuku* Geli kehamatttt....

Q : Fuyoooohhhhhh!!!! *muka tanjat* Tak sangkaaaaaa kamu macam ni...
S : Ini baru sikit yeah..Lepas ni kite akan ingatkan kamu semua benda.
Q : Apa benda?
S : Macam kelas pukul berapa, doktor apa yang ajar, subject apa, kelas kat mana..paham?
Q : Perghhhhhhhh!!! Stressnyeeeee!!

Hahahaha! Seronok rupanya perasaan dapat kongkong orang ni. Patutla Qery bahagiaaa je selama kongkong aku. Hamik kau...my turn.

S : Lepas kawin nanti, kite akan cek kamu kat mana guna gps.
Q : Alaaaa....
S : Nak cek betul ke pegi kelas, betul ke gi training bola, paham?
Q : Eiiiiiii, kite tak sangkaaaaa aaaaahhhhhh!!!

Lepas tu kejap 5 minit tanya aku.. 'betulke nak buat macam tu' haha! Aku angguk laju2 dengan yakin. Biarkaaaannnnnnnnn diiaaaaaa...padannn muka...

Eh nak cerita benda lain la..pasal misteri nusantara kejadian kelmarin.

Ni cerita subuh kelmarin tau. Aku kelmarin memang tak tidur semalaman. Sebab dah terbiasa setiap malam macam tu, pukul 3 4 5 pagi turun dapur sebab nak gi buang air kecik.

Tapi 2 3 harini. lampu bilik air dapur problem. Dia kelip kelip. Kadang2 ok kadang tak ok. Kalau pagi2 aku tak masuk bilik air dapur, sebab aku guna bilik air dalam bilik mak. Tapi malam-malam mak dah kunci pintu bilik, terpaksa la guna bilik air kat dapur tu.

Malam tu 3 kali aku buang air kecik dengan pintu terbukak. Kahkah! Sebab i is seram la kan nak tutup pintu. Dibuatnyaaaaaaaa masa lampu tu kelip2 tetiba ada benda lain dalam bilik air . Kan seperti menganiaya diri sendiri. jadi aku bukak pintu luas-luas. cecepat buang. Haha! Pengotor itu pun nak cite.

Tapi takde apa2 berlaku la. Cuba aku je la yang sesikit nak tengok tempat lain, mata melilau. Lepas tu, masa dah subuh. Aku pun nak amik wuduk. Eh jap eh ni bukan cerita nak bagitau aku solat ke apa tau. Haha! Ni nak bagitau pasal kejadian ketika ambik wuduk.

Aku bukak lampu bilik air, still kelip-kelip. Pastu aku berdiri lamaaaa berfikir. Nak amik wuduk dalam bilik air ke, nak ambik kat singki dapur je. Lepas tu terus jalan kat singki. Pun terus bukak pili air tu. Start la apa yang patut. Pintu bilik air tu aku biarkan terbukak. Lupa nak tutup pulak. Lantaklah. Selalu pun pintu tu terbukak.

Masa tengah cuci lengan, aku dengar pintu bilik mak macam ada orang bukak. Alah kalau kite lock dari dalam, masa nak bukak lock tu kan bunyi dia kuat sikit. Tu yang aku dengar. Aku agak mak abah aku dah bangun nak solat. So biarkan je, sambung basuh telinga.

Masaaaaa aku basuh telinga..aku perasan ada orang jalan belakang aku. dari belah bilik air tu tau. maknanya dari kiri aku la. Aku perasan orangnya pakai tudung corak-corak warna biru. Lepas dah selesai basuh telinga kiri kanan. Aku pun toleh la kiri tengok kot kot mak aku gi dapur nak cari baju dia ke apa, sebab ada separuh baju dia kat almari dapur. Pusing kiri tengok takde, pusing kanan tengok TAKDE JUGAK!!

Menyirappp darahhhhh tauuu...habis sapaaaaa yang lalu tadi????? Ofkos la aku perasan ada orang lalu. Kalau aku dah siap explain pakai tudung corak2 warna biru kan. takkan la nak kata bayangan. Masa tengah takut-takut tu, pun mata melilau jugak, lepas tu slow-slow basuh kaki.

Lepas dah basuh kaki, cecepat naik tangga. Pastu tekejut sebab abah aku bukak pintu bilik sebab nak tanya pasal sejadah.

Misterinyaaa disini adalah..siapakah yang lalu itu? Adakah sengaja nak takuit kan iolls. Geram je tau. Lepas tu terus aku terbayang, nasib baik la aku tak ambik wuduk dalam bilik air. Kalau tak kompom lagi misteri nusantara tauuuuu..kong ajo betul.

Pukul 7.30 aku gi dapur lagi sebab nak buang air kecik. kali ni mak kat dapur sebab nak makan ubat. Aku bukak lampu bilik air, tengok2 lampu tu okey je. Apakah ini? Pagi2 buta kau buat hal. Sekarang dah elok. 

Semalam aku tak tidur lagi. Tak de apa. Dia takde menjelma dah. Agaknya semalam dia menjelma sebab abang aku la..dia gi cerita kat anak buah aku. Anak buah aku pun tanya aku malam2 kat dapur.

Danial : Maksu, pak tua kata,  maksu ada kawan yang kita semua tak boleh nampak.

Abang aku tu kalau bab nak takutkan anak buah aku bukan main lagi.

Maksu : Kenapa dia cakap macam tu.
Danial : Mana danial tau, betul ke...

Kerana aku bijak sangat nak takutkan anak buah aku....

Maksu : Haah....semua orang tak nampak...

Sekali..hamik kau...padan muka diri sendiri. Kan 'benda' tu dah menjelma. Main lalu-lalu lagi. Terbaik. *mata ke atas*

Ok la byeeee =)

Comments

y i e n said…
uwaaa! mmg seram.. siap pakai tudung corak2 pulak tu, huhu!

p/s : dulu zaman couple pon bf sy mcm qery gaq, x kasi kawan dgn laki, n berkat sy redha tu lah, alhamdulillah bf dah bertukar jadi suami skrg, hehe!
Shahada Fauzi said…
errrrr..seram hokeeeyyy..kalau kite mau pengsan dah kat situ jugak..on d spot..hahaha..

sonot kamu kenakan si qery tu eh? hahaha..oke what tunang control tunang sendiri..nanti kan nak jadi laki bini..hiuhiuhiu..
NinaAz said…
Dengar ckp bakal suami. Hihihi. Kongkong tandanya syg. Betul tak. Hihi
Unknown said…
hehe....seram ye sepet.klu kite dah beterabur dah lari...
v08 said…
" Kite kan tunangggg!"
Woii ayat ni paling SWEET kak Sepet! Gile ah best sgt hidup kak Sepet..
Smoga bahagia slamanya kak Sepet & Qery =)
Irfa said…
habisla Qery..kena pantau dgn gps lepas kawen.hihi

tiba2 akak seram dgn 'kawan yang x nampak' tu
Unknown said…
sepet, yg pki tudung tue mesti mak jejaka yg dulu tlh di buang keluarga tue kan.. tue la hang, xnk terima lamaran anaknya + buang anaknya plak lg..mesti la maknye marah. keluar umah nk jumpa anak la tue.
hahaha...
Hantu makcik karipap tu... Nk gi jual karipap pepagi tu yg awal dia bgn tu heheh
Hantu makcik karipap tu... Nk gi jual karipap pepagi tu yg awal dia bgn tu heheh