Seorang pemuda menasihati seorang pengemis yang kelihatan sihat dan kuat untuk melakukan kerja yang sangat mengaibkan itu.
"Saudaraku, berhentilah daripada menjadi pengemis. Kau masih kuat dan sihat."
"Apa? Saudara rasa kerja mengemis tidak memerlukan tenaga? Dalam satu hari saya perlu berjalan ke sana, ke sini, selagi mana ada manusia. Kalau saya tak kuat dan sihat, saya tidak akan dapat menahan panas, hujan dan apa juga cuaca," jawab pengemis itu.
"Mengemis ini hina. Hilang maruah diri."
"Siapa kata hina? Inilah kerja yang mulia. Sebab saya menjadi pengemis, orang lain mendapat pahala. Saya juga mendapat pahala sabar apabila orang mencaci saya. Pahal syukur apabila orang memberi sedekah. Hinakah itu? Saya juga berdoa untuk orang yang memberi sedekah kepada saya. Hinakah?"
Pendakwah terdiam. Rupa-rupanya pengemis ini bukan sahaja miskin harta, tetapi miskin jiwanya. Alasan untuk malas sentiasa ada. Kreatif betul tipuan syaitan.
Pengajaran : Malas adalah suatu dosa. Pelbagai alasan diberikan untuk malas termasuklah hujah dan dalil agama. Kepalsuan yang bersalut kebenaran bukan sahaja mampu menipu orang lain, tetapi paling malang menipu diri sendiri.
No comments:
Post a Comment