First Time...

Jumaat lepas, Qery tetiba cakap nak shopping kat Alamanda. Pergi Alamanda bukanla first time. Tapi shopping kat Alamanda adalah pertama kali okey. Sebab sebelum ni pergi Alamanda secara tak sengaja. Jadi jalan-jalan je. Kali ni Qery beriye-iye nak shopping kat sini. Katanya nak beli jam. Ah tak kisahla. Aku ikut je. 

Ingat ye, Qery yang nak shopping, bukannya aku. hehe!! Masa ni aku takde perasaan pun nak shopping. Sebab aku baru shopping je. Mula-mula ingat nak tengok wayang dulu. Kemain tanya salesgirl yg jaga kiosk tu.

Sepet : Tumpang tanya, wayang kat mana eh?
Gadis Kiosk : Akak jalan terus, masuk kiri, turun eskelator, keluar dari bangunan ni, pusing kiri.

Keluar dari bangunan ini???? Aku pun berasa pelik

S : Dia nak halau kite dari Alamanda ni ke?
Q : Kenapa?
S : Dia suruh kite keluar dari bangunan ni..

Rupanyaaa...memang wayang dia kena masuk pintu dari luar bangunan. Haha! Pintu dari dalam tengah renovation. Wateverrrrrr....

Nak tengok cerita Partner. Tapi dah takde. Dah terlepas pukul 3. Lepas pukul 3 dorang tak tayang dah. Stress je Qery. Terus makan kat foodcourt. Makan ayam penyet best. Qery makan nasi ayam kot. Pastu makan krispy popiah jugak. Nyummehhhhhh!! Macam biasa takde gambar.

Dua-dua pemalas keluarkan fon.

Lepas tu masuk kedai jam. Tengok-tengok jam. Cantiknyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... Aku suka satu jam ni. Dia love love love. Tapi sebab niat nak shopping takde, aku diam je. Cuci mata je la. Pastu Qery pilih2 tengok2 jam. Pastu agaknya aku berdiri lama sangat depan jam yang aku suka tu.. Dia tepuk bahu aku, termelatah kat situ. haha..malu je.

Q : Tengok apa?
S : Jam ni cantik kan? Love love, tapi kecik sangat tak?
Q : Okey, cantik. Cuba la pakai

Gadis kerja kat situ pun bagi aku try, memang cantik gilaaaaaaaaaaa.... aku rasa cantiklaaaaa.. Tapi takpela...

S : Takpela..hihi
Q : Belila, kite hadiahkan kat kamu...

Wuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!! Terasa seperti gadis paling bertuah dalam dunia..haha!

S : I love u!!
Q : Tau...dapat hadiah baru la love u love u kan..

Pfttttttt!!


Mula-mula Qery nak beli jam sport untuk dia pakai time sukan, tapi yang cantik adalah jam yang pakai time casual. Last-last jam dia tak beli, aku yang dapat jam. Huhu! Masuk kedai jam lain.. Ada satu jam Police tu punyelaaaaaa cantik. Tapi bukan jenis sport. Kalau aku kaya, dah lama belikan untuk Qery, tak kisahla sport ke tak kan. Tapi sebab sedar diri, marilah kite beli apa yang kite nak je. Sob sob

Jalan-jalan lagi, masuk kedai kasut la apa la. Aku adalah bosan gila kalau Qery masuk kedai sukan. Sebab aku tak tau apa2, ikut je belakang dia. Dia jalan aku jalan, dia benti aku benti. Selalu kalau dia dah lama sangat dalam tu, aku akan buat perangai seperti tendang2 kasut dia, muncung kan mulut, mengeluh haihhh haihhh...hehe! Sampai dia tak tahan, dia keluar kedai sukan tu, dia masuk kedai sukan lain. Apakah ini???

Masuk kedai CD, terbeli lagi CD Korea. Nasib Qery tak lempang. Huhu!

Jalan-jalan lagi..best jalan kat Alamanda sebab environment dia aman dan best. Lain kali mesti nak pergi sini lagi. Aku ternampak kedai Mekap Mac. Teringinnyeeeeeee nak ada barang mekap jenama Mac ni. Sebab tak berani masuk pun kedai ni.

S : Tau tak, dari duluuuuu lagi kite nak beli mekap ni. Tapi takut nak masuk.
Q : Jom.

Terus tarik tangan aku. Alamak!! Teruk la mamat ni. Dan lelaki tu pun tanya aku..Laki ni cam lembut2 sikit. Sapa slalu gi Alamanda tau la kot.

Lelaki : Boleh saya tolong?
Sepet : Saya nakbeli foundation yang sesuai dengan kulit muka saya..

Haha! Jawapan gila kampung kan. Nampak sangat....

Lelaki : Oh boleh..tunggu sekejap, nanti Lisa datang mekapkan you. Cuba kat muka u tengok sesuai ke tak.
Sepet : Lama tak? Kalau tak cuba tak boleh yeah?
Lelaki : Selalu kalau cuba kat tangan je tak sama effect dia dengan kat muka.
Qery : Boleh2, nanti try mekap kat muka dia.

Erghhhh! Sukatijeeeeeeeeee..terpaksa aku tadah jugak muka ni.

Lisa ni cantik and lemah lembut. Dia bgtau ada 4 step nak mekap. Mula-mula aku nak beli foudation je, tapi kerana dek termakan kata-kata Lisa, terbeli 4 barang. Grrr...

Lisa suruh iolls pandang atas. sebab dia nak mekap bawah mata. Maklumlah..jarang orang mekapkan aku. Tak tau kena pandang atas. Hihi! kampung sangat.
 

Banyak nak kena alter ni, hehe!

Nak cantik punye pasalkan..Qery sengih-sengih kat aku. Nganjing aku la tu. Dia yang beriye nak shopping, sekali keluar-keluar Alamanda, semua barang aku, haha! Dengan jam, cd, barang mekap. Dia satu pun tak beli apa2. Nasib mu la. Nanti kite cari lain la ye. Hihi!

Okla bye!! =)

Comments

NinaAz said…
Untungnyaaaa dpt jammmmmm ♥
Unknown said…
serononyer ....bestlah dapat shoping
Unknown said…
seronoklah........ bestnyer dapat shoping
Sarah said…
comel lah korang :-)
Anonymous said…
untung la sebab Qery sayang... ^^
Hahaha konon tak nak shopping ya cik zu sekali terkantoi pulak....perempuan ni cik zu bila belum sampai memang berjanji macam2 tapi bila dah sampai semua benda kita nampak kita suka....aunty pun macam tu juga.
Ct Yaya said…
sepet kayooooo.. hehehe