Persiapan - Reception Belah Qery Part 1

Berapa punya lama baru nak update ni. 7 bulan lebih dah kot. Hihi! Takpe-takpe, aku masih ingat lagi memandangkan ingatan aku memang kuat. *tolongla percaya*

Sanding belah Qery ekceli dia decide nak buat kat dewan dekat dengan rumah. Tapi bila survey penuh pulak. Dah tu dia tu lambat sangat nak decide nak buat hari apa. Sabtu ke Ahad. Aku bagitau Qery kalau Sabtu tak ramai kawan2 dia boleh datang sebab ada yang kerja Sabtu, if Ahad kebarangkalian tu ramai sikit la dari Sabtu. Sebab semua orang cuti Ahad. Tapi mula2 FIL nak Sabtu sebab senang saudara mara yang datang dari jauh nak datang and boleh balik Ahad. Last2 buat Ahad jugak. Dah lambat decide kan. Cek dewan sana sini memang kebanyakkan full. Last choice memang ingat buat kat rumah, sekali rezeki dia, dapat kat dewan sekolah. 

Mula-mula aku dengar 'dewan sekolah' rasa nak gelak pun ada sebab ofkos kita pun ada sekolah masing2 dan terus la membayangkan keadaan dewan sekolah tu kan. Sekaliiiiiiiii bila tengok2 dewan sekolah ni OMG besar dia macam kat hotel. Gila syok sapa sekolah kat sini. Besar 4 kali ganda dari dewan biasa taman-taman tu. Puas hati jugak la. Tapi kitorang diberitahu bukan semua orang dapat buat wedding kat dalam tu. So senyap2 tak dapat nak share dewan sekolah mana.

Tema pulak Qery yang pilih. Dia nak warna silver, hitam, dan putih. Walaupun aku tak berapa suka sangat warna tu, hihi! Tapi diam je la. Lantakkan sebab sanding belah dia kan, biar sukati dia. Sebab belah aku pun dia takde banyak bunyi. Fair and square. 

 Sanding belah Qery seminggu selepas majlis belah aku je. Jam 8 pagi kitorang dah gerak ke dewan hantar doorgifts, plus nak tengok last preparation. Qery ni jenis dia suka pantau. Kalau boleh dia nak tengok dari awal sampai habis macam mana orang tu buat. Kalau ikut aku memang tak kuasa. Aku tau, siap2 nanti mesti cantik je. Haha!

Tapi terpaksa jugak lah mengikut dia tengok.

 Pelamin macam biasa dari Symbolique.

 Bunga telur bertukar jadi bunga coklat.Hihi!

 Tempat makan beradap pun siap

 Pelamin tengok pun dah setel semua.

 Meja makan VIP pun cantik


 Depan ni semua meja makan VIP, almaklumlah family iolls lebih 35 orang. Tapi jangan risau, semua dapat duduk. Huhu!


 Doorgifts dari OhMyWedding (Kak Mai)

 Aku tempah cookies dalam jar, coklat dalam jar, dengan gula2 untuk kanak-kanak. Tapi biasalah yang tak kanak-kanak sangat pun sukaaaaa je gula2. Kihkih!

 Photobooth senang sebab adik Qery memang buat servis ni. So suruh adik dia buat je. 

 Qery sedang memantau. Huhu!

 Photobooth adik Qery set up.

 Sepupu Qery tukang bagi doorgifts. Tak pasal2 je kena bagi doorgifts. Hehe!

 Candy buffet pulak Kak Nur yang buat, sama je la dari Symbolique



Semua dah okey, call penari, call pengacara majlis semua dah otw. Lega sikit. Jam 2 kot kitorang berarak. Lepas azan Zohor la. So agak2 pukul 11 lebih tu aku dah naik hotel nak mekap2.


 Qery sampai lambat sikit, aku dah siap baru dia datang. Sebab dia nak pakai baju je pun. Tinggal bedak sikit2.




 Seronok betul rasa macam princess bila kasut pun orang pakaikan. haha!

 Inai sanding belah aku dah hilang. Maklumlah banyak nau mencuci. Haha! Yang ni pakai balik sehari sebelum sanding belah Qery. Itupun comot sebab sendiri letak.


 Dia dah start nak mengacau

 Baju ni sebenarnya besar sikit masa aku pakai. Tapi redho je la. Kang sempit sangat sendat susah aku nak jalan. Huhu!

 Last touch up pakai gincu.



Dah siap pengantin. Tunggu Kak Nur call untuk berarak pulak.

Bersambung..

********************************************************************************

Pelamin, Bunga telur *coklat*, Candy Buffet, Makeup : Symbolique Asia
Doorgift : OhMyWedding
Photobooth : Adik Qery

Comments

Nuriesya Nadia said…
Macam dewan sekolah kitaaaa je. :P
Rosewina said…
Alaaaa kak sepet nie,baru scroll skit ke bawah da bersambung...da la tgh excited menengok moment2 hri bahagia kak sepet boleh plak bersambung ye...ekekeke!! nmpk permainan dye dsitu =P
ieda iedana said…
Cantiknyaa sepet =)
Sheila Salim said…
Assalamualaikum sepet. lawa la tema belah qery! tak pernah nampak orang guna warna ni. naik seri muka korang... hehe nice~~~
Shazwani Ramly said…
cantiknya dewan, cantiknya pelamin, cantiknya semuaaaaaaa kak hana :) suka tengok. semua cantik sekali dgn teman tema dia. heeee. Pengantin dia lg cantik.
Mek Onie said…
okay,lawa plak combination color belah qery ni...berkenan plak kita,hihi....